Adsense

Sabtu, 30 Oktober 2010

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Konsert Jamal Abdillah J2011 Lagenda Guna Penata Cahaya PANI

Posted: 30 Oct 2010 07:44 PM PDT

Pada 28 Oktober 2010, Khamis lalu, Budiey telah hadir di Sidang Media Konsert Jamal Abdillah J2011 Lagenda di Ruang Suasar Pualam di Istana Budaya.

Untuk info pembaca, Konsert Jamal Abdillah J2011 Lagenda akan diadakan pada 7 hingga 10 Januari 2011, jam 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya. Tiket kini sudah pun boleh dibeli. Harga dijual dengan harga RM85, RM105, RM135, RM255 dan RM305. Tiket boleh dibeli di kaunter Box Office, Istana Budaya dan secara online di laman web www.ticket2u.biz.

Konsert ini merupakan tribute Jamal kepada penyanyi lagenda nusantara seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, M.Bakri, Oslan Husin, S. Affendi, Ismail Harum, Eddy Silitongga, Yopie Latul dan Datuk Ahmad Jais. DInyanyikan dengan diberi nafas baru dengan gubahan muzik yang lebih segar dari komposer Eddie Marzuki dan penampilan khas dari Datuk Ahmad Nawab.

Salah satu kelainan yang akan dilakukan oleh penyanyi bersuara lantang ini ialah penataan cahaya khas yang berkonsepkan PANI akan dipersembahkan kepada peminatnya yang hadir. PANI adalah teknik pencahayaan dari Austria yang direka khas mengikut mood dan suasana sewaktu persembahan berlangsung. Untuk konsep PANI sahaja, kosnya sangat mahal. Untuk satu malam, kos penataan cahaya boleh mencapai dalam RM20ribu. Namun, nasib baik kerana kawan baik Jamal Abdillah yang bernama Jamal sedia membantu untuk membawa konsep yang mengkagumkan ini. Difahamkan, konsep PANI ini adalah yang pertama dibawa ke Malaysia dan Asia Tenggara. Kalau anda masih ingat, konsep penatan cahaya PANI pernah digunakan semasa pembukaan dan penutup Piala Dunia 2010 yang lalu di Afrika Selatan.

Jamal Abdillah juga tak lokek untuk berkongsi bayaran untuk beliau sepanjang menjayakan konsert ini. Diberitahu, Jamal Abdillah akan dibayar sebanyak RM50ribu untuk satu malam persembahan. Jadi, kesemuanya 4 malam. Jadi, abang Jamal akan dapat RM200ribu!

Tahniah buat abang Jamal dan Budiey ingin mengucapkan selamat maju jaya. Semoga konsert ini akan berjaya seperti mana konsert beliau yang terdahulu.

Jamal Abdillah

Jamal Abdillah

Jamal Abdillah

Jamal Abdillah

Jamal Abdillah

Jamal Abdillah

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Quotes of The Day: Saya Tak Patah Semangat – Jamal Abdillah
  • Gambar Jamal Abdillah dan Nash Ubaidillah di Rumah Terbuka PENGASIH
  • Jamal Abdillah Tidak Stabil di Konsert Amal Kasih?
  • Afgan, Jamal Abdillah, M.Nasir di Mini Karnival dan Konsert Inspirasi TV3
  • Senarai Lagu Tugasan Konsert Akademi Fantasia 7 – Minggu 5
  • Gambar Jamal Abdillah di Sidang Media Minggu Setiausaha Menara KL
  • Jamal Abdillah Lancar Album Kembara Seniman
  • Senarai Lagu Tugasan Konsert Pertama Akademi Fantasia 7
  • KONSERT DI-RAJA PERLIS di DEWAN 2020 PERLIS
  • Sekitar Minggu Setiausaha Jamal Abdillah di Menara KL
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    TAHNIAH Wardina Saffiyah Duta Ubat Gigi Mu’min

    Posted: 30 Oct 2010 07:43 PM PDT

    Sebelum Budiey nak ceritakan lebih lanjut tentang kebaikan ubat gigi Mu'min dan keseluruhan event, Budiey mahu siarkan dulu ucapan TAHNIAH buat pengacara dan pelakon kesayangan ramai, Wardina Saffiyah yang kini dengan rasminya telah dilantik menjadi duta kepada produk Ubat Gigi Mu'min.

    Pengumuman duta produk kepada ubat gigi yang bermutu dan yang penting halal ini telah diumumkan oleh Encik Amirullah bin Haji Abdullah, Pengerusi Eksekutif syarikat Al-Meswak Mu'min Sdn Bhd semalam di satu majlis pelancaran Ubat Gigi Mu'min di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

    Iklan TV komersial untuk Ubat Gigi Mu'min yang menampilkan Wardina Saffiyah juga telah ditayangkan untuk tatapan hadirin. Tak lupa, ditayangkan juga video sekitar pembikinan iklan ini. Nampak macam mudah tapi sebenarnya agak sukar juga. Iklan ini dibuat di sebuah studio. Sebuah iklan yang lebih segar dan jelas mesejnya tentang kebaikan Ubat Gigi Mu'min kepada pengguna.

    Tahniah sekali lagi dari Budiey.

    Layari: www.halaltoothpaste.com.my

    Wardina Duta Mu'min

    Wardina Duta Mu'min

    Wardina Duta Mu'min

    Wardina Duta Mu'min

    Tags: ,

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Anak Wardina Saffiyah Yang Ketiga
  • Gambar Anak Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot
  • Photo Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot Baby Boy Sleeping
  • Wardina Safiyyah dan Norjuma Habib di Anugerah Skrin 2007
  • Wan Sharmila Jatuh Patah Gigi Masa Program Ewah-Ewah
  • WARDINA SAFIYAH & SUNSILK'S LIFE CAN'T WAIT CAMPAIGN
  • Sinopsis Siapa Alien? Wardina Safiyyah
  • Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem THE LOVE GURU
  • Tahniah Shahir Duta Produk Brands Terbaru
  • Kak Vee Suria FM Buat VENEER Cantik dan Putihkan Gigi
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.