Utusan Online - Hiburan |
Posted: Artis kita makin haprak?
BARU-baru ini Joyah ada menerima e-mel daripada pembaca akhbar ni yang mengirim sekeping gambar kepada Joyah. Bila belek gambar tersebut memang Joyah tak berapa nak terkejut sebab gambar ini dah banyak kali Joyah tengok di blog dan facebook rakan-rakan Joyah. Apa nak jadi golongan macam ni? Senang-senang nak tayang separuh badan dan siap tunjuk belakang dia cantik? Joyah rasa hanya orang yang tak berapa nak waras sahaja yang sanggup buat macam ni. Inilah perosak golongan anak seni. Tak sanggup Joyah nak tulis nama dia, apa filem lakonan dia dan yang paling penting ramai yang bersetuju orang macam ni tak perlu wujud dalam industri kita. Joyah tak rasa ini gambar ditangkap curi. Bila dia rela melakukan macam ni, dia sebenarnya rela dirinya 'dilacurkan' atas nama seni. Adakah budak setengah masak macam sedar dirinya sedang dieksploitasi, atau dia memang rela untuk dieksploitasi? Orang lain nak popular juga. Tapi bukan dengan cara macam ni. Kalau begini artis kita sanggup buat, memang dah capai taraf Hollywood nampaknya. Silap hari bulan sanggup berbogel untuk popular. Hmmm... Kalau inilah hasil kerja orang seni, memang Joyah kecewa. Sepatutnya orang macam ni tak perlu ada dalam industri. Kita tak perlukan manusia haprak yang sanggup melanggar batas agama dan silang budaya yang ada di sini. Nasihat Joyah pada semua, jangan ada yang mengada-ngada nak jadikan budak macam ni idola. Paling tidak pun carilah artis lain yang ada maruah! | ||
Seorang lelaki dan sebuah perjalanan Posted: Seorang lelaki dan sebuah perjalananKatarsis Kualong HUJAN renyai dan saya berada dalam sunyi sepi. Sementelah musim tengkujuh, cuti persekolahan sewaktu baru tamat menduduki peperiksaaan Sijil Tinggi Pelajaran (STPM), tak banyak benda yang boleh saya lakukan di kampung. Aktiviti sangat terbatas apatah lagi waktu itu, ibu saya baru beberapa bulan meninggal dunia dan adik-adik semua dengan aktiviti sendiri. Berselimut dengan dingin alam, saya disapa kebosanan. Saya masih ingat saat itu, sekitar Disember 1993. Dalam tidak tentu arah untuk menentukan hala tuju kehidupan selepas tamat era persekolahan, saya menerima satu panggilan telefon daripada seorang teman yang saya anggap sebagai kakak, Siti Suhaily Ibrahim yang ketika itu sudah bekerja di Kuala Lumpur sebagai wartawan. "Along nak kerja tak? Jangan menolak, tuah datang bukan selalu," kata Siti Suhaily yang biasanya kalau bertemu, kami akan bersembang sambil praktis berpantun. Saya sebagai budak hostel yang baru saja habis sekolah, sudah tentu sangat takut dan tidak berani mendengar cerita bahawa saya bakal ke Kuala Lumpur, melayari kehidupan yang bulat ini. "Ala, tak apa, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Sekarang bercakap dengan bos Kak Lily, nama dia Pakcik Aimi. Dia ni wartawan veteran, cakap elok-elok," katanya lagi dalam slanga Terengganu yang pekat. Beberapa saat, di hujung talian, saya mendengar salam. Lelaki itu ialah Aimi Jarr yang sebelum itu saya hanya kenali melalui penulisannya. Saya terkedu, diam seribu bahasa dan membiarkan dia hanya bercakap. Bayangkan, Aimi Jarr telefon aku, memang bangga sangatlah tu. Maklumlah, orang kampung yang tak biasa dengan dunia glamor pada masa itu, mestilah cukup bangga bila dapat bercakap dengan orang popular macam dia. "Kamu hendak kerja ke tak? Kalau nak, kena datang Kuala Lumpur segera. Ada kosong kat akhbar Pentas Dunia. Kalau mahu kena datang cepat-cepat untuk sesi interviu," katanya dalam suara garau. Alamak, garangnya. Sungguh, kaki tangan saya seram sejuk setelah mendengar seriusnya dia, tapi saya memang sudah sangat bosan untuk terus duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa. Dipendekkan cerita, beberapa hari kemudian saya sahut cabaran dan menjejaki syarikat penerbitan majalah milik Fauziah Rauf dan Omar Manan yang pada waktu itu beroperasi di Taman Permata, Kuala Lumpur. Sesampai saja ke pejabat berkenaan, saya yang sepatutnya ditemuduga, langsung tidak melaluinya. Datang saja, dikira terus mendaftar dan pada hari pertama itu juga saya terus menjadi wartawan di akhbar tabloid Pentas Dunia, walaupun fail ratusan sijil yang saya bawa langsung tidak disentuh majikan. Justeru saya faham kenapa apabila saya memohon untuk berhenti kerja kerana mendapat tawaran ke akhbar Watan tidak lama selepas itu, Pakcik Aimi menjadi agak marah. Dia katakan, saya takkan lama sebagai wartawan kalau saya suka berpindah-pindah tempat kerja. Tetapi kemudian apabila saya memulakan kerja di Utusan, beliau sudah okey dengan saya dan banyak memberi kata-kata perangsang. Hari ini saya terfikir, barangkali dia marah kerana saya memilih untuk berpindah ke tempat kerja baru yang kurang stabil, maka apabila saya ke Utusan dia memberikan sokongan. Saya boleh katakan, Aimi Jarrlah yang membawa saya ke dunia kewartawanan dan setiap kali bertemu beliau di mana-mana, saya seringkali meluahkan rasa terhutang budi atas apa juga kepercayaan yang telah beliau berikan terhadap saya. "Sudah kerja dengan Utusan, jagalah peluang itu baik-baik. Jangan berhenti, Along kena teruskan kerjaya sebagai wartawan sebab kerja ni seronok. Jadi wartawan ni orang pandang hebat, jangan berhenti," begitulah yang selalu dia pesan setiap kali kami bersapa di dalam banyak majlis. Hari ini saya bayangkan, kalaulah pada Disember 1993 itu saya tidak menerima panggilan dan pelawaan Aimi Jarr, saya tidak pasti hari ini saya berada di mana. Apakah saya berjaya menjawat jawatan sebagai Inspektor Polis seperti cita-cita di hati sejak kecil, atau menjadi seorang pilot seperti yang diingin oleh ayah, atau guru, atau seorang suri rumah biasa? Justeru, saya berasa sangat terhutang budi kepadanya. Hanya dengan satu panggilan telefon telah merobah seluruh perjalanan hidup saya hari ini. Dan sampai ke usia 37 tahun, selepas 18 tahun peristiwa menerima panggilan telefon Aimi Jarr itu, saya masih bertahan sebagai wartawan. Selasa lalu, lelaki yang saya panggil 'uncle' itu sudah pergi menghadap Illahi kerana sakit jantung. Aimi Jar atau nama sebenarnya Omar bin Putih, yang juga merupakan sahabat baik kepada Allahyarham P.Ramlee menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun. Allahyarham berasal dari negeri yang sama dengan saya, Terengganu. Sungguh pun di penghujung usia, tidak banyak karya yang beliau hasilkan, jiwa kewartawanannya masih kukuh dan utuh. Malah, seorang anak beliau, Norimy Aimi juga pernah menjadi bos saya sewaktu bekerja di Majalah HAI dan sehingga kini menyambung legasi perjuangan beliau sebagai wartawan di Kumpulan Utusan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |