Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


(Gambar) Memey Suhaiza Bertudung, Tukar Profesion Perguruan

Posted: 19 Oct 2010 10:21 PM PDT

Alhamdullilah, Memey Suhaiza terbuka juga pintu hatinya untuk bertudung walaupun semata-mata untuk rakaman drama Cikgu Zara Danisha. "Cantik juga Memey Suhaiza bertudung, mencapai tahap kemanisan iman gitu', detik hati kami. Namun dengan segera tanggapan itu dipadamkan bila teringat kes khalwatnya dengan Norman Hakim 2 tahun lepas. Fuh, sempat!

Berkat ingin berkahwin, kami difahamkan rezeki Memey Suhaiza makin melimpah ruah dengan tawaran berlakon yang datang berduyun-duyun, sampai tak menang tangan katanya. Cepat-cepat'lah Memey kahwin dengan Norman sebelum perkara yang lebih tak diingini berlaku. Sebab ada yang tidak senang duduk bila dapat tahu Memey makin laku.

Lagi gambar Memey bertudung alim warak selepas ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

“Tak Pernah Ambil Alkohol Walaupun Selalu Club” – Mizz Nina

Posted: 19 Oct 2010 09:20 PM PDT

Mizz Nina, selebriti yang makin mendapat tempat di hati peminat baru-baru ini tercalon dalam 4 kategori sempena Shout! Awards 2010 dan semalam di laman Twitter beliau mengumumkan menerima lebih 100 ribu Fan Page Facebook.

Al-kisahnya, Mizz Nina menjawab kontroversi konsert yang arak yang pernah kami dedahkan 2 minggu lepas, Selepas Arthur's Day, Mizz Nina Layan Konsert Arak Hennessy.

"Saya terima semua undangan menyanyi di club sebagai seorang penyanyi yang professional. Tak semestinya saya perform di club saya ambil minuman alcohol. Saya nak berterus-terang disini, saya tidak pernah ambil alcohol walaupun saya selalu ke club.

"Tambahan pula saya tidak boleh menolak jika saya diundang di mana-mana club untuk membuat persembahan kerana saya dibayar dan ia sudah menjadi komitmen dan minat saya.

"Saya banyak dipanggil untuk membuat persembahan di club mungkin kerana genre muzik yang saya bawakan. Muzik pop dan urban menjadi pilihan dan sesuai untuk dibawakan bagi pelanggan club," jelas Nina lagi.

Sumber : Murai

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan