Adsense

Khamis, 13 Januari 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


“Astro First Akan Menjahanamkan Industri Filem!” – Erma Fatima

Posted: 13 Jan 2011 09:16 PM PST

OHBULAN! difahamkan, Astro First  ialah sebuah perkhidmatan terbaru Astro yang memberikan para pelanggan pilihan untuk menonton filem-filem terbaru mengikut keselesaan kediaman masing-masing. Filem-filem yang ditawarkan melalui perkhidmatan ini adalah seawal 2 minggu selepas ditayangkan di pawagam ataupun sedang masih lagi hangat ditayangkan.

Namun, inisiatif pihak Astro dalam mewujudkan kemudahan yang pelbagai kepada pelanggan tidak mendapat respon yang positif daripada produser filem terkenal, Erma Fatima. Menurut Erma Fatima, Astro First akan menjahanamkan industri filem tempatan, apatah lagi kalau filem tersebut ditayangkan secara serentak di Tv.

Tambah Erma Fatima, tiada bezanya menonton Astro First dengan membeli dvd cetak rompak filem melayu yang sedang ditayangkan di pawagam. Akhirnya, industri filem lingkup, produser filem tutup company ekoran tindakan kita sendiri yang membuka pintu seluas-luasnya kepada filem luar untuk menghiasi pawagam tempatan.

Dalam nada penuh kekesalan, Erma Fatima menyatakan dia berasa kesian terhadap nasib orang seni di Malaysia yang sentiasa diinjak-injak, disepak-sepak. Erma Fatima khuatir dengan kemunculan Astro First ini mungkin akan mengugatkan jualan tiket di panggung. Buat masa ini, Erma Fatima mengambil sikap tunggu dan lihat dengan keberkesanan produk Astro First ini.

Ikuti luahan Erma Fatima di Twitter hasil screenshot kami selepas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Gambar HD Aisya Hasnaa, Penyanyi Jazz Smoking Hot!

Posted: 13 Jan 2011 12:19 PM PST

Pertama kali kami mengenali kelibat Aisya Hasnaa melalui akhbar Kosmo yang disiarkan sekitar minggu lepas. Wanita ini masih muda & cantik bergaya, dikurniakan suara enak yang mampu membawa lagu berentak jazz & Rnb. OHBULAN! difahamkan, Aisya Hasnaa yang berumur sekitar lingkungan 20-an sedang melanjutkan pelajarannya di Sunway College. Walaupun Aisya Hasnaa adalah nama baru, tetapi dia telah pun berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak berumur 14 tahun.

Sebaik sahaja tamat sekolah menengah, Aisya Hasnaa telah merancang untuk serius dalam bidang nyanyian dan kini dia baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul Lagu Mahu Kamu. Aisya Hasnaa bernasib baik apabila diberikan kepercayaan untuk bernaung di bawah syarikat rakaman Wake The Baby, yang dimiliki oleh komposer popular, Ajai.

OHBULAN! dimaklumkan oleh Aisya Hasnaa bahawa dia akan bersama-sama Ilyka, Riz AF & Sani Mentor terbang ke negeri Sarawak bagi meraikan penerbangan sulung Firefly pada Sabtu ini, 15 hb dan dijangka balik ke semenanjung pada 18 hb. Kami akan paparkan temubual eksklusif bersama penyanyi berbakat ini sekembalinya dia daripada jelajah promosi.

Namun, kami sempat bertanyakan kepada Aisya Hasnaa satu soalan yang agak agresif berbunyi, "Aisya, you ada boyfriend ke tak" Aisya membalas dengan bersahaja, "Kalau ada boyfriend nanti I bagitau u. Tak leh la, busy sekarang tiada masa untuk orang lain."

Enjoice gambar Aisya Hasnaa dalam versi HD yang bisa membuatkan anda jatuh cinta selepas ini. [Twitter & Fanpage Aisya Hasnaa]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.