Adsense

Sabtu, 15 Januari 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Rabecca Nur Islam Selamat Jadi Isteri

Posted: 14 Jan 2011 04:40 PM PST


AMPANG: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 25, mengakhiri zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan seorang peguam, Nor Azam Sulaiman, 43,Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang, Muhammad Ibrahim pada majlis ringkas yang berlangsung di kediaman mereka di Ukay Perdana, di sini kira-kira pukul 9.40 malam.

Pasangan pengantin tiba pada pukul 9 malam bersama 13 dulang hantaran bagi pihak lelaki dan 15 dulang dibalas oleh pihak perempuan.

Rabecca yang menjalinkan hubungan percintaan sejak tiga tahun lalu itu melangsungkan acara pertunangan setengah jam lebih awal sebelum diijabkabulkan.

Dia turut menerima mas kahwin RM333.33 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal Calvin Thoo manakala solekan dan dandanan oleh Saidatulnisa Aminuddin.

Pasangan mempelai itu akan berbulan madu di London dan Paris selama dua minggu pada 14 Februari depan.

Majlis pernikahan mereka dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, keluarga dan sanak saudara terdekat kedua-dua belah pihak.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Sabtu (hari ini ) untuk rakan-rakan dan pihak media di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan Inggeris.

Sementara majlis resepsi untuk keluarga pula akan diadakan di Menara Kuala Lumpur pada Ahad (esok).

google: rebecca nur islam, rebecca nur islam kahwin, rebecca nur islam nikah, gambar rebecca nur islam, photo kahwin nikah rebecca nur islam, foto rebecca nur islam nikah kahwin, gambar rebecca nur islam, terkini rebecca nur islam, terbaru rebecca nur islam, resepsi rebecca nur islam, gambar suami rebecca nur islam, rebecca nur islam dan suami, majlis pernikahan rebecca nur islam, majlis persandingan rebecca nur islam, rebecca nur islam bersanding, koleksi gambar foto pernikahan persandingan rebecca nur islam

Aida Aris Kecewa Mula Dipinggirkan

Posted: 14 Jan 2011 04:37 PM PST


PETALING JAYA: Pelakon Aida Aris,38, kecewa dan bosan dengan sikap sesetengah produksi yang mula meminggirkan artis senior sebaliknya lebih memberi tumpuan kepada bakat-bakat baru.

Aida berkata, dia amat sedih apabila pelakon berpengalaman sepertinya hanya diberi watak pembantu sedangkan bakat-bakat baru diberi peranan utama walaupun pengalaman mereka tidak begitu menyerlah.

"Apa yang saya perhatikan, kebanyakan filem dan drama hari ini cenderung pada kisah remaja dan muda-mudi. Kalau ada pun watak-watak untuk pelakon senior, hanyalah sebagai pembantu dan tambahan saja.

"Jika kita tengok di Hollywood atau di Bollywood sekalipun, pelakon-pelakon senior masih berpeluang menjadi pelakon utama tetapi senario itu sangat berbeza di sini. Ia menyedihkan sebenarnya.

"Namun, saya akur senario ini berlaku pun disebabkann oleh permintaan penonton dan kehendak pasaran semasa," katanya yang ditemui pada tayangan perdana telefilem Dendam Maya di Damansara, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Aida berpendapat, keadaan itu semakin berleluasa mungkin disebabkan oleh faktor bayaran. Memandangkan kebanyakan pelakon baru dan muda kurang pengalaman berbanding pelakon lama, justeru pihak penerbit lebih senang untuk memberi tawaran kepada generasi muda dengan harga yang lebih rendah.

"Saya rasa keadaan ini dipengaruhi oleh faktor bayaran juga. Memandangkan pelakon-pelakon muda kurang berpengalaman, maka bayaran mereka pun tidak setinggi pelakon senior.

"Sebab itu kebanyakan penerbit kita lebih selesa memberi tawaran kepada pelakon muda. Jika kita berada di tempat penerbit pun, mungkin kita akan lakukan perkara yang sama kerana mereka menjalankan perniagaan. Sudah tentulah mereka mahu untung.

"Memang ada pelakon muda yang berbakat besar tetapi ramai juga yang tidak berpotensi dan tetap berpeluang untuk menghiasi filem dan drama hanya kerana mereka muda dan diminati ramai. Itu sebabnya, kebanyakan filem dan drama kita berkisar pada benda yang sama saja," katanya.

Aida yang kecewa dan bosan dengan keadaan itu bagaimanapun masih menerima tawaran berlakon secara konsisten dan tidak sesekali terfikir untuk bersara selagi diperlukan.

"Saya tidak nafikan keadaan ini mengecewakan dan mengundang kebosanan kepada pelakon senior seperti saya. Namun, saya bersyukur kerana sehingga hari ini tawaran lakonan masih ada.

"Selagi diperlukan, saya akan terus berlakon dan sama sekali tidak terfikir untuk mengalah atau berundur diri daripada bidang ini," katanya yang mula menempa nama menerusi filem Debu-Debu Kasih (1995).

Raffi Melecur Lima Peratus, Yang Kassim Beri Nasihat

Posted: 14 Jan 2011 04:37 PM PST


PETALING JAYA: Presiden Persatuan Aksi Ngeri Malaysia, Yang Kassim kecewa dengan sesetengah syarikat produksi yang tidak mendapatkan khidmat nasihat mereka terlebih dahulu sebelum melakukan penggambaran melibatkan watak-watak aksi.

Yang Kassim berkata, masalah itu berpunca apabila sesetengah produksi hanya mahu mengeluarkan bajet rendah tanpa memikirkan keselamatan pelakon aksi yang boleh membawa maut.

"Syarikat produksi terlalu mementingkan kos sehingga tidak mementingkan keselamatan pelakon yang melakukan aksi berbahaya.

"Walaupun tidak memerlukan bantuan pelagak ngeri namun mereka seharusnya minta pandangan dan khidmat nasihat daripada kami yang pakar tentang hal ini terlebih dahulu," katanya.

Yang Kassim diminta mengulas tentang insiden pelakon Raffi Hussin,24, yang mengalami kecederaan pada badan, muka dan tangan semasa hendak menyelamatkan diri dalam adegan kebakaran melibatkan sebuah gerai menerusi filem Bara Jiwa arahan Osman Ali, Selasa lalu.

Tambah Yang Kassim lagi, sesebuah produksi yang ingin melakukan penggambaran filem ngeri haruslah menitik beratkan keselamatan pelakon-pelakonnya dan merujuk kepada mereka yang pakar terlebih dahulu.


Kesan kebakaran pada badan Raffi di jangka kering dalam masa dua minggu.
"Selain itu keselamatan pelakon seharusnya dititik beratkan apabila melakukan aksi-aksi sebegini. Langkah keselamatan awal perlu dibuat.

"Walaupun mereka sudah melakukan beberapa kali latihan sekalipun, tahap keselamatan perlu diambil berat sebab kita tidak menjangkakan sebarang kemungkinan, sebab itu kami biasanya turun dalam satu pasukan dan mengatur strategi terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang aksi," katanya.

Dalam pada itu, Yang Kassim memberitahu penggunaan alat letupan seperti yang digunakan dalam filem tersebut memerlukan khidmat pakar letupan.

"Dalam aksi lagak ngeri setiap adegan letupan perlu dilakukan oleh pakar letupan walaupun letupan tersebut berskala kecil. Bukan dari segi pelakon tetapi orang yang membuat bom tersebut.

"Bila orang yang tidak pakar tentang itu mereka tidak tahu sejauh mana bom itu akan meletup. Mereka juga menggunakan bom petrol yang mana kebiasaannya kita gunakan untuk babak kebakaran atau letupan pada jarak jauh," ujarnya yang kesal dengan sikap sambil lewa syarikat produksi terhadap keselamatan pelakon.

Raffi melecur lima peratus

Sementara itu, pihak syarikat Nuansa Sdn Bhd dalam satu kenyataan kepada media, Jumaat berkata, laporan mengenai perkembangan kesihatan Raffi dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur menunjukkan pelakon itu hanya mengalami lima peratus kesan melecur pada keseluruhan tubuhnya.

Menurut Penerbitnya Julian Jayaseela, kesan melecur yang terdapat di muka, lengan tangan, abdomen dan belakang badan Raffie adalah tidak dan tempoh untuk sembuh adalah selama 2 minggu.

"Selepas dua minggu, Raffi boleh bekerja seperti biasa. Cuma untuk sembuh secara total dan kembali normal ia mengambil masa selama tiga bulan.

"Raffi cuma perlu menjaga kesan melecur tersebut dengan ubat-ubat yang diberikan dan memastikan tiada jangkitan kuman lain. Dengan langkah penjagaan ini kesan berkenaan tidak akan kelihatan secara fizikal.

"Kemudian dia hanya perlu menjalani rawatan susulan mengikut nasihat doktor. Bagaimanapun Raffie kini dipindahkan ke bilik yang lebih sempurna untuk memastikan dia diberi perhatian khusus agar tidak dijangkiti kuman," katanya menerusi kenyataan itu.

Bade Buntu Cari Filem Boleh 'Jual'

Posted: 14 Jan 2011 04:35 PM PST


PETALING JAYA: Pengarah filem popular Bade Haji Azmi mengakui buntu untuk mencari filem yang paling sesuai untuk dihasilkan pada hari ini.

Jelas suami kepada pengarah Erma Fatima ini, selera penonton yang menggemari filem-filem ringan, komedi dan seram adalah bertentangan dengan kecenderungannya sebagai pengarah yang lebih menggemari genre drama.

Justeru itu, selepas kali terakhir muncul dengan filem Maut (2009), Bade masih lagi tercari-cari genre dan jalan cerita yang terbaik agar menepati selera penonton.

"Bukan saya tidak mahu buat filem, cuma sampai ke hari ini saya masih tercari-cari filem apa yang paling sesuai untuk dihasilkan.

"Apa yang saya perhatikan, kebanyakan filem Melayu yang berjaya di pawagam hari ini adalah filem komedi, ringan, seram ataupun aksi. Saya pula lebih cenderung untuk menghasilkan filem-filem drama dan berat.

"Susah sebenarnya untuk cari filem yang saya suka dan pada masa yang sama mampu menarik penonton ke pawagam," katanya yang ditemui pada tayangan perdana telefilem Dendam Maya di Damansara, baru-baru ini.

Menyentuh perkembangan terbaru, Bade yang lebih cenderung menghasilkan telefilem dan drama televisyen buat masa ini bakal muncul dengan telefilem berjalur psiko/ ngeri berjudul Dendam Maya.

Telefilem yang menampilkan gandingan pelakon berpengalaman dan baru itu membariskan Nasha Aziz, Vanidah Imran, Aida Aris, Wan Sharmila dan Azhan Rani.

Dendam Maya berkisar pada kehidupan empat sahabat iaitu Karmila (Nasha Aziz), Zarina (Vanidah Imran), Fauziah (Aida Aris) dan Rita (Wan Sharmila) yang tinggal di sebuah kondominium.

Ketaksuban mereka terhadap jaringan sosial di laman Facebook dan dunia Internet telah merungkai sebuah misteri yang mengaitkan kejadian bunuh di kawasan kediaman mereka.

Telefilem terbitan Asia Media Content itu bakal bersiaran pada 23 Januari ini pukul 10 malam di Astro Citra (Saluran 131).

Kad Kahwin Ayu Raudhah & Zaquan Mula Diedar

Posted: 14 Jan 2011 04:34 PM PST


PETALING JAYA: Ikatan pertunangan antara pelakon Ayu Raudhah, 26, dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 24, yang berlangsung pada 17 Oktober 2010 akan berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan pada 21 Januari ini di Alor Setar, Kedah.

Ayu menjangkakan kira-kira 600 hingga 700 orang akan di undang untuk menghadiri majlis resepsi selepas nikah yang akan berlangsung di Taman Mawar, Jalan Tun Abdul Razak, Alor Setar pada pukul 7.30 malam hingga 11 malam, hari yang sama.


Pasangan itu mula mengedarkan kad perkahwinan berwarna kelabu kepada pihak media bermula Selasa lalu.

MStar Online turut menerima kad jemputan perkahwinan berkenaan yang berwarna kelabu. Di luarnya diikat dengan riben berwarna merah jambu sambil tertera nama Zaquan dan Ayu dengan lambang hati. Ia menandakan kasih sayang dan gelojak cinta mereka yang disimpul utuh.

Pelakon drama Nur Kasih dan Manjalara ini akan mengenakan pakaian pengantin rekaan pereka fesyen terkenal seperti Rizman Ruzaini, Qudyn, Calvin Thoo dan Man Kajang. Selain itu, wajah jelitanya akan diserikan dengan solekan oleh Amy Janz.

Sementara majlis sambut menantu (sebelah lelaki) dijangka berlangsung pada 30 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan.