Adsense

Ahad, 14 November 2010

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


20 fakta menarik mengenai Islam

Posted: 13 Nov 2010 10:57 PM PST

1. Nama "Muhammad" adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry. Sumber

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan 'Alcohol' juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl. Sumber

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur'an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata "lelaki" dan "Wanita" di dalam Al-Qur'an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama "Shiva Lingam"

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah "Ummatii … ummatii … ummatii" yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

sumber – isuhangat

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

(GAMBAR) Ariel Sharon Akhirnya Dibawa Pulang

Posted: 13 Nov 2010 10:54 PM PST

isuhangat

Gambar di atas ialah gambar yang hangat Ariel Sharon yang koma. Gambar kecil pula ialah gambar Firaun kerana umat Islam menyamakan Ariel Sharon dengan mumia pemerintah zalim tu. Mantan Perdana Menteri Israel itu telah koma selama 5 tahun. Minggu lalu keluarganya memutuskan untuk merawat bekas orang nomor satu Israel itu di rumah.


isuhangat

Pada pagi Jumaat lalu, kelihatan ambulan membawa bekas perdana menteri Israel. Ambulans dari unit intensive care yang membawa Ariel berjalan dengan kawalan ketat polis menuju Sycamore Farm, kediamannya yang terletak di bagian selatan Israel.

Shlomo Noi, ketua unit Sheba Hospital, dekat Tel Aviv, menyatakan pada radio Angkatan Darat Israel bahawa Ariel Sharon akan di bawa kembali ke hospital pada hari minggu untuk dibuat latihan beberapa kali sebelum dapat dipastikan bahawa dia boleh diubati di rumah secara tetap.

Pada 4 Januari 2006, ia mengalami stroke menyebabkan dia koma dan tak tidak pulih sehingga kini. Sharon, 82 tahun, dipandang sebagai tokoh penuh kontroversi oleh banyak pihak di dalam dan luar Israel. Penyokongnya menyanjungnya sebagai pemimpin yang cuba memulihkan keamanan tanpa mengorbankan kepentingan keselamatan Israel. Manakala umat Islam menggelarnya penjenayah perang kerana jenayah yang didakwa berkaitan pembunuhan ramai-ramai Sabra dan Shatila pada tahun 1982

Bekas Perdana Menteri Israel ke 11 yang menjadi Jeneral semasa peristiwa Nakbah pada tahun 1948 yang membawa malapetaka kepada rakyat Palestin. - isuhangat

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.