Adsense

Selasa, 19 Oktober 2010

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Kerana Terluka diberi nafas baru

Posted: 18 Oct 2010 07:16 AM PDT

TETAP GIGIH...Nurul sudah ada tiga lagu baru untuk terus memperkembangkan kariernya.
TETAP GIGIH...Nurul sudah ada tiga lagu baru untuk terus memperkembangkan kariernya.

RAMAI wartawan mengenali Noorul Huda Abdul Wahab atau Nurul sebagai seorang yang bersikap terbuka untuk membicarakan apa saja termasuk topik peribadi.

Baginya, kalau benar dilamun cinta tidak salah berkongsi kebahagiaan itu kepada umum daripada berdolak-dalih dan menyembunyikan kebenaran.

Namun kata pemegang status janda ini, dia ingin juga lebih cerita mengenai kerjaya seninya diketengahkan kerana ia berkaitan dengan periuk nasinya.

"Kalau sah saya ada hubungan yang serius dengan sesiapa, saya tidak keberatan untuk bercerita kepada wartawan, tapi sekarang saya memang mahu elak daripada memperkatakan sangat mengenai kisah peribadi kerana belajar daripada pengalaman lalu.

"Terus-terang, sikap keterbukaan saya ini adakalanya menyebabkan kisah kerjaya saya jarang diberikan fokus. Sebagai individu yang mencari rezeki dalam bidang seni, pencapaian karier saya tentulah perkara utama yang perlu diketahui umum. Kalau balik-balik cerita mengenai teman lelaki dan status, orang juga akan nak muak," katanya.

Seperti seadanya, Nurul berkata, dia mahu berfikiran positif dan sedang rancak merangka promosi untuk lagu Kerana Terluka.

Lagu inilah yang mula-mula sekali memperkenalkan namanya di persada seni suara kira-kira 15 tahun lalu.

"Sejak dulu lagu ini tidak pernah dimuatkan dalam mana-mana album kompilasi selain album solo pertama saya. Saya merakamkan semula lagu ini atas permintaan peminat.

"Kebetulan saya sudah saja melantik pengurus baru dalam NHW Productions bersama kakitangan baru, justeru, kemunculan single Kerana Terluka pada saat ini memang tepat pada masanya," kata Nurul.

Menyambung perbualan, susunan Kerana Terluka sudah itu disuntik nafas baru dengan memasukkan elemen orkestra, sekali gus menjadikannya lebih hebat.
Pendek kata, dari segi muzik dan vokal, Kerana Terluka versi terbaru ini lebih baik.

"Maklum sajalah, masa pertama kali saya merakamkan lagu ini saya belum berpengalaman luas dalam aspek nyanyian. Tapi sejak beberapa tahun lalu saya mula mengikuti kelas vokal dan tambah seronok apabila dapat memanfaatkan teknik yang dipelajari itu ke dalam nyanyian sebenar.

"Ia lebih memberi kepuasan selain kita boleh mengekalkan stamina ketika menjayakan persembahan yang panjang. Susunan untuk versi 2010 lebih menarik. Bukan bererti versi yang dulu tidak bagus, cuma yang sekarang lebih sesuai dengan masa kini.

"Jadi dalam menampilkan semula Kerana Terluka, Nurul mahukan sentuhan lebih segar dan memasukkan elemen orkestra untuk menjadikannya lebih 'grand'," katanya.

Selain Kerana Terluka, dua lagi lagu baru yang sudah dalam koleksi penyanyi hitam manis ini adalah Andai Ku Kenali Ku ciptaan Eena Houzyama dan Duniaku (Julfekar).

Nurul menyifatkan bekerjasama dengan dua nama berkenaan membawa pengalaman yang berbeza.

Walaupun Eena boleh dianggap komposer baru namun isteri kepada penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman itu mempunyai idea cukup unik. Manakala, Julfekar pula menghasilkan sebuah lagu 'ketuhanan' yang cukup indah.

Beralih pada rahsia kejayaan yang mampu membuatwkannya bertahan selama 15 tahun, ibu kepada Ayu Nazirah, 12, ini percaya pada keikhlasan, kejujuran, kerja keras dan sentiasa mengikuti perkembangan adalah perkara yang harus dititik beratkan.

"Selain semua itu, Nurul juga percaya berdamping dengan peminat mampu membuatkan seorang artis bertahan lama.

"Laman sosial seperti facebook banyak membantu Nurul berhubung dengan peminat sama ada mereka yang 'die hard fan' mahupun yang baru.

"Misalnya baru-baru ini 20 peminat Nurul diajak menonton filem Magika di Pavilion. Sebenarnya aktiviti seperti ini adalah yang ketiga Nurul anjurkan.

"Kali pertama hanya membabitkan enam orang dan mereka ini memang peminat Nurul sejak dulu manakala yang kedua meningkat kepada 10 orang," katanya yang bakal muncul dengan filem Tolong Awek Aku Pontianak.

PROFIL
NAMA: Noorul Huda Abdul Wahab
TARIKH LAHIR: 27 Julai 1977
USIA: 31 tahun
ASAL: Tasek Gelugor, Seberang Prai, Pulau Pinang
STATUS: Ibu tunggal
HOBI: Membaca, melancong dan menunggang kuda
ALBUM SOLO: Nurul (1995), Ikhlasnya Cinta Ku (1996), Kini Dan Selamanya (1998), Cita Dan Cinta (2000) dan Tika Cinta (2009)
FILEM: Sate dan Tolong Awek Aku Pontianak
PENCAPAIAN: Artis Baru Terbaik AIM 1997, Lagu Paling Popular Pujaan 10 Nescafe 1995 (Kerana Terluka) dan Lagu Terbaik AIM 2004 (Selagi Ada Cinta)

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tika muzik dan puisi bersatu

Posted: 18 Oct 2010 06:58 AM PDT

INSAN seni mudah tersentuh jiwanya. Ungkapan itu memang ada kebenarannya. Apa yang pasti, baris-baris sajak Datuk A Samad Said menerusi Rindu Ibu bukan saja menyentuh perasaan penonton, malah beliau turut mengalirkan air mata sewaktu mendeklamasikannya.

Persembahan bertajuk Suara Tulus selama 60 minit sempena KLCC Seni Festival 2010 diadakan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur, baru-baru ini. Penyampaian unik menggabungkan insan seni terbaik dalam bidang masing-masing melalui penyampaian puisi, muzik solo serta orkestra dan vokal.

Kolaborasi Sasterawan Negara itu bersama pemain piano, Foo Mei Yi, pemain harp, Tan Keng Hong dan penyanyi neo-soul, penyusun lagu, Taheera membuatkan penonton terpukau.

Buktinya mereka menerima tepukan gemuruh penonton pelbagai latar dan peminat seni termasuk pelancong luar.

Turut kedengaran dalam dewan klasikal kebanggaan negara adalah beberapa koleksi sajak terbaik Sasterawan Negara itu seperti Suara Tulus, Tetamu Senja dan Khazanah.

Beliau diiringi instrumen bertali MPO Seni Ensemble, dibimbing konduktor, Liu Jian.

Persembahan menyaksikan kecekapan Mei Yi bermain piano muzik klasik Eropah.
Keupayaannya terserlah apabila pernah dilabel 'pemain piano perlu diberi perhatian' oleh BBC Radio 3 Britain dan 'Bintang Sedang Meningkat Naik' oleh Majalah Antarabangsa Piano.

Mei Yi, artis konsert klasikal berpangkalan di London, mempamer kecekapan meleretkan jari-jemari pada mata piano serta lenggok dan emosi tersendiri.

Dia memainkan empat karya komposer romantik Perancis, Claude Debussy iaitu Etude: pour les Arpeges composes, Prelude: La Puerta del Vino, Estampes: Pagodes dan Prelude: La fille aux cheveux de lin.

Pemain harp, Tan Keng Hong tidak ketinggalan mempamerkan kehebatan bermain alat 47 tali mendendangkan dua karya komposer harp Perancis kelahiran Belgium, Alphonse Hasselmans bertajuk Chanson de Mai dan La Source.

Penyanyi neo-soul, Taheera tampil dengan pakaian merah jambu bertudung kepala, menyanyikan Suara Tulus dengan iringan petikan harp Keng Hong.

Kata Pak Samad, idea mengenengahkan sajak puisi menjayakan KLCC Seni Festival diterjemahkan dengan baik oleh Taheera dan MPO Seni Ensemble.

"Secara asasnya, muzik latar dan vokal memang sudah disediakan Taheera. Perasaan awal berdebar bertukar ceria kerana bukan mudah mendapat peluang menimba pengalaman berharga mendeklamasi puisi ke pentas lebih tinggi diiringi pemuzik klasikal.

"Sewaktu menyampaikan Rindu Ibu, hati memang terlalu sedih. Saya turut terharu mendapat penghormatan apabila paparan karya Bisik Warna terpampang sebagai latar sewaktu Mei Yi bermain piano.

"Saya tidak tahu apa difikirkan penonton mengenai deklamasi hari ini. Apapun, saya gembira dan berbesar hati mendapat undangan menjayakannya.

"Konduktor muzik juga bijak menghidupkan suasana. Paling penting, persembahan kolaborasi seperti ini membuktikan sumbangan sasterawan terus mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

"Saya dapat terus mengenengahkan karya terbaik sempena Seni Festival KLCC selepas ini," katanya.

Mei Yi berada selama sebulan di Malaysia, berkata, dia teruja menjayakan persembahan julung kali bersama nama besar seperti Pak Samad.

"Kolaborasi seni dengan visual Bisikan Warna kali pertama mengiringi pertunjukan menawarkan pengalaman baru. Repertoire Debussy memang pilihan sendiri. Lagipun, Pagodes ditulis berasaskan inspirasi bunyi instrumen gamelan Jawa daripada sebuah kepulauan di Indonesia.

"Selain Seni Festival KLCC, beberapa siri jelajah akan diadakan. Antaranya mengadakan masterclass piano ke Perak dan Pulau Pinang bagi memperkenalkan MPO kepada orang ramai. Persembahan antarabangsa pula akan diadakan di Guatemala dan Sweden," katanya.

Taheera yang sudah lama mengikuti serta perkembangan sastera Pak Samad menganggap pejuang sastera itu unik dengan caranya tersendiri.

"Saat seperti ini sudah lama ditunggu. Saya berbesar hati dapat menyanyikan lagu puisi Pak Samad. Bagi saya, beliau memberi banyak mesej kemasyarakatan dalam penyampaiannya. Hakikatnya, puisi beliau turut diminati pelancong dan peminat seni dari luar negara," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.