Adsense

Ahad, 31 Oktober 2010

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Fasha bahagia dibenci

Posted:

Fasha bahagia dibenci

Fasha bahagia dibenci


MENGENALI Fasha secara luarannya, wanita muda ini bagai sudah lali dikaitkan dengan bermacam kontroversi. Sama ada dalam fasa kebangkitan semula atau membasuh skeptikal, dia semakin bijak mengatur langkah.


TANPA mahu agar penjuru-penjuru romantikanya bersama sang pengarang jantung, Rizal Ashram Ramli diperhalusi berulang-ulang kali, bait dan jeda dalam bicara bersama Fasha Sandha sebaliknya terisi oleh khabar kontemporari.

Sengaja alur bicara diolah begitu, barangkali kami sepakat, enggan bingkisan terkini Fasha yang sudah bertahun terpisah daripada Sensasi Bintang ini cenderung klise sifat lahiriahnya.

Saya tertarik tatkala rasa yang bertakung di hempedu hatinya melantun patah demi patah dari mongel bibirnya. Dia masih beraksi sebagai Fasha Sandha, yang berhemah menuturkan bahasa walaupun di tangannya, tergenggam erat gading bertuah idaman ramai.

Mengalih perhatiannya menelaah topik kemahuan, wanita yang kelihatannya matang berbanding usia 26 tahun itu dipinta mengulas, cukup selesakah hidup buatnya hingga setiap kemahuan sudah mampu digentas tanpa terkekang banyak halangan.

"Setakat ini, banyak kemahuan saya sudah tercapai memandangkan hidup saya juga sekadar sederhana. Tetapi untuk kemahuan akan datang, saya tidak tahu. Apa yang paling membahagiakan saya adalah, setiap kali membuka mata, saya sedar bahawa masih ada ramai peminat yang menyokong perjuangan saya. Ada yang bencikan saya tetapi mereka masih menonton kerja saya. Itulah momen paling bahagia buat saya," beritahunya menambah informasi, terdapat sekitar 31,870 peminat yang mengikuti perkembangannya di laman perkongsian sosial Twitter.

Tidak pernah berkehendakkan sesuatu yang mustahil cuma katanya, kemahuan kewanitaan tidak akan tercapai tanpa ikatan perkahwinan atau menimang cahaya mata sendiri.

"Seseorang wanita itu tidak sempurna selagi belum bergelar isteri dan ibu," ujarnya dipintas satu usikan, bagaimana jika bahagia dan impian untuk hidup bersama lelaki yang digelar 'sayang' ketika ini tidak berakhir di jinjang pelamin.

Fasha menjawab spontan: "Saya tidak gentar, saya masih muda dan bukannya berusia 40 tahun, jadi saya tidak perlu pening kepala. Macam-macam perkara yang lebih teruk pernah berlaku dalam hidup saya. Rasanya tidak perlulah ia dihuraikan satu-persatu. Saya menjadi semakin matang, lebih dekat dengan keluarga dan paling penting, saya kenal siapa kawan dan siapa lawan.


MENINGGALKAN Chinta di lokasi, banyak 'sempadan' dibawa pulang oleh Fasha.


Fasha masih berpegang dengan kata-katanya, dia bahagia dengan situasi ketika ini, bahagia kerana kemunculan sebagai pelakon semakin diterima dan bahagia diulik cinta Rizal Ashram yang lebih mesra dipanggil Jejai walaupun ditohmah bermacam nista. Ketika masyrakat asyik mempertikaikan sejauh mana dirinya mampu diterima keluarga Jejai, dalam masa yang sama pula, keluarga Fasha sendiri ditindih kesulitan mengenangkan Jejai sendiri ada sejarah kelam. Itu situasi 'vakum' yang peribadinya memberikan manis kepada Fasha, satu situasi yang memberikan lebih banyak tempoh terutama untuk diri sendiri membelah kesediaan.

Pelacur kelas atasan

Sedang terbakar rasa terujanya, Fasha dibidik persoalan lagi. Kali ini tentang gelombang apakah yang paling kencang berkocak kencang di jiwa. Dia tersenyum seraya membolak-balikkan gaun labuhnya. Duduknya dibetulkan sebelum menghela nafas panjang.

"Fenomena Natasha kembali dalam karier lakonan saya. Lama benar rasanya khalayak tidak memanggil saya dengan nama watak, kecuali dulu ketika drama Natasha ditayangkan. Sekarang, sejak Chinta ditayangkan dan meraih rating antara yang tertinggi, rasanya fenomena itu kembali kepada saya," kata pembawa roh Chinta Chandurry yang mula berlegar di sekelilingnya.

Menjiwai watak pelacur kelas atasan yang memilih Tuhan untuk dimusuhi, itu satu dendam yang maha berat. Enam tahun bergelar pelakon, menghayati karakter Chinta melebihi segala cabaran mental dan fizikal watak-watak terdahulu yang pernah dilakonkannya.

"Watak Chinta datang pada ketika dan usia saya yang tepat, pengalaman terdahulu juga antara yang mematangkan lakonan saya dalam drama itu. Ia bukan kisah pelacur tetapi bagaimana seorang gadis baik bertukar menjadi pendendam kepada lelaki lebih besar lagi kepada Tuhan kerana kecewa dengan takdir. Chinta satu watak berat dan ramai menyatakan Chinta sebuah karya yang sukar dijangka," meladeni Chinta juga katanya, menjadi bekal untuk dijadikan sempadan dan teladan.


MAHU terus mencari ruang keyakinan peminat untuknya, Fasha meniti satu lagi proses kematangan. Dia mahu lebih selektif memikirkan impak karakter tetapi dalam masa yang sama tidak pernah menolak nama-nama tertentu untuk bekerjasama dengannya.


Sepintas lalu, watak Chinta Chandurry pantas mengheret satu nama, Nidah Kirani menerusi judul sebuah novel dari seberang yang berjudul Tuhan, Izinkan Aku Menjadi Pelacur! Memoir Luka Seorang Muslimah.

Novel karya Muhidin M. Dahlan itu banyak diperdebatkan atas dasar kemunafikan seorang muslim, iaitu Nidah yang memilih Allah sebagai subjek mahupun objek untuknya melampiaskan dendam. Nidah bulat hati menjadi penggoda dan menjadikan seks sebagai makanan percuma untuk merosakkan akidah ahli-ahli agama manakala Chinta pula menjadi pelacur bagi mengisi kekosongan hati.

"Saya gelar Chinta sebagai pelacur kelas atasan dan dia melacur bukan kerana duit tetapi untuk keseronokan, mengisi sepi dan dendamnya kepada Tuhan. Terlalu besar dan banyak ilmu yang saya kutip daripada Chinta, apa yang patut dan apa yang terlarang, jika yang terlarang juga yang dipilih, ada pula akibatnya," walaupun sebuah cereka, Fasha menembus realiti hidup daripada naskhah arahan Feroz Khan itu.

Menjadi pemandu jentera akal dan hati, aktres yang pernah membintangi puluhan judul filem termasuk Berlari Ke Langit, Evolusi KL Drift serta terbaru 4 Madu itu semakin mengenali erti optimistik. Semakin lama dalam industri, anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu juga semakin berani menjadi selektif terhadap watak. Terbaru dari lokasi, Fasha kini sibuk berlatih tubi untuk beraksi bersama Awie menerusi filem Dari Kerana Mata arahan Melissa Saila. Sekitar Februari 2011 pula, satu projek besar yang ditunggu-tunggunya bakal menjadi nyata. Tunggu! itu kata Fasha kepada peminatnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Doakan kami yang terbaik! - Saida

Posted:

Doakan kami yang terbaik! - Saida

Doakan kami yang terbaik! - Saida


ISTANA perkahwinan Saida dan Ghazali dilanda badai yang dipercayai berpunca daripada orang ketiga.


SEPATAH kata daripada pendeta lama, pertalian suami dan isteri tidak ubah seperti perjalanan sang semut hitam yang meniti batu hitam yang licin di tengah malam yang amat kelam. Ia seolah-olah memberi gambaran betapa mudahnya ikatan yang hanya berpaksikan akad itu tergelincir daripada laluan sepatutnya.

Apa yang berlaku kepada rumah tangga Siti Norsaida Taruddin, kakak kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza ketika ini boleh disamakan dengan analogi semut hitam tersebut. Tersasar seketika, hanya usaha dan doa mampu mengembalikan kebahagiaan.

Jika Saida bukan bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim keenam, jika Saida bukan juga penyanyi yang sedang ingin menggilap nama, jika Saida bukan juga ibu kepada empat cahaya mata yang masih kecil, Siti Nurunnyssa (13), Anas (11), Khalid (7) dan Siti Nurul Marshitah (4) dan jika Saida juga bukan kakak kepada Siti Nurhaliza, gelora rumah tangganya pasti tidak mendapat liputan hangat.

Biarpun agak kejam untuk diterima oleh anak-anak dan keluarga, gejolak keretakan dan sejauh mana kebenaran wujudnya orang ketiga dalam jodoh Saida, 34, dan Ghazali, 40, tidak sudah-sudah diperkatakan orang. Sejak dua minggu lalu, ketika timbulnya khabar angin tentang keberantakan hubungan mereka sehinggalah kes difailkan seterusnya menerima penangguhan daripada Mahkamah Syariah, Selasa lalu, Saida dan Ghazali masing-masing mengambil tindakan untuk mengunci mulut. Mereka tidak memberikan sebarang respons kepada media. Mujurlah ada kakak ipar Saida, Rozie Abdul Rashid yang menjadi orang perantaraan untuk bertanya khabar.

Selepas dipujuk-pujuk dengan bantuan Rozie sekali lagi, Saida berlembut hati untuk bercerita biarpun tanpa bersuara. Tiga hari lepas, Saida melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) akhirnya buat pertama kali memberi kenyataan tentang kemelut rumahtangga yang sedang dihadapi.

"Saya harap pihak wartawan tidak berkecil hati dengan tindakan saya sebelum ini. Saya bukan melarikan diri atau tidak mahu menjawab segala pertanyaan media. Ada sebab kenapa saya harus bertindak begitu, terlalu banyak hati yang harus dijaga walaupun memang saya agak kurang senang dengan cerita dan spekulasi yang cuba dilemparkan," luah Saida menerusi SMS.

Tanpa menyatakan sebab musabab sehingga tuntutan penceraian nekad difailkan, Saida sekadar menjelaskan apa yang telah diketahui umum.

"Kes fail tuntutan cerai buat masa ini diberikan penangguhan dan saya harap, jangan ada cerita-cerita yang tidak benar dikeluarkan kerana sedikit sebanyak ia akan mengganggu kehidupan kami. Hormatilah keluarga saya, keluarga suami saya dan juga anak-anak saya. Berikan kami masa dan ruang. Saya harap perkara ini tidak diperbesar-besarkan. Doakan yang terbaik buat saya dan suami," pohon Saida.

Rabu lalu, Saida serta suami tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur ketika kes penceraian mereka disebut. Kes itu ditangguhkan sehingga 20 Disember nanti.

Ditanya terpalitkah faktor populariti dan sejauh mana benarnya spekulasi kehadiran orang ketiga mendatangkan impak kepada kerukunan hubungannya dengan suami, Saida kembali berdiam. Hanya permintaan 'doakan yang terbaik buat Saida dan suami' yang dibalasnya kepada Sensasi Bintang.

Selaku orang tengah dan sebahagian daripada anggota keluarga, Rozie pula menjelaskan: "Saida dan suami masih tinggal sebumbung dan tiada penceraian. Tindakan Saida berdiam itu ada moleknya, daripada banyak bercakap, lebih banyak buruk daripada baiknya.

"Saya tidak boleh komen tentang populariti atau orang ketiga yang dikatakan sebagai punca keretakan, itu hal rumah tangga Saida dan setakat ini juga, karier Saida masih berjalan mengikut perancangan dan dia masih menjalankan kerja-kerja di Siti Nurhaliza Productions (SNP) seperti biasa," ulas Rozie tentang perkembangan terbaru Saida yang muncul dengan duet Apresiasi bersama Saerah.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.