borak kosong |
- [Video] Kekasih Menyamar Jadi Penumpang Lamar Pramugari di Atas Pesawat
- Paderi kurang ajar tu nak buat hal lagi
- [Kesian] 25 tahun hidup terbaring ditempat tidur
- [Kurang ajar] Bangunkan suami degan kaki
- Buaya menjadi trauma setelah tertelan telefon bimbit
- Ada bangau warna biru muncul
- Inilah cara kalau nak jadi elite
- Gadis Ini Suka Memakan Dagingnya Sendiri, 11 Tahun Habiskan 10 Jari
- Lelaki ini terpaksa makan tikus untuk bertahan hidup
- [Amaran] Inilah akibat menggunakan handphone ketika sedang dicharge
- Inilah yang terjadi bila orang kaya meninggal dunia
- Anjing ini menjadi selebrii baru diChina
- Kesian nenek ini jatuh dalam lumpur
- Macam ni baik tak payah kunci
- Kucing ini pun naik syok tengok
- Lelaki teruja dengan botol susu
- Lelaki ini 15 tahun mencari pembunuh anaknya
- Lagi gambar awek brutal selamaba je potong leher kambing
- Love bite buat perempuan ini dapat stroke
[Video] Kekasih Menyamar Jadi Penumpang Lamar Pramugari di Atas Pesawat Posted: 22 Jan 2011 09:00 PM PST Inilah saat paling romantis yang paling dirasakan oleh gadis cantik seorang pramugari . Tidak menyangka sama sekali disaat bekerja secara rutin di atas pesawat dalam penerbangan dari Lisabon Portugis ke Barcelona Sepanyol, ternyata kekasihnya menyamar menjadi penumpang biasa. Saat gadis manis yang bernama Vera Silva yang berusia 29 tahun ini melayani penumpang seperti biasanya tiba tiba kekasihnya Joao Viera berdiri dan mengejutkan penumpang pesawat yang sekitar 80 orang penumpang, seraya melontarkan kata-kata lamaran yang ditujukan buat kekasih dengan penuh romantisme Vera terpana dan akhirnya menerima lamaran sang kekasih tercinta |
Paderi kurang ajar tu nak buat hal lagi Posted: 22 Jan 2011 08:00 PM PST Berita yang saya petik dari Berita Harian online ini mengatakan paderi yang kurang ajar(bakar AL QURAN) nak buat pula Hari Menghakimi AL QURAN sedunia... tak habis-habis mamat seekor ni..cuba baca pasti hati kita panas FLORIDA: Paderi Terry Jones yang mencetuskan kemarahan antarabangsa apabila beliau mengumumkan untuk membakar al-Quran di Gereja Gainesville, kini mahu melancarkan 'Hari Menghakimi al-Quran Sedunia'. "Ya, kami akan lakukannya," kata Jones dalam rakaman yang disiarkan menerusi YouTube ketika mengumumkan rancangan terbarunya. "Kami sudah buat keputusan untuk melakukannya pada 20 Mac mulai jam 6 petang. Jika anda berpeluang, anda yang menggelarkan diri orang Islam yang baik, pada hari berkenaan al-Quran akan dibicarakan. "Kami tuduh al-Quran punca pembunuhan, perogolan dan penipuan. Ia juga bertanggungjawab atas semua kegiatan pengganas di seluruh dunia. "Secara dasarnya, adalah perbicaraan. Hari pengadilan itu akan diadakan di Pusat Dove World Outreach. Kami cabar dunia Islam untuk mempertahankan al-Quran. "Mereka kata al-Quran adalah buku keamanan dan agama yang memperjuangkan keamanan. Kami mahu mereka membawa orang yang boleh mempertahankan al-Quran. "Jika didapati bersalah, empat jenis hukuman diadakan iaitu pembakaran, merendam, mengoyak atau skuad penembak," katanya dalam satu program radio. Beliau juga memberitahu, 30 juri akan hadir termasuk penganut Kristian dan Islam, akan membuat keputusan mengenai semua dakwaan ke atas al-Quran. Laman web Jones, 'Stand Up America' mengandungi soalan yang membenarkan pengunjung memilih hukuman. Jones dan gereja itu menggemparkan dunia tahun lalu apabila beliau mengumumkan akan membakar 200 naskhah al-Quran, pada ulang tahun ke sembilan peristiwa serangan 11 September. Pemimpin pelbagai agama mengutuk rancangannya. Malah, Setiausaha Pertahanan, Robert Gates mengarahkan gereja kecil di barat laut Gainesville untuk membatalkan acara itu kerana bimbang tindakan terbabit akan membahayakan pasukan keselamatan Amerika di Asia Barat. Jones membatalkan hasratnya dua hari sebelum acara itu dijadualkan berlangsung. Beliau dijangka mengadakan sidang media pada petang Khamis depan untuk mengumumkan maklumat lanjut mengenai hari perbicaraan al-Quran pula. Paderi Dan Johnson dari Gereja Trinity United Methodist di Gainesville menjelaskan, tindakan Jones tidak mendapat sambutan kerana dalam episod pembakaran al-Quran itu, penganut Kristian datang beramai-ramai membantahnya. Bagaimanapun, beliau masih belum mendengar mengenai rancangan perbicaraan itu. "Saya berdoa dan berharap...saya tidak tahu sejauh mana kebaikannya melakukan perkara itu. Apa yang boleh dirumuskan ialah lebih banyak kerja perlu dilakukan dari aspek persefahaman dan toleransi. "Ini adalah kerja gila. Ini adalah sesuatu yang asing daripada apa yang diajar Jesus," katanya. – Agensi |
[Kesian] 25 tahun hidup terbaring ditempat tidur Posted: 22 Jan 2011 07:00 PM PST |
[Kurang ajar] Bangunkan suami degan kaki Posted: 22 Jan 2011 06:00 PM PST Malang sungguh jika suami mempunyai isteri begini... saya petik dari myMetro APALAH nasib seorang suami apabila isteri yang dikahwini atas dasar cinta bersikap ala samseng apabila sering mengungkapkan perkataan sumpah seranah seperti babi, bodoh, tolol, pergi jahanam dan pergi mampus terhadap suaminya. Bukan saja suami, keluarga suami turut menerima nasib sama. Lebih 10 kali juga isterinya meminta cerai selepas memulakan pergaduhan dengan alasan si suami lambat mengangkat panggilan telefon dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantarnya. Atas alasan lambat mengangkat telefon dan membalas SMS itu juga, barangan peribadi termasuk hak milik syarikat tempat si suami bekerja, dirosakkan si isteri. Paling memilukan si suami, pernah satu ketika isterinya mengejutkannya daripada tidur menggunakan kaki. Ikuti luahan Razman, 30, kepada wartawan Metro Ahad, ASMIZAN MOHD SAMIRAN mengenai kisah dukanya memperisterikan 'wanita samseng' sebagai pengajaran kepada masyarakat. untuk bacaan seterusnya sila klik open di spoiler Spoiler: |
Buaya menjadi trauma setelah tertelan telefon bimbit Posted: 22 Jan 2011 05:00 PM PST Kesian buaya menjadi satu trauma baginya apabila nak makan kerana tertelan handphone......saya prtik dari kosmo online KIEV, Ukraine - Seekor buaya berusia 14 tahun, Gena enggan makan sebarang makanan selepas ia menelan satu telefon bimbit milik seorang wanita yang terjatuh ke dalam kurungan haiwan itu di sebuah akuarium di bandar Dnipropetrovsk. Pada mulanya, para pekerja akuarium itu tidak percaya dakwaan wanita tersebut yang berumur 20-an bahawa telefon bimbitnya ditelan buaya tersebut. "Namun, apabila telefon itu berbunyi dan bunyinya datang dari dalam perut buaya tersebut, kami mengetahui dia (ibu tersebut) tidak berbohong," kata seorang pekerja di akuarium berkenaan, Alexandra. Wanita berkenaan terjatuh telefon itu semasa dia mahu merakamkan aksi buaya tersebut sedang membuka mulutnya. Ekoran tertelan telefon itu, buaya tersebut tidak makan selama empat minggu dan kelihatan murung dan sakit. Alexandra berkata, kelakuan buaya jantan tersebut berubah selepas ia menelan telefon itu kerana ia kini bergerak amat perlahan dan kurang berenang berbanding sebelum ini. Ketua doktor haiwan, Oleksandr Shushlenko berkata, jika buaya berkenaan masih enggan memakan sebarang makanan, haiwan itu akan menjalani pemeriksaan sinar X. - AP |
Posted: 22 Jan 2011 04:00 PM PST Sungguh sulit untuk dipercayai! Di kota kecil Biegen, Jerman Timur, muncul seekor bangau besar berwarna biru muda. Burung ini menarik perhatian masyarakat, dan meragukan apa yang dilihat benar-benar seekor bangau biru? (Bangau yang di Jerman disebut Storch ini biasanya berwarna putih) Ahli ekologi menyatakan, ini hal yang mustahil, hingga sekarang hanya dikenal Bangau Putih dan Bangau Hitam, sedangkan Bangau Biru tidak dikenal. Bangau Biru tersebut senantiasa membersihkan bulunya sendiri, ini menunjukkan dia berharap dapat menghapus warna tak lazim di bulunya tersebut. Pakar memperkirakan hal itu disebabkan oleh orang mengusik dengan menggunakan pewarna makanan dari pembuatan telur-warna Entah dengan cara dilemparkan atau disemburtkan. Yang jelas zat warna tersebut bukan berasal dari bahan kimia atau cat, kerana bulu si bangau tidak melekit dan masih mampu terbang. Ada juga orang yang menunggu hujan turun, hendak menyaksikan apakah bangau yang setelah basah kehujanan dapatkah kembali ke warna asalnya. Namun sesudah hujan lebat, bulu bangau itu masih tetap saja berwarna biru muda. Muncul pertanyaan baru: pada pergantian bulu berikutnya, bulu yang tumbuh baru, akankah berwarna putih atau biru? sumber : situslakalaka.blogspot.com |
Inilah cara kalau nak jadi elite Posted: 22 Jan 2011 10:01 AM PST |
Gadis Ini Suka Memakan Dagingnya Sendiri, 11 Tahun Habiskan 10 Jari Posted: 22 Jan 2011 09:47 AM PST Di rumah yang sederhana iti tinggal seorang anak remaja yang suka memakan dagingnya sendiri. Dia adalah Ningsih (19), warga Dusun Gumuk, Desa Gelung, Kecamatan Panarukan. Situbondo. Selama sebelas tahun, sepuluh jarinya habis dimakan. Nining - panggilan akrab gadis ini, selain memiliki gangguan jiwa, suka memakan dagingnya sendiri, sejak berusia 8 tahun.. Bahkan, sampai saat ini, sepuluh jarinya telah habis dimakan. Kebiasaan tersebut sudah tidak lagi dilakukun, setelah keluarganya membungkus tebal-tebal kedua tangannya. Namun baru-baru ini, kebiasaan tersebut datang lagi. Bukannya tangan yang dimakan, Nining sudah mulai memakan daging di kedua bahunya. Nining tinggal di rumah itu bersama ayahnya Munasip (40), dan Bunira (60) nenek yang setiap hari setia merawatnya. Sedangkan Ernanik, ibu kandungnya, sudah sejak lima tahun silam, merantau bekerja ke negeri jiran Malaysia . "Saya kasihan. Kadang kalau saya marahi supaya tidak makan dagingnya sendiri, dia ketawa, itu yang membuat hati saya semakin teriris-iris rasanya," tutur Bunira dengan mata berkaca-kaca Untuk memenuhi keperluan makanan, selain memohon belas kasihan para dermawan, Bunira juga mencari dengan berjualan sayuran keliling. Keadaan Nining anak pasangan Munasib (50) dan Ernanik (40) ini sangat memerlukan perhatian. Sebhaagian jarinya hilang di bahagian tangan kanan dan kirinya. Anehnya, menurut Bunira, Nining tidak pernah merasasakan kesakitan saat menmakan dagingnya sendiri. Beberapa cara perubatan sudah dilakukan, bahkan sempat dirawat di hospital. Namun hasilnya tetap saja kosong. Keluarga ini mengaku sudah tidak mampu lagi membawa Nining untuk berUbat, dan terpaksa membiarkannya. Keluarga ini terpaksa hanya menjaga gadis manis itu, agar tidak memakan dagingnya lagi. Kalau adiknya normal-normal saja. Gadis yang seusia dengan dia sudah ada yang berkeluarga, mungkin ini cubaan bagi keluarga dia," tutur Ahmadi, tetangga Ningsih. Ahmadi juga berkata selama ini, Nining, tidak pernah mengganggu orang lain. Bahkan, ketika diajak berkomunikasi, dengan tutur bahasa yang terbatas-batas, Ningsih berusaha menjawabnya. |
Lelaki ini terpaksa makan tikus untuk bertahan hidup Posted: 22 Jan 2011 08:45 AM PST Bambang Saptono berhasil mengabadikan aktiviti seorang lelaki di kawasan Sondakan Laweyan, Kota Solo, Jawa Tengah, yang dihimpit dalam kesusahan hidup melalui kamera handphonenya. Beban hidup yang menghimpitnya menyebabkan lelaki bernama Parmidi ini bertahan hidup dengan cara memakan tikus. Menjijikan memang, tapi itulah kenyataannya. Tak ada yang boleh dibayangkan Parmidi selama ini hanya boleh meminta belas kasihan pemberian orang. Bambang yang memgambil gambar mengaku sengaja mengabadikan peristiwa ini hanya ingin menyampaikan pesan, bahawa sehingga saat ini masih ada warga yang hidup serba kekurangan. "Bagi saya kok ada sesuatu yang saya tak mengerti mengapa masih ada masyarakat yang seperti itu (makan tikus)," keluh Bambang. sumber : situslakalaka.blogspot.com |
[Amaran] Inilah akibat menggunakan handphone ketika sedang dicharge Posted: 22 Jan 2011 07:40 AM PST Beberapa hari yang lalu, seorang laki-laki sedang mencharge HP di rumahnya Ketika itu, ada panggilan masuk dan dia menjawabnya saat HP tersebut masih lagi dicharge dan masih bersambung dengan sumber elektrik.Setelah beberapa saat, arus elektrik yang mengalir masuk ke handphonenya telah membuat di terkena kejutan dan lelaki muda tersebut tercampak ke lantai. Orangtuanya bergegas datang ke biliknya dan menemukan anaknya pengsan, dengan denyutan jantung yang lemah dan jari terbakar. Dia dilarikan ke hospital terdekat, tapi meninggal ketika sampai dihospital. sumber : infotemplatez.blogspot.com |
Inilah yang terjadi bila orang kaya meninggal dunia Posted: 22 Jan 2011 06:00 AM PST |
Anjing ini menjadi selebrii baru diChina Posted: 22 Jan 2011 05:00 AM PST Anjing ini menjadi selebriti baru di China, kerana anjing tersebut lebih memilih berjalan dengan dua kaki. Anjing berusia satu tahun ini berjalan sejauh setengah km dengan dua kakinya menarik perhatian orang ramai. Pemiliknya DOu Xianhui (50), dari Kota Jilin, mulai melatih Treasure untuk berjalan dengan dua kaki belakangnya tidak lama setelah anjing tersebut lahir. "Saya hanya melatihnya sekira satu minggu, dan dia mulai berjalan dengan dua kakinya dengan sendirinya tanpa berhenti," ujarnya seperti dilansir Orange. "Sejak belajar untuk berjalan dengan dua kaki, Treasure sukar sekali untuk berjalan dengan keempat kakinya. Kecepatannya berjalan sama dengan kecepatan saya berjalan, dia dia bisa berjalan seperti itu selama hampir 20 hingga 30 menit tanpa berhenti," lanjutnya. |
Kesian nenek ini jatuh dalam lumpur Posted: 22 Jan 2011 04:00 AM PST |
Posted: 22 Jan 2011 03:20 AM PST |
Kucing ini pun naik syok tengok Posted: 22 Jan 2011 02:00 AM PST |
Lelaki teruja dengan botol susu Posted: 22 Jan 2011 01:00 AM PST Paul Luke, pengumpul botol susu Paul Luke, 33, terpaksa membuat muzium kecil di belakang rumahnya kerana untuk menyimpan lebih dari 10.000 botol susu. Paul memang seorang pengumpul botol susu, botol susu yang dia simpan pertama ketika dia berusia 9 tahun. Koleksi botol tertuanya dibuat padai tahun 1890. "Orang tua saya sangat menyokong, mereka fikir hobi saya ini bloleh menjauhkan hal-hal yang tidak diinginkan," kata Paul seperti dikutip dari laman Daily Mail Paul tertarik mengoleksi botol susu, ketika dia menonton iklan Cornflakes Kellogs. "Dan saya mulai mengambil botol itu ketika ada seorang tukang susu yang datang ke sekolah," kata Paul yang tinggal bersama isteri dan satu anaknya. "Sejak itu saya berpikir sepertinya lucu juga mengoleksi botol susu." Dari ribuan botol susu yang dimiliki botol susu, Paul punya botol yang benar-benar listimewa dan tinggal satu-satunya di dunia. "Aku punya botol dari tahun 1890, warna botolnya masih hijau, tapi aku paling suka botol dari tahun 1950-an, ketika mereka menggunakan tiga atau empat warna," kata Paul yang sempat menjadi tukang susu ini. Sampai sekarang Paul masih terobsesi dengan botol susu dan terus mengumpulkan berbagai botol susu, maka tak hairan jika dia membuat muzium di belakang rumahnya. Dia mengoleksi botol susu ini bukan kerana wang, tapi untuk mencatat sejarah. Dalam muzium tersebut botol susu disusun rapi di rak-rak.Botol susu pertama di Inggris diproduksi oleh Express Dairy Company pada 1880. Sedangkan iklan mulai muncul di botol susu pada 1920. Iklan-iklan itu hilang pada 1990-an, ketika dikenalkan botol dengan proses ujian kebersihan dengan inframerah. |
Lelaki ini 15 tahun mencari pembunuh anaknya Posted: 22 Jan 2011 12:00 AM PST Fransisco Holgado, lelaki 66 tahun yang selalu berpakaian serba hitam dan memiliki dua keperibadian. Siang dia menjadi seorang ayah, malam dia menjadi pemburu pembunuh anaknya. Ini adalah tahun ke 15 sejak anaknya, Juan Holgado, terbunuh dengan lebih dari 30 tikaman. Fransisco Holgado menghitung setiap tahun kematian anaknya tersebut di sebuah tembok di kota Jerez De La Frontera, Sepanyol. Pada tembok itu tertulis "14 tahun. Keadilan untuk Juan Holgado". Holgado menutup angka 14 tahun dengan cat putih dan menggantinya dengan angka 15 tahun. Selama itu pula, Holgado berjuang mencari pembunuh anaknya sampai ke sarang penjenayah di kota yang terletak di Sepanyol selatan itu. Holgado bersara awal demi melancarkan misinya. Isterinya bahkan meminta cerai dan ketiga anaknya mulai tidak memperdulikannya. Dengan menggunakan wig murahan, kacamata dan sebuah topi, Holgado menyamar dan mendekati semua penjahat di lokasi tersebut. "Apa yang harus seorang ayah lakukan? Seorang ayah yang anaknya dibunuh tidak boleh hanya duduk di rumah. Dia harus menemukan pembunuhnya, bahkan mengorbankan nyawanya jika diperlukan," ujar Holgado yang setiap hari menziarahi kubur anaknya, dan sampai hari ini juga, Holgado masih mengenakan pakaian hitam tanda berkabung. Juan Holgado, 26, terbunuh pada 22 November 1995 ketika bekerja di sebuah stesen minyak. Dia ditemukan berlumuran darah dengan puluhan tikaman. Pembunuhnya berhasil lari beserta wang beberapa ratus dolar, beberapa pek rokok, dan beberapa botol minuman alkohol. Penyiasatan kematiannya terbantut kerana kurangnya barang bukti pada penyelidikan. Tempat kejadian yang penuh dengan darah, pecahan kaca, dan bekas perkelahian telah dibersihkan pemilik stesen itu. Beberapa fotografer dan wartawan juga merosak bahan bukti. Cap jari tersangka juga telah hilang tanpa bekas. Inilah yang menyebabkan pihak berkuasa tidak dapat menangkap satu orang pun hingga saat ini. Demi mendapatkan informasi dari lokasi kejahatan. Helgado menyamar menjadi Pepe. Dia berhasil berteman dengan para pengedar dadah, perampok, dan pelacur. Semuanya demi mendapatkan informasi mengenai pelaku kematian anaknya. Bak agen mata-mata, semua percakapan dengan mereka dirakamnya di sebuah kaset. Terdapat puluhan rakaman dalam keset berdurasi 60 menit. Empat orang tersangka telah berhasil dia tangkap, namun semuanya akhirnya dibebaskan kerana kurang bukti. Seorang pemuda yang paling dicurigainya adalah Pedro Asencio, pemuda ini mengaku kepada Pepe telah membakar bajunya yang berlumuran darah ketika itu, dia juga mengatakan akan membunuh Fransisco Helgado. Helgado terkenal kerana kenekadannya. Dia pernah berdiri di tengah rel keretapi untuk menghentikan keretapi ke Madrid. Dia menampal kota dengan poster dan menconteng gedung menuntut keadilan. Dia juga dua kali pernah mengganggu pertandingan bolasepak dengan berlari ke tengah lapangan membawa banner dan bunga carnation, yang bererti dia tidak akan melupakan anaknya. "Dia adalah pejuang yang gigih," ujar kawan Helgado, Pablo Berrera, 33, seorang bartender. |
Lagi gambar awek brutal selamaba je potong leher kambing Posted: 21 Jan 2011 11:00 PM PST |
Love bite buat perempuan ini dapat stroke Posted: 21 Jan 2011 10:00 PM PST gambar hiasan Seorang perempuan di New Zealand mengalami kelumpuhan di sebahagian tubuhnya akibat "gigitan mesra penuh gairah" (love bite) di leher dari pasangannya.. Demikian dilaporkan para doktor di New Zealand Medical Journal. Menurut jurnal tersebut seperti dikutip AFP, perempuan berusia 44 tahun itu datang ke unit gkecemasan di Middlemore Hospital, Auckland, tahun lalu setelah lengan kirinya tidak boleh digerakkan ketika sedang menonton televisyen Para doktor menyimpulkan, perempuan itu menderita stroke ringan. Namun, mereka bingung tentang penyebabnya sampai mereka kemudian menemukan memar vertikal kecil di lehernya, dekat arteri utama. Memar itu berasal dari gigitan mesra yang dia perolehi beberapa hari sebelumnya. "Kerana itu love bite, pasti ada banyak hisapan," kata salah seorang doktor yang merawatnya, Teddy Wu, kepada Christchurch Press. "Akibat trauma fizik yang terjadi, ada sedikit memar di dalam pembuluh darah tersebut. Ada gumpalan darah di arteri di bawah gigitan itu." Wu mengatakan, gumpalan itu , lalu bergerak ke jantung perempuan itu. Di sana, gumpalan itu membuat stroke ringan yang menyebabkan lengannya tidak boleh digerakkan. "Kami mencari contoh gigitan yang menyebabkan sesuatu seperti itu, tetapi belum pernah ada kes seperti itu," katanya. Paramedis mengatakan, perempuan itu sembuh setelah diubati dengan ubat antipembekuan darah.-kompas online |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |