Adsense

Isnin, 1 November 2010

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Gambar Wang Kertas RM50 Bank Negara Malaysia

Posted: 01 Nov 2010 10:37 PM PDT

Safron gantikan popi

Posted: 01 Nov 2010 08:46 PM PDT


SEORANG lelaki menuai safron di Herat, Afghanistan yang menjadi alternatif kepada tanaman candu.


SAMBIL menunjukkan sesuatu yang berwarna kuning kemerahan dan kelihatan seperti gumpalan benang di tapak tangannya, Abdul Khaliq Stanikzai menjelaskan bahawa bahan tersebut merupakan penyelamat kepada ketagihan candu di Afghanistan.

Melalui pembangunan pertanian yang dikatakan menjadi penyelamat kepada masalah dadah dan peperangan di negara itu, sebuah program telah diwujudkan. Program yang dikatakan bernilai berjuta-juta dolar itu akan menjadi alternatif kepada petani yang mengusahakan tanaman popi.

Di barat Herat iaitu sebuah wilayah yang bersempadan dengan Iran, tanaman berwarna ungu yang mempunyai akar bebawang itu telah menggantikan tumbuhan popi sedikit demi sedikit. Bagaimanapun, perubahan kepada safron lebih bersifat jangka panjang berbanding popi.

"Menanam safron memerlukan keyakinan dan kesabaran kerana tumbesarannya yang berperingkat-peringkat. Hasilnya hanya boleh dituai pada tahun keempat," kata Pengarah Sanayee Development Organisation di Herat itu.

Tanaman itu mempunyai peranan yang sama seperti badam, anggur, epal dan gandum yang popular di Afghanistan kerana ia adalah alternatif kepada pokok candu yang menjadi rezeki kepada 85 peratus penduduknya.

Afghanistan adalah antara negara yang paling miskin di dunia, tetapi ia adalah pengeluar candu yang terbesar. Ia boleh dikatakan sebagai 'pusat' heroin kerana lebih 90 peratus heroin di dunia dibekalkan negara itu.

Lebih memburukkan keadaan apabila pengeluarnya turut mendapat bantuan keselamatan daripada kumpulan kongsi gelap. Pendapatan pengusaha popi juga terjamin kerana turut mendapat bantuan baja, air dan wang pendahuluan dari orang tengah.

Industri candu di Afghanistan telah menjana pendapatan sebanyak AS$3 bilion (RM9.3 bilion) setahun untuk bekalan di Eropah. Ia juga membantu menyumbangkan dana kepada pemberontak Taliban selama lebih sedekad.

Menurut sumber Pejabat Jenayah dan Dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC), Afghanistan telah menghasilkan sekitar 3,600 tan candu pada tahun ini. Jumlah itu menghampiri separuh daripada nilai pengeluaran pada tahun 2009.

Pengeluaran candu

Nilai bunga candu pula meningkat sebanyak 38 peratus kepada AS$604 juta (RM1.9 bilion) dan ia sangat menggalakkan pendapatan para petani.

Sebuah laporan menjelaskan, lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Afghanistan hasil daripada pengeluaran candu adalah enam kali lebih banyak berbanding gandum.


SEKURANG-KURANGNYA 50,000 hingga 75,000 kuntum safron diperlukan untuk mendapatkan setengah kilogram safron kering.


Pokok popi yang mudah ditanam menjadi kontra kepada kaedah alternatif yang diperkenalkan. Bagaimanapun, cabarannya ialah sebahagian petani diugut oleh puak Taliban supaya tidak meneruskannya.

Washington memberi galakan kepada pembangunan pertanian sebagai tambahan kepada usaha ketenteraannya untuk menamatkan peperangan. Melalui program pengurusan Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) yang bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.1 bilion), ia membuka peluang pekerjaan dan menjana pendapatan.

Namun, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menjelaskan, sebahagian besar kawasan yang menghasilkan candu masih seperti biasa. Ia secara tidak langsung menyatakan kegagalan untuk meyakinkan para patani agar beralih kepada tanaman alternatif.

UNODC menjelaskan, penurunan jumlah tanaman candu di Helmand secara statistiknya tidak signifikan. Sebaliknya wilayah yang berjiran dengan Kandahar itu menunjukkan penurunan sebanyak 30 peratus.

Jurucakap Kementerian Pertanian, Abdul Majeed Qarar menjelaskan, pihaknya menerima maklum balas positif daripada peladang-peladang tempatan terhadap tanaman safron.

Stigma daripada pokok crocus yang menghasilkan rempah ratus bernilai tinggi itu telah digunakan sejak beribu tahun lalu. Ia adalah untuk menambahkan keharuman, rasa dan warna makanan. Rempah itu juga digunakan dalam perubatan berasaskan herba, pewarna dan minyak wangi.

Kelebihan safron

Sebanyak 50,000 hingga 75,000 kuntum bunga diperlukan untuk menghasilkan setengah kilogram safron kering dan ia boleh dijual pada harga yang mencecah AS$5,000 (RM15,515).

Stanikzai menjelaskan, harga candu pada awal tahun ini ialah AS$95 (RM294) sekilogram berbanding AS$2,000 (RM6,206) safron.

Namun Afghanistan masih kerdil di pasaran antarabangsa berbanding negara lain seperti Iran, Itali, Sepanyol, India, Greece, Azerbaijan dan Morocco. Qarar menjelaskan, safron di Afghanistan kini mendapat tempat di negara Teluk dan India.

Melalui bantuan daripada Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Belanda, petani-petani dari seluruh negara mengunjungi Herat untuk menimba pengetahuan mengenai kelebihan safron.

"Musim tanaman safron bermula dari pertengahan bulan September sehingga pertengahan November iaitu di luar musim tanaman lain. Ia juga mudah membesar dan memerlukan kuantiti air yang sedikit.


STIGMA daripada bunga safron menambah aroma, rasa dan warna pada makanan.


"Ia juga memberikan pulangan yang lebih berbanding popi. Petani hanya menjana pendapatan sehingga AS$3,000 (RM9,309) hingga AS$5,000 (RM15,515) setiap hektar candu, tetapi mereka boleh mendapat sehingga AS$30,000 (RM93,092) dalam tempoh tiga tahun dengan keluasan tanah yang sama," katanya.

Qarar menjelaskan, safron diusahakan di 300 hektar kawasan di Herat dan jumlah yang sama di kawasan lain seperti Uruzgan, Kalisa dan Parwan. Tanah-tanah di 20 kawasan lain turut di kaji sama ada tumbuhan itu boleh hidup subur.

Dengan pemberontakan yang semakin meningkat dan bulan Julai 2011 yang semakin hampir iaitu permulaan kepada gencatan senjata tentera Amerika Syarikat (AS), Qarar menjelaskan, terdapat tekanan untuk membina semula pembangunan tumbuhan alternatif.

Di Herat Saffron Shop yang menjual safron pada harga AS$5 (RM15.50) segram, pemiliknya, Yaser Jahn menjelaskan, pembekal tumbuhan itu yang dahulunya pengusaha candu kini hidup dengan lebih baik.

Bakat baru sukan renang

Posted: 01 Nov 2010 08:38 PM PDT




SUASANA malam di Kelab Golf & Country Kota Permai di Bukit Kemuning, Shah Alam begitu mendamaikan. Kehijauan padang golf di bawah lembayung senja dan sinaran lampu neon yang menerangi persekitaran mampu menerbitkan ketenangan dalam jiwa.

Hembusan bayu sesekali menyapa pengunjung atau ahli kelab yang masih berada di sana lantaran melakukan aktiviti riadah untuk kesihatan diri.

Di tepi sudut kolam renang utama yang terdapat di kelab itu, kelihatan sekumpulan kanak-kanak sedang bersiap menyalin pakaian. Baju biasa yang dipakai kemudian ditukar dengan sut renang.

Tidak lama selepas itu kedengaran satu tiupan wisel yang nyaring sekali gus membuatkan kanak-kanak berumur di antara sembilan hingga 15 tahun itu terjun ke dalam air dan berkumpul rapat.

Selepas mendengar arahan yang diberikan oleh seorang lelaki berbadan sasa, masing-masing mula mengambil tempat.

Daripada satu teknik ke satu teknik, mereka terus berlatih tanpa menghiraukan kesejukan dingin malam yang mencucuk hingga ke tulang. Apatah lagi, jika berendam di dalam air untuk tempoh waktu yang lama.


SEBAHAGIAN perenang kumpulan pertama untuk Kelab Kota Permai sempat memberi gaya untuk lensa Kosmo! sebelum menjalani latihan.


Benarlah kata pepatah, alah bisa tegal biasa ditujukan kepada mereka. Latihan yang kerap menjadikan mereka kebal dengan rasa sejuk yang lazimnya dirasai oleh orang lain.

"Ini merupakan latihan renang kompetitif untuk mencungkil potensi dan bakat-bakat baru dalam sukan renang.

"Pelatih pula terdiri daripada perenang kumpulan pertama yang dilihat mempunyai potensi untuk diketengahkan dalam sebarang pertandingan.

"Sesi latihan ini berlangsung selama dua jam. Sama ada bermula dari pukul 7 petang hingga 9 malam atau dari pukul 5.30 pagi hingga 7.30 pagi. Ia akan diadakan pada setiap hari kecuali Isnin dan Sabtu," ujar Ivan Ng, 29, selaku jurulatih renang Kelab Kota Permai ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Selain Kelab Kota Permai, Ivan juga melatih pasukan renang Kelab Darul Ehsan (KDE) dan Kelab Pangsapuri Cemara di Kajang, Selangor atas tujuan yang sama.

Kerjaya Ivan sebagai jurulatih bukan bersandarkan latar belakang sebagai perenang yang berjaya. Sebaliknya, bapa kepada dua cahaya mata itu lebih meminati sukan badminton pada waktu kecil.

Tetapi, siapa sangka dia berjaya membuktikan kebolehan diri untuk bergelar jurulatih selepas mengambil kursus yang ditetapkan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM).

Kini, Ivan mempunyai Sijil Kejurulatihan Tahap 1 ASUM dan Sijil Kejurulatihan Kesatuan Renang Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).

Sesi latihan intensif

Menurut Ivan, sesi latihan perlu diadakan pada awal pagi atau waktu malam memandangkan semua perenang di bawah kendaliannya masih bersekolah.

Jika tempoh pertandingan semakin hampir, dia akan memastikan anak didiknya dikerah menjalani latihan lasak untuk mencapai sasaran pingat yang dikehendaki.

Antaranya, mereka perlu menjalani dua sesi latihan setiap hari berbanding hanya satu sesi pada waktu-waktu biasa.

"Latihan lasak melalui program-program yang diatur bertujuan untuk membina kekuatan mental dan fizikal setiap perenang.

"Selain itu, ia juga bagi meningkatkan stamina dan memperbaiki kelemahan di kalangan mereka," tegas Ivan sambil memberitahu tiada perenang yang diberi pengecualian untuk menghadiri sesi latihan meskipun mereka mempunyai komitmen lain.

Bagi Ivan, latihan lasak itu mampu menjanjikan kemenangan buat perenang atau paling tidak mampu memberi persaingan kepada lawan mereka.


IVAN membetulkan kedudukan seorang perenang dalam satu sesi latihan di Kelab Golf & Country Kota Permai, Shah Alam baru-baru ini.


Salah satu kejohanan yang bakal disertai kelak ialah pertandingan Pra-Kuala Lumpur 2011 (Pra-KL) yang berlangsung di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur awal Januari tahun depan.

Sehubungan itu, sejak Ogos lalu, Ivan sudah pun menggerakkan jentera perenangnya melalui latihan intensif yang dijalankan setiap hari tanpa mengira cuti umum.

Bagaimanapun, sebelum Pra-KL 2011, pasukan renangnya juga akan menyertai pertandingan Piala Presiden yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 November 2010 di Bukit Jalil. Berdasarkan komitmen yang dipamerkan oleh perenang-perenangnya, anak kelahiran Pulau Pinang itu yakin pasukannya mampu bersaing dengan kelab-kelab renang popular yang lain.

Di sebalik ketekunan menjalani latihan, Ivan dan anak didiknya berdepan dengan dilema mendapatkan kolam renang mengikut standard untuk berlatih.

Namun, itu bukan alasan untuk mereka mengaku kalah sebelum berjuang. Malah, pencapaian Ivan sebagai jurulatih boleh dibanggakan apabila berjaya melahirkan beberapa perenang yang menunjukkan prestasi cemerlang.

Antaranya seperti perenang bawah umur 15 tahun, Lester Lee, 15; Goh Weng Hoe, 16; Goh Weng Yee, 13, dan Marcus Ng, 15, yang menjadi tonggak pasukan KDE.

Kejutan beberapa acara

Di samping itu, perenang bawah umur 12 tahun iaitu Kwong Xin Di, 11; Siew Chian, 10, dan A.B. Joanah, 10, turut menjadi harapan KDE untuk membuat beberapa kejutan dalam beberapa acara akan disertai mereka.

Ketika menghadapi masalah kolam renang sekitar tahun 2008 hingga 2009, pasukan yang dilatih Ivan masih mampu melahirkan dua perenang terkenal bawah umur 12 tahun iaitu Nicholas Soon, Teh Li Lian, Sebastian Soon, Weng Yee, Weng Hoe, Marcus dan Xin Di.

"Bayangkan dalam keadaan yang sukar itu, Nicholas dapat memecahkan dua rekod Pra-KL 2009 dalam acara 50 meter kuak dada dan 100m kuak dada serta memenangi pingat emas pada pertandingan peringkat National Age Group (NAG) pada tahun 2009.

"Sementara Weng Yee pula mengutip pingat emas dalam acara 50m gaya bebas dan beberapa pingat perak dan gangsa semasa pertandingan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kuala Lumpur (MSSKL) 2009," terang Ivan penuh semangat.


WALAUPUN tanpa pengalaman dalam sukan renang, Ivan berjaya bergelar jurulatih renang profesional.


Dalam pada itu, pembantu Ivan, Sabri Alias, 29, mengakui seronok dapat bekerjasama dengan Ivan dalam melatih perenang di bawah Kelab Kota Permai.

Walaupun baru sebulan kolaborasi itu termeteri, namun hubungan yang terjalin seakan sudah lama terjalin.

"Saya banyak membantu dalam aspek teknik renang, pembetulan strok dan mengambil catatan masa setiap pelatih. Setakat ini, tiada sebarang masalah yang timbul antara kami.

"Ivan seorang jurulatih yang profesional," kata Sabri yang pernah berkhidmat sebagai penjaga keselamatan di Sunway Lagoon.

Malam Galactica Masterskill

Posted: 01 Nov 2010 08:36 PM PDT


EDMUND (dua dari kanan) dan Raja Azureen merasmikan Malam Galactica Master Skill.


KEHADIRAN Nurul Amin Abdullah selaku kakitangan Kumpulan Pendidikan Masterskill Berhad dari Kampus Ipoh, Perak hanya untuk meraikan Majlis Makan Malam Tahunan anjuran syarikatnya.

Namun, siapa sangka tuah memihak pada dirinya apabila namanya diumumkan sebagai pemenang cabutan bertuah hadiah utama berupa sebuah kereta Proton Persona.

Selain Nurul Amin, tiga lagi kakitangan Masterskill pulang dengan hadiah lumayan seperti pakej pelancongan ke Eropah untuk dua orang, pakej pelancongan Golden Triangle untuk dua orang dan TV Plasma Samsung.

Berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway, Subang Jaya, awal Oktober lalu majlis gilang-gemilang itu bertemakan You Are The Choosen One yang diadaptasi daripada filem Star Wars.

Kebanyakan tetamu memakai kostum pelbagai karakter yang terdapat dalam filem fantasi tersebut. Daripada watak Queen Amidalas hinggalah Darth Vader, semuanya tampil kreatif dengan kostum masing-masing.

Meraikan kakitangan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan Masterskill Berhad, Datuk Seri Edmund Santhara, majlis makan malam itu bertujuan untuk meraikan semua kakitangan yang telah banyak menyumbang terhadap kejayaan syarikat.


SEBAHAGIAN pelajar yang hadir dengan kostum makhluk asing dalam filem Star Wars.


"Ini malam yang istimewa buat anda semua. Tanpa anda, tidak mungkin kita berjaya menjadi jenama utama dalam pendidikan sains kesihatan. Tahniah dan saya bangga dengan kejayaan ini.

"Tidak ketinggalan, sekalung penghargaan kepada semua penjual dan pembekal di atas sokongan penuh dan sumbangan mereka terhadap Masterskill termasuk dalam majlis makan malam ini," kata Edmund dalam ucapannya pada majlis tersebut.

Majlis itu dirasmikan oleh Canselor Kolej Universiti Masterskill, Raja Datuk Seri Azureen Sultan Azlan Shah. Turut hadir ialah Pengerusi Kumpulan Pendidikan Masterskill Berhad, Tunku Datuk Seri Kamel Tunku Rijaluddin.

Pelbagai persembahan seperti nyanyian, lakonan dan pertunjukan pentas ala Star Wars diadakan bagi memeriahkan majlis makan malam itu.

Ternyata kreativiti pelajar dan kakitangan dalam memastikan kelancaran majlis begitu menyerlah. Malah, setiap pelajar dan kakitangan yang menghadiri majlis makan malam itu begitu sporting dan memberi kerjasama yang baik terhadap apa yang diminta pengacara majlis.

Pada majlis itu juga, pihak syarikat turut memberikan beberapa anugerah kepada kakitangan yang menunjukkan prestasi terbaik sepanjang perkhidmatan mereka.

Antaranya Anugerah Pemasaran Terbaik, Anugerah Keperibadian Profesionalisme Terbaik dan Kakitangan Terbaik.


KAKITANGAN dan pelajar yang bertuah bergambar bersama hadiah masing-masing.


Cabutan bertuah juga berlangsung dalam suasana meriah dan santai, tetapi menyeronokkan. Kesimpulannya, 1,001 pengalaman manis pasti tersimpan di kotak fikiran tatkala mereka melangkah keluar sebaik majlis berakhir sekitar pukul 12 malam.

Persembahan puisi bukan Melayu

Posted: 01 Nov 2010 05:17 PM PDT


RAJA RAJESWARI menyampaikan puisi yang berjudul Bicara Sukma Bahasa Kepada Warga Nusa.


ENTAH mengapa bait-bait puisi nukilan bapanya itu meresap jauh ke hati Lim Fheng Fheng, 26. Baris-baris puisi berjudul Tuhan, Kepada-Mu Kami Memohon Perlindungan itu dibaca Fheng Fheng dengan penuh perasaan.

Walaupun berketurunan Cina, ia bukan penghalang kepada anak penggiat sastera negara, Profesor Madya Dr. Lim Swee Tin untuk tampil bersemangat mengungkapkan patah-patah kata dalam bahasa Melayu.

Bahasa kebangsaan sudah sebati dengan jiwanya. Apatah lagi, menurut bekas wartawan penyiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) tersebut, beliau akan bertutur bahasa Melayu ketika berkomunikasi bersama keluarganya di rumah.

"Ayah saya berasal dari Kelantan. Masyarakat Cina yang berasal dari negeri itu mempunyai jati diri Melayu yang sangat tinggi. Jadi kami selesa menuturkan bahasa Melayu," katanya ketika ditemui pada majlis sepetang di Permodalan Nasional Berhad (PNB) sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan baru-baru ini.

Menurut pelajar ijazah sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan yang menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, beliau sering mengikut bapanya menghadiri majlis-majlis persembahan puisi sejak umurnya 11 tahun.

Daripada situ, Fheng Fheng belajar menghayati baris-baris puisi yang dilontarkan bapanya dan perasaan cinta pada puisi Melayu cukup sebati di jiwanya.

"Di mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Saya akan menjadi pewaris kepada semangat bapa terhadap bahasa kebangsaan kita," ungkap Fheng Fheng penuh bermakna kepada Kosmo!.


FHENG-FHENG mempersembahkan puisi hasil nukilan bapanya, Lim Swee Tin.


Anak kepada pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM itu bukanlah berseorangan sebagai kaum bukan Melayu yang lancar menuturkan bait-bait puisi. Sebaliknya, Pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Bahasa Melayu, Raja Rajeswari Seetha Raman, 49, turut menunjukkan kecintaan yang sama.

Anak kelahiran Kuala Kurau, Perak itu mendapat pendedahan mengenai bahasa Melayu sejak kecil. Memandangkan beliau menetap di kuarters guru, dan dibesarkan di Bagan Serai, Perak, pergaulan Raja Rajeswari dengan pelbagai kaum menyebabkannya banyak menggunakan bahasa Melayu.

Puisi untuk Tun Mahathir

"Ketika di kuarters, saya bergaul dengan rakan-rakan daripada kaum Melayu. Ia secara tidak langsung menyebabkan saya fasih berbahasa Melayu.

"Fasih berbahasa Melayu tidak bermakna saya melupakan bahasa nenek moyang iaitu bahasa Tamil. Sebaliknya sebagai rakyat Malaysia kita patut mengutamakan bahasa kebangsaan," katanya yang telah menghasilkan lebih 50 buah puisi etologi.

Menganggap bahawa bahasa kebangsaan penting untuk dihayati oleh setiap warga Malaysia, beliau yang pernah menyumbangkan puisi kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru agar rakyat Malaysia tidak menjadikan bulan Oktober sahaja untuk menghayati bahasa kebangsaan sebaliknya mengamalkannya setiap hari.

Fheng Fheng dan Raja Rajeswari adalah antara anak seni yang mempersembahkan puisi masing-masing pada majlis yang berlangsung sempena meraikan Bulan Bahasa Kebangsaan di Menara PNB, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini. Pada petang itu Raja Rajeswari mempersembahkan puisi berjudul Bicara Sukma Bahasa Kepada Warga Nusa.


DARI kiri: Karam Singh, Fheng Fheng dan Raja Rajeswari terhibur dengan telatah lucu pengacara majlis Bulan Bahasa Kebangsaan di Menara PNB baru-baru ini.


Tetamu lain yang mempersembahkan puisi pada majlis yang bertemakan Tiada Kata Secantik Bahasa itu ialah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi A. Aziz; Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar; Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said; wartawan TV3, Karam Singh Walia dan penggiat sastera, Zaen Kasturi.

Masjid tersebut turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat seperti Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan isteri serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan isteri.

Peniaga dipukau lelaki berkopiah

Posted: 01 Nov 2010 05:15 PM PDT


RAKAMAN CCTV menunjukkan seorang lelaki yang memakai kopiah putih menuju ke belakang mangsa sebelum disyaki melarikan RM2,100 di sebuah bank di Shah Alam, Khamis lalu.


SHAH ALAM - Seorang pemilik kedai runcit kehilangan wang tunai RM2,100 selepas bahunya ditepuk oleh seorang lelaki yang memakai kopiah putih ketika mangsa memasukkan duit di dalam mesin deposit sebuah bank di Seksyen 14 di sini Khamis lalu.

Ketika kejadian pada pukul 1.21 tengah hari itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an pergi ke bank terbabit seorang diri untuk mendepositkan wang sebanyak RM5,000.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin berkata, semasa berada di dalam bank, bahu mangsa tiba-tiba ditepuk oleh seorang lelaki juga berusia dalam sekitar 50-an yang berada di belakangnya.

Lelaki itu kemudian menegur mangsa kononnya cara dia memasukkan wang ke dalam mesin deposit salah dan ingin membantu.

"Mangsa selepas itu seakan-akan terpukau dengan menyerahkan kesemua wang kepada lelaki yang memakai kopiah itu. Selepas melakukan transaksi dia menyerahkan slip bank kepada mangsa lalu meninggalkan premis tersebut.

"Beberapa minit kemudian, mangsa yang melihat slip bank itu terkejut apabila mendapati hanya RM2,900 yang dimasukkan manakala baki dipercayai dilarikan oleh suspek," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.