Adsense

Jumaat, 31 Disember 2010

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


(Highlight VIDEO) Malaysia Bergelar Juara Piala AFF Suzuki 2010

Posted: 30 Dec 2010 06:07 PM PST

Nah Pakcik kasik video, kat korang yang tak sempat nak negok siarang langsung Malaysia juarai Piala Suzuki AFF Cup 2010 dan kehebatan pemain-pemain malaysia dalam pelawanan ini. Pelawan ini telah mencoret sejarah baru dalam arena bola sepak Malaysia. Tahniah kepada Safee kerana menjadi Top Scorer Tournament. Tapi agak tak berpuas hati sebab MVP(Most Valuable Player) dimenangi oleh pemain Indonesia. Sepatutnya Muslim atau Fahmi yang lebih layak menang. Apa kata korang semua..?

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

(Twitter) Khairul Fahmi ke-5 tertinggi

Posted: 30 Dec 2010 03:25 PM PST

KUALA LUMPUR: Persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul
Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook
beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh
dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.

Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum
ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima,
menumpaskan "Support Timnas", yang menyokong pasukan bola sepak
Indonesia.
Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.
Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat,
ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak
lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula. Khairul Fahmi,
21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh
pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel
perlawanan dibunyikan. "Terima kasih kerana mengembalikan "keseksian"
dalam bola sepak Malaysia," kata seorang peminat dalam laman bola sepak
pemain itu.

Lima daripada 10 trend teratas Twitter seluruh dunia didominasi
perlawanan bola sepak yang berlangsung selama 90 minit pada pertandingan
akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno.
Sebelum ini, Twitter juga menjadi platform kepada penyokong bola
sepak Indonesia yang berang dan mendakwa Malaysia memenangi perlawanan
akhir pertama di Kuala Lumpur secara tidak adil, manakala penyokong
Malaysia lebih gemar menunjukkan sokongan dan kecintaan mereka menerusi
Facebook.
Seorang lagi pemain cemerlang, Mohd Safee Mohd Sali, hampir mendapat
hit 17,000 "Like" dalam Facebook dari 15,000 pada separuh masa
perlawanan.

Mohd Safee yang menjaring gol pertama pada perlawanan akhir kedua,
turut merangkul gelaran sebagai penjaring terbanyak dengan jumlah lima
gol.

Apa yang paling menarik ialah pemain Manchester United iaitu Rio
Ferdinand turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dalam
akaun twitternya, @rioferdy5.

"Tahniah kepada Malaysia yang menewaskan Indonesia pada final Piala
Suzuki. Saya pernah bermain menentang pasukan bawah 23 tahun Malaysia 18
bulan lepas. Memang satu pasukan yang bagus," katanya.
Dilaporkan bahawa penduduk Asia Tenggara merupakan pengguna terbesar
Twitter dan Facebook dengan Indonesia mempunyai 15 juta "tweeters",
ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat dan Brazil, manakala rakyat
Malaysia mempunyai "friends" Facebook paling ramai dengan purata 230
setiap pengguna. – BERNAMA ,

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.