Nuffnang

Kosmo Online - Hiburan

sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Dynas bermasalah hafal skrip

Posted:

Dynas bermasalah hafal skrip

Dynas bermasalah hafal skrip

Oleh JESSABELL SOO
jessabell.soo@kosmo.com.my



CENGKERANG mutiara yang menghiasi kediaman ibu bapa pelakon jelita, Wan Intan Edrinaz Datuk Wan Mokhtar (Dynas) menjadi tumpuan utama. Bukan sahaja kerana hiasannya yang cantik tetapi bayi kecil yang berada di dalamnya berjaya mencuri perhatian.

Diadakan sempena majlis cukur jambul dan aqiqah puteri sulung milik Dynas dan suaminya, Mohd. Hafizi (Fizy), Khyra Khalyssa kelihatan comel dalam dres kecil labuh berwarna putih. Meriah dengan kedatangan sanak saudara serta sahabat handai, majlis tersebut sepatutnya berlangsung lebih awal.

Namun, disebabkan persediaan yang tidak dapat disiapkan, majlis itu hanya berlangsung pada Sabtu lalu. Kata Dynas: "Sebenarnya majlis ini dirancang pada saat-saat akhir. Jadi, banyak benda yang tidak dapat disiapkan tepat pada masanya. Maka, ia ditunda sehingga minggu ini."


DYNAS dan suami kini bertambah bahagia selepas dikurniakan zuriat sulung mereka, Khyra.


Dilahirkan pada 24 April lalu, Fizy mengakui anaknya itu memiliki berat yang berlebihan berbanding bayi lain seusianya. Sudah menghampiri usia enam bulan, berat Khyra kini mencecah 6.9 kilogram. Menyukai perasaan menjadi seorang bapa, Fizy memberitahu dia sepatutnya menjadi ayah 10 tahun lalu.

"Kalau saya tahu menjadi ayah begitu menyeronokkan, 10 tahun lalu saya sudah mahu menjadi bapa. Selain belajar menukar lampin, saya juga kini kurang bekerja di luar Kuala Lumpur.

"Saya mahu memastikan saya berada di sisi Khyra sekurang-kurangnya sehingga dia berusia setahun. Lagipun, ibunya sudah mula bekerja sekarang. Jadi saya akan menemani Khyra semasa ibunya sedang bekerja," kata Fizy.

Pernah keguguran pada tahun lalu, Dynas bagaimanapun menyatakan dia tidak akan memanjakan Khyra disebabkan pengalaman pahit itu. Bagi Dynas, dia seorang yang tegas dalam hal berkaitan kerja atau soal penjagaan keluarga.

"Memang saya lebih berhati-hati kali ini tetapi bukannya dengan memanjakan dia. Ya, dia amat berharga bagi saya dan keluarga tetapi ini tidak bermaksud saya perlu manjakan dia. Saya akan memberikan sepenuh kasih sayang tetapi berpada-pada," ungkap Dynas.

Sudah bersedia untuk melahirkan anak kedua, Dynas bagaimanapun ingin menunggu Khyra berusia setahun lebih sebelum memulakan perancangan.


DEMI Khyra, Dynas sudah menetapkan akan pulang sebelum pukul 10 malam dari lokasi penggambaran.


Mula bekerja selepas berpantang, Dynas sedang sibuk sebagai pengacara program Si Kecilku Chakk yang bersiaran pada setiap Selasa, pukul 11 pagi di TV3.

Selain daripada itu, dia baru sahaja menghabiskan rakaman drama, Gia yang disiarkan di RTM. Turut terlibat dalam penggambaran siri Awan Dania musim baru, Dynas kini lebih selektif dalam memilih kerjanya.

"Dulu kalau saya bekerja, saya akan pulang sebelum pukul 12 tengah malam. Sekarang, selepas mempunyai anak, saya akan pulang sebelum pukul 10 malam.

"Itu antara perjanjian dengan pihak produksi sebelum saya menerima mana-mana tawaran kerja. Saya juga tidak akan pergi ke luar negeri atau negara untuk penggambaran," jelasnya lagi.

Bagaikan pelakon baru

Khyra akan dijaga oleh ibu, ibu mertua dan orang gajinya semasa Dynas sibuk bekerja. Namun, dia juga akan mencuri masa untuk menyusukan anaknya yang masih mengambil susu badan itu.

Merindui Khyra ketika mula kembali bekerja, Dynas juga mempunyai masalah untuk menghafal skrip. Tidak dapat memberikan tumpuan, Dynas juga berasa tertekan.

"Keadaan menjadi begitu teruk sehingga saya bertanya kepada orang-orang di sekeliling adakah situasi yang saya hadapi itu normal. Saya tidak boleh fokus dan tidak tahu apa yang berlaku. Semua skrip tidak dapat dihafal bagaikan saya seperti seorang pelakon baru. Namun, kemudian Daphne Iking memberitahu saya bahawa ia adalah benda biasa yang berlaku kepada setiap wanita yang baru bersalin," kata pelakon berusia 27 tahun itu.

Terkenal dengan jenama fesyen sendiri, DnA Exclusive, Dynas kini lebih memberi perhatian kepada koleksi pakaian ibu yang sedang menyusu anak.


DYNAS diapit Aishah Sinclair bersama bayi sulungnya (kiri) dan Sari Yanti.


Malah, dia sendiri juga memakai jenamanya pada majlis cukur jambul anaknya itu. Selain itu, dia masih menjual pakaian kasual serta baju untuk ibu mengandung.

"Pakaian saya dijual secara eksklusif. Hanya ada dua atau tiga helai sahaja untuk satu-satu rekaan. Walaupun masih ada menjual pakaian kasual, pakaian ibu menyusu menjadi titik fokus sekarang," ujarnya.

Menjual pakaiannya di laman web www.dna. com.my, jenama Dynas bagaimanapun akan dijual di pusat membeli-belah The Curve tidak lama lagi.

"Sekarang saya masih berbincang dengan pihak The Curve mengenai rekaan kedai saya kerana mereka mempunyai garis panduan tersendiri.

"Kedai saya akan berada di tingkat satu dan di bahagian luar. Ia lebih berbentuk kios kaca," tambahnya yang juga terkenal sebagai model.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kak Pah mohon maaf

Posted:

Kak Pah mohon maaf

Kak Pah mohon maaf

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


BAKAL menunaikan haji pada 3 November, Kak Pah terlebih dahulu menganjurkan sebuah majlis makan malam amal Malam Juitaku Sayang yang akan diadakan pada 31 Oktober ini.


SETELAH beberapa kali melaksanakan umrah sebelum ini, tiada apa yang lebih menggembirakan buat penyanyi tersohor negara, Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah apabila berpeluang untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Kak Pah ketika ditemui baru-baru ini berkata, dia akan berangkat ke Tanah Suci Mekah bersama jemaah haji yang lain pada 3 November ini. Ujarnya, segala persiapan telah dibuat dan ketika ini dia juga sibuk menghadiri kursus persediaan sebelum melaksanakan rukun Islam yang kelima itu.

"Pada kesempatan ini, saya ingin meminta maaf sekiranya ada berlaku sebarang kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. Terutama sekali kepada rakan-rakan serta pihak media sekiranya kalau saya pernah melukakan hati anda semua.

"Ini merupakan kali pertama saya melaksanakan ibadah haji dan sudah tentu saya mengharapkan untuk mendapat haji yang mabrur. Semasa berada di sana nanti, saya juga akan ditemani oleh anak saya, Aliff yang sebelum ini sudah empat kali menunaikan haji," ujarnya.

Ujar Kak Pah lagi, setelah kembali daripada melaksanakan ibadah tersebut, dia juga meminta agar semua pihak tidak menganggap dirinya akan berubah 100 peratus selepas ini. Ujarnya, karier sebagai seorang penyanyi masih akan diteruskan memandangkan ia adalah sumber mata pencariannya.

Bagaimanapun, tiga hari sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah, Kak Pah turut berkesempatan untuk membuat satu persembahan majlis makan malam amal, Malam Juitaku Sayang yang akan diadakan pada 31 Oktober ini. Ia dianjurkan oleh Seri Dewi Production Sdn. Bhd. dan Lima Events Management serta diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Dalam satu sidang media baru-baru ini, Kak Pah memberitahu antara matlamat utama majlis berkenaan dianjurkan adalah untuk mendapatkan sumbangan yang akan diagihkan kepada dua sekolah tahfiz iaitu Madrasah Tahfiz Baitul Mahabbah, Shah Alam dan Darul Uloom Islamiah, Kuala Lumpur.

"Sepatutnya majlis ini diadakan pada 15 Oktober di Dewan Perdana Felda. Namun atas sebab-sebab tertentu, tarikh dah tempat terpaksa diubah. Untuk persembahan tersebut sebanyak 50 buah meja disediakan dengan harga yang berbeza dikenakan iaitu di antara RM350 dan RM450 seorang. Sebarang tempahan, boleh menghubungi talian 019-248 8054 atau 012-933 2373 atau emel ke limeevent@gmail.com.

"Untuk tidak menghampakan peminat yang ingin datang, pihak kami juga turut menawarkan harga serendah RM200 tetapi tidak termasuk makan malam. Alhamdulillah, setakat ini hampir kesemua meja telahpun berjaya dijual dan kebanyakan tempahan bukan sahaja daripada Kuala Lumpur, malah ada juga yang datang dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura," ujarnya.

Menurut Kak Pah, bagi menjayakan majlis tersebut, tetamu juga akan turut dihiburkan dengan penampilan khas artis veteran, Datuk Ahmad Jais dan penyanyi remaja, Syazliana yang akan turut sama-sama membuat persembahan.

"Datuk Ahmad Jais akan menyampaikan lapan buah lagu, manakala Syazliana pula akan menyanyikan enam buah lagu. Sementara itu, saya sendiri akan menyanyikan sebanyak 20 hingga 25 buah lagu pada malam itu.

"Pemilihan lagu-lagu pula dibuat berdasarkan permintaan daripada peminat sendiri. Seboleh-bolehnya saya mahu setiap orang yang hadir pada majlis itu nanti akan berasa puas memandangkan mereka telah mengeluarkan wang yang banyak dan saya tidak mahu mereka rasa tertipu," jelasnya.

Bagi menjayakan majlis itu nanti, Kak Pah memberitahu dia sendiri telah memperuntukkan kos sebanyak RM150,000 untuk keseluruhan kos majlis amal tersebut. Malah, Kak Pah juga menyasarkan untuk membantu sebanyak 15 buah sekolah yang memerlukan bantuan kewangan dengan

penganjuran majlis-majlis sebegini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan