Nuffnang

Utusan Online - Hiburan

sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Siapa ikon Gadis Melayu 3?

Posted:

Siapa ikon Gadis Melayu 3?

Siapa ikon Gadis Melayu 3?

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR


SEMBILAn jelitawan bersedia berentap untuk merangkul gelaran ikon Gadis Melayu 3.


SEDAR tak sedar, rancangan realiti pencarian ikon yang memaparkan ciri-ciri gadis Melayu hampir tiba ke penghujungnya.

Gadis Melayu musim ketiga kali ini hadir dengan pelbagai format baru dan menggabungkan elemen tradisional dan kontemporari.

Tiada kontroversi seperti yang terlihat pada musim yang lalu, Gadis Melayu 3 yang disiarkan setiap hari Jumaat pada pukul 9 malam ini akan menemui malam finalnya pada 29 Oktober ini.

Mengimbas kembali Gadis Melayu musim kedua, pelbagai kontroversi hadir yang sedikit sebanyak mencalarkan imej yang cuba ditonjol program ini.

Namun pada musim kali ini, peserta-peserta ditapis rapi agar dapat menonjolkan tujuan utama rancangan yang mencari seorang ikon yang dapat dicontohi.

Pelbagai kelainan yang ditonjolkan pada musim ketiga ini dan yang paling utama ialah tiada penyingkiran yang berlaku sehinggalah episod terakhir Gadis Melayu 3 yang akan menobatkan ikonnya kali ini.

Selain itu, antara kelainannya, jika Gadis Melayu musim pertama sepenuhnya menerapkan ciri keMelayuan, musim kedua hadir dengan kandungan yang lebih segar dan kontemporari, musim kali ini pula adalah gabungan kedua-duanya.

Menurut penerbit Gadis Melayu 3, Khairul Bariah Kamaruddin, pihak penerbit berpuas hati dengan pemilihan peserta kali ini kerana tiada kontroversi seperti tahun lalu.

Format baru yang tiada penyingkiran itu pula katanya, dilihat berkesan kerana semua peserta mempunyai peluang sama rata untuk menimba ilmu dan pengalaman supaya mereka lebih bersedia untuk digelar ikon.

"Tidak dinafikan semasa sembilan orang peserta ini diperkenalkan kepada umum, ada yang berpendapat mereka kelihatan gugup dan seperti tidak bersedia.

"Namun, pengalaman mereka selama berada di dalam program Gadis Melayu 3 telah memberikan mereka keyakinan dan saya juga percaya mereka lebih bersedia berbanding di awal kemunculan mereka.

"Pelbagai tugasan yang telah mereka lalui seperti menguruskan kenduri, kemahiran di dalam hutan, membuat kraftangan tradisional, menyediakan perkahwinan Melayu klasik dan banyak lagi yang menguji kebolehan dan usaha mereka.

"Setelah beberapa minggu, progres mereka dapat dilihat dan kami juga sudah nampak beberapa orang yang berpotensi besar untuk menjadi pengacara suatu hari nanti," ujar Khairul Bariah kepada Hits baru-baru ini.

Peserta-peserta Gadis Melayu 3 ialah Afiqah Hazwani Md Nordin, 18, atau lebih dikenali Afiqah dari Johor; Nur Diana Zainuddin (Diana), 19, dari Pulau Pinang dan Nor Shamimi Ernida Mansor (Mimie), 20, dari Kedah.

Lain-lain termasuk Fatheen Nabila Ghazali (Fatheen), 24, dari Johor; Norazrina Mohd Salleh (Rina), 25, dari Selangor dan Siti Amira Mustakhim (Amira), 25, dari Kedah.

Tiga peserta lain terdiri daripada Norhidayah Samsudin (Hidayah), 21, dari Johor; Siti Nurzakiah Abdul Aziz (Zakiah), 21, dari Selangor dan Siti Mastura Mohamad Saleh (Mastura), 24, dari Pahang.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Usaha lahirkan tarian baru

Posted:

Usaha lahirkan tarian baru

Usaha lahirkan tarian baru


NORLIZA Rofli (bertudung) bersama tenaga kerja dan para penari yang akan menjayakan Malam Inspitari - Pencarian Tari Kreasi Baru di Pangung DBKL, Kuala Lumpur pada 20 Oktober ini pukul 8.30 malam.


KESENIAN pelbagai jenis tarian tradisi Melayu seperti inang dan zapin yang diwarisi dari nenek moyang kita masih lagi elok dipelihara dari zaman ke zaman.

Menyedari nilai kesenian itu yang tidak boleh diukur dengan wang ringgit, pihak berwajib bukan memulihara, sebaliknya, usaha juga diambil bagi mengembangkan lagi seni persembahan tarian itu.

Sebagai contohnya dengan mempelbagaikan tarian yang ada mahupun mencipta jenis-jenis tarian baru supaya seni tradisi peninggalan nenem moyang itu terus diminati ramai.

Menyedari hakikat itu, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah melakukan inisiatif tersendiri melalui program yang dikenali sebagai Malam Inspitari - Pencarian Tari Kreasi Baru.

Menuru Ketua Pengarahnya, Datuk Norliza Rofli, melalui program itu setiap kumpulan penari JKKN di seluruh negara akan mempersembahkan tarian baru yang mereka cipta atau diperbaharui semula.

"Projek ini adalah inspirasi daripada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang mahu mengekalkan dan menambah koleksi tarian sedia ada.

"Melalui program ini, kita akan meminta para penari kita mencipta tarian baru yang ada kaitannya dengan budaya masyarakat di negara ini terutama orang Melayu dan pribumi.

"Selain itu, kita juga menggalakkan mereka mempelbagaikan lagi tarian tarian tradisional sedia ada dalam nafas baru supaya ia terus relevan dan diminati oleh golongan muda.

"Semua tarian yang dipelbagaikan itu haruslah mewakili tarian tradisional setiap negeri yang mereka wakili," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur (KL) baru-baru ini.

Kesemua penari JKKN setiap negeri seluruh negara akan mempersembahkan tarian mereka di Auditorium DBKL, KL di mana ia dirakamkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan akan disiarkan melalui saluran TV itu kelak.

Norliza memberi contoh tarian Ketam Bakang yang dipersembahkan oleh Orang Asli di Johor yang memperlihatkan keunikan kostum dan lengguk tarian tersendiri.

"Saya anggap seni tarian tradisional sebagai 'permata yang perlu digilap' kerana ia suatu khazanah yang jika tidak dijaga ia bukan sahaja akan malap tetap lenyap begitu sahaja," ujarnya.

Di samping usaha pemuliharaan, seni-seni tarian tradisional juga kata beliau, boleh dijadikan bahan-bahan kajian oleh para pelajar jurusan tarian seperti di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Jelasnya, bahan-bahan itu kemudiannya akan diadaptasi dan dipersembahkan di pentas seperti Panggung Sari, Istana Budaya bagi dipertontonkan kepada umum.

"Ini merupakan proses mencungkil serta memperkenalkan lebih banyak jenis tarian yang kita cungkil daripada program seperti ini. Kita harap akan ada lebih banyak tarian baru dicungkil di setiap negeri kelak," katanya.

Mengenai daya kreativiti dan kreasi pula, Norliza menjelaskan, ada dua perkara yang berbeza dalam konteks untuk menzahirkan sesebuah tarian dalam program tersebut.

Jelasnya, kreasi atau berasal daripada perkataan Inggeris bermaksud creation atau ciptaan merupakan suatu perkara yang baru, manakala kreativiti pula mengolah semula sesuatu tarian itu dalam nafas baru yang lebih segar.

"Kami menggalakkan penciptaan apa-apa juga jenis tarian baru yang berteraskan budaya tempatan. Pada masa sama, kita turut menerima idea bagi mempelbagaikan seni tarian tradisional sedia ada yang berasaskan mitos dan legenda di negara ini," tambahnya.

Hadir sama pada majlis pelancaran yang dilancarkannya itu ialah Timbalan Ketua Pengarah JKKN, Mesran Yusof dan Pengarah Kanan JKKN, Modzaki Din.

Pada majlis itu turut dipersembahkan ialah tarian Ketam Bakang oleh para penari JKKN Johor dan penari JKKN Pahang di mana mereka juga akan mempersembahkannya pada Malam Inspitari - Pencarian Tari Kreasi Baru itu yang diadakan secara percuma kepada orang ramai.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut tentang program itu sila layari laman sesawang JKKN di alamat www.jkkn.gov.my

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan