Adsense

Sabtu, 14 Mei 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Artis kita makin haprak?

Posted:

Artis kita makin haprak?

Artis kita makin haprak?



BARU-baru ini Joyah ada menerima e-mel daripada pembaca akhbar ni yang mengirim sekeping gambar kepada Joyah. Bila belek gambar tersebut memang Joyah tak berapa nak terkejut sebab gambar ini dah banyak kali Joyah tengok di blog dan facebook rakan-rakan Joyah.

Apa nak jadi golongan macam ni? Senang-senang nak tayang separuh badan dan siap tunjuk belakang dia cantik? Joyah rasa hanya orang yang tak berapa nak waras sahaja yang sanggup buat macam ni.

Inilah perosak golongan anak seni. Tak sanggup Joyah nak tulis nama dia, apa filem lakonan dia dan yang paling penting ramai yang bersetuju orang macam ni tak perlu wujud dalam industri kita.

Joyah tak rasa ini gambar ditangkap curi. Bila dia rela melakukan macam ni, dia sebenarnya rela dirinya 'dilacurkan' atas nama seni. Adakah budak setengah masak macam sedar dirinya sedang dieksploitasi, atau dia memang rela untuk dieksploitasi?

Orang lain nak popular juga. Tapi bukan dengan cara macam ni. Kalau begini artis kita sanggup buat, memang dah capai taraf Hollywood nampaknya. Silap hari bulan sanggup berbogel untuk popular.

Hmmm... Kalau inilah hasil kerja orang seni, memang Joyah kecewa. Sepatutnya orang macam ni tak perlu ada dalam industri. Kita tak perlukan manusia haprak yang sanggup melanggar batas agama dan silang budaya yang ada di sini.

Nasihat Joyah pada semua, jangan ada yang mengada-ngada nak jadikan budak macam ni idola. Paling tidak pun carilah artis lain yang ada maruah!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seorang lelaki dan sebuah perjalanan

Posted:

Seorang lelaki dan sebuah perjalanan

Seorang lelaki dan sebuah perjalanan

Katarsis Kualong

HUJAN renyai dan saya berada dalam sunyi sepi. Sementelah musim tengkujuh, cuti persekolahan sewaktu baru tamat menduduki peperiksaaan Sijil Tinggi Pelajaran (STPM), tak banyak benda yang boleh saya lakukan di kampung. Aktiviti sangat terbatas apatah lagi waktu itu, ibu saya baru beberapa bulan meninggal dunia dan adik-adik semua dengan aktiviti sendiri. Berselimut dengan dingin alam, saya disapa kebosanan.

Saya masih ingat saat itu, sekitar Disember 1993. Dalam tidak tentu arah untuk menentukan hala tuju kehidupan selepas tamat era persekolahan, saya menerima satu panggilan telefon daripada seorang teman yang saya anggap sebagai kakak, Siti Suhaily Ibrahim yang ketika itu sudah bekerja di Kuala Lumpur sebagai wartawan.

"Along nak kerja tak? Jangan menolak, tuah datang bukan selalu," kata Siti Suhaily yang biasanya kalau bertemu, kami akan bersembang sambil praktis berpantun.

Saya sebagai budak hostel yang baru saja habis sekolah, sudah tentu sangat takut dan tidak berani mendengar cerita bahawa saya bakal ke Kuala Lumpur, melayari kehidupan yang bulat ini.

"Ala, tak apa, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Sekarang bercakap dengan bos Kak Lily, nama dia Pakcik Aimi. Dia ni wartawan veteran, cakap elok-elok," katanya lagi dalam slanga Terengganu yang pekat.

Beberapa saat, di hujung talian, saya mendengar salam. Lelaki itu ialah Aimi Jarr yang sebelum itu saya hanya kenali melalui penulisannya. Saya terkedu, diam seribu bahasa dan membiarkan dia hanya bercakap.

Bayangkan, Aimi Jarr telefon aku, memang bangga sangatlah tu. Maklumlah, orang kampung yang tak biasa dengan dunia glamor pada masa itu, mestilah cukup bangga bila dapat bercakap dengan orang popular macam dia.

"Kamu hendak kerja ke tak? Kalau nak, kena datang Kuala Lumpur segera. Ada kosong kat akhbar Pentas Dunia. Kalau mahu kena datang cepat-cepat untuk sesi interviu," katanya dalam suara garau.

Alamak, garangnya. Sungguh, kaki tangan saya seram sejuk setelah mendengar seriusnya dia, tapi saya memang sudah sangat bosan untuk terus duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa.

Dipendekkan cerita, beberapa hari kemudian saya sahut cabaran dan menjejaki syarikat penerbitan majalah milik Fauziah Rauf dan Omar Manan yang pada waktu itu beroperasi di Taman Permata, Kuala Lumpur.

Sesampai saja ke pejabat berkenaan, saya yang sepatutnya ditemuduga, langsung tidak melaluinya. Datang saja, dikira terus mendaftar dan pada hari pertama itu juga saya terus menjadi wartawan di akhbar tabloid Pentas Dunia, walaupun fail ratusan sijil yang saya bawa langsung tidak disentuh majikan.

Justeru saya faham kenapa apabila saya memohon untuk berhenti kerja kerana mendapat tawaran ke akhbar Watan tidak lama selepas itu, Pakcik Aimi menjadi agak marah. Dia katakan, saya takkan lama sebagai wartawan kalau saya suka berpindah-pindah tempat kerja.

Tetapi kemudian apabila saya memulakan kerja di Utusan, beliau sudah okey dengan saya dan banyak memberi kata-kata perangsang. Hari ini saya terfikir, barangkali dia marah kerana saya memilih untuk berpindah ke tempat kerja baru yang kurang stabil, maka apabila saya ke Utusan dia memberikan sokongan.

Saya boleh katakan, Aimi Jarrlah yang membawa saya ke dunia kewartawanan dan setiap kali bertemu beliau di mana-mana, saya seringkali meluahkan rasa terhutang budi atas apa juga kepercayaan yang telah beliau berikan terhadap saya.

"Sudah kerja dengan Utusan, jagalah peluang itu baik-baik. Jangan berhenti, Along kena teruskan kerjaya sebagai wartawan sebab kerja ni seronok. Jadi wartawan ni orang pandang hebat, jangan berhenti," begitulah yang selalu dia pesan setiap kali kami bersapa di dalam banyak majlis.

Hari ini saya bayangkan, kalaulah pada Disember 1993 itu saya tidak menerima panggilan dan pelawaan Aimi Jarr, saya tidak pasti hari ini saya berada di mana. Apakah saya berjaya menjawat jawatan sebagai Inspektor Polis seperti cita-cita di hati sejak kecil, atau menjadi seorang pilot seperti yang diingin oleh ayah, atau guru, atau seorang suri rumah biasa?

Justeru, saya berasa sangat terhutang budi kepadanya. Hanya dengan satu panggilan telefon telah merobah seluruh perjalanan hidup saya hari ini. Dan sampai ke usia 37 tahun, selepas 18 tahun peristiwa menerima panggilan telefon Aimi Jarr itu, saya masih bertahan sebagai wartawan.

Selasa lalu, lelaki yang saya panggil 'uncle' itu sudah pergi menghadap Illahi kerana sakit jantung. Aimi Jar atau nama sebenarnya Omar bin Putih, yang juga merupakan sahabat baik kepada Allahyarham P.Ramlee menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun.

Allahyarham berasal dari negeri yang sama dengan saya, Terengganu. Sungguh pun di penghujung usia, tidak banyak karya yang beliau hasilkan, jiwa kewartawanannya masih kukuh dan utuh. Malah, seorang anak beliau, Norimy Aimi juga pernah menjadi bos saya sewaktu bekerja di Majalah HAI dan sehingga kini menyambung legasi perjuangan beliau sebagai wartawan di Kumpulan Utusan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Seksi Hyuna bawa padah

Posted: 13 May 2011 04:00 PM PDT

Hip

Penyanyi remaja Korea terus dihimpit kontroversi

DIRINYA bagaikan terus terjerat dalam kemelut yang tidak berkesudahan hinggakan setiap pergerakan dan tindak tanduk sering mencetuskan topik perdebatan hangat.

Ternyata populariti itu menuntut harga yang terlalu tinggi daripada gadis yang mengukir nama bersama kumpulan 4minute, Hyuna. Pemilik nama lengkap, Kim Hyun Ah berusia 19 tahun itu akur menerima kenyataan, populariti datang bersama rentetan gosip dan barangkali, turut mengundang kebencian umum.

"Ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Setiap kali berdepan kontroversi, saya menerimanya dengan tenang tanpa perlu melatah," kata gadis kelahiran Korea Selatan yang memulakan karier nyanyian bersama kumpulan popular, Wonder Girls.

Awal tahun lalu, Hyuna dibalut kontroversi ekoran tarian provokatifnya dalam muzik video lagu solo perdananya, Change.

Bagaimanapun, label naungannya, Cube Entertainment pantas bertindak dengan menyunting semula muzik video itu untuk siaran televisyen.
Namun, stesen berpengaruh, SBS menyiarkan muzik video itu untuk tontonan penonton berusia 15 tahun ke atas, manakala MBC menayangkannya kepada umum.

Malangnya, kontroversi yang dicetuskan tidak hanya terhenti di situ. Seakan terus sinonim dengan perkataan itu, Hyuna sekali lagi diheret dalam polemik gara-gara penampilan beraninya.

Hyuna dikecam kerana tampil seksi ketika menghadiri sebuah konsert terbuka di Seoul, lantas memuncakkan kemarahan masyarakat Korea yang masih menyanjung adab Timur.

Mempertahankan dirinya, Hyuana berkata, penyanyi sewajarnya diberikan kebebasan untuk memilih rekaan pakaian bersesuaian di pentas.

"Malangnya kebebasan itu tidak diperoleh di Korea kerana terikat dengan kekangan budaya konservatif. Sering pilihan pakaian saya dikaitkan dengan kontroversi dan itu sangat mengecewakan.

"Saya cuma mahu menjadi diri sendiri. Lainlah jika di pentas kerana saya perlu cuba menyatukan kostum untuk disesuaikan dengan bentuk persembahan," katanya.

Nyata laluan Hyuna untuk membersihkan nama dan imej seksinya tidak semudah yang diimpikan. April lalu, gadis ini bersama kumpulannya itu kembali menjadi bualan gara-gara aksi keterlaluan ketika pembikinan klip video, Mirror Mirror.

Rutin tarian mereka dalam muzik video itu dipertikai penonton mengundang kontroversi, meskipun 4minute mempertahankan perlakuan itu bukan untuk menggoda sesiapa.

"Perkara itu tidak pernah terlintas di fikiran ketika kami menjalani latihan tarian selama beberapa bulan. Ia menyedihkan kerana pertikaian itu timbul selepas latihan yang panjang. Tidak dinafikan kami sendiri malu dengan kontroversi itu, malah mengejutkan apabila khalayak lebih teruja berbincang mengenai rutin tarian berbanding perkara lain.

"Biarpun didesak untuk menukar koreografi supaya tidak menyinggung sensitiviti sesetengah pihak, kami sentiasa terbuka menerima cabaran baru," katanya.

Semua kontroversi itu bagaimanapun, tidak memudarkan minat gadis yang sedang menyambung pelajaran dalam bidang seni kebudayaan di Universiti Konkuk untuk meneruskan cintanya kepada muzik.

Hyuna turut memberitahu, dia memilih karier seni kerana minat menari dan menyanyi tetapi belum pernah ada satu detik yang membuat dia berasa selamat.

"Mungkin kerana setiap hari saya diberi peluang untuk mempelajari pelbagai perkara baru. Saya sendiri teruja melalui proses latihan berpanjangan. Proses yang sama saya lalu setiap kali diundang menjayakan persembahan di luar negara. Banyak pengalaman dan perkara baru dikutip sekali gus mendewasakan saya," katanya.

Usai mempromosikan album terbaru yang memuatkan lagu popular, Heart To Heart dan Mirror Mirror yang membuka mata pencinta muzik terhadap kekuatan bakat mereka, Hyuna akan meneruskan aktiviti solonya. Ketika ini, Cube Entertainment menanti masa yang sesuai untuk melancarkan album mini Hyuna yang dijadualkan berlangsung Jun ini.

INFO: Perjalanan karier Hyuna

  • 2007: Hyuna muncul buat pertama kali bersama Wonder Girls, di bawah naungan JYP Entertainment menerusi single, Irony. Bagaimanapun, Hyuna tidak bertahan lama apabila terpaksa meninggalkan kumpulan itu pada 30 Jun 2007 atas sebab kesihatan.
  • 2008: Hyuna dipindahkan JYP Entertainment ke anak syarikatnya, Cube Entertainment dan diserapkan menyertai kumpulan baru, 4minute. Kumpulan itu muncul buat pertama kali bersama single, Hot Issue pada 15 Jun 2009.
  • 2010: Pada 4 Januari 2010, Hyuna melancarkan single, Change yang mencatat sebagai lagu paling dicari di laman sesawang.
  • Bagaimanapun, kontroversi melanda apabila muzik video lagu itu mula dimainkan 14 Januari 2010. Cube Entertainment pantas bertindak dengan menyunting semula rakaman video muzik itu untuk siaran umum.
  • Pada Ogos, muzik video itu boleh ditonton menerusi Virgin Media untuk permintaan perkhidmatan muzik di seluruh United Kingdom. Hyuna mewakili Faddy Robot Foundation di mana setiap keuntungan lagu itu disalurkan kepada masyarakat.
  • Pada 14 Oktober 2010, Hyuna berlakon watak kameo untuk filem thriller, Late Night FM bersama rakan kumpulannya, Ji Hyun.
  • Kolaborasinya bersama GNa menerusi lagu Say You Love Me di mana Hyuna menyumbang kepada penulisan lagu dan lirik menjadi topik perbualan hangat di laman sesawang.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Mesti tonton: Pemburu si pontianak

    Posted: 13 May 2011 03:53 PM PDT

    Hip

    pix_gal0
    for MESTI TONTON

    Filem terbaru Hollywood sarat aksi mendebarkan

    Filem: Priest Genre: Aksi Seram Pengarah: Scott Charles Stewart
    Pelakon: Paul Bettany, Karl Urban, Cam Gigandet, Maggie Q dan Lily Collins
    Tayangan: Mulai 12 Mei

    MENGGABUNGKAN elemen fiksyen sains, fantasi, seram dan apokalips, filem Priest arahan Scott Stewart berkisar perjalanan seorang paderi yang juga bekas pemburu pontianak untuk membebaskan anak saudaranya.

    Diangkat daripada novel grafik bersiri tulisan Hyung Min-Woo, kisah suspen-thriller yang menjurus kepada nilai persaudaraan selain pembalasan dendam nyata padat dengan aksi. Justeru, elemen dramanya kurang diberikan penekanan.
    Jika anda mengharapkan babak romantik sebagai selingan, filem ini bukan pilihan namun sekiranya penonton mahu melihat aksi pertarungan, Priest padat dengan babak mendebarkan yang dijalin sempurna.

    Lebih menarik apabila ia dihasilkan sepenuhnya dalam format 3D, yang menampilkan impak pergerakan yang begitu hidup serta dramatik terutama ketika serangan pontianak dan pembunuhan.

    Cuma babak pembukaan agak panjang dengan penonjolan animasi, barangkali sengaja diadakan untuk menceritakan senario sebenar peperangan antara manusia dan pontianak, hingga mereka bermusuhan berabad lamanya.

    Sebelum menonton filem ini, yang terbayang di fikiran adalah keganasan pontianak penghisap darah namun hakikatnya ia agak berbeza daripada beberapa filem pontianak terdahulu kerana lebih menjurus terhadap pergolakan diri seorang paderi.

    Paul Bettany selaku Priest terpaksa melupakan sumpahnya terhadap gereja semata-mata mahu menyelamatkan anak abangnya, Lucy, lakonan Lily Collins daripada cengkaman ketua pontianak, Black Hat (Karl Urban).

    Dia dibantu teman lelaki gadis itu, Syerif Hicks (Cam Gigandet) serta seorang teman seperjuangannya lakonan Maggie Q, yang pada awalnya diminta ketua gereja untuk membawanya pulang.

    Mereka terpaksa menempuh perjalanan sukar merentasi padang pasir untuk menjejak Lucy yang mahu dijadikan korban dan hakikatnya Black Hat juga punya agenda sendiri mahu 'mengenakan' Priest yang pernah menjadi rakan karibnya.

    Seperti filem Barat lain, ada di antara babak sudah mampu dijangka serta klise hingga mudah menyamakannya dengan filem terdahulu namun Priest cuba lari daripada tanggapan itu menerusi gabungan animasi, 3D dan teknik janaan imej (GCI) sempurna.

    Sekalipun kronologi kisah penuh debaran, mainan perasaan setiap watak kurang ditonjolkan apabila tumpuan lebih kepada aksi pertarungan serta misi mencari Lucy, sedangkan ia mampu meruntun perasaan jika elemen dramanya dikupas lebih baik lagi.

    Apatah lagi pada akhir cerita terbongkar rahsia di mana Lucy sebenarnya adalah anak kandung Priest sekali gus membuatkannya sanggup berpaling tadah lari daripada gereja demi darah daging.

    Sesekali unsur humor diselitkan terutama menerusi watak kalut Syerif Hick yang dilihat seakan cuba menyeimbangkan karektor Paul Bettany yang sentiasa serius, manakala Maggie Q tetap seperti filem aksinya sebelum ini - lasak dan pantas bertarung.

    Pada babak terakhir, antara yang menarik tentu saja pertarungan Black Hat dan Priest di atas kereta api, begitu juga dengan aksi bermotosikal di tengah padang pasir untuk menghalang kenderaan yang membawa sekumpulan pontianak.

    Sekiranya anda peminat filem suspen thriller yang padat aksi pertarungan, Priest yang ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 12 Mei ini pastinya memenuhi selera.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


    Rozita Che Wan dan Shahir AF8 sah bercinta

    Posted: 13 May 2011 10:11 PM PDT

    shahir af8 dan rozita che wan bercintaHampir setahun gosip percintaan Rozita Che Wan dan Shahir AF8 tersebar tanpa ada sebarang pengakuan, Kini akhirnya Rozita Che Wan membuat pengesahan yang mereka berdua sememangnya sedang hangat bercinta.. Walaupun banyak tentangan daripada peminat Shahir AF8 gara-gara perbezaan umur 16 tahun diantara Rozita Che Wan dan Shahir, itu semua bukan halangan untuk mereka berdua meneruskan hubungan yang murni tu…

    Pengakuan yang dibuat di Berita Harian tu turut mengatakan yang hubungan percintaan mereka berdua sudahpun diketahui oleh rakan-rakan media, Tetapi demi menjaga hati ramai pihak termasuk peminat Shahir AF8 sendiri, perkara itu tidak dihebahkan kepada umum…

    "Kebelakangan ini pun sudah kecoh mengenai kisah peminat fanatik yang tidak merestui hubungan kami. Tetapi itu di luar kawalan saya. Cuma sejauh mana fanatik peminat Shahir sekali pun, mereka tidak menghalang mahupun mengongkongnya dalam soal membabitkan hati.

    "Dia lelaki baik. Saya tertawan dengan sikap dan budi pekertinya. Saya senang bersamanya. Tambah pula kami berasal dari kampung dan mungkin itu juga antara sebab kami serasi. Cuma setakat ini, keluarga masing-masing tidak tahu dengan jelas hubungan kami.

    "Soal merencana masa depan, sebaiknya soalan itu ditanya kepada Shahir. Saya hanya mampu berserah, pada masa sama berharap hubungan kami akan berakhir ke jenjang pelamin. Saya mengharapkan pengakhiran yang indah," (petikan daripada Berita Harian)

    MyGosip harap hubungan percintaan diantara Rozita Che Wan dan Shahir ni berkekalan sehingga ke jinjang pelamin la hendaknya.. kalau dah suka sama suka tu kan.. nak tunggu apa lagi.. Soal umur pula rasanya bukan menjadi halangan yang besar.. bak kata pepatah orang putih.. "umur hanyalah nombor je"…

    Rozita Che Wan dan Shahir AF8 sah bercinta

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    macam macam hiburan terkini

    macam macam hiburan terkini


    Anak kembar sazzy falak terbaru

    Posted: 13 May 2011 08:09 PM PDT


    Mimie Haris Tidak Kisah Publisiti Kurang

    Posted: 13 May 2011 07:55 PM PDT


    PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Mimie Haris, 20, mengakui tidak kisah walaupun publisiti mengenai dirinya kurang diketengahkan oleh pihak media selepas hampir dua tahun berkecimpung dalam bidang seni.

    Kata Mimie, walaupun kurang popular, dia berasa tidak perlu untuk mencari atau mencipta kontroversi semata-mat untuk dikenali ramai.

    "Saya sedar nama saya tidak popular mana namun saya selesa dengan apa yang dikecapkan. Platform yang diberikan oleh industri ini sudah memadai buat orang baru seperti saya.

    "Tak perlulah saya hendak mencari publisiti atau melakukan perkara-perkara negatif atau sensasi hanya kerana ingin popular," katanya yang ditemui di Menara Star, baru-baru ini.

    Tambah Mimie, dia tidak kisah dengan isu populariti pada waktu ini kerana sedang sibuk menamatkan pengajiannya di peringkat Diploma Seni Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

    "Mungkin antara sebab saya tidak begitu kisah untuk popular adalah kerana saya ingin mengutamakan pengajian terlebih dahulu supaya cepat habis.

    "Sudah beberapa tahun ia tertangguh kerana terlibat dengan komitmen My Starz LG pada 2009 dan penggambaran pelbagai drama sebelum ini.

    "Mungkin selepas tamat pengajian nanti, baru saya bergerak lebih aktif untuk mengukuhkan nama," kata anak bongsu daripada tiga beradik ini.


    Bercakap soal kerjaya, Mimie masih lagi diberikan kepercayaan oleh stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai pengacara program remaja iaitu In Trend untuk musim ketiga.

    "Mungkin saya tidak menonjol atau jarang menghiasi akhbar tetapi tawaran kerja tidak pernah putus.

    "Selain undangan nyanyian, saya juga sibuk mengacarakan program In Trend di TV2 bagi musim ketiga di samping penyanyi Nubhan," jelasnya.

    Terbaru, Mimie yang pernah popular dengan lagu Jatuh Cinta Lagi pada tahun lalu kini muncul dengan "single" ciptaan Adi (Sixth Sense) iaitu Kakiku Kaku.

    Selepas membina nama menerusi program nyanyian My Starz LG 2009, Mimie pernah membintangi beberapa drama seperti Wira Malam Bisikan Naga, Datang Bulan dan Kau dan Aku 2.

    Penyanyi Orchid Abdullah Meninggal Dunia

    Posted: 13 May 2011 07:53 PM PDT

    KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran Datin Orchid Abdullah, 64, meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini kira-kira pukul 12.40 tengah hari Jumaat.

    Menurut anak bongsu Allahyarham, Nur Shafinaz Mokhtar,31, menerusi akaun Twitter miliknya, jenazah akan dimandikan di hospital tersebut dan dibawa ke Masjis Al-Ansar, AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur untuk disembahyangkan.

    "Doakan dia (Orchid) dirahmati Allah dan ditempatkan dengan golongan orang yang beriman," katanya pada Twitter tersebut.

    Penyanyi yang popular dengan lagu Penawar Rindu itu menghidap ketumbuhan hormon yang tidak stabil atau paraganglioma sejak tiga tahun lalu.

    Beliau telah dibawa ke hospital tersebut pada pukul 3 pagi, Khamis.

    Setelah tiba di hospital, Allahyarham yang pada mulanya ditempatkan di wad biasa dipindahkan pula ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemeriksaan lanjut.

    Selain Shafinaz, Allahyarham turut meninggalkan tiga orang anak yang lain iaitu Nur Shalina, 42, Md. Nor Shareen, 39, dan Mohd. Noor Shafri Mokhtar,35.

    Suami Allahyarham Datuk Mokhtar Omar,70, yang sedang dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) di hospital yang sama kerana komplikasi kesihatan yang serius.

    Difahamkan, ibu saudara Shafinaz yang rapat dengan keluarganya, Rogayah Yaakob, 59, juga ditempatkan di hospital sama sejak Jumaat lalu kerana penyakit asma.

    Sementara itu, jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU2, Taman Keramat, di sini, selepas solat Asar.

    Antara rakan selebriti yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir termasuklah pelakon veteran Datin Umi Kalthum dan Datuk Sarimah Ahmad, penyanyi 60-an Datuk Jeffrydin, promoter persembahan Mas Omar dan penyanyi muda Nadia Aqilah.

    Anggota kumpulan marhaban dan zanji yang dianggotai oleh Allahyarham iaitu Kawan turut hadir seperti Aspalela Abdullah, Datuk Yusni Hamid, Zalifah Ibrahim, Hamidah Urip, pelakon Maimunah Ahmad (Mak Jah) dan ramai lagi.

    Majlis Resepsi Tengku Zawyah Meriah

    Posted: 13 May 2011 07:49 PM PDT

    KUALA LUMPUR: Lebih 400 tetamu meraikan pasangan pengantin baru DatinTengku Zawyah dan Datuk Rayyan Joseph King dalam satu majlis resepsi di Hotel Royal Chulan, di sini, malam Khamis.

    Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 11.06 pagi hari yang sama oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali yang juga merupakan wali hakim kepada pihak pengantin perempuan.

    Pasangan mempelai tiba di pekarangan Taman Mahsuri, hotel tersebut pada kira-kira pukul 8.30 malam diiringi anak-anak daripada kedua-dua belah pihak.


    Kebahagiaan pada wajah kedua-dua mempelai.
    Pada majlis sederhana tetapi meriah yang bertemakan persandingan dalam taman itu, Tengku Zawyah mengayakan busana berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal Calvin Thoo.

    Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh anak ketiga Tengku Zawyah, Muhammmad Asyraf dan penyanyi terkenal Jamal Abdillah.

    Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, isteri baginda, Tengku Azizah Aminah Sultan Iskandar, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah serta kerabat diraja Pahang.


    Manakala antara rakan artis yang menyerikan majlis tersebut ialah Datuk Ramli MS, Zizie Ezzete, Sofea Jane beserta suami.

    Tengku Zawyah yang juga kerabat diraja dari Kedah pernah mendirikan rumah tangga dengan Datauk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk yang kini merupakan suami penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

    Datuk K dan tengku Zawyah bercerai pada 2005 dan hasil perkahwinan selama 20 tahun itu mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Muhammad Anas Zawawi, 24, Muhammad Adib, 21, Muhammad Asyraf, 19 dan Muhamad Aazief, 13.

    Adam (AF4) Dapat Rawatan Penyakit Ganjil Dengan Ashraf Muslim

    Posted: 13 May 2011 07:48 PM PDT

    PETALING JAYA: Penyanyi Adam AF4 mengakui diganggu makhluk halus sehingga membuatkan dia sukar untuk bersolat sejak tahun lalu.

    Adam berkata, berikutan itu dia telah mendapatkan rawatan dengan pelakon Ashraf Muslim yang bekerja sebagai pengamal perubatan tradisional di sebuah klinik tersebut di Gombak, Selangor.

    "Saya ke klinik tempat Ashraf bekerja kerana mendapatkan rawatan cara Islam untuk membuang makhluk yang berada dalam badan saya.

    "Sejak beberapa bulan lalu badan saya lemah, sakit, dan hilang tumpuan terutamanya ketika ingin bersolat," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Suria Wheels & Red Riders, di sini, Khamis.

    Katanya, setelah beberapa bulan mendapatkan rawatan tersebut keadaannya semakin pulih terutamanya ketika melakukan ibadah.

    "Saya tahu ini dugaan kecil buat saya yang baru ingin berubah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

    "Selepas berubat Alhamdulillah rasa yang saya alami itu semakin berkurangan dan perjalanan hidup saya menjadi lebih baik," katanya.

    Selain itu, Adam turut menganggap persahabatannya dengan Ashraf membantu dirinya mendalami dan mempelajari lebih banyak lagi tentang agama Islam.

    "Saya sering datang ke klinik dia bukan sahaja untuk berubat tetapi saya banyak belajar tentang Islam.

    "Kami bertukar-tukar pendapat, kerana bagi saya dia memahami situasi yang sedang saya alami kerana dia juga seorang artis," ujarnya.

    Jelas Adam, kehidupannya kini lebih tenang sejak melakukan perubahan iaitu mula mendekatkan diri kepada Allah sejak akhir tahun lalu.

    "Saya memang sedang belajar banyak ke arah itu dan mendalami tentang Islam.

    "Tentang apa yang saya lakukan sekarang iaitu menyanyi saya menganggap ia sebagai rezeki dalam bidang ini. Apa yang penting ialah niat kita dan menjaga ibadah wajib," katanya.

    Jelas Adam, dia kini dalam perancangan untuk membuat beberapa lagu tentang ketuhanan bagi projek album akan datang.

    Yana Samsudin Tidak Terdesak Punyai Kekasih

    Posted: 13 May 2011 07:47 PM PDT

    PETALING JAYA: Pelakon Yana Samsudin (Yana), 27, tidak terdesak untuk mempunyai kekasih selepas empat tahun berpisah dengan aktor Pierre Andre.

    Ujar Yana, sekalipun dia belum menemui pengganti, hidupnya sentiasa dikelilingi kelompok rakan baik untuk mengadu atau berkongsi masalah.

    "Selepas hubungan dengan Pierre berakhir, ada juga saya berkawan dengan beberapa lelaki tetapi tiada yang benar-benar serasi.

    "Buat masa ini, saya tidak nampak mengapa perlu terdesak untuk mempunyai kekasih. Saya sentiasa ada sekumpulan teman baik untuk mengadu masalah atau bertukar pendapat," katanya yang ditemui di Menara Star, baru-baru ini.

    Tambah Yana, perkara tersebut tidak menjadi keutamaannya pada waktu ini kerana bukan mudah untuk mencari lelaki yang ikhlas dan terbuka menerima dirinya sebagai anak seni.

    "Saya tidak mahu lelaki berkawan dengan saya kerana status selebriti yang saya miliki. Sebagai pelakon, agak sukar juga untuk mendapatkan pasangan yang begitu terbuka dan memahami bidang ini.

    "Susah juga kalau teman lelaki itu seorang yang mudah cemburu dan tidak terbuka menerima pergaulan dalam dunia seni. Jadi, saya tidak mahu pening-pening untuk mempunyai kekasih," kata pelakon filem Kongsi ini.

    Menyentuh soal kerjaya, Yana kini sibuk di lokasi penggambaran filem Adnan Semp-it 2 arahan Ismail Bob Hasim sejak minggu lalu.

    Dalam filem sekuel ini, Yana yang masih menggalas watak Wawa bergandingan dengan Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Along (Raja Lawak).

    Rizz Ainuddin Belum Terlewat Menjadi Pelakon

    Posted: 13 May 2011 07:46 PM PDT

    PETALING JAYA: Pelakon Riz Ainuddin,33, mengakui dirinya lebih berusia jika dibandingkan dengan barisan hero-hero Melayu yang sering membintangi drama dan filem tempatan.

    Namun, dia menganggap langkahnya untuk terlibat dalam bidang seni masih belum terlewat dan menganggap ia sebagai satu cabaran buat menempuh bidang tersebut.

    "Mungkin rezeki saya dalam bidang ini baru sahaja tiba. Kebanyakan watak yang mereka beri kepada saya sesuai dengan umur dan tidak pernah watak seorang remaja.

    "Saya tahu usia saya agak tua berbanding hero lain tetapi saya masuk dalam bidang ini untuk mewarnai lagi industri bukan untuk bersaing," katanya.

    Tambah Riz, perjalanan kerjaya lakonannya sudah bermula sejak 2006 namun dia tidak terlalu fokus dalam bidang seni kerana komitmen terhadap pekerjaannya.

    "Drama Bait Cinta ini merupakan drama kelapan saya. Saya mula terlibat dalam industri ini sejak 2006 untuk filem Anto Fighter tapi watak-watak kecil. Cuma beberapa drama kebelakangan ini saja saya diberikan watak berat dan utama iaitu Ajuna, Awan Dania 1& 2 serta telefilem Berkalong Noda.

    "Saya selalu berada di belakang tabir iaitu bekerja sebagai pengarah seni di syarikat periklanan Leo Burnet, tapi disebabkan minat mendalam menyebabkan saya tercebur dalam bidang ini," ujarnya.

    Bercerita tentang lakonan dalam drama tersebut, Riz memberitahu dia agak bertuah kerana diberi peluang untuk menjadi teraju utama drama tersebut.

    "Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk berada dalam kumpulan ini, kalau dilihat pelakon-pelakon di sekeliling saya yang menjayakan drama ini semuanya sudah berpengalaman.

    "Saya banyak meminta pandangan daripada mereka apabila ingin melakukan sesuatu watak. Mereka pula kesemuanya tidak lokek memberi pendapat dan ilmu kepada saya," katanya.

    Drama Bait Cinta turut dibintangi oleh Eira Syazira, Natasha Hudson, Charmaine Poo dan Ann Ngasri. Ia bakal ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa, pukul 8.30 malam bermula 17 Mei ini di TV9.

    Putri Mardiana akan Bertunang Hujung Tahun

    Posted: 13 May 2011 07:45 PM PDT

    PETALING JAYA: Pelakon Putri Mardiana Zainal Abidin, 29, atau Nina mengesahkan untuk mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Mohd Hasnul Amril (Anol), 29, pada bulan Disember depan.

    Kata Nina, perancangan untuk ke arah itu sudah lama dirancang namun perkara tersebut terpaksa ditangguhkan ekoran beberapa urusan peribadi yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

    "Sebenarnya, abang kandung saya pun sudah bertanya tentang hubungan kami. Alhamdulillah, hubungan ini mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

    "Kalau diikutkan, pada bulan April lalu kami ingin bertunang tetapi terpaksa ditangguhkan dulu," katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem Kongsi, di sini, malam Selasa.

    Bercerita tentang perkembangan isu hak penjagaan anak-anaknya dengan bekas suaminya Shahnaz Norwawi, wanita itu berkata masalah itu masih lagi belum selesai sementara anak-anaknya tinggal di rumah bekas mertua dan bersekolah di Bentong, Pahang.

    "Agak leceh untuk urusan pertukaran sekolah dan sebagainya. Tidak mengapalah, buat masa ini yang penting anak-anak selamat dan gembira.

    "Sekali-sekala, saya akan berjumpa dan menghabiskan masa dengan mereka juga," kata ibu kepada Alia Wirdani, 7, Amir Firman, 5 dan Airell Zuhair, 4 ini.

    Mengenai perkembangannya dalam dunia lakonan, Nina akan muncul dengan filem terbaru iaitu Kongsi sebagai Inspektor Yati.

    Beritahu Nina, dia sangat teruja membintangi filem komedi aksi arahan Farid Kamil itu kerana berpeluang untuk melakukan babak-babak lasak dan pertarungan.

    "Ini adalah kali pertama saya terlibat dalam filem aksi lasak. Ia satu pengalaman yang menyeronokkan kerana saya membawa dua watak iaitu pegawai polis yang menyamar sebagai pembantu rumah.

    "Pihak produksi memilih saya kerana kesesuaian air muka saya yang serius selain saya dilihat agak tegas," jelas aktres yang kian sibuk dengan perniagaan pakaian "bundle" ini.

    Filem Kongsi yang mula ditayangkan hari ini mencatatkan sejarah tersendiri dalam perfileman tanah air dengan pembukaan terbesar iaitu 100 salinan filem di seluruh pawagam di Malaysia.

    Penceraian Siti Saida: Suami Terbaca SMS 'Sayang' Pada Telefon Saida

    Posted: 13 May 2011 07:44 PM PDT

    KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi, Saida mendakwa isterinya sedang 'angau' dengan seorang lelaki sehingga menyebabkan rumah tangga mereka yang dibina sejak 15 tahun lalu terabai.

    Mohd Ghazali Yahya Zikri seterusnya mendakwa, dia pernah berjumpa Saida dengan lelaki tersebut yang bernama Hafiz Che Mat berada di dalam sebuah kereta di Balakong, dekat sini.

    "Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya.

    "Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.

    Lelaki tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia mempunyai bukti iaitu bil telefon menunjukkan Saida yang juga kakak kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual dengan lelaki itu.


    Mohd Ghazali.
    Mohd Ghazali seterusnya mendakwa, dia menganggap anasir luar itulah yang menyebabkan Saida mahu bercerai dan keluar daripada rumah kelamin mereka yang terletak di Alam Damai, Cheras, kira-kira sebulan lalu.

    Pada prosiding itu, Saida atau nama sebenarnya, Siti Norsaida Tarudin mengakui mengenai kejadian dalam kereta yang didakwa suaminya itu, tetapi menambah hubungan dia dengan lelaki berkenaan sekadar rakan sekerja.

    Pada masa itu, Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi berkata: "Industri kerja seperti kamu memang akan berjumpa ramai orang. Tetapi tidak perlulah saya bercakap banyak kerana semua orang tahu tentang hukum hakam".

    Mohd Ghazali kemudiannya berdiri dan menambah, dia boleh memahami sekiranya Saida perlu berjumpa ramai orang, tetapi tidak perlu sampai ke tahap untuk memanggil sayang dan mendesak untuk bercerai.

    "Bila saya siasat dia tidak mahu mengaku. Tapi bila saya sudah jumpa gambar-gambar dan SMS ada sayang, itu bukan rakan biasa.

    "Saya sangat sedih, kecewa dengan isteri saya. Dahulu, dia seorang yang sangat lemah-lembut dan sekarang lupa tanggung jawab.

    "Saya harap hakim boleh beri nasihat. Apa salah saya sehingga dia buat begini? Saya kasihankan anak-anak. Mereka sampai tidak pergi ke sekolah. Dulu dia tidak begini," tambahnya.

    Selain itu, Mohd Ghazali juga memberitahu, dia tidak melihat masalah besar dalam perkahwinan mereka yang boleh membawa kepada perceraian, sebaliknya hanya masalah-masalah kecil.

    Saida pula memberitahu, dia telah meminta cerai sejak tahun 2008 kerana tidak boleh menerima suaminya ekoran tiada persefahaman.

    Selepas mendengar keterangan-keterangan yang dinyatakan oleh Mohd Ghazali dan Saida, Mohd Suhaily memutuskan untuk memberi peluang terakhir kepada pasangan tersebut untuk mencari penyelesaian dalam masalah yang dihadapi.

    Beliau juga menasihatkan mereka untuk mengerjakan umrah seperti yang dicadangkan oleh Mohd Ghazali yang berhasrat mahu membawa isterinya itu ke Tanah Suci.

    Saida yang pernah menyertai rancangan realiti, Akademi Fantasia bersetuju dengan cadangan itu namun memberitahu akan membawa ahli keluarganya bersama.

    Pada prosiding sama, Mohd Suhaily memutuskan bahawa wakil hakam pasangan tersebut telah gagal untuk mencapai matlamat bagi menyelesaikan masalah perkahwinan mereka dan memutuskan agar diadakan semula perbincangan.

    Sekiranya masih gagal, Mohd Suhaily menetapkan agar pasangan itu dibawa bertemu dengan wakil hakam yang akan dilantik oleh mahkamah.

    Kes akan disebut semula pada 15 Jun depan.

    Berdasarkan rekod, Mohd Ghazali melantik bapa saudaranya, Shihabudin Alang Mat Piah sebagai wakil hakamnya manakala Saida diwakili oleh seorang rakan, Norhisham Rahmat.

    Prosiding di mahkamah bermula selepas Saida memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik atas alasan mereka sudah tidak mempunyai persefahaman dan telah mengalami masalah yang tidak dapat didamaikan.

    Saida, 35, dan Mohd Ghazali, 41, mendirikan rumah tangga di kampung halaman penyanyi itu, di Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996 dengan berwalikan bapa kandung.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.

    Mohd Ghazali diwakili oleh peguam syarie Amli Embong sementara peguam Ahmad Nazib Johari mewakili Saida.

    Eira Syazira Tidak Hirau Digelar Ratu Air Mata

    Posted: 13 May 2011 07:43 PM PDT

    PETALING JAYA: Pelakon Eira Syazira,(gambar) 27, tidak pernah kisah gelaran ratu air mata yang sering diberikan kepadanya kerana mengakui watak tersebut begitu sebati dengan dirinya.

    Jelas Eira, dia sendiri gemarkan watak-watak berat dan mencabar yang memerlukan dia bermain dengan emosi dan air mata.

    "Saya sudah pernah mencuba banyak watak seperti antagonis dan komedi tetapi pada saya watak air mata paling mencabar dan sesuai dengan saya.

    "Bagaimanapun, cabaran saya ialah untuk memberi kelainan antara satu drama dengan drama yang lain. Saya terpaksa baca keseluruhan skrip dan buat kajian terlebih dahulu," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Drama Bait Cinta, di sini, Selasa.

    Tambahnya, dia tidak pernah menganggap watak air mata yang dimainkannya dalam beberapa buah drama adalah bersifat klise.

    Jelas Eira, lakonan drama terbarunya Biat Cinta ini berbeza dengan drama Ustaz Amirul yang baru sahaja selesai ditayangkan di TV3.

    "Walaupun kedua-dua watak tersebut seperti sama iaitu menjadi wanita baik yang memakai tudung tapi sebenarnya apa yang ingin ditonjolkan ialah konflik dalam drama itu.

    "Bagi drama Bait Cinta ini saya menjadi isteri dalam dilema yang terpaksa berkongsi suami dengan dua wanita lain," katanya.

    Bagaimanapun ketika ditanya, jika keadaan poligami tersebut terjadi ke atasnya, Eira memberitahu perkara tersebut sudah ditentukan oleh Allah.

    "Semua wanita tidak ingin dimadukan tetapi itu semua adalah ketentuan Allah. Kita tidak tahu perjalanan hidup kita.

    "Apa yang pasti segala yang berlaku mempunyai sebab tertentu," katanya.

    Drama Bait Cinta bakal ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa, pukul 8.30 malam bermula 17 Mei ini di TV9.

    Personaliti ntv7 Jual Barangan Bayi Dalam Talian

    Posted: 13 May 2011 07:42 PM PDT

    KUALA LUMPUR: Kesedaran terhadap kekurangan barangan ibu dan bayi, menyebabkan pembaca berita ntv7, Sheahnee Iman Lee mengambil inisiatif membuka perniagaan butik dalam talian, BuggyBabyBoogie.com.

    Isteri kepada pengacara Nazrudin Rahman ini memberitahu, idea membuka perniagaan tersebut timbul sejak lima bulan lalu selepas melahirkan anak pertamanya Zara Aaliyah yang kini berusia setahun tiga bulan.

    "Saya dapati memang banyak barangan untuk ibu dan anak di pasaran tetapi sukar untuk mencari yang betul-betul sesuai dengan kita. Contohnya baju yang sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak mereka, beg untuk kelengkapan bayi yang sesuai dengan keperluan.

    "Saya melalui pengalaman tersebut selepas melahirkan Zara. Sebagai ibu muda saya tahu ia sesuatu yang sukar terutamanya untuk menguruskan bayi," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran BuggyBabyBoogie.com, di sini, Rabu.

    Selain itu, Sheahnee turut mendapatkan khidmat pereka fesyen terkenal Bon Zinal untuk mencari material yang sesuai untuk pakaian rekaannya.

    "Bagi rekaan baju, saya mendapat khidmat nasihat daripada Bon Zainal dan kini sebanyak sepuluh rekaan baju telah terhasil.

    "Manakala dari segi material kami menggunakan kain jenis sifon dan kain kapas yang mana tidak terlalu mahal untuk dibeli," katanya.


    Dalam pada itu, BuggyBabyBoogie.com juga menawarkan produk penjagaan bayi dari luar negara seperti Australia, Amerika dan Australia.

    "Kami mengimport barang-barang unik dari luar negara yang tidak terdapat di Malaysia. Kami juga mengalu-alukan bagi sesiapa yang boleh memperkenalkan barangan ibu dan anak yang belum lagi dijual di Malaysia," katanya.

    Majlis tersebut turut dihadiri beberapa selebriti yang juga rakan baiknya iaitu Aishah Sinclair, Daphne Iking dan Sharifah Sofea.

    Tambahnya, sebarang pembelian atau pembayaran boleh dibuat secara perbankan dalam talian. Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila lawati www.BuggyBabyBoogie.com.

    Foto Separuh Bogel Adik Ipar Putera William Tersebar

    Posted: 13 May 2011 07:42 PM PDT

    WALAUPUN perkahwinan Putera William dan Kate Middleton sudah berlalu, keluarga Middleton masih lagi menjadi bualan ramai.

    Terbaru, adik Kate, Pippa Middleton pula menjadi buruan paparazi apabila foto Pippa tanpa pakaian di bahagian atas telah diedarkan di mana ketika itu dia, Kate, William dan beberapa teman rapat sedang bercuti di Ibiza, Sepanyol pada tahun 2006.

    Pada foto tersebut, Pippa yang berusia 27 tahun dilihat sedang duduk di tepi kapal layar dengan hanya memakai seluar bikini sambil mengibas baju bikininya.

    Difahamkan, keluarga Pippa sedang berusaha untuk menghentikan edaran foto-foto Pippa dengan membeli hak edaran foto tersebut.


    Gambar Pippa yang tersebar. Foto THE DAILY
    Sebelum ini, pada hari perkahwinan William dan Kate, Pippa menjadi perhatian jurugambar dan beberapa hari selepas itu, foto Pippa yang sedang menari di sebuah acara hiburan dengan hanya mengenakan skirt pendek dan bra diambil.

    Rentetan penyebaran foto tersebut, salah seorang penerbit filem porno telah menawarkan Pippa dengan harga yang tinggi untuk sebuah adegan dalam filemnya.

    Shahir (AF8) Janji Tiada Lagi Masalah Disiplin

    Posted: 13 May 2011 07:40 PM PDT

    PETALING JAYA: Penyanyi Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir (AF8) menganggap masalah disiplin sering dikaitkan dengannya sebelum ini sudah selesai berikutan kesihatannya yang semakin pulih.

    Kata Shahir, dia mengaku perkara tersebut telah menimbulkan salah faham banyak pihak dan lebih parah ada yang menokok tambah tentang masalah yang dihadapinya itu.

    "Masalah disiplin dulu terjadi berikutan kesihatan saya. Sekarang saya sudah sihat. Saya tiada masalah lagi.

    "Apa yang saya kesalkan ketika saya berhadapan dengan masalah itu, ada juga yang menokok tambah tentang cerita tersebut sehingga menjadi satu kontroversi besar," katanya.

    Tambah Shahir, banyak perkara yang didengar sesetengah pihak ialah cerita "cakap-cakap mulut" tanpa mengetahui perkara sebenar.

    "Saya tahu ramai yang sebarkan berita tersebut melalui mulut ke mulut mengenai kehidupan saya sehingga ada yang tidak pernah bekerja dengan saya juga percaya dengan berita-berita tidak benar itu.

    "Saya sebenarnya seorang yang sangat menghargai orang yang bekerja dengan saya," katanya.

    Dalam pada itu, dia mengakui disebabkan perkara tersebut popularitinya turut terjejas.

    "Saya akui ia memang menjejaskan populariti dan imej saya. Ramai yang menganggap saya berubah dan sehingga satu tahap saya betul-betul rasa kecewa.

    "Ia memberi satu pengajaran pada saya untuk lebih berhati-hati dan bijak mengawal keadaan," katanya.

    Harian Metro: Rap

    Harian Metro: Rap


    Jaguh silat jadi pelakon

    Posted: 13 May 2011 07:58 AM PDT

    MELIHAT aksinya di televisyen mungkin ada yang terpesona melihat penampilan pelakon, Noorhanis Farhana Shahruddin, 25, atau lebih mesra disapa Chomell Fana. Seindah nama komersilnya, wajahnya sering menghiasi watak gadis periang dan remaja.

    Aksi Chomell tampak selamba dan berjaya meninggalkan impak besar.

    Wajah ayu dan senyum manis menghidupkan lagi watak yang dibawakan. Bermula dengan penampilan dalam drama bersiri Comel arahan pengarah popular, Aziz M Osman dua tahun lalu, dia terus mendapat kepercayaan daripada pengarah dan penerbit drama mahupun filem.

    Dia bukan hanya berbakat dalam bidang lakonan malah mengembangkan sayap dalam bidang seni menerusi pengacaraan dan nyanyian.


    Bercerita mengenai pembabitan dalam dunia lakonan, anak keempat daripada lapan beradik ini bermula dengan tugas di belakang tabir sebagai kru produksi.


    Begitupun, kesempatan diberikan Aziz M Osman untuk membawakan watak dalam Comel memberi peluang kepadanya untuk membabitkan diri dalam lakonan.

    Bekas pemain bola sepak wanita remaja kebangsaan dan jaguh silat Selangor mengakui berterima kasih kepada Aziz yang memberi kepercayaan kepadanya membintangi drama.

    Daripada kru produksi dia diberi peluang beraksi di hadapan lensa kamera. Begitupun, jika tidak kerana mengalami kecederaan teruk pada lutut belum pasti dia terbabit dalam bidang seni.

    "Selepas tamat sekolah rendah saya cuba bermacam-macam pekerjaan. Sehingga mula terbabit dalam kerja di belakang tabir sejak 2008 dengan pelbagai tugas yang saya lakukan seperti menyediakan pakaian, kru biasa dan pembantu pengurus produksi.

    "Memang banyak pengalaman dan perkara yang saya lalui sepanjang terbabit sebagai kru di belakang tabir.

    "Saya akui masih dalam proses belajar. Walaupun terbabit dalam bidang lakonan namun sehingga sekarang saya masih melakukan tugas berkenaan jika kelapangan," katanya.

    Mengenai nama komersil yang digunakannya, dia memaklumkan sememangnya dia dikenali dengan gelaran Comel di kalangan rakan-rakan apatah lagi selepas membintangi drama Comel bersama pelakon senior, Amy Mastura. Selain turut disapa adik, Hanis dan Hana.

    Sebagai pelakon dia sentiasa mahu melakukan yang terbaik ketika membawakan watak walaupun bertindak sebagai pelakon pembantu ia juga memainkan peranan penting dalam sesebuah karya.

    "Buat masa ini memang watak yang diberikan pada saya seperti gadis remaja dan pelakon yang bergelar artis. Memang saya masih belum puas melakonkan pelbagai watak. Jika diberi peluang saya ingin mencuba lebih banyak watak jahat atau antagonis.

    "Sebenarnya saya lebih suka bawa karakter jahat seperti dalam drama Roda-Roda KL sebagai minah rempit.

    "Bukan sebab watak jahat tetapi watak yang membuatkan saya lebih agresif seperti menjerit lebih mudah dilakukan.

    "Saya agak susah untuk menangis. Walaupun pernah membawa watak sedih dan lembut dalam telemovie Laila Sari," katanya.

    Chomell yang membawakan watak Indah dalam drama bersiri Cita dan Cinta yang kini disiarkan menerusi slot Aurora di TV9 setiap Khamis jam 8.30 malam bermula 21 April lalu. Selain Chomell, turut membintangi siri itu antaranya Izzue Islam, Nadia Aqilah, Beto Khusyairi, Sharifah Amani dan Keifli Idir.

    Bercerita lanjut mengenai lakonannya sebagai Indah dalam Cita dan Cinta arahan Azma Aizal Yusoof terbitan Radius One Sdn Bhd, dia yang sebelum ini berpengalaman bergandingan dengan Azma dalam drama Technofobia sebagai pelakon cukup selesa bekerja di bawah pelakon dan pengarah muda itu.

    Sikap Azma yang banyak membantu mengawal suasana penggambaran selain tidak cerewet membuatkan dia mudah berkerja sama dengan sesiapa. Malah sebagai pelakon dan pengarah tidak dinafikan Azma juga banyak membantu dalam lakonannya.

    Katanya, watak Indah dalam drama ini seorang yang nakal dan sanggup melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya. Dia suka mengambil jalan pintas untuk berjaya dan memastikan apa yang dia mahu diperoleh. Ada juga membabitkan emosi.

    "Memang saya agak malu beraksi dengan karakter Indah kerana penampilan dan gayanya yang ranggi. Apatah lagi penggambaran berlangsung di sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur menarik perhatian ramai.

    "Walaupun sudah beberapa tahun terbabit dalam lakonan namun sikap malu dan gementar apabila berhadapan dengan kamera masih ada," katanya.

    Dia juga tidak sabar menantikan maklum balas peminat dengan penampilannya di layar perak menerusi filem Cinta Kura-kura, Siti Suka Ramli Sarip (filem pendek) dan Azura yang bakal menjengah pawagam tidak lama lagi.

    Mengenai pembabitan dalam nyanyian pula, artis yang bernaung dibawa KRU Studio pernah menduduki tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian PPW Idol sekitar 2007. Peluang yang diberikan oleh pihak pengurusan KRU Studio mahu dimanfaatkan sepenuhnya. Jika tiada aral dia bakal tampil dengan single terbaru penghujung tahun ini.

    Chomell yang terbabit dalam pengacaraan menerusi program Jom Heboh dan MyTV3 mahu memanfaatkan semua peluang yang diberikan kepada. Pembabitan dalam dunia seni disifatkan cukup

    serius walaupun tidak meletakkan sebarang harapan tinggi untuk meraih anugerah dalam bidang seni. Namun dia membulatkan tekad untuk berusaha gigih dan menjadikan kerjaya bidang seni sebagai sumber rezeki.

    "Apa yang penting saya berusaha terlebih dulu. Memantapkan lakonan
    dan mengukuhkan nama dalam dunia seni. Soal anugerah pada saya perkara kedua.
    Jika kita berusaha dan komited dengan setiap perkara yang kita lakukan saya percaya rezeki akan ada. Jika menerima pengiktirafan dan anugerah pada saya ia adalah bonus kepada penat lelah dan pengorbanan yang kita lakukan sebelum ini," katanya.

    PROFIL

    NAMA PENUH: Noorhanis Farhana Shaharuddin
    NAMA KOMERSIAL: Chomell Fana
    UMUR: 25 tahun
    TARIKH LAHIR: 22 Ogos 1986
    ASAL: Kuala Lumpur
    ADIK-BERADIK : Anak keempat daripada lapan beradik
    KARIER : Pelakon, penyanyi dan pengacara
    PENCAPAIAN: tempat ketiga pertandingan nyanyian PPW Idol 2007
    ANTARA DRAMA: Comel, Kapten Kid, Bong, Puteri, Hotel Mania, Technofobia, Roda-Roda KL, Diva-Diva Pencen, Laila Sari (telemovie)
    FILEM: Cinta Kura-kura, Siti Suka Ramli Sarip (filem pendek), Azura

    TAJAAN PAKAIAN DAN SOLEKAN: 25 Gals, Gobok Derina, Rina Derina

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Cerita 42 tahun Sweet Charity

    Posted: 13 May 2011 07:30 AM PDT

    TERPEGUN semua yang menghadiri majlis sidang media pelancaran buku bergambar DVD + CD Konsert Sweet Charity di kelab hiburan popular, Hard Rock Cafe, baru-baru ini dengan persembahan Raja Rock, Ramli Sarip.

    Biarpun mengadakan persembahan spontan menyanyikan tiga lagu dengan hanya diiringi petikan gitar secara unplugged oleh Rosli Mohalim, persembahan mereka tetap memukau.

    Penyanyi berusia 59 tahun ini tetap hebat dengan vokal serak-serak basahnya manakala Rosli menerbitkan kekaguman kalangan media dengan kelincahan jari jemarinya memetik gitar.

    Mereka berdua antara tonggak kehebatan Sweet Charity yang menggegarkan tanah air sejak lebih 40 tahun lalu. Bahkan kumpulan itu dihormati dan dianggap legenda oleh peminat Malaysia meskipun berasal dari Singapura.


    Biarpun berjiwa rock, Ramli Sarip masih kental dengan budaya ketimuran yang dibuktikan menerusi lagu-lagunya yang sarat dengan mesej berguna. Manakala kata-katanya penuh pengajaran.


    Buku berilustrasi foto 64 muka surat dengan DVD + Audio CD Konsert 40 Tahun 'Bagaikan Bermimpi' Sweet Charity Dewan Konsert Esplanade, Singapura Ahad, 31 Mei 2009 ini tidak ternilai harganya dan diterbitkan dalam edisi terhad oleh Rasamusic.

    Keluaran khas itu ialah pakej lengkap dunia Sweet Charity yang penuh berseni, penuh muzikal dan lengkap dengan Tenaga, Semangat dan Bunyi.

    "Ia sebuah cerita, pengalaman dan peristiwa yang tidak pernah kami fikirkan selama 42 tahun dalam seni. Kenapa kami pilih tema Bagaikan Bermimpi? Ia berbeza kerana konsert ini diiringi oleh pemuzik ensembel pemain string.

    "Penerbitan konsert khas ini untuk jualan agak tergendala kerana kami ada kontrak dengan sebuah stesen TV swasta di Singapura. Syukur selepas 2 tahun konsert habis, baru boleh dikeluarkan.

    "Kami tak sangka akan terus diterima oleh peminat. Dua anggota Sweet Charity (Masrom Hamid dan Syed Hassan Al-Attas) sudah tiada, meninggalkan kami berempat (Ramli, Rosli, Rahman Sarbani dan Ahmad Jaffar Jawahir) tapi kami mendapat kekuatan luar biasa daripada peminat dan syarikat rakaman yang terus memberi sokongan," katanya.

    Menjelaskan mengapa baru sekarang mereka terbuka hati untuk menerbitkan buku ini pula, Ramli berkata, dahulu mereka tidak cukup cerita hendak dipaparkan. Selepas 40 tahun, Sweet Charity berasakan mereka cukup matang untuk berkongsi pengalaman dengan peminat.

    "Memang kami tak pernah terfikir untuk buat satu himpunan koleksi. Tapi apabila dah terhasil, harapnya ia dapat cetuskan era baru kepada kumpulan tempatan lain untuk mencontohinya.

    "Ramai yang bagi idea selama ini tapi kami tak fikirkannya. Idea ini akhirnya digerakkan oleh Juria Banding dari Rasamusic.

    "Biarpun kandungannya tak panjang tetapi ia padat. Kami pun bersetuju dengan paparannya dan berbesar hati dengan penerbitan buku ini. Kami cetak buku ini dalam edisi terhad kerana mahu jadikannya berharga.

    "Hanya 2,500 buku diterbitkan dan perlu mendapatkannya segera. Ia dijual dengan harga RM99.90 sahaja.

    "Ada sesetengah album saya yang dulunya berharga murah, kini dijual dengan harga tinggi kerana kesukaran mendapatkannya lagi. Ada peminat membelinya bagi dijadikan pelaburan.

    "Album ini baru seminggu di pasaran dan saya percaya sambutannya pasti menggalakkan. 40 tahun saya sifatkan satu magik. Saya nak lalui setiap perkara dengan tenang.

    "Berkarya dan bekerja perlukan satu kekuatan dan disiplin yang ketat. Selama 40 tahun dalam industri saya rasa lebih bermakna. Ia satu pengalaman yang boleh dikongsi.

    "Saya tak pernah berfikir nak berhenti. Saya juga tiada impian yang begitu tinggi. Yang saya lakukan, saya lalui hari demi hari yang berlaku dan penuhi masa dengan menyanyi.

    "Jangan ada kekecewaan dan keluhan. Kalau nak tanya saya mengenai zaman yang menyusahkan dan menyeksakan, memang tiada langsung. Ia bukan musibah. Dalam muzik, kalau penat saya berehat sekejap. Saya anggap populariti yang dikecapi sekarang sebagai anugerah Allah. Tak banyak artis yang peminat sanggup bayar tiket untuk menyaksikan persembahan mereka.

    Di luar lainlah, tapi sekarang budaya kita menunjukkan seni semakin dihormati apabila penyanyi seperti saya masih diminati. Ia satu pencapaian yang baik," katanya.

    Berita baik buat peminat, Ramli Sarip akan menghiburkan mereka menerusi showcase Ramli Sarip & The Soul Journey yang bertemakan Tenaga, Semangat dan Bunyi di Hard Rock Cafe pada 19 Jun ini jam 10.30 malam. Harga tiket RM60.

    Selain itu, Sweet Charity akan kembali mengadakan konsert dinamakan Dua Raksasa bersama Blues Gang pada 9 Julai di Stadium Merdeka. Ini gabungan kedua mereka selepas mengadakan konsert sama di Stadium Merdeka 28 tahun lalu.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Hiburan

    Kosmo Online - Hiburan


    Kualiti vokal 2AM

    Posted:

    Kualiti vokal 2AM

    Kualiti vokal 2AM



    2AM sebuah band yang asalnya merupakan pecahan daripada sebuah band yang mempunyai 11 orang anggota sebelum salah seorang anggotanya, Jaebeom menarik diri.

    Anggota selebihnya membentuk band pop yang popular dengan lagu rancak dan badan sasa mereka iaitu 2AM.

    Meskipun berasal daripada sebuah band yang sama tetapi, empat orang anggota 2AM, Jo Kwon, 22, Changmin, 25, Seulong, 24, dan Jinwoon, 20, mempunyai keunikan yang tersendiri. Secara tidak langsung ia membezakan mereka dengan banyak band pop yang wujud di Korea Selatan.

    Keunikan mereka terletak pada vokal yang dianggap sempurna oleh kebanyakan peminat serta penggiat seni. Disebabkan itu, mereka lebih dikenali dengan lagu-lagu bergenre balada yang lebih menekankan aspek vokal daripada persembahan tarian, namun mereka juga seorang penari yang bagus.

    Bermula dengan lagu single berjudul This Song pada Julai 2008 dan Time For Confession pada 2009, 2AM telah menghasilkan dua album mini, Can't Let You Go Even If I Die dan I Was Wrong serta sebuah album penuh berjudul Saint O'Clock pada tahun 2010.

    Boleh dikatakan hampir kesemua lagu single mereka berjaya menduduki carta-carta popular bukan sahaja di Korea, malah di serata Asia. Mereka juga telah memenangi beberapa anugerah, terbaru pada Anugerah Muzik Seoul yang ke-20, mereka memenangi anugerah penyanyi Balada R&B terbaik.

    Kata ketua band 2AM, Jo Kwon: "Kami sangat gembira dengan apa yang kami peroleh hari ini kerana bukan mudah untuk kami diterima dan disayangi peminat. Semua kerja keras dan latihan sungguh berbaloi."

    Jo Kwon juga menyatakan tanda syukurnya di akaun Twitter miliknya pada 6 April lalu kerana tarikh itu sungguh bermakna buatnya dan anggota 2AM yang lain.

    Tarikh itu merupakan hari yang ke-1,000 sejak mereka muncul sebagai penyanyi secara rasmi. Jo Kwon menulis di Twitter: "2AM segala-galanya dalam hidup saya. Sudah 1,000 hari berlalu sejak kami menjadi penyanyi. Saya sangat bersyukur, dengan hati ini, saya masih menyanyi sehingga ke hari ini."

    Dipetik daripada beberapa temubual, anggota 2AM tidak menyangka mereka akan diterima dengan pantas oleh peminat dan juga menjadi salah sebuah band yang disegani.

    Sangkaan mereka, perjalanan seni mereka akan mengambil sedikit masa berbanding band yang lain kerana mereka bukanlah sebuah band pop.

    Bagaimanapun disebabkan bakat serta sikap bersahaja mereka yang dipamerkan di dalam beberapa program realiti serta drama, menjadikan mereka berdiri setanding dengan band-band popular yang lain di Korea.


    2AM bakal membuat konsert di Malaysia pada 21 Mei ini.


    "Muzik kami berentak balada dengan melodi yang hebat serta lirik yang penuh makna. Muzik kami tidak terhad pada lagu-lagu cinta balada sahaja kerana kami juga mempunyai pelbagai jenis lagu seperti pop dan R&B, tetapi kami memberi fokus kepada lagu cinta," kata Seulong.

    Jo Kwon menambah, dia merasakan bandnya dirahmati apabila mereka berjaya memperolehi populariti sehingga ke luar Korea Selatan. Katanya, perkembangan teknologi dan wujud pelbagai laman sosial membantu dalam melebarkan lagi populariti mereka.

    "Sebagai sebuah band, kami sentiasa bersama, bekerja keras dan kami cuba untuk berjumpa dengan setiap peminat kami. Tetapi sebagai individu kami juga cuba menjadi unik dan menunjukkan pelbagai bakat yang dimiliki dalam program hiburan dan realiti dan drama.

    "Kami memberi yang terbaik dalam setiap projek dan setiap persembahan yang kami lakukan. Peminat kami memuat turun persembahan kami di Internet dan kerana itu kami bersyukur apabila ada orang luar dari Korea sedar akan kewujudan kami serta memberi perhatian terhadap 2AM," ujar Jo Kwon lagi.

    Aktiviti solo

    Meskipun mereka muncul sebagai sebuah band, mereka juga sibuk dengan aktiviti solo seperti pengacaraan, lakonan, peragaan dan juga nyanyian.

    Jo Kwon yang aktif menyertai sitkom dan muncul dalam program realiti popular yang memaparkan perkahwinan palsu antara dua selebriti popular berjudul We Got Married. Seulong dan Jinwoon juga merupakan juri tetap program itu.

    Dalam We Got Married, Jo Kwon menjadi suami kepada Ga In yang merupakan seorang anggota band wanita, Brown Eyed Girls. Selain itu, ketua 2AM ini juga merupakan salah seorang pelakon dalam sitkom All My Love dan juga program realiti Family Outing musim kedua.

    Seulong pula terlibat dalam drama Perfect Match bergandingan dengan seorang aktor popular Korea Lee Min Ho, manakala Jinwoon dan Changmin juga sering diundang dalam pelbagai program hiburan.

    Walaupun jadual mereka sentiasa padat dan kini sibuk dengan konsert kesemua anggota 2AM masih mempunyai masa untuk melakukan aktiviti yang digemari mereka.

    "Apabila masa terluang, kami lakukan apa sahaja yang kami inginkan seperti bersenam, menonton wayang dan kami juga mempunyai hobi sama seperti orang lain.

    "Kami bersenam untuk melepaskan tekanan selain untuk kesihatan dan membina badan. Bagi meningkatkan kemahiran muzik, saya bermain drum dan gitar," tutur Jiwoon.

    Jo Kwon pula suka menonton wayang bersama teman dan tidur jika mempunyai masa terluang memandangkan jadual mereka yang padat, mereka sering tidak mendapat tidur yang cukup.

    Anggota paling tua dalam 2AM, Changmin, mendedahkan dia kini suka bersenam dan bersenam merupakan hobi terbaharunya. Sehingga kini dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 30 kilogram sejak menjadi penyanyi.


    MERAIH populariti hingga ke luar Korea Selatan, 2AM berasa mereka dirahmati.


    "Saya memang suka bersenam yang merupakan hobi saya sejak akhir-akhir ini, memandangkan bermula akhir tahun 2010 sehingga 2011 kami akan sibuk dengan konsert jelajah, jadi saya harus mempunyai badan yang sihat," katanya yang juga suka melayari Internet.

    Konsert pertama di Malaysia

    Buat julung-julung kalinya, 2AM bakal mengadakan konsert sulung mereka di Kuala Lumpur pada 21 Mei depan, pukul 6 petang di Wisma MCA selepas menjayakan konsert mereka di Filipina baru-baru ini.

    Kehadiran mereka adalah untuk mempromosikan album terbaru berjudul Saint O' Clock yang mengandungi 12 buah lagu termasuk lagu hits, You Wouldn't Answer My Calls dan Like Crazy.

    Konsert di bawah jenama DiGi Live K-Pop Showcase itu memilih 2AM disebabkan terdapat banyak permintaan daripada peminat mereka di Malaysia.

    Peluang buat peminat bertuah 2AM apabila mereka bakal bertemu dengan penyanyi pujaan selain diadakan sesi tandatangan serta bertemu peminat.

    Ketua Pemasaran DiGi, Moharmustaqeem Mohammed berkata: "Sebelum kami memutuskan untuk membawa 2AM ke Malaysia, kami terlebih dahulu mencabar peminat untuk mereka menjadi peminat di laman akaun Facebook DiGi jika mahukan persembahan 2AM di Malaysia. Hanya dalam masa empat hari sasaran seramai 147,000 peminat telah dicapai."

    Buat peminat yang masih belum memiliki pas untuk menonton persembahan 2AM, mereka boleh mendapatkannya dengan membeli album edisi khas 2AM Saint O'Clock, hanya di kedai Speedy dan Video Ezy sahaja.

    Dalam masa yang sama selain mendapat pas percuma, pembeli album itu akan memperoleh fail eksklusif 2AM.

    Buat peminat yang ingin mendapatkan tandatangan dan beramah mesra dengan anggota 2AM, anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan layari www.universalmusic.com.my atau www.facebook.com/DiGiYouths serta Universal Facebook: Universal Music Malaysia.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Aiman tepati ramalan

    Posted:

    Aiman tepati ramalan

    Aiman tepati ramalan

    Oleh MOHD. ALIF ABU BAKAR
    alif.abubakar@kosmo.com.my


    IQA


    SELEPAS mengharungi empat konsert mingguan, akhirnya Salma dan Iqa berjaya meneruskan perjuangan apabila layak ke peringkat Separuh Akhir Mentor kelima selepas konsert penyingkiran Kumpulan B, Ahad lalu.

    Namun begitu, seorang peserta terpaksa menerima kenyataan bahawa perjalanannya dalam pertandingan tersebut telah berakhir.

    Seperti sudah dijangka, Aiman akur dengan kekalahan tersebut apabila sekadar mencatatkan 190 markah secara keseluruhan ditinggalkan jauh oleh Salma yang mendapat 302 markah dan Iqa dengan 237 markah.

    Penyingkiran Aiman secara automatik menyaksikan berakhirnya persaingan di kalangan peserta lelaki setelah Ayish juga tersingkir minggu lalu.

    Menyampaikan lagu I'll Be nyanyian Edwin McCain dan Sesuatu Janji oleh Taufik Batisah, Aiman masih gagal menambat hati juri awam yang hanya memberikan 18 markah buatnya berbanding markah penuh yang diterima Salma dan Iqa.

    Datuk Ramli MS selaku ketua juri bagaimanapun memuji nyanyian lagu pertama Aiman namun membuat sedikit teguran berhubung stamina Aiman yang cepat pancit apabila menyampaikan lagu rancak.


    SALMA


    Juri jemputan, Mus May juga menyuarakan pendapat sama seperti Ramli MS dan meminta agar Aiman lebih yakin ketika membuat persembahan.

    "Intonasi suara awak bagus dan awak ada pakej lengkap serta mudah untuk diterima ramai, namun teknik nyanyian perlu diperbaiki," tambah Mus May.

    Walaupun peserta yang berasal dari Shah Alam itu menyatakan dia menerima kekalahan itu dengan hati terbuka tetapi kekecewaan jelas terpancar di wajahnya.

    Ketika sidang akhbar berlangsung usai konsert tersebut, Aiman lebih banyak menundukkan wajah ibarat menahan air mata akibat kekalahan yang dialaminya.

    Aiman memberitahu, dia tidak akan berputus asa dalam memburu impiannya dan akan meneruskan latihan vokal yang sedang dipelajarinya.

    Selain itu, protege kepada Rahim Maarof itu juga mengakui kehebatan peserta-peserta wanita hingga berjaya mendominasi peringkat separuh akhir.

    Mentor kepada Aiman, Rahim Maarof pula memberitahu, dia tidak kesal memilih Aiman sebagai protege dan selama dua bulan melatih Aiman, dia telah menganggap anak didiknya itu seperti anak sendiri.

    "Ketika sesi ujibakat saya disarankan untuk mengambil protege perempuan tetapi memandangkan saya melihat bakat yang ada pada Aiman saya membuat keputusan untuk mengambilnya sebagai protege.


    RAHIM tidak kesal memilih Aiman sebagai protegenya.


    "Saya bangga dengan pencapaian Aiman dan saya tahu dia telah melakukan yang terbaik untuk setiap konsert. Mungkin rezeki tidak memihak kepadanya," ujar penyanyi lagu Cinta Kristal itu.

    Sementara itu, pendahulu Kumpulan B, Salma terus mempamerkan persembahan cemerlang dengan mendendangkan medley lagu Unbreak My Heart dan Sangkar Cinta.

    Protege kepada Edry pula, Iqa mendapat pujian juri profesional kerana sentiasa menunjukkan peningkatan positif setiap minggu.

    Menyampaikan rangkaian lagu berunsur kerohanian seperti Bila Cinta Bertasbih, Kepadamu Kekasih serta Intifada membuatkan persembahan Iqa tampak jujur dan segar.

    Dengan berakhirnya konsert mingguan mengikut kumpulan, empat peserta wanita bakal bertanding di peringkat separuh akhir bermula minggu ini.

    Empat peserta itu ialah Ratnah (mentor Afdlin Shauki), Shiha (mentor Datuk Sharifah Aini), Salma (mentor Erra Fazira) dan Iqa (mentor Edry Abdul Halim).

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sayu, derita Datuk Sarimah

    Posted:

    Sayu, derita Datuk Sarimah

    Sayu, derita Datuk Sarimah

    Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
    saphilla.isa@kosmo.com


    BERPERANG dengan penyakit kanser, Sarimah terharu kerana teman-teman seperjuangan dalam industri masih tidak melupakannya dan meraikan ulang tahun ke-69 baru-baru ini.


    MEMANG benar ajal dan maut itu ketentuan daripada Ilahi. Bagi pelakon berpengalaman, Datuk Sarimah Ahmad, dia bersyukur dan tidak menyangka masih dapat menyambut kelahiran pada usia 69 tahun pada 28 April lalu ketika dirinya berperang dengan penyakit kanser otak, hidung dan lidah.

    Selepas diberitahu doktor pada tahun lalu yang dirinya hanya berpeluang hidup selama tiga bulan, Sarimah lebih banyak mendekatkan diri dengan Tuhan.

    "Nyawa saya terletak di tangan Tuhan bukan di tangan manusia. Biar seteruk manapun keadaan saya sentiasa istiqamah dan berdisiplin menjaga kesihatan diri.

    "Ramai yang tidak tahu penyakit saya kecuali anak bongsu saya Yusarima Puteri," kata Sarimah kepada pihak media selepas sambutan hari jadinya yang ke-69 di Restoran Warisan, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

    Pada malam sambutan hari jadinya yang dianjurkan oleh Persatuan Karyawan Malaysia itu, Sarimah kelihatan sedih dan terharu.

    Daripada ceria, suasana malam itu bertukar menjadi sayu saat Sarimah memberikan ucapannya.

    Ibu kepada pelakon dan pengarah filem Momok Jangan Panggil Aku, M. Jamil itu mengaku, melalui saat-saat getir selama dia menghidap penyakit kanser itu.

    Ditanyakan mengenai permulaan dirinya menghadapi penyakit tersebut, Sarimah memberitahu, dia mendapat penyakit tersebut masa berlakon cerita Cinta Madinah pada tahun 2008.

    "Saya mula sakit masa pengambaran cerita Cinta Madinah. Sakit tersebut melarat sehingga dua tahun. Saya sudah tidak berdaya lagi.

    Sarimah pernah sakit tidak bangun selama sebulan sehingga badannya menjadi kurus kering dan menampakkan sosok tulang rangka.

    "Berat badan saya pernah turun sehingga 50 kilogram dan saya terpaksa duduk beralaskan bantal kerana isi tulang pinggul semakin menipis.

    "Saya juga pernah melalui masalah lidah mengeras sehinggakan tidak boleh menarik atau menjelirkannya," ceritanya yang terpaksa menolak banyak undangan fotografi dan ceramah.

    Menurutnya, dia tidak pernah mengalah untuk melawan penyakitnya itu. Sarimah menolak untuk melakukan rawatan kemoterapi atau pun pembedahan.

    Sebaliknya memilih melakukan rawatan alternatif iaitu dengan mengambil ubat yang dicadangkan daripada Profesor Syed Putra Meir.

    Selain itu, Sarimah juga bertawakal dan memanjat doa dari Tuhan dengan mengamalkan minum air zam-zam setiap hari, membaca al-Quran dan bersolat tengah malam.

    "Kalau datang (lahir) dengan cukup sifat, saya mahu balik (meninggal) dalam keadaan yang sama," katanya yang bersyukur dengan keadaan dirinya yang semakin pulih daripada penyakit kanser.

    Ditanyakan sama ada dia akan menerima undangan lakonan, kata Sarimah, buat masa ini dia tidak akan menerima apa-apa undangan berlakon.

    Mungkin pada masa akan datang dan jika tawaran yang diterimanya bersesuaian, Sarimah tidak akan menolak.

    Majlis yang dihadiri oleh ramai ahli Karyawan seperti Datuk Freddie Fernandes, Radhi Khalid dan Salwa Abdul Rahman itu turut diserikan dengan kedatangan selebriti-selebriti seperti Hazami, Imuda, Roslan Shah, Ikhwan, Fazli Zainal, Rohana Jalil dan ramai lagi.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.