Adsense

Ahad, 14 November 2010

Sensasi

Sensasi


Video Kelakar: Pelajar buat lawak jadi superman dalam Kuliah

Posted: 14 Nov 2010 08:56 PM PST




Haha..sensasi rasa student tue dah plan awal-awal nak buat mcm nie..sebab tue pempuan tue dok senyum senyum tengok sejak awal awal lagi...

Video:Apabila Artis bercakap tentang tutup Aurat..."saya masih muda,kenapa pakai tudung?"

Posted: 14 Nov 2010 08:52 PM PST



OMAIGOD..apa punya sengal jawapan mereka nie....

at least Tiz Zaqyah takla ckp komen pelik2 tapi suka dilabel sebagai seksi...yang Aleeza Kassim ngan Rabeca Nur Islam nyer jawapan cam hampeh...

ade ke patut kata "kenapa nak pakai tudung?itu bukan saya.."

Gambar Magic : mesti cuba..menarik

Posted: 14 Nov 2010 08:44 PM PST

hmmm..menarik...
bila kita tengok kat dot hitam kat tengah-tengah tue..pastu bila dia ubah ke gambar hitam putih,korang boleh nampak gambar tue jadi berwarna,..ini yang dinamakan ilusi ye rakan-rakan..bukan halusinasi..

Kelakar: Ucapan Tahniah Dalam Facebook kerana dapat 5A UPSR

Posted: 14 Nov 2010 08:19 PM PST

Klik Imej untuk besarkan

Nabil anggap Dugaan yang datang adalah balasan tuhan kepadanya

Posted: 14 Nov 2010 07:56 PM PST


"Nampak macam teknik super impose tak?" tanya Nabil kepada saya. Saya tidak menjawab kerana berkehendakkan jawapan daripada mulut Juara Raja Lawak musim kedua ini. Kemarin dia sudah membuat penafian bahawa gambar itu adalah dirinya. Semalam dia menafikan juga sekeras-kerasnya. Bukan dia orangnya yang berada dalam foto ciuman tersebut.

"Saya ditunjukkan gambar itu oleh seorang wartawan. Terus saya diselubungi rasa malu walau pun bukan gambar saya. Seperti yang saya katakan sebelum ini, orang yang terbabit dalam foto tersebut bukan saya. Mungkin ada yang boleh terima kenyataan saya dan juga sebaliknya. Terpulang tetapi saya tahu ini adalah satu kesedaran buat saya. Satu ketukan untuk membuatkan saya tidak lebih lama lalai dalam kehidupan saya yang sedang dijalani sekarang,"luahnya bebas dan menganggap ini adalah balasan Tuhan buat dirinya.

Ujian Paling Berat


"Langit tidak selalu cerah, saya sedar hakikat itu. Saya rasa malu. Dulu saya hanya tengok aksi-aksi begitu yang melibatkan orang lain atau rakan-rakan dalam dunia seni. Tapi kali ini melibatkan saya sebagai 'pelakon' foto tersebut. Saya juga malu kepada ibu bapa saya. Dulu saya buat mereka bangga dengan kejayaan dan pencapaian saya. Pada mereka saya anak yang baik dan telah buat mereka bangga. Tetapi hari ini?", ujarnya dengan nada separa lemah. Dengan hanya sekeping gambar, kepercayaan keluarga boleh longlai jika tidak diterangkan dengan baik. Nasibnya baik kerana kepercayaan itu masih utuh dan dia dinasihatkan keluarga agar lebih berhati-hati dalam menggerakkan langkah kaki.

Enggan menuding jari atau menyalahkan sesiapa, Nabil meletakkan kekhilafan ini di bahunya. Dia sedar dia larut dalam kemewahan dan kejayaan yang sedang diturunkan Tuhan buat dirinya di awal usia. Dia sedang berhadapan dengan ujian demi ujian dalam masa yang terdekat. Putus cinta dengan wanita yang amat baik di matanya, kemudian dia dihimpit dengan musibah kononnya berfoto ciuman dengan wanita baru.

Bukan hanya memikirkan hati dan perasaan yang ditanggung oleh kedua permata hatinya yang berada di Negeri Sembilan, Nabil turut merenung dan menyelami jiwa kanak-kanak yang sering memberi perhatian terhadap kerjanya.



"Itu yang turut mengganggu saya. Apa yang saya boleh katakan bahawa Abang Nabil ini adalah seorang manusia dan bukan malaikat. Abang Nabil yang mereka tonton di TV atau berjumpa adalah seorang lelaki yang sedang lalai. Yang baik ambil buat teladan dan yang buruk itu dijauhkan,"ujarnya yang sedih jika dia menyinggung hati kanak-kanak yang mungkin mengangkatnya sebagai ikon.

Acap kali dia menyebut perkataan lalai. Seolah-olah itu kesalahan paling berat yang dilakukan kini. Saya bertanya agar dia menjuruskan lagi maksud yang cuba dibawanya.

"Saya lalai dalam menjalani kehidupan sebagai anak seni. Saya juga leka dalam meneliti dan memahami hati seorang wanita. Saya lukakan hati orang. Itu kelalaian saya.

"Saya sudah buat kesilapan dan saya terima akibatnya. Cuma satu pinta saya, janganlah nama Irma dikait-kaitkan dengan apa jua kesalahan saya. Biar saya tanggung sendiri," pintanya ikhlas.


"Mungkin saya tidak tinggi diri atau sombong tetapi secara tidak nampak mungkin saya terlalu gembira dengan apa yang diberikan Tuhan sampai saya lalai. Suka sangat mahu berkawan dengan ramai orang hingga buatkan saya tidak sedar hati yang patut saya jaga," ujarnya berkias.

Dalam hati terdalam, Nabil bersyukur kerana dia menerima ujian seberat ini pada awalan kehidupannya. Ini lebih membuatkan dirinya beringat-ingat agar tidak lepas laku dan terlalu bebas dalam pergaulan.

"Ujian begini datang ketika saya masih sendiri. Bayangkan kalau ia datang ketika saya sudah berkahwin. Bayangkan juga kalau saya masih mahu curang ketika sudah kahwin, alangkah teruknya akibat itu nanti. Ketukan ini datang awal dan saya sangat bersyukur,"ujarnya

Elyana bakal berkahwin pada 19 November 2010

Posted: 14 Nov 2010 07:50 PM PST


KURANG seminggu atau lebih tepat, tinggal lima hari lagi sebelum dia bertukar status menjadi isteri orang.

Gerbang bahagia sudah tersergam menunggu detik untuk dilangkahi.

Segala perancangan sudah hampir selesai dipenuhi, diukur dan diberi perincian tetapi selaku manusia yang tidak pernah habis daripada keraguan, sampai ke hujung waktu sekali pun, tetap ada yang bersarang mahukan jawapan.



"Bukan malam-malam sahaja, bahkan bila celik mata sekalipun, saya mula terfikirkan banyak benda.

"Benarkah apa yang sedang saya dilakukan ini, mampukah saya menjadi isteri yang baik, tepatkah pilihan saya, tepatkah berkahwin pada usia ini?

"Itu semua perkara yang tidak seharusnya saya fikir tetapi bermain juga di fikiran," letus suara daripada tubuh berdarah manis bernama Elyana ini.

"Saya tidaklah terlalu beria-ria atau drastik membuat persediaan mental dan fizikal. Saya banyak membaca, melayari Internet dan lihat perkara-perkara yang membahagiakan.

"Setahu saya, manusia mudah terdorong oleh emosi, lihat perkara sedih, kita juga akan berasa sedih. Jadi, saya cuba mencari perkara yang indah dan membahagiakan sepanjang tempoh ini.

SEDAR dengan tanggungjawab dan risiko sesebuah perkahwinan, Elyana hanya mampu berharap, perkahwinan pertamanya ialah yang terakhir.

"Ibu ialah orang paling banyak membantu, banyak menasihati saya tentang pembawaan diri menjadi isteri.

"Sejak tujuh bulan lalu, saya berpindah ke rumah ibu bapa di Shah Alam. Saya mengelak diri daripada keseorangan atau berfikir perkara yang bukan-bukan.

"Sejak beberapa bulan lalu, setiap hari adalah hari yang sibuk buat saya, sibuk dengan persiapan," katanya meminjam semangat ibu untuk menguatkan hati sebelum bergelar isteri kepada Khairul Anuar Husin, 36.

"Saya tidak takut untuk berkahwin semata-mata bimbang perihal rumah tangga saya akan menjadi perhatian media.

"Sebagai artis semua perkara akan mendapat perhatian. Jadi itu bukan isu yang perlu saya takutkan," katanya yang akan melangsungkan pernikahan pada Jumaat ini.

"Cara saya berseronok dan bergaul semasa saya remaja dan bujang mungkin tidak sama seperti yang dibayangkan orang.

"Saya berada di sekeliling orang dalam dunia seni dan kawan-kawan. Dalam umur sekarang, saya sudah ada karier, kereta, rumah serta sedikit aset masa depan.

"Berkahwin pula akan memberikan satu lagi cabang keseronokan buat saya di samping menambah bilangan ahli keluarga," katanya.

"Kami berdua berbeza secara total. Khairul lebih matang berbanding saya, mungkin sebab itulah dia arif menangani emosi saya yang sering tidak menentu.

"Dia lebih rajin dan saya agak pemalas. Mungkin disebabkan sudah berusia, hidupnya lebih rileks, lepas kerja terus balik rumah dan saya pula jenis yang aktif.

SERI pengantin naik ke muka sehingga wajah Elyana nampak girang menjelang pernikahannya pada 19 November nanti.

"Jadi, saya menyumbangkan sedikit warna ke dalam hidupnya dan dia menjadikan saya seorang yang lebih rileks.

"Sikap penyayang melampau Khairul terhadap budak-budak membuatkan saya semakin menyukainya.

"Satu lagi, kami berkongsi minat yang sama. Kami suka membeli-belah terutama untuk dihadiahkan kepada orang lain.

"Jadi, untuk lokasi berbulan madu nanti, kami kena pilih tempat yang menjadi syurga beli-belah," ujarnya.

Menggunakan khidmat Saidatulnisa Aminuddin, Fahmi dan Amy Janz selaku jurusolek untuk majlis pernikahan dan persandingannya, kongsi Elyana, dia bakal mengenakan persalinan yang disediakan oleh Hatta Dolmat, Zery Zamry dan Haswani Osman.

"Persiapan perkahwinan dilakukan bersama-sama keluarga dan teman-teman, tetapi saya yang memutuskan sendiri setiap inci agenda hari besar saya," katanya.

Elyana menggunakan khidmat Arma Wedding Couture dan Ari Wedding Couture untuk melakarkan pelamin ratu seharinya bertempat di Duchess Place, Jalan Ampang, 19 dan 20 November nanti.

Justin Bieber dibunuh semasa membuat persembahan

Posted: 14 Nov 2010 07:03 PM PST



KISAH terbaru ini pastinya akan mengejutkan jutaan peminat Justin Bieber di seluruh dunia. Satu berita yang sangat mengejutkan dan pastinya ramai yang akan menangisi kehilangan penyanyi tersebut setelah mati dibunuh.

Bagaimanapun, para peminatnya tidak perlu berasa sedih atas pemergiaannya kerana kematian Justin sebenarnya hanya terjadi dalam salah satu episod dalam rancangan kartun South Park. Kartun berkenaan sememangnya cukup kontroversi kerana kerap memaparkan adegan ganas.

Dalam salah satu rancangan kartun tersebut, penyanyi cilik itu telah dibunuh oleh seekor raksasa ganas yang menyerangnya sewaktu beraksi dalam satu persembahan konsert ketika sedang menyanyikan lagi popularnya, Baby.

Raksasa yang dikenali sebagai Coon itu telah mengepit kepala Justin dengan jarinya sehingga pecah dan kemudian berlalu begitu sahaja setelah membunuh penyanyi tersebut dengan berasa bangga.

"Negara ini akhirnya akan terhindar dari segala kejahatan, tetapi apa yang paling penting sekali adalah dapat memusnahkan musuh yang paling jahat iaitu Justin Bieber. Untuk menyelamatkan dunia, makhluk kecil ini harus dimusnahkan," ujar Coon yang pastinya mampu mendatangkan kemarahan penyanyi berkenaan.



Korang kene tengok kartun nie...kelakar...Justin bieber menyanyi lagu Baby..tapi bab kene bunuh tue kejam doe...eee

Uncle Seekers Dedahkan Kisah Cinta dengan Mantan Permaisuri Agong , Siti Aishah

Posted: 14 Nov 2010 06:56 PM PST




Memang dah lama Sensasi tak dengar cerita tentang bekas Permaisuri Agong Siti Aishah,sehinggalah terkini apabila Uncle Seekers mendedahkan yang dia bercinta dengan Siti Aishah.

Uncle Seekers menulis kisah itu dalamn Blognya,dimana pada pendapat Sensasi
Uncle nie memang seorang yang agak takbur,berlagak dan pendapat peribadi sensasi,Uncle Seekers nie seolah olah merendahkan martabat dan maruah Siti Aishah...

Seolah-olah Mantan permaisuri Agong ini terhegeh hegeh nak kat Uncle. Mungkin Siti Aishah seorang yang manja,tapi tak sangka lelaki bernama Uncle Seekers begitu teruk nak hebah kepada semua orang perkara perkara begini...Riak dan perasan je..dan seolah olah mempergunakan Mantan Permaisuri Agong kita,

Cuba korang Ushar dan baca kisah Cinta yang ditulis oleh beliau

Bahagian Satu, Dua, Tiga, Empat, Lima. & Enam








Adakah Video Panas Nabil dan Qasha pula bakal tersebar ?

Posted: 14 Nov 2010 06:20 PM PST



Kerana tidak berani mengaku gambar aksi panas Nabil dan Qasha yang bercium dan tidak berpakaian,Nabil membuat kenyataan bahawa ianya hanyalah satu super impose untuk menjatuhkan namanya.

Kedengaran desas desus mengatakan bahawa tak lama lagi Video Panas Nabil pula akan tersebar kerana Gambar dan Video Nabil diambil dari Laptop peribadi Nabil.


Tapi menurut Nabil gambar tersebut dibuat dengan hasil teknologi tinggi super impose yang menyebabkannya nampak sgt real dan tiada cela..haha..kalau Video keluar tak tau la teknik apa pulak yang digunakan,mungkin teknik topeng muka Nabil dan Qasha,pakej dengan telinga capang skali.


"Muka kedua-dua individu berkenaan memang sama dengan wajah kami, namun saya tidak mampu menafikan teknologi hari ini terlalu hebat apabila teknik superimpose boleh digunakan, katanya sedikit emosi.

Katanya lagi, pembikinan tiga gambar itu dibuat menerusi teknologi superimpose yang berkualiti tinggi sehingga sukar menemui kecacatan yang kini dikatakan sudah tersebar di kalangan wartawan hiburan.
Sementara itu, Qasha yang juga seorang artis baru, turut menafikan wajah gadis dalam gambar itu dirinya.




hmm,kan pelik,Nabil mengaku itu wajah Nabil dan Qasha cuma di superimpose,tapi Qasha langsung cakap tue bukan wajahnya,....

Sensasi memang kesian ngan Irma,memang patut pun dia tinggalkan Nabil...
Lepas nie ada lagi ke peminat Nabil nie...sah sah hipokrit..

dulu Nabil kecoh mengata kononnya Farid Kamil tak menghargai Irma sebab sanggip dating ngan Fasha Sandha..huhu..

Bahkan dikatakan wartawan hiburan sendiri ada terserempak dengan Nabil dan Qasha bercuti di Phuket ,berpegangan tangan di tepi Pantai Patong,ditemani adik Qasha.

Selepas ternampak wartawan ,Nabil segera melepaskan tangan Qasha dan cuba coverline dengan menegur wartawan.Bagaimanapun menurut Nabikl dia tidak pergi bericuti ke Phukt dengan Qasha,cuma kebetulan terserempak.

Nabil kata dia pergi ke Phuket dengan geng motor,manakala Qasha bercuti dengan family..huhu

Walau bagaimana pun, Nabil menafikan bahawa beliau bercuti bersama Qasha, sebaliknya dengan teman-teman motornya. Manakala, Qasha pula kebetulan bercuti bersama keluarganya di Phuket pada masa yang sama

kata Nabil"Saya memang tak setuju jika ada dakwaan saya bercuti bersama Uqasha di Phuket! Selepas pertemuan untuk makan malam, keesokan harinya saya sambung bawa motosikal, namun dia masih meneruskan percutiannya di Phuket."

Berikutan berat badan naik mendadak dan berkahwin secara mengejut,Raja Farah dikatakan hamil sebelum bernikah

Posted: 14 Nov 2010 05:59 PM PST




Ibu Raja Farah, Farizah Abu Samah mengakui terguris dengan dakwaan mengatakan anaknya yang juga aktres terkenal tempatan itu telah hamil sebelum nikah dengan Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria.

Walaupun Farah tidak tinggal bersama-sama keluarga sebaliknya menyewa bersama rakannya, namun Farizah sentiasa memerhatikan dan mengambil berat tentang anak perempuan tunggalnya itu.

"Saya selalu perhatikan Farah setiap hari, memang badannya naik mendadak bermula Mac lalu kerana dia seorang yang berselera makan.

"Tak sangka pula orang boleh tohmah dia seperti itu. Sebagai seorang ibu, apabila badan dia berisi saya tengok perutnya tiada pula apa-apa perubahan," ujarnya ketika majlis kesyukuran dan doa selamat sempena pernikahan Farah dan Megat pada 12 November lalu di Tropika, Bukit Jelutong di sini.

Tambahnya: "Mentang-mentanglah kita buat perbincangan perkahwinan senyap-senyap, terus orang buat cerita seperti itu. Semasa perbincangan dibuat, hanya keluarga dan jiran tetangga yang tahu.

"Biar apa pun orang katakan, Farah sangat cekal. Tetapi sebelah pihak lelaki mesti berasa malu. Bonda Megat ada mengatakan fitnah yang dilakukan itu merupakan suatu dosa besar berbanding membunuh. Jadi, siapa yang melakukan fitnah itu kena tebus semula dosa yang dilakukan."

Bagaikan mahu menutup kepedihan yang dirasai, Farizah sebaliknya lebih memanjat kesyukuran kepada Allah kerana dia sendiri tidak menyangka jodoh Farah sampai awal.

Dia juga kagum dengan sikap Farah yang melakukan semua persiapan kahwin secara sendiri dengan bantuan Megat.

"Walaupun sibuk penggambaran, apabila dia tidak bekerja, dia pergi mencari barang hantaran. Semuanya dilakukan selepas Hari Raya Aidilfitri lalu," katanya.

Megat Bashirun Qhuyum merupakan menantu pertamanya memandangkan dua abang Farah belum berkahwin dan adik lelakinya masih menuntut di tingkatan lima.

Apabila melihat kesungguhan dan keserasian Megat terhadap Farah, terus dia berkenan untuk menjadikan pemuda itu sebagai menantu.

Kedua-dua pasangan itu pertama kali berkenalan di Melaka ketika adik bongsu Farah menyertai pertandingan gimnastik Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) mewakili Selangor pada Mac lalu.

Jawapan Ac Mizal terhadap pelbagai dakwaan menipu pengguna

Posted: 14 Nov 2010 05:52 PM PST


SELEPAS beberapa hari membuat laporan polis kerana mendakwa dirinya diugut, malah menjadi bahan cacian di Internet, pelakon, penyanyi dan pengacara, Datuk Mizal Zaini, 39, atau AC Mizal tampil memberi penjelasan berhubung beberapa isu yang ditimbulkan penulis blog, forum tertentu dan laman sosial Facebook, antaranya mendakwa harga gelang AC cuma AS$25 (RM78) tetapi dijual pada harga RM1,000, penjualan gelang AC di gedung Marks & Spencer di London, tiada lesen jualan langsung dan gelaran Datuk tipu.

Beliau yang kini bergelar ahli perniagaan selaku Pengerusi Eksekutif AC Konsortium Sdn Bhd (AC Konsortium) menyifatkan dakwaan terbabit sebagai fitnah dan berniat jahat untuk mencemarkan nama baik dan menjatuhkan perniagaannya.

Akibat keselamatannya turut diancam, AC terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengupah pengawal peribadi bagi melindungi keluarga dan kakitangannya.

Di sini saya mahu menjawab pelbagai dakwaan yang ditimbulkan:

1) Gelang AC Mizal dibeli dengan harga AS$25 (RM78) tetapi dijual RM1,000

Apa yang dipaparkan di blog hanya gambar yang diubahsuai. Harga RM1,000 yang ditawarkan bukan sebab saya tamak, tetapi ia membabitkan pelbagai kos, antaranya kos kotak, operasi dan pemberian bonus. Malah, daripada RM1,000 itu, sebanyak RM500 diberi kepada ahli sebagai komisen.

2) Tiada Lesen Jualan Langsung

Dakwaan saya tiada lesen jualan langsung juga tidak benar. Lesen jualan langsung syarikat saya memang bukan di atas nama AC Konsortium tetapi anak syarikat AC Konsortium, Ilham Prestij Sdn Bhd. Lesen itu tergantung di pejabat saya. Untuk lebih jelas, saya tidak menjalankan perniagaan jualan langsung pemasaran berbilang tingkat (MLM) tetapi pemasaran satu tingkat (SLM). Lesen diberikan bermula dari 16 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011.

3) Penjualan gelang AC Mizal di gedung Marks & Spencer, London

Saya tidak beri apa-apa kenyataan bahawa gelang saya dijual di gedung Marks & Spencer, London. Saya hanya kata akan dijual di gedung berkenaan. Ia masih dalam proses perbincangan sebelum menjadi kenyataan. Memang saya ada kata gelang saya dijual di London tetapi dijual kepada orang perseorangan.

4) Testimoni yang ditiru daripada laman web

Testimoni itu dihantar dari London untuk usaha memasuki pasaran di gedung Marks & Spencer. Bukan saya yang menghasilkannya. Manalah saya tahu jika ia ditiru daripada laman web lain.

5) Gelaran Datuk

Kenapa ada yang mahu mempertikaikannya? Saya bukan mahu berlagak menggunakan gelaran berkenaan, tetapi sememangnya ia adalah penganugerahan daripada Sultan Pahang. Saya ada dokumen pengurniaan kebesaran dan pingat negeri Pahang oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail.

Kini, saya menunggu tarikh untuk menerima pengurniaan itu yang dijadualkan untuk sesi kedua pada bulan ini atau Disember nanti."