Adsense

Jumaat, 31 Disember 2010

OHBULAN!

OHBULAN!


Spotlight Videos : 31 Video Yang Paling Popular & Menarik Di Youtube 2010

Posted: 31 Dec 2010 12:40 AM PST

Screen shot 2010 12 31 at 4.12.43 PM Spotlight Videos : 31 Video Yang Paling Popular & Menarik Di Youtube 2010

Youtube, keluaran khas Spotlight Videos menyenaraikan 31 video yang paling popular & menarik untuk dikongsi bersama sepanjang tahun 2010. Kesemua video yang tersenarai disusun mengikut jumlah tontonan terbanyak, mudah bukan?

Kedudukan no 1 dipegang oleh Justin Bieber, untuk lagu Somebody To Love dengan jumlah tontonan 112,519,925, setakat minit tadi. Trend youtube setakat ini dipegang oleh dominasi 6 tangga teratas selebriti Hollywood seperti Lady Gaga, Eminem, Rihanna, Katy Perry & Kesha.

Yang menarik, video terbitan individu mendominasi tangga ke-7 hingga ke-31, permulaan oleh video Bed Intruder yang popular dengan lirik "Hide your kids, hide your wife, hide your husband, homeboy", dengan jumlah tontonan setakat ini, 58,993,039.

Di tangga ke-15, video teknik mekap mata ala Lady Gaga mendapat respon yang mengejutkan. Kami tak sangka ramai orang yang minat dengan gaya mata tersebut, atau mungkin mereka lebih minat menonton MichellePhan, lol!

Nigahiga, antara remaja yang gemar dengan video parody menduduki tangga ke-23. Kami suka filem terbaru yang menampilkan dia sebagai ejen A.S.S, Agent of Secret Stuff!

Halakan kursor anda ke channel Spotlight Videos 2010, dibawa khas oleh HTC.

pixel Spotlight Videos : 31 Video Yang Paling Popular & Menarik Di Youtube 2010
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.