Adsense

Jumaat, 12 November 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Ngangkung tiada pemotongan

Posted:

Ngangkung tiada pemotongan

Ngangkung tiada pemotongan

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH


Antara babak lucu dan menyeramkan yang bakal dipaparkan dalam filem Ngangkung yang bakal menjengah pawagam bermula 25 November ini.


KERJA di belakang tabir menghasilkan drama dan filem bukan sesuatu yang baru buat sutradara, Ismail Bob Hasim atau Bob yang mula mengarah drama sejak tahun 1994.

Andai disebut mengenai drama, Bob boleh dikatakan dia cukup senior di bidang pengarahan namun, di lapangan perfileman, inilah pertama kali Bob diberikan mandat merealisasikan karya filem bernilai RM1.8 juta iaitu Ngangkung.

Ngangkung di bawah terbitan Metrowealth Sdn. Bhd. (MIG), bakal menemui penonton di pawagam tempatan pada 25 November ini.

Mengangkat isu terpencil masyarakat yang gemar mengamalkan pemujaan bagi mendapatkan nombor ekor tentu sahaja menuntut daya kreativiti yang rasional daripadanya malah, jalan ceritanya juga bagi Bob, perlu dipastikan tidak melanggar budaya dan akidah agama.

Bertemu Bob pada majlis pratonton filem tersebut baru-baru ini, dia berkata, selain berpuas hati menonton hasil lakonan filem yang menggandingkan Shaheizy Sam, Azad Jazmin dan Angah Raja Lawak mesej demi mesej yang cuba diketengahkan juga menjentik emosi penonton.

"Alhamdulillah, biarpun ini filem yang mengangkat kisah berlatarkan pengamal pemujaan nombor ekor, namun, tiada langsung pemotongan babak yang dilakukan daripada LPF (Lembaga Penapisan Filem)," katanya.

Ngangkung yang turut dibarisi oleh barisan pelakon lain termasuk Lan Pet Pet, Putri Mardiana, Eira Syazira, Farisya Fatin dan Azlee Jaafar itu jelasnya, merujuk kepada perkataan ngangkung yang berdasarkan maksud dalam kamus Dewan bercangkung sambil melakukan pemujaan.

Sensitiviti masyarakat seringkali membuatkan Bob berhati-hati dalam pelbagai perkara agar produk akhir filem itu nanti tidak cela di mana-mana bahagian.

Justeru kata Bob, dia tidak nampak andai filem arahannya itu nanti boleh dikatakan mampu mempengaruhi minda masyarakat ke arah melakukan perbuatan pemujaan dan 'gila' nombor.

"Filem ini andai ditonton di bahagian-bahagian tertentu pasti orang akan berfikir yang negatif. Saya nasihatkan tengoklah dahulu sehingga habis kerana ia sebenarnya bukan hanya diselami unsur-unsur komedi dan seram tetapi sarat dengan pengajaran.

"Mungkin kita tidak sedar, di kalangan rakan-rakan ataupun ahli keluarga kita sendiri ada yang menjalankan aktiviti sebegini. Jadi, apa yang kita cuba beritahu pada penonton sesiapa yang mengamalkan perbuatan ngangkung akan menerima akibatnya.

"Saya buat filem bukan niat untuk mengajar orang tetapi menyampaikan mesej-mesej yang mungkin boleh dijadikan pengajaran dan andai lima peratus daripada mesej yang disampaikan dapat diterima oleh penonton saya memang sungguh bersyukur," kata Bob lagi.

Bagi mendapatkan kesan terbaik dalam filem tersebut, produksi berkenaan, katanya, menjalani pengambaran di sekitar Kuala Selangor yang sering dijadikan lokasi pemujaan nombor ekor.

Bukan hanya 'meniru' props yang sering digunakan dalam aktiviti pemujaan, bahkan, mantra yang digunakan dalam filem ini ada sesetengahnya merupakan mantra asal daripada negara seberang.

"Ayat-ayat pemujaan yang dipaparkan dalam filem ini sesetengahnya ayat yang benar dari Indonesia malah lokasi pemujaannya juga kita pergi ke tempat yang sebenar.

"Bagaimanapun, Alhamdulillah tiada apa-apa kejadian atau gangguan yang berlaku sepanjang proses pengambaran dilakukan," kata Bob sebelum mengakhiri perbualan.

Menyingkap kisah di sebalik Ngangkung, ia bermula apabila tiga sahabat Azim, Wan dan Tasnim yang menjalani kehidupan dengan latar sederhana dan mempunyai masalah tersendiri mula mencari punca pendapatan sampingan demi meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing.

Azim seorang bapa yang penyayang mula terjebak dengan aktiviti yang dilakukan oleh Tasnim dan Wan demi memastikan kesempurnaan hidup isteri dan anaknya.

Di antara mereka bertiga, Tasnim dilihat berjaya mengubah cara hidupnya hasil daripada kemenangan nombor ekor.

Wan pula sanggup meminjam wang daripada ah-long semata-mata untuk membeli nombor ekor.

Bermula dengan niat sekadar ingin melihat aktiviti ngangkung oleh rakan-rakannya, Azim akhirnya tewas dengan hasutan Wan dan Tasnim.

Apakah yang terjadi apabila roh yang dipuja oleh mereka ketika melakukan pemujaan mula menghantui kehidupan?

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan filem Ngangkung yang bakal menjengah pawagam berhampiran anda bermula 25 November ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kembali ke TV

Posted:

Kembali ke TV

Kembali ke TV


TIM ALLEN


MEMPERKATAKAN mengenai aktor komedi ini, siapa yang dapat lupa kehebatannya membintangi sitkom, Home Improvement pada awal tahun 90-an dulu.Kerana siri itu jugalah, ia berjaya melonjakkan nama Allen sehingga meletakkan dirinya sebagai salah seorang pelawak yang cukup diminati ramai.

Bukan itu sahaja, dia juga antara pelakon televisyen ketika itu yang menerima bayaran termahal untuk satu episod.Selepas bersiaran selama lapan musim, Allen lebih menumpukan kariernya sebagai pelakon filem dan juga penyumbang suara untuk filem animasi.Siapa yang dapat melupakan kehebatannya membawakan watak Buzz Lightyear dalam trilogi filem Toy Story sehingga berjaya menjadikannya sebagai salah satu francais filem terlaris di dunia.Menyedari populariti dan kehebatan Allen sebagai aktor komedi masih belum pudar, stesen televisyen ABC baru sahaja meluluskan sebuah siri terbaru, Man Up.Ditulis oleh Jack Burditt yang sebelum ini mencipta 30 Rock, siri itu nanti akan melihat bagaimana watak lakonan Allen yang perlu mempertahankan ego lelakinya apabila dunianya dikelilingi oleh ramai wanita.Dengan siri itu, ia bagaikan sirih pulang ke gagang kerana buat Tim dan ABC kerana sebelum ini Hope Improvement juga diterbitkan oleh stesen itu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.