Adsense

Sabtu, 15 Januari 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Super Junior Sah Buat Konsert Di Kuala Lumpur Mac 2011!

Posted: 15 Jan 2011 10:38 PM PST

Kumpulan pop Korea, Super Junior yang popular dengan lagu Sorry Sorry disahkan akan membuat konsert mereka secara live di Kuala Lumpur pada 19 March 2011! Manakala, peminat di Singapura akan dihiburkan oleh Super Junior pada 29 Januari 2011. Fuh, kami jamin mesti ramai peminat K-Pop akan menjerit kegilaan dengan kehadiran bintang korea ini.

Makin ramai bintang-bintang korea yang menjejaki negara-negara Asia selepas menyedari sambutan yang diberikan oleh peminat amat memberansangkan. Yang terbaru, Wonder Girls membuat comeback pada bulan Disember 2010 selepas mereka muncul di MTV World Stage 2010 bersama Tokio Hotel & Katty Perry.

Senario ini juga membuktikan Malaysia bukan'lah negara yang terlalu susah untuk dimasuki oleh bintang asing, asalkan tahu adab & peraturan pihak berkuasa. Apa pun, hafalkan tarian & lagu Super Junior sebelum tarikh konsert mereka berlangsung!

Kredit berita : Selebritweets.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Sharifah Amani Sebagai Pelacur Dalam Filem Jepun, Liberating Of Soul

Posted: 15 Jan 2011 09:45 PM PST

Sebelum ini, Sharifah Amani pernah mengumumkan di Twitter bahawa dia menerima tawaran daripada produser filem Jepun untuk sebuah filem yang dirahsiakan. Hari ini, OHBULAN! berjaya mendapat informasi daripada rakan media, Tupai.com.my bahawa Sharifah Amani akan melakonkan watak sebagai seorang pelacur dalam filem Jepun berjudul, Liberating Of Soul.

Filem ini berkisarkan 2 warganegara Jepun datang ke Malaysia atas kehendak sendiri. Tatsumi (Aki) merupakan seorang ahli perniagaan yang menghadapi kegagalan dalam perniagaan & bakal bankrap ini telah bercadang untuk membunuh diri supaya kaum keluarganya boleh mendapat wang pampasan insuran. Ditakdirkan Tatsumi telah berjumpa dengan seorang lelaki bernama Saijo (Mikawa) yang akan menjadi saksi kematian Tatsumi dengan syarat bahawa Tatsumi mesti bersetuju untuk mencari seseorang yang penting di Malaysia.

Sampai di Malaysia, mereka berjumpa dengan seorang pelacur, Rin (Sharifah Amani) dan menjelajah seluruh Kedah untuk mencari rakan misteri Saijo.

"Liberating Of Soul" telah di lakonkan oleh Aki, Misawa, Sharifah Amani dan Bront Palarae. Kedua-dua pelakon Malaysia ini telah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Filem) & Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) sempena Anugerah Skrin 2010 yang lepas. Enjoice gambar di belakang tabir filem Jepun, Liberating Of Soul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.