Nuffnang

Kosmo Online - Hiburan

sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Babak ranjang lumrah - Ady

Posted:

Babak ranjang lumrah - Ady

Babak ranjang lumrah - Ady



PROFIL kerjaya aktor kacak, Ady Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim dilihat cukup konsisten. Sudah pelbagai watak yang dibawakannya, antaranya anak derhaka, guru, remaja nakal dan terbaru Ady muncul untuk karakter antagonis sebagai Bad menerusi filem Haq.

Namun, bagi mereka yang telah menonton sedikit sedutan filem tersebut pada majlis sidang media baru-baru ini, dua perkara yang hangat diperkatakan. Pertama, sosok tubuh Adi yang sasa dan kedua, adegan asmara antara Ady dan aktres Nanu Baharuddin.

Tertawa saat dipersoalkan tentang dua perkara tersebut, Ady menjelaskan adegan atas katil yang secara automatik diklasifikasikan sebagai adegan panas itu merupakan suatu kebenaran dan lumrah dalam alam realiti.

Dalam nada berani, Ady memberitahu dia ada sebab menerima dan melakonkan adegan panas itu.

"Adegan seperti itu adalah kebenaran. Saya berani melakonkan adegan itu selepas meneliti skrip dan ingin tunjukkan perkara sebenar kepada masyarakat. Saya tidak boleh cerita sejauh mana panasnya adegan itu kerana penonton kena saksikannya sendiri.

"Saya juga secara berterus terang mengakui itu adalah cara untuk melariskan filem. Meskipun memiliki adegan panas, filem ini mempunyai mesej yang ingin disampaikan ia bukan sekadar cerita kosong," ujarnya.

Sedar dia mungkin akan dihujani kritikan selepas filem yang menelan belanja sebanyak RM2.5 juta itu ditayangkan kelak, Ady pasrah dan yakin peminatnya akan mengerti.

"Sebelum ini saya banyak juga bawa watak jahat tetapi Alhamdulillah peminat dapat bezakan diri saya di dalam filem dan di luar filem.


ADY mengakui babak ranjang dalam filem adalah suatu cara untuk melariskan filem.


"Saya pernah didatangi peminat yang terdiri daripada mak cik-mak cik yang marah dan geram dengan watak lakonan saya tetapi mereka puji mutu lakonan saya itu yang menurut mereka mampu membuatkan mereka sakit hati. Sebagai pelakon tidak mungkin saya akan bawa watak baik sahaja kerana peminat sekarang sudah pandai menilai," tuturnya.

Tayang badan

Menerusi filem Haq juga, Ady tanpa segan menayangkan tubuhnya yang sasa untuk tatapan penonton. Gembira dengan hasilnya, Ady menerangkan dia berusaha membuat latihan bina badan semata-mata mengikut tuntutan watak.

"Sebenarnya saya dan pihak produksi berbincang bagaimana untuk menggambarkan watak Bad ini dengan baik. Menerusi perbincangan itu, keputusannya adalah saya harus membuat latihan bina badan selama dua bulan sebelum penggambaran bermula untuk mendapatkan tubuh yang sasa.


BARISAN karyawan filem Haq yang bakal ditayangkan pada 27 Januari tahun depan.


"Sebelum ini berat badan saya 71 kilogram (kg), selepas dua bulan berat badan saya bertambah kepada 81 kg. Selain bersenam saya juga mengamalkan diet yang seimbang dan mengambil banyak protein dan kurangkan karbohidrat," ceritanya.

Tambahnya, dia seorang pelakon yang sanggup untuk mengubah berat badan semata-mata untuk memenuhi tuntutan watak dan dia menggalakkan pelakon lain turut melakukan hal yang sama.

"Saya sanggup naik dan turunkan berat badan sebab saya ikhlas dengan apa yang saya lakukan. Pelakon antarabangsa juga lakukan hal yang sama. Kalau dalam filem Haq saya bertubuh sasa tetapi dalam filem Hanyut saya turunkan berat badan.

"Jadi, penonton boleh bezakan watak saya dengan melihat saiz badan. Setakat hari ini saya tidak ada sebarang masalah kesihatan, saya juga mempunyai jurulatih peribadi yang membantu saya untuk turun dan naikkan berat badan," katanya.

Bertutur empat bahasa

Haq menyaksikan Ady bertutur dalam empat bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Kantonis dan Perancis. Bagi Ady, perkara itu agak mencabar kredibiliti dirinya.

Jelas Ady, meskipun membawa watak antagonis, namun karakter itu merupakan seorang yang bijak dan terpelajar.

"Bila saya bertutur dalam bahasa yang tidak begitu lazim, kalau tersalah sikit nanti orang akan gelak. Jadi, ketika ada skrip yang memerlukan saya bertutur dalam bahasa Perancis, mesti akan ada orang Perancis yang memantau sebutan saya supaya disebut dalam nada yang betul," terang aktor berusia 29 tahun itu lagi.


ADY sanggup berusaha keras bagi merealisasikan karakter lakonannya.


Filem arahan Jumaatun Azmi dan C.L Hor itu merupakan filem tentang superhero pertama yang dilakonkan Ady. Tidak memerlukan sebarang kostum seperti filem superhero yang lain, Ady tampil cukup segak dengan hanya mengenakan baju kemeja dan kot.

"Skrip filem ini cukup menarik, mereka mempunyai kuasa luar biasa dan Bad dengan wajah menarik serta nampak baik tetapi dalam hati dia inginkan kuasa yang lebih tinggi tetapi berbalik kepada asas, yang berada paling atas adalah Allah.

"Walaupun ada yang cakap filem ini seperti drama bersiri Heroes, itu adalah nilai komersialnya. Saya cukup seronok sepanjang berlakon dalam filem ini bersama Zul Huzaimy dan seluruh tenaga produksi. Secara jujur meskipun belum lihat secara keseluruhan, saya cukup kagum dengan hasil filem Haq," terangnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Serangan parti My Chemical Romance

Posted:

Serangan parti My Chemical Romance

Serangan parti My Chemical Romance


MY CHEMICAL ROMANCE


MY Chemical Romance melabelkan album terbaru mereka sebagai suatu 'serangan parti'. Vokalis kumpulan itu, Gerard Way yang bercerita tentang album keempat kumpulan itu, Danger Days: The True Lives of the Fabulous Killjoys itu berkata: "Saya percaya setiap lagu dalam album ini nanti akan membuatkan peminat kami akan bangun dan menari."

Tambahnya: "Saya lebih gemar melabelkan album itu sebagai suatu 'serangan parti'. Ia suatu album yang tidak mengandungi sebarang lagu yang tidak akan membuatkan pendengar menari mengikut iramanya.

Gerard juga menjelaskan tentang single pertama daripada album itu yang memiliki judul yang sangat panjang iaitu also Na Na Na (Na Na Na Na Na Na Na Na Na Na Na Na Na Na Na): Single ini tentang masa untuk bergembira dan tidak terperangkap dalam fesyen atau genre.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen