Harian Metro: Rap |
Posted: 13 May 2011 07:58 AM PDT MELIHAT aksinya di televisyen mungkin ada yang terpesona melihat penampilan pelakon, Noorhanis Farhana Shahruddin, 25, atau lebih mesra disapa Chomell Fana. Seindah nama komersilnya, wajahnya sering menghiasi watak gadis periang dan remaja. Aksi Chomell tampak selamba dan berjaya meninggalkan impak besar. Wajah ayu dan senyum manis menghidupkan lagi watak yang dibawakan. Bermula dengan penampilan dalam drama bersiri Comel arahan pengarah popular, Aziz M Osman dua tahun lalu, dia terus mendapat kepercayaan daripada pengarah dan penerbit drama mahupun filem. Dia bukan hanya berbakat dalam bidang lakonan malah mengembangkan sayap dalam bidang seni menerusi pengacaraan dan nyanyian.
Bekas pemain bola sepak wanita remaja kebangsaan dan jaguh silat Selangor mengakui berterima kasih kepada Aziz yang memberi kepercayaan kepadanya membintangi drama. Daripada kru produksi dia diberi peluang beraksi di hadapan lensa kamera. Begitupun, jika tidak kerana mengalami kecederaan teruk pada lutut belum pasti dia terbabit dalam bidang seni. "Selepas tamat sekolah rendah saya cuba bermacam-macam pekerjaan. Sehingga mula terbabit dalam kerja di belakang tabir sejak 2008 dengan pelbagai tugas yang saya lakukan seperti menyediakan pakaian, kru biasa dan pembantu pengurus produksi. "Memang banyak pengalaman dan perkara yang saya lalui sepanjang terbabit sebagai kru di belakang tabir. "Saya akui masih dalam proses belajar. Walaupun terbabit dalam bidang lakonan namun sehingga sekarang saya masih melakukan tugas berkenaan jika kelapangan," katanya. Mengenai nama komersil yang digunakannya, dia memaklumkan sememangnya dia dikenali dengan gelaran Comel di kalangan rakan-rakan apatah lagi selepas membintangi drama Comel bersama pelakon senior, Amy Mastura. Selain turut disapa adik, Hanis dan Hana. Sebagai pelakon dia sentiasa mahu melakukan yang terbaik ketika membawakan watak walaupun bertindak sebagai pelakon pembantu ia juga memainkan peranan penting dalam sesebuah karya. "Buat masa ini memang watak yang diberikan pada saya seperti gadis remaja dan pelakon yang bergelar artis. Memang saya masih belum puas melakonkan pelbagai watak. Jika diberi peluang saya ingin mencuba lebih banyak watak jahat atau antagonis. "Sebenarnya saya lebih suka bawa karakter jahat seperti dalam drama Roda-Roda KL sebagai minah rempit. "Bukan sebab watak jahat tetapi watak yang membuatkan saya lebih agresif seperti menjerit lebih mudah dilakukan. "Saya agak susah untuk menangis. Walaupun pernah membawa watak sedih dan lembut dalam telemovie Laila Sari," katanya. Chomell yang membawakan watak Indah dalam drama bersiri Cita dan Cinta yang kini disiarkan menerusi slot Aurora di TV9 setiap Khamis jam 8.30 malam bermula 21 April lalu. Selain Chomell, turut membintangi siri itu antaranya Izzue Islam, Nadia Aqilah, Beto Khusyairi, Sharifah Amani dan Keifli Idir. Bercerita lanjut mengenai lakonannya sebagai Indah dalam Cita dan Cinta arahan Azma Aizal Yusoof terbitan Radius One Sdn Bhd, dia yang sebelum ini berpengalaman bergandingan dengan Azma dalam drama Technofobia sebagai pelakon cukup selesa bekerja di bawah pelakon dan pengarah muda itu. Sikap Azma yang banyak membantu mengawal suasana penggambaran selain tidak cerewet membuatkan dia mudah berkerja sama dengan sesiapa. Malah sebagai pelakon dan pengarah tidak dinafikan Azma juga banyak membantu dalam lakonannya. Katanya, watak Indah dalam drama ini seorang yang nakal dan sanggup melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya. Dia suka mengambil jalan pintas untuk berjaya dan memastikan apa yang dia mahu diperoleh. Ada juga membabitkan emosi. "Memang saya agak malu beraksi dengan karakter Indah kerana penampilan dan gayanya yang ranggi. Apatah lagi penggambaran berlangsung di sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur menarik perhatian ramai. "Walaupun sudah beberapa tahun terbabit dalam lakonan namun sikap malu dan gementar apabila berhadapan dengan kamera masih ada," katanya. Dia juga tidak sabar menantikan maklum balas peminat dengan penampilannya di layar perak menerusi filem Cinta Kura-kura, Siti Suka Ramli Sarip (filem pendek) dan Azura yang bakal menjengah pawagam tidak lama lagi. Mengenai pembabitan dalam nyanyian pula, artis yang bernaung dibawa KRU Studio pernah menduduki tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian PPW Idol sekitar 2007. Peluang yang diberikan oleh pihak pengurusan KRU Studio mahu dimanfaatkan sepenuhnya. Jika tiada aral dia bakal tampil dengan single terbaru penghujung tahun ini. Chomell yang terbabit dalam pengacaraan menerusi program Jom Heboh dan MyTV3 mahu memanfaatkan semua peluang yang diberikan kepada. Pembabitan dalam dunia seni disifatkan cukup serius walaupun tidak meletakkan sebarang harapan tinggi untuk meraih anugerah dalam bidang seni. Namun dia membulatkan tekad untuk berusaha gigih dan menjadikan kerjaya bidang seni sebagai sumber rezeki. "Apa yang penting saya berusaha terlebih dulu. Memantapkan lakonan PROFIL NAMA PENUH: Noorhanis Farhana Shaharuddin TAJAAN PAKAIAN DAN SOLEKAN: 25 Gals, Gobok Derina, Rina Derina Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 13 May 2011 07:30 AM PDT TERPEGUN semua yang menghadiri majlis sidang media pelancaran buku bergambar DVD + CD Konsert Sweet Charity di kelab hiburan popular, Hard Rock Cafe, baru-baru ini dengan persembahan Raja Rock, Ramli Sarip. Biarpun mengadakan persembahan spontan menyanyikan tiga lagu dengan hanya diiringi petikan gitar secara unplugged oleh Rosli Mohalim, persembahan mereka tetap memukau.
Penyanyi berusia 59 tahun ini tetap hebat dengan vokal serak-serak basahnya manakala Rosli menerbitkan kekaguman kalangan media dengan kelincahan jari jemarinya memetik gitar. Mereka berdua antara tonggak kehebatan Sweet Charity yang menggegarkan tanah air sejak lebih 40 tahun lalu. Bahkan kumpulan itu dihormati dan dianggap legenda oleh peminat Malaysia meskipun berasal dari Singapura.
Keluaran khas itu ialah pakej lengkap dunia Sweet Charity yang penuh berseni, penuh muzikal dan lengkap dengan Tenaga, Semangat dan Bunyi. "Ia sebuah cerita, pengalaman dan peristiwa yang tidak pernah kami fikirkan selama 42 tahun dalam seni. Kenapa kami pilih tema Bagaikan Bermimpi? Ia berbeza kerana konsert ini diiringi oleh pemuzik ensembel pemain string. "Penerbitan konsert khas ini untuk jualan agak tergendala kerana kami ada kontrak dengan sebuah stesen TV swasta di Singapura. Syukur selepas 2 tahun konsert habis, baru boleh dikeluarkan. "Kami tak sangka akan terus diterima oleh peminat. Dua anggota Sweet Charity (Masrom Hamid dan Syed Hassan Al-Attas) sudah tiada, meninggalkan kami berempat (Ramli, Rosli, Rahman Sarbani dan Ahmad Jaffar Jawahir) tapi kami mendapat kekuatan luar biasa daripada peminat dan syarikat rakaman yang terus memberi sokongan," katanya. Menjelaskan mengapa baru sekarang mereka terbuka hati untuk menerbitkan buku ini pula, Ramli berkata, dahulu mereka tidak cukup cerita hendak dipaparkan. Selepas 40 tahun, Sweet Charity berasakan mereka cukup matang untuk berkongsi pengalaman dengan peminat. "Memang kami tak pernah terfikir untuk buat satu himpunan koleksi. Tapi apabila dah terhasil, harapnya ia dapat cetuskan era baru kepada kumpulan tempatan lain untuk mencontohinya. "Ramai yang bagi idea selama ini tapi kami tak fikirkannya. Idea ini akhirnya digerakkan oleh Juria Banding dari Rasamusic. "Biarpun kandungannya tak panjang tetapi ia padat. Kami pun bersetuju dengan paparannya dan berbesar hati dengan penerbitan buku ini. Kami cetak buku ini dalam edisi terhad kerana mahu jadikannya berharga. "Hanya 2,500 buku diterbitkan dan perlu mendapatkannya segera. Ia dijual dengan harga RM99.90 sahaja. "Ada sesetengah album saya yang dulunya berharga murah, kini dijual dengan harga tinggi kerana kesukaran mendapatkannya lagi. Ada peminat membelinya bagi dijadikan pelaburan. "Album ini baru seminggu di pasaran dan saya percaya sambutannya pasti menggalakkan. 40 tahun saya sifatkan satu magik. Saya nak lalui setiap perkara dengan tenang. "Berkarya dan bekerja perlukan satu kekuatan dan disiplin yang ketat. Selama 40 tahun dalam industri saya rasa lebih bermakna. Ia satu pengalaman yang boleh dikongsi. "Saya tak pernah berfikir nak berhenti. Saya juga tiada impian yang begitu tinggi. Yang saya lakukan, saya lalui hari demi hari yang berlaku dan penuhi masa dengan menyanyi. "Jangan ada kekecewaan dan keluhan. Kalau nak tanya saya mengenai zaman yang menyusahkan dan menyeksakan, memang tiada langsung. Ia bukan musibah. Dalam muzik, kalau penat saya berehat sekejap. Saya anggap populariti yang dikecapi sekarang sebagai anugerah Allah. Tak banyak artis yang peminat sanggup bayar tiket untuk menyaksikan persembahan mereka. Di luar lainlah, tapi sekarang budaya kita menunjukkan seni semakin dihormati apabila penyanyi seperti saya masih diminati. Ia satu pencapaian yang baik," katanya. Berita baik buat peminat, Ramli Sarip akan menghiburkan mereka menerusi showcase Ramli Sarip & The Soul Journey yang bertemakan Tenaga, Semangat dan Bunyi di Hard Rock Cafe pada 19 Jun ini jam 10.30 malam. Harga tiket RM60. Selain itu, Sweet Charity akan kembali mengadakan konsert dinamakan Dua Raksasa bersama Blues Gang pada 9 Julai di Stadium Merdeka. Ini gabungan kedua mereka selepas mengadakan konsert sama di Stadium Merdeka 28 tahun lalu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |