Nuffnang

Himpunan Kisah Sensasi

sumber :-

Himpunan Kisah Sensasi


Kim ghairahkan Justin

Posted: 30 Dec 2010 12:00 PM PST

hi 03.1  Kim ghairahkan Justin

GELAGAT Justin bersama Kim ini dirakam ketika mereka hadir pada acara konsert Z1000 Jingle Bell di Madison Square Garden, New York, .


MESKIPUN menyedari dia sangat digilai oleh ramai gadis di seluruh dunia, namun ia tidak menghalang untuk penyanyi Justin Bieber mengeluarkan kenyataan yang pastinya akan mengecewakan peminat-peminatnya itu.

Kenyataan berkenaan adalah berkaitan dengan persepsi penyanyi itu terhadap gadis-gadis yang pernah rapat dengannya dan ia dinyatakan setelah dia didapati bercium dengan Jasmine Villegas baru-baru ini.

"Saya pernah memiliki beberapa teman wanita sebelum ini dan mula bercinta ketika berusia 13 tahun. Semenjak daripada itu, saya telah mencium ramai gadis dan bukan suatu yang pelik jika saya didapati bercium," ujarnya seperti yang dipetik melalui majalah Heat.

Pada masa yang sama, Justin juga sempat memberikan pandangannya mengenai selebriti, Kim Kardashian. "Kim Kardashian adalah seorang wanita yang mengghairahkan dan tidak terlalu tua untuk saya," ujarnya.

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan