Adsense

Jumaat, 18 Mac 2011

aReaL&Celebrity

aReaL&Celebrity


Panggilan Hangit Buat Lisa Surihani...!!!

Posted: 18 Mar 2011 09:14 AM PDT

Salam Guys, Mesti Ramai Diantara U'all Yang Merupakan Fan Lisa Surihani Yang Dah Pon Tau Pasai Kes Lisa Di Prank Oleh Pasukan Hot.FM Baru-Baru Ni Kan...?? Memang Awesome La Caranya Melayan Peminatnya.. Walaupun Dituduh Sombong, Dia Still Cool.. No Wonder La Lisa Surihani Punya Fan Di Facebooknya Telahpun Menecah 1,269,189 Follower... Terbaek Beb... Kat Bawah Ni Rakaman Prank Yang Begitu Awesome Tu... Layannn....








Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,Proton inspira,facebook,ipad,Malaysia,benci bilang cinta,youtube,world cup 2010,yahoo,justin bieber,login facebook,fb,games,utusan online terkin,google,mudah.com.my,Selangor,mail,didi games,yahoo mail,fifa,you,maher zain,david villa,justin bieber,lionel messi,luna maya,ronaldhino,din beramboi,Fernando torres,lady gaga,kaka,hanis zalikha,cristiano ronaldo,lee min ho,van persie,adam lambert,iker casillas,siti nurhaliza,mesut ozil,paul tan,fabregas
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Blog Selebriti TV

Blog Selebriti TV


Man sah Juara Raja Lawak Musim ke-5

Posted: 18 Mar 2011 08:07 AM PDT

CommentMarch 18th, 2011 23:07

Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan nama Man baru sahaja diumumkan sebagai Juara Raja Lawak Musim yang ke-5.
Tahniah kami ucapkan dari team Selebriti.tv

MAN raja lawak 5 juara

Gelanggang Raja Lawak 5 dimulakan dengan Karpet Lawak yang diacarakan oleh pelakon/pengacara manis Sharifah Shahira.
Lebih kurang setengah jam kemudian Jozan( Johan dan Zizan) membuka gelanggang akhir dengan persembahan lawak ala muzikal selaku tema utama malam tersebut.

Jozan digandingkan dengan penyanyi Jamal Abdillah, Altimate dan Joe Flizo membuat persembahan pembukaan yang mantap.

Afdlin, Sathia dan David Teoh masih juri tetap yang sporting.

Setiap peserta ditugaskan dengan dua persembahan iaitu "tema bebas" bagi persembahan pertama dan "musikal" bagi yang ke-2.

Man dilihat memberikan persembahan terbaik dalam kedua-dua persembahan dan menjadi peserta favorite(kegemaran) bagi juri terutamanya Afdlin yang berkali-kali memuji.
Kumpulan R2 juga tidak kurang kelakarnya, tetapi Kumpulan Balas dilihat agak kurang menyengat.

Kalau dilihat pada keputusan malam ini memang tepat bersesuaian dengan persembahan peserta.
Juara – Man
Naib Juara – Kumpulan R2
Tempat Ketiga – Kumpulan Balas.

Tahniah kepada semua pemenang.

Blog Widget by LinkWithin

Sponsor Setia Blog Selebriti.tv :


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Enggan Komen Kematian Abang, Janet Khoo Dalam Bahaya

Posted: 17 Mar 2011 09:46 PM PDT

Janet Khoo
KAJANG: Pelakon Janet Khoo,39, memberitahu kehidupannya berada dalam keadaan bahaya berikutan pembunuhan melibatkan abangnya dan enggan memberi sebarang komen berhubung insiden itu.
Janet berkata, kematian tersebut begitu tragis dan dia amat sedih dengan apa yang berlaku.
"Maaf, ini sudah jadi kes polis sekarang. Saya tidak dapat mendedahkan apa-apa perkara kerana kami sekeluarga dalam bahaya. Situasi yang berlaku ini amat menyakitkan," katanya kepada Daily Chilie, portal berita The Star.
Abang pelakon itu, Kim Leong, 47, seorang ahli perniagaan ditemui mati dalam keadaan menyedihkan apabila mayatnya dibalut dengan tilam sementara kaki diikat sebelum dicampak ke dalam semak berhampiran Lembah Pangsun, Hulu Langat di sini baru-baru ini.
Mayat mendiang ditemui oleh seorang lelaki di tepi jalan setelah dia terhidu bau busuk di kawasan tersebut kira-kira pukul 11.40 malam pada 6 Mac lalu.
Jelas Janet, keadaannya yang masih terkejut itu membuatkan dia menjadi trauma dan meminta kepada semua pihak tidak mengganggu dirinya dan keluarga buat sementara waktu untuk membolehkan mereka menenangkan fikiran.
Pelakon filem Paloh itu juga berkata, dia menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Malah Janet juga enggan memberitahu lokasi pengebumian mendiang dan berharap para peminat serta pihak media memahami situasi tersebut.
"Saya menghargai perhatian semua orang. Namun buat masa ini saya perlu untuk melindungi keluarga saya dan diri saya sendiri," katanya.

Berita Pembunuhan Abang Janet di Utusan

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Demam K-Pop

Posted:

Demam K-Pop

Demam K-Pop


Nurhayati menunjukkan tiket-tiket konsert yang pernah dihadirinya.


GELOMBANG kegilaan remaja Malaysia terhadap pelakon dan penyanyi Korea semakin memuncak sehingga mencetuskan fenomena khususnya di kalangan remaja perempuan.

Fenomena Korea bermula beberapa tahun lalu dengan pengaruh besar drama Korea, Winter Sonata yang mengisahkan pengorbanan dan cinta sejati lakonan hebat Kang Joon-sang (Bae Yong Joon) dan Jung Yu-jin (Choi Ji Woo).

Drama itu membuatkan ramai suri rumah dan wanita khususnya, sanggup meninggalkan tugas lain semata-mata untuk duduk di depan televisyen untuk menontonnya.

Bukan setakat menonton, malah menjiwai dan menangis meratapi nasib watak dalam drama tersebut.

Selepas itu pula, tercetus kegilaan anak-anak muda kepada lagu-lagu pop Korea atau disebut K-Pop.

Daripada 'kewajipan' menyaksikan konsert dan membeli cakera padat (CD), cakera video digital (DVD), baju atau cendera mata sehinggalah menghafal lirik lagu-lagu popular mereka.

Tidak cukup dengan itu, bagi yang memiliki telefon bimbit, wang belanja sekolah habis atau sebahagian gaji bulanan digunakan untuk menambah nilai kad prabayar. Ia semata-mata bagi membolehkan mereka memuat turun nada dering atau wallpaper dan gambar-gambar artis Korea.

Menerusi laman web sosial seperti Facebook dan Twitter, mereka mewujudkan kumpulan atau rangkaian peminat artis Korea dan K-Pop.

Ruang status mereka dalam Facebook misalnya, dipenuhi gambar-gambar artis Korea selain lagu-lagu popular K-Pop yang dikongsikan daripada web Youtube.

Selain peminat K-Pop di Malaysia menyerbu kedai-kedai muzik, mereka juga mencari CD dan DVD secara online.

Begitulah kuatnya penangan artis-artis Korea ini. Kenapa mereka sanggup berhabis wang semata-mata untuk tanda sanjungan kepada artis Korea?

Bagi edisi pertama S3 ini, wartawan ROSALINDA MD. SAID dan jurugambar SHAHRIL AZMAN ZAIN mengupas isu menyingkap fenomena kegilaan kepada artis Korea dan K-Pop yang sedang berlaku di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

K-Pop makin digilai

Posted:

K-Pop makin digilai

K-Pop makin digilai


Suasana sesak dan berpusu-pusu seperti ini menjadi pemandangan biasa setiap kali artis-artis Korea berkunjung ke Malaysia untuk menjayakan konsert.


Mereka teruja menantikan aksi artis-artis Korea yang menjayakan DiGi Live K-Pop Party 2011. Kehadiran kumpulan Beast yang dianggotai enam artis lelaki dan kumpulan lima gadis, 4Minute serta artis solo, G.Na telah menyemarakkan fenomena K-Pop di Malaysia.

Jeritan lebih 3,000 penonton sebaik melihat kelibat penyanyi kesayangan mereka, menggambarkan tahap kegilaan remaja masa kini terhadap artis-artis Korea.

Kebanyakannya mengenakan fesyen artis-artis Korea. Semestinya gaya rambut dan pakaian ala gaya jalanan memainkan peranan penting membangkitkan aura Korea.

Ada yang berhabis ratusan ringgit untuk aksesori pelengkap gaya K-Pop. Ini termasuk aksesori mengandungi nama artis pujaan seperti tag nama, baju, skaf dan lain-lain.

Apabila ditanya mengenai persiapan menjelang konsert itu, bermacam-macam jawapan diperoleh.

Antaranya, Nur Nasyima Mohd Sidek, 18, mengaku tidak nyenyak tidur sepanjang malam bahkan datang seawal pagi ke stadium.

"Mana tidaknya, sibuk membuat 'ulang kaji' menghafal lirik lagu, fikir fesyen pakaian dan macam-macam lagi," kata peminat dari Seremban itu.

Majoriti peminat yang hadir menyaksikannya ialah golongan remaja berusia 13 ke 25 tahun. Ia turut disertai ibu bapa yang 'sporting' menemani anak-anak mereka sehinggalah konsert itu berakhir.

Seorang ibu, Rosni Md. Din, 49, langsung tidak segan berkongsi kegilaan kepada artis Korea dan K-Pop. Baginya, minat yang sama itu merapatkan hubungan sesama ahli keluarga.

Itu cerita konsert pada 13 Januari lalu. Beberapa konsert penyanyi Korea sebelum itu turut mendapat sambutan hangat, termasuk konsert Super Junior di Stadium Putra, Bukit Jalil pada tahun lalu yang dihadiri lebih 15,000 peminat.

Dan, fenomena Korea dan K-Pop kini telah merebak hampir ke segenap kehidupan anak-anak muda Malaysia khususnya remaja perempuan.

Fenomena itu membuatkan mereka benar-benar 'gila'. Ramai yang menghabiskan wang belanja sekolah bukan di kantin tetapi membeli majalah, buku, poster dan baju berkaitan artis Korea.

Tidak cukup menyerbu kedai-kedai muzik, peminat fanatik K-Pop mencari CD dan VCD secara online.

Mereka sanggup berhabis wang membeli CD semata-mata mahu memastikan artis kesayangan mereka memenangi Anugerah Daesang, iaitu anugerah tertinggi dunia hiburan di Korea. Mereka dinobat berdasarkan jumlah jualan album.

Peminat juga asyik memuat turun lagu dan ringtone bagi memastikan lagu penyanyi kesayangan di tangga teratas carta lagu.

Antaranya adalah carta Inkigayo yang dapat disaksikan menerusi saluran Astro 393 dan carta Music Bank di saluran Astro 391.

Begitulah hebatnya fenomena Korea dan K-Pop di negara ini. Ia membuatkan peminat menangis dan ketawa tiba-tiba mendengar lagu mahupun menonton drama lakonan idola mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Celebrity News

Celebrity News


Pusat Borong GM Klang Kini Dibuka !!

Posted: 18 Mar 2011 09:09 AM PDT

Untuk pengetahuan anda satu lagi pusat borong yang dibuka di Klang berdekatan dengan JUSCO baru, bagi anda yang belum pernah pergi ke sana ada banyak jalan yang anda boleh gunakan. Diantaranya :

1. Lebuhraya Persekutuan sehingga Klang dan menghala ke highway KESAS
2. Daripada KL/Puchong/PJ dll menggunakan KESAS sehingga nampak signboard GM.


Kalau tak reti/sesat cuba cari guna GPS atau tanya orang, bak kata pepatah "Malu bertanya sesat jalan"
Bawah ni ZOoM sertakan Map dan Google Maps untuk rujukan anda semua.

GM Klang Google Maps <--- Click 2x

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Ratnah Mentor 5 Disahkan Menghidapi Bronchitis

Posted: 18 Mar 2011 08:44 AM PDT

Ini yang ZoOM baca daripada web GUA ketika mencari kesahihan gossip Fasha Dan Jejai bersatu semula, memang terkejut sebab kebanyakan akhbar online dan laman blog tidak bercerita dan berkongsi mengenai Ratnah Mentor 5 yang disahkan menghidap Bronchitis.

Minggu depan akan berlangsung konsert ke 2, semoga beliau cepat sembuh dan kembali berlatih bersama Afdlin untuk berjuang dalam program Mentor musim 2011.



Persaingan Mentor 5 akan diteruskan pada Ahad (20 Mac 2011) ini dengan Konsert Pertama untuk Kumpulan B. Nantikan persembahan Salma/Erra Fazira, Aiman/Rahim Maarof dan Iqa/Edry pada jam 9 malam di TV3. Mahu tahu lagu-lagu yang bakal dipersembahkan? Nantikan artikel seterusnya yang akan disiarkan hari Sabtu ini.
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Gossip : Fasha Sandha Dan Jejai Bercinta Semula !!?

Posted: 18 Mar 2011 08:29 AM PDT

Entahlah malas nak komen tapi ini yang ZoOm baca dan dengar daripada laman forum.

Baca je la  "Statement" Wartawan Gua  @ hanya rekaan semata-mata mengenai pasangan ni.

Tapi yang peliknya dalam forum terkenal di Malaysia dah kena CLOSED...Ntahlah...


Cinta, jodoh semuanya di tangan tuhan. Aura perhubungan Fasha & Jejai nampaknya tidak berakhir, sebaliknya mereka dalam usaha untuk mencantumkan semula percintaan mereka.

Menurut Gua.com.my, Fasha & Jejai masih berhubungan & kini berhasrat untuk
meneruskan percintaan epik mereka. Kami agak musykil juga kerana awal tahun ini bukan main lagi cerita putus cinta menghiasi muka depan sebuah akhbar untuk beberapa hari berturut-turut. Macam national news!

Dengar cerita, pihak wartawan masih cuba mendapatkan reaksi Fasha Sandha mengenai hubungan cinta bertaut semula, tapi gagal. Rasanya, lebih baik Fasha angkat sahaja telefon wartawan-wartawan itu. Tak susah pun kan?

After all, we wait and see.


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Update : Man Juara Raja Lawak Musim Ke 5

Posted: 18 Mar 2011 07:27 AM PDT

Tahniah kepada  MAN Kerana Menjadi Juara Program Raja Lawak Musim Ke 5

R2 Tempat Ke 2

Balas Tempat Ke 3
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Juara Program Raja Lawak Musim Ke 5

Posted: 18 Mar 2011 06:26 AM PDT

Malam ini merupakan final Program Raja Lawak di Astro Saluran 105, baru sebentar tadi Abang jamal abdillah kita menyanyi..

Siapakah Juara Program Raja Lawak Musim ke 5 tahun ini !!!?

kedudukan setakat ini :

Balas 48 %

R2 34 %

Man 18 %

ADAKAH BALAS AKAN MENJADI JUARA !!!!???


Sama-sama kita tunggu dan lihat....


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Suami Saida Tidak Hormat Ayah Beliau Punca Bercerai !!?

Posted: 18 Mar 2011 06:16 AM PDT


ZoOm tak tahu adakah kerana sikap si suami tidak menghormati arwah ayah Saida yakno kakak Datuk Siti Nurhaliza ini sehinggakan ingin bercerai di mahkamah. Selain daripada sikap suami yang mengongkong kerjaya Saida menjadi punca beliau ingin memutuskan hubungan yang telah lama dibina.

Bagi ZoOM diantara kerjaya dan keluarga, sudah tentu ZoOM akan pilih keluarga. Walaubagaimana pun ia adalah keputusan mereka untuk menentukan apakah kesudahannya. 

Kesian dekat anak-anak hasil perkahwinan mereka iaitu, Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.


Semoga pasangan ini berfikir semula terutamanya anak-anak yang sudah pasti menjadi mangsa keadaan, marilah kita sama-sama mendoakan pasangan ini. Insyallah..

ZooOM : Apa KaTa AnDa di ZoOmartis @ FaCeBoOk ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Tutorial : Letak Tajuk Entri Pada Read More

Posted: 18 Mar 2011 05:59 AM PDT

Kebiasaannya, apabila sesebuah blog menggunakan fungsi readmore, perkataan yang keluar adalah samada 'read more', 'baca lagi', 'klik untuk teruskan pembacaan' dan lain-lain tanpa melibatkan tajuk sesebuah entri.

Tutorial ini akan menerangkan bagaimana untuk menambah sedikit kod daripada tutorial readmore sebelum ini untuk membolehkan tajuk entri keluar secara automatic selepas perkataan 'readmore' (atau perkataan lain berkaitan'.



SEBELUM :
SELEPAS


Cara-cara untuk meletakkan kod untuk trick ini adalah seperti berikut.

1. Login akaun blogger dari dashboard > layout > edit HTML > expand widget templates

2. Klik ctrl + F untuk menghidupkan fungsi find kemudian cari kod berikut

<data:post.body/>

3. Dibawah kod <data:post.body/> , ada beberapa kod yang berkaitan dengan readmore, dan buat penambahan kod dibawah selepas perkataan 'readmore'(atau perkataan lain yang berkaitan)
-pastikan kod ini terletak sebelum </a>

<data:post.title/>

Lihat contoh dibawah untuk memudahkan anda mencari dalam HTML ..



Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Debaran sebenarnya

Posted: 17 Mar 2011 03:49 PM PDT

Hip

Yuna berjaya lancar album di AS, bakal hiburkan peminat pada malam kemuncak ABPBH 2010

SEMPURNA sudah pelancaran album EP penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna, berjudul Decorate, pada 15 Mac lalu di Austin, Texas, Amerika Syarikat (AS). Malah lebih membanggakan, seperti yang diceritakan sendiri oleh Yuna kepada Hip, album memuatkan lima lagu itu juga boleh dimuat turun menerusi iTunes. Suatu pencapaian yang cukup dihargainya.

Selain Decorate, lagu lain yang disenaraikan dalam album terbabit ialah Deeper Conversation, Someone Out Of Town, Coffee dan Fears and Frustrations. Bersandarkan bakat yang dimiliki, kini bukan lagi mimpi buat anak Malaysia sepertinya untuk melebarkan pengaruh di pentas antarabangsa, selepas berjaya menawan kelompok peminat muzik di tanah air sendiri.

Peluang berharga menyertai naungan syarikat Fader Label yang beroperasi di New York dilihat sebagai pembuka jalan untuk calon kategori Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 ini merealisasikan impian yang semakin jelas terbentang di depan mata.

Menurut laman web label berkenaan, selepas Decorate, album penuh penyanyi ini akan menyusul kemudian.

"Saya amat bersyukur dengan kesempatan indah ini. Sekalipun saya perlu bermula dari bawah, ia bukan satu alasan untuk saya mengeluh. Sebaliknya ia menjadi pengalaman terbaik, sekali gus memastikan misi untuk berkongsi muzik saya terus berjalan," ungkapnya yang dihubungi menerusi e-mel baru-baru ini.
Jika tiada aral melintang, Yuna akan terbang ke Kuala Lumpur pada penghujung bulan ini demi komitmennya terhadap malam kemuncak ABPBH 2010 di Arena Of Stars, Genting Highlands, 3 April nanti.

Selain berdebar menantikan keputusan kategori yang turut mencalonkan namanya, Yuna juga antara artis popular yang bakal mengadakan persembahan pada malam gemilang itu.

Tahun lalu, Yuna membuktikan dirinya mula diterima peminat apabila dinobatkan sebagai Artis Baru Wanita Popular. Tahun ini, penyanyi lagu Dan Sebenarnya ini melihat fasa popularitinya meningkat setapak lagi dengan pencalonan dalam kategori Penyanyi Wanita Popular, bersaing dengan Alyah, Stacy, Adira dan Ana Raffali.

"Saya dimaklumkan, 1 April ini saya akan terus memulakan latihan, diikuti persembahan raptai di Genting Highlands. Ia bakal menjadi persembahan sulung saya untuk ABPBH. Saya juga berdebar untuk menunggu keputusan siapa yang bakal memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular.

"Saya yakin perasaan gementar itu turut dirasai semua finalis. Menang sudah tentu menjadi bonus terbaik buat kami. Tapi yang paling jelas di sini, ABPBH terus menjadi penanda aras dunia hiburan tanah air. ABPBH antara sebuah acara yang ditunggu-tunggu ramai peminat dunia seni," katanya yang dijangka kembali semula ke Los Angeles sekitar Mei.

Ditanya dia melihat reaksi dan maklum balas orang luar terhadap muziknya, Yuna menjelaskan, perjalanan seninya di luar negara bagaikan direstui, apatah lagi dengan sokongan diberikan pihak syarikat Fader Label kepadanya yang tidak berbelah bagi.

"Alhamdulillah setakat ini, maklum balas yang diterima amat bagus daripada pihak dan individu yang berpengaruh dalam liga muzik di sini. Rata-ratanya mereka menyukai muzik saya. Itu sudah cukup bagus untuk permulaan langkah saya di AS.

"Paling mengharukan, mereka tidak menjadikan imej saya sebagai satu isu besar. Saya bertuah sebab mendapat sokongan sepenuhnya daripada Fader Label. Syarikat ini dianggap sebagai entiti yang amat menghargai muzik. Apabila dapat tawaran menjadi artis di bawah naungan mereka, gembira saya tiada kepalang," katanya sambil menyifatkan Fader Label sebagai syarikat yang sangat cool.

Rindukan Qi

BIARPUN terpisah jauh daripada keluarga, teman tersayang dan peminat di Malaysia, Yuna tidak sesekali menjadikannya sebagai penghalang. Lihat saja melalui laman sosial Twitter dan Facebook, penyanyi Cinta Sempurna ini begitu aktif berkongsi perkembangan diri bersama mereka.

Malah, Yuna juga tidak segan meluahkan isi hati terhadap jejaka yang kini bertakhta di hatinya, Qi. Sejak berkawan dengan pengacara Jalan Jalan Cari Makan yang turut bergelar pelakon itu, darjah keterbukaan Yuna terhadap soal peribadi juga kian ketara.

Contohnya pada 15 Mac lalu, Yuna menulis sebuah kenyataan berbunyi "I Miss Qi (Saya rindukan Qi)". Kata Yuna, Qi yang kini berada di Buenos Aires, Argentina, untuk merakamkan rancangan Disney, Art Attack, sangat menyokong kerjaya seninya.

"Qi seorang yang sangat positif dan dia sentiasa membakar semangat saya untuk melakukan yang lebih baik. Kerjaya memang antara agenda penting buat saya pada masa sekarang dan mujur dia seorang yang cukup memahami, sekalipun kami berjauhan. Yang penting kami gembira.

"Saya pun sudah biasa dengan hubungan jarak jauh. Tak kiralah dengan keluarga, kawan mahupun Qi. Sejak zaman sekolah lagi, saya sering ke luar negara. Contohnya, ke Itali untuk program pertukaran pelajar selama beberapa bulan.

"Saya tidaklah terlalu demam rindu dengan Malaysia. Kalau rindu sangat, saya akan manfaatkan teknologi terkini yang hanya boleh dicapai di hujung jari. Selain Twitter serta Facebook, saya boleh menggunakan Skype untuk mengubat kerinduan," ungkapnya menamatkan bicara.

INFO:

  • Nama sebenar: Yunalis Zarai
  • Nama komersial: Yuna
  • Usia: 24 tahun
  • Tarikh lahir: 14 November 1986
  • Asal: Alor Setar, Kedah
  • Kejayaan:
    - Anugerah Shout! 2010 (Popstar Award, Break Out Award (Artis Baru), Ultimate Shout! Award)
    - Anugerah Industri Muzik ke-17 (Artis Baru Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Deeper Conversation), Lagu Pop Terbaik (Dan Sebenarnya) dan Lagu Terbaik (Dan Sebenarnya)
    - Anugerah Juara Lagu 24 (Naib juara menerusi lagu Dan Sebenarnya)
    - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (Artis Baru Wanita Popular).
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    'Bagai ada kuasa sakti'

    Posted: 17 Mar 2011 03:33 PM PDT

    Hip

    Seluruh jiwa raga Hans Isaac kini diserahkan kepada muzikal Kampung Boy

    SAAT kaki melangkah ke ruang latihan yang terletak di aras dua Istana Budaya, baru-baru ini, kelihatan pelakon utama pementasan Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal, Awie dan Atilia khusyuk menjalani latihan. Di satu sudut lain, dua lelaki yang wajahnya cukup dikenali serius memerhatikan kedua-dua pelakon tadi menghayati watak. Sesekali mereka berdua berkata sesuatu sebelum menghentikan sesi latihan yang berlangsung.

    Mana yang tidak kena di mata serta tidak sesuai mengikut skrip yang terletak di atas mejanya, si pengarah, Hans Isaac dan Harith Iskandar tidak teragak-agak untuk memperbetulkan secara spontan kesilapan yang berlaku. Manakala si pelakon, Awie dan Atilia akur pada setiap arahan diberi, lantas menyambung kembali sesi latihan yang sudah pun berlangsung sejak hampir dua bulan lalu. Begitulah sedikit gambaran yang dapat diberikan ketika Hip membuat tinjauan sesi latihan pementasan Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal yang dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya, bermula 16 Mac, selama dua minggu. Sesi latihan petang itu membabitkan babak perkenalan antara Faezah (Atilia) dan juga Lat (Awie) yang terjalin di sebuah kedai kopi.

    Biarpun masih belum sempurna sepenuhnya, namun apa yang dilihat di depan mata, situasi itu cukup menghiburkan kerana Awie dan Atilia memang serasi dan melucukan. Usai berdialog, mereka menyanyi sambil diiringi pelakon sokongan yang lain. Bukan saja dari aspek lakonan, tetapi ketelitian pengarah turut merangkumi soal muzik latar yang kesemuanya hasil ciptaan komposer terkenal, Michael Veerapen.

    Duduk bersembang dengan Hans ketika sesi latihan berehat seketika, pengarah dan juga pelakon ini mengakui kreativitinya cukup tercabar ketika mengarahkan muzikal ini.

    Jelas Hans, seluruh jiwa dan raganya diletakkan kepada pementasan ini. Tidur dan jaganya, waktu makan dan apa saja yang dilakukannya semuanya kini hanyalah untuk pementasan Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal. Perasaan resah, berdebar, teruja dan bimbang bercampur baur dalam lubuk hatinya.
    Biarpun ini bukan kali pertama dia menghasilkan sebuah pementasan muzikal, namun bagi Hans, buah tangan terbaru ini seolah-olah mempunyai kuasa sakti yang membuatkan dirinya lebih teruja untuk mengarahkannya.

    "Berbeza dengan karya sebelum ini, kali ini saya diamanahkan untuk menghasilkan muzikal berkenaan seorang tokoh kartun terkenal iaitu Datuk Lat. Jadi saya kena pastikan semuanya kena berjalan mengikut seperti yang dirancang. Berbulan-bulan kami membuat persiapan sebelum teater ini berada pada tahap sekarang. Saya beruntung kerana Datuk Lat memberikan kerjasama yang baik sepanjang kami menjalankan projek ini.

    "Dia banyak membantu untuk menguatkan lagi jalan cerita. Walaupun berkali-kali skrip asal dirombak, tetapi kami tak kisah asalkan hasilnya memuaskan hati," cerita Hans.

    Kata lelaki itu, ada banyak perkara menarik dan kejutan yang cuba ditampilkan dalam teater ini.

    "Ramai juga kawan yang menelefon saya, bertanyakan perihal teater ini. Adakah teater ini nanti boleh menandingi teater muzikal Cuci sebelum ini. Namun saya enggan mengulas sebarang pertanyaan itu. Saya tak mahu mereka tahu dari mulut saya sendiri. Biarkan mereka menonton sendiri apabila teater ini dipentaskan dan mereka boleh nilai sendiri hasil usaha saya itu," ujar Hans.

    Mengulas mutu lakonan dan komitmen yang diberikan setiap pelakon, Hans menegakkan ibu jarinya sebagai isyarat dia berpuas hati dengan apa yang ditonjolkan pelakonnya.

    "Sejak sesi latihan di KLPac lagi, mereka memberi kerjasama tidak berbelah bagi. Kami di sini bagaikan sebuah keluarga. Malah, ada pelakon yang tidak mempunyai latihan pada hari itu, sanggup turun untuk melihat rakan lain berlatih.

    "Dari segi mutu lakonan, saya tak nafikan mereka yang dipilih memang bersesuaian dengan karakter masing-masing. Awie bagi saya ialah pilihan tepat untuk membawakan watak Lat. Sekarang ini cabaran terletak di bahunya kerana semuanya dia perlu lakukan sendiri tanpa boleh bergantung dengan pelakon lain. Tidak seperti dalam teater Cuci The Musical, di mana masing-masing boleh tokok-tambah dialog apabila perlu. Teater ini tak boleh nak ad-lib sebab dialognya adalah fakta," katanya.

    Mahu arahkan teater muzikal Rejang

    BELUMPUN hasil kerjanya yang terbaru ini dipentaskan, Hans sudah pun mempunyai perancangan untuk mengarahkan sebuah lagi muzikal berkonsepkan epik berjudul Rejang. Menurut Hans, sudah menjadi kebiasaan baginya untuk membuat perancangan lebih awal setiap produk keluarannya.

    "Untuk teater Lat Kampung Boy ini pun memang sudah berbulan-bulan kami membuat perancangan sebelum semuanya menjadi kenyataan. Selepas selesai pementasan ini, saya akan memulakan peringkat pos produksi muzikal Rejang pula. Dalam masa yang sama, saya juga akan terbabit dalam pembikinan drama bersiri. Jadual saya memang padat sehinggalah hujung tahun ini," ujarnya yang sebelum ini pernah memberitahu Rejang akan menjadi filem epik pertama arahannya.

    Bukan saja merancang untuk menghasilkan muzikal berkenaan, syarikat produksi Tall Order Production juga bercadang mementaskan kembali teater Cuci The Musical.

    "Bagaimanapun teater ini bukan seperti yang penonton pernah saksikan sebelum ini. Jalan ceritanya akan diubah. Apapun, maklumat selanjutnya nanti akan saya berikan dari masa ke semasa. Harap peminat akan terus menyokong muzikal ini nanti," katanya penuh optimis.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Himpunan Kisah Sensasi

    Himpunan Kisah Sensasi


    Telur direbus guna air kencing

    Posted: 17 Mar 2011 05:30 PM PDT

    nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

    du 05.1 Telur direbus guna air kencing

    RATUSAN telur direbus dengan menggunakan air kencing di wilayah Zhejiang, China dengan menggunakan resipi berusia ribuan tahun lalu.


    BEIJING – Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

    Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa.

    "Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari.

    "Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya," katanya.

    Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk. – Agensi

    // kosmo //

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Hiburan

    Kosmo Online - Hiburan


    Grup lawan solo

    Posted:

    Grup lawan solo

    Grup lawan solo



    SETELAH berhempas pulas sehingga minggu yang ke-10, ternyata tuah telah berpihak kepada kumpulan R2 dan Balas serta Man yang menjadi pilihan penonton untuk beraksi di pentas final.

    Kini, ketiga-tiganya hanya tinggal selangkah sahaja lagi sebelum berjaya mengikut jejak beberapa pelawak seperti Yus, Nabil, kumpulan Sepah dan Kechik yang pernah bergelar juara sebelum ini.

    Peserta yang mendapat undian tertinggi pada minggu lalu, kumpulan Balas mengakui meskipun mereka berada di tangga teratas, tetapi itu masih belum menjamin untuk mereka muncul sebagai pemenang.

    Dianggotai dua orang anak muda iaitu Mohammad Shukri Mohamed Sahar dan Fandi Muhammad, kumpulan berkenaan dilihat menjadi pilihan ramai penonton untuk meraih takhta Raja Lawak 5.

    Menurut Shukri, rahsia kejayaan mereka adalah keyakinan yang cukup kuat dan mengelakkan daripada perasaan gugup setiap kali beraksi.

    "Setiap kali berada di atas pentas, kami telah bertekad untuk melakukan persembahan yang mantap dan memasang impian untuk beraksi di pentas final.

    "Setelah impian itu terlaksana, kini kami memang berharap untuk menang. Bagaimanapun, kami juga tidak boleh memperkecilkan kemampuan dua lagi peserta," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

    Bagi kumpulan R2 yang dianggotai pasangan adik-beradik, Rahim dan Ridhzuan Mat Ali menyifatkan kejayaan mereka untuk beraksi di pentas final merupakan satu pencapaian terbaik mereka setakat ini.

    Menurut Rahim, sebelum ini dia telah menyertai sesi uji bakat untuk rancangan Raja Lawak semenjak dari musim pertama lagi dan hanya berjaya pada percubaan yang kelima.

    "Ketika sesi uji bakat pada musim pertama hingga keempat, saya tampil secara individu. Hanya pada musim kelima ini barulah saya berpasangan dengan adik saya.

    "Sering kali gagal dalam sesi uji bakat telah menyebabkan semangat saya semakin luntur. Kemudian adik saya mengajak untuk cuba lagi pada musim ini dan bergabung dengannya sehinggalah berjaya ke peringkat akhir," ujarnya.

    Menurut Rahim, menyedari kedudukan mereka yang berada di tangga ketiga pada minggu lalu, mereka bertekad untuk berusaha dengan lebih gigih lagi agar hasrat untuk bergelar juara tercapai.


    KUMPULAN Balas, R2 dan Man mempunyai impian untuk bergelar juara Raja Lawak 5.


    Sama seperti Rahim, seorang lagi finalis iaitu Abdul Rahman Kasim atau lebih dikenali dengan panggilan Man turut menyertai sesi uji bakat Raja Lawak sejak dari musim yang pertama.

    Menurut peserta yang bertugas sebagai penyelia operasi di pejabat pos Shah Alam sebelum ini, hasratnya untuk menyertai Raja Lawak tidak pernah luntur meskipun selalu gagal dalam sesi uji bakat.

    "Pada musim pertama sehingga ketiga, saya tampil sebagai peserta solo ketika uji bakat. Kemudian pada musim keempat, saya cuba berpasangan dengan seorang rakan tetapi tetap tidak berjaya.

    "Bagaimanapun, saya menyedari bahawa kekuatan sebenar saya adalah melalui solo dan mencuba lagi pada musim ini dan sudah ditakdirkan menjadi rezeki saya untuk terpilih," ujarnya.

    Jelas bapa kepada dua orang cahaya mata itu lagi, dia sangat bertuah kerana penglibatannya dalam rancangan berkenaan turut mendapat sokongan daripada majikannya.

    Lucah

    Satu hakikat yang ketara dilihat pada setiap minggu, kumpulan Balas adalah antara peserta yang begitu gemar membuat lawak yang ada kalanya mengandungi unsur-unsur lucah.

    Jelas Fandi, mereka tidak berniat mahu menarik perhatian penonton dengan cara lawak sebegitu, sebaliknya apa yang disampaikan itu sebenarnya bergantung kepada tafsiran masing-masing dan tidak semestinya berunsur lucah.

    "Tidak dinafikan tema muzikal dan bebas untuk saingan final nanti memang agak mencabar buat kami. Namun, idea itu sudah ada dan harus diperkembangkan lagi dalam tempoh masa latihan yang cukup terhad.

    "Memandangkan ramai yang memberi respons kurang baik terhadap peserta yang membuat persembahan double meaning, seboleh-bolehnya kami akan cuba elak untuk berbuat demikian," ujarnya.

    Bagaimanapun, Fandi menolak dakwaan yang mengatakan kemerosotan undi yang diraih oleh mereka minggu lalu adalah berpunca daripada membuat persembahan yang sebegitu.

    Sebaliknya, dia dan pasangannya menganggap persembahan dua lagi finalis pada malam itu semakin baik dan mendapat perhatian penonton serta pujian daripada juri.

    "Sebab itu kami perlu berusaha dengan lebih keras lagi sekiranya hasrat untuk menjadi juara terlaksana. Segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang menyertai rancangan ini akan dipraktikkan dengan sebaik mungkin," ujarnya.

    Menangis

    Tentunya ramai penonton yang perasan ketika kumpulan R2 diumumkan layak ke peringkat akhir, Ridzuan dilihat mengalirkan air mata di atas pentas.

    Menurut Ridzuan yang begitu menggemari pelawak Harith Iskandar, pada masa itu perasaannya ketika itu bercampur baur iaitu gembira kerana segala usaha mereka selama ini telah membuahkan hasil.

    "Pada masa yang sama, saya berasa terlalu sedih kerana kejayaan kami ini tidak dapat dikongsi oleh ibu dan ayah yang telah pun meninggal dunia sejak 10 tahun yang lalu.

    "Untuk menyertai Raja Lawak ini juga saya terpaksa membuat pengorbanan yang besar iaitu terpaksa berhenti kerja setelah cuti saya tidak diluluskan oleh pihak majikan," ujarnya.

    Sementara itu, untuk persiapan bagi persembahan di gelanggang final malam ini, Rahim menjelaskan mereka berdua banyak menonton persembahan sendiri di minggu yang sebelumnya untuk memperbaiki lagi segala kelemahan yang ada.

    "Sewaktu mula-mula menyertai rancangan ini, memang kami berdua langsung tiada pengalaman dan tidak pandai melawak di hadapan orang ramai. Tetapi kami telah diberi latihan yang begitu baik dan tunjuk ajar untuk menjadi pelawak dengan cara yang betul.

    "Begitu juga dengan bimbingan dan nasihat yang telah diberikan oleh beberapa orang otai lawak seperti Mr. Os dan Saiful Apek juga banyak membantu kami dalam setiap persembahan yang dilakukan," ujarnya.

    Serius

    Ketika ditemui beberapa hari sebelum pentas akhir Raja Lawak 5 membuka gelanggang, Man memberitahu segala persiapan yang dilakukannya berjalan dengan lancar.

    Menurutnya, kekuatan seseorang peserta yang bersaing dalam rancangan ini bergantung kepada bahan lawak yang dipersembahkan, latihan serta cara penyampaian yang mampu menarik minat penonton.

    "Sudah tentu matlamat setiap peserta yang menyertai rancangan Raja Lawak ingin menang. Begitu juga dengan saya dan setelah layak beraksi di pentas final nanti, semangat untuk muncul juara semakin berkobar-kobar.

    "Biarpun saya merupakan satu-satunya peserta solo, tetapi saya tidak merasa terlalu tertekan kerana apa yang lebih penting adalah berusaha bersungguh-sungguh dan memberi sepenuh tumpuan ketika membuat persembahan nanti," ujarnya.

    Sesuatu yang menarik mengenai peserta yang berasal dari Kuala Lumpur itu, di sebalik lawaknya yang mampu membuat ramai yang ketawa setiap kali menonton persembahannya, tetapi di luar dia bukanlah seorang lelaki yang kelakar.

    Ujarnya, sebagai seorang ketua di pejabat, dia sememangnya dikenali sebagai seorang yang berpewatakan serius. Malah, di rumah juga dia kurang membuat lawak kepada isterinya.

    "Dengan memiliki wajah sebegini, mungkin ada yang sangka saya seorang individu yang sombong. Tetapi setelah mengenali saya, sebenarnya saya tidaklah seperti yang mereka sangkakan," ujarnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Konsert kekeluargaan Aznil

    Posted:

    Konsert kekeluargaan Aznil

    Konsert kekeluargaan Aznil

    Oleh MALIAH SURIP
    maliah.surip@kosmo.com.my


    INILAH keluarga besar Aznil yang tidak pernah jemu menyokong perjuangan seni ahli keluarga kebanggaan mereka.


    ADA air mata yang tumpah usai konsert sulung miliknya selesai. Namun ia adalah air mata gembira dan terharu yang dikatakan oleh Aznil Nawawi sebagai lambang jutaan terima kasih atas sokongan peminat yang hadir pada malam Konsert Hore! Hore! Aznil Nawawi, Sabtu lalu.

    "Saya tahu saya bukan penyanyi, tapi Alhamdulillah, ramai peminat yang datang menyokong. Itu yang buat saya sangat terharu," katanya sambil mengesat air mata.

    Sementelah katanya lagi, konsert malam itu memang tidak sempurna. Masalah teknikal seperti bunyi dan mengaku vokalnya juga tidak menyerlah, namun apa yang membanggakannya, peminat tetap setia, tidak seinci berganjak hanya untuk memberi sokongan kepadanya.

    Sokongan padu tersebut telah membuat dia terfikir jika mempunyai peluang, dia tidak menolak konsert yang diadakan di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur anjuran RYE Production Sdn. Bhd. dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Astro itu dibawa jelajah negara bagi mendekati lebih ramai peminatnya.

    "Insya-Allah jika ada kepercayaan dan permintaan daripada peminat, mungkin saya boleh melakukan konsert jelajah. Hanya, ia akan menjadi konsert jelajah berbayar, bukan percuma. Sebagai seorang hos yang membuat konsert, saya tidak mahu mengajar orang menonton konsert percuma kerana ia akan menutup periuk nasi barisan penyanyi kita," katanya bersungguh-sungguh.

    Namun yang lebih bermakna pada malam konsert berdurasi lebih dua jam itu adalah tanpa sedar, Aznil sekali lagi telah mencipta rekod tersendiri apabila dia berjaya mengumpulkan seisi keluarga untuk berkumpul bersama-sama memberi sokongan kepadanya.

    Ia jelas dapat dilihat apabila kebanyakan penonton yang hadir, datang bersama keluarga besar termasuk anak-anak kecil.

    Aznil sendiri buat julung kalinya mendedahkan keluarga besarnya kepada umum pada malam tersebut. Menurut Aznil sengaja dia membawa seisi keluarga kecuali ibunya kerana sedang uzur, hadir ke konsert tersebut.


    BIJAK. Aznil bersama anaknya, Firdaus yang lincah bermain tabla mengiringinya untuk lagu Cari Jodoh daripada kumpulan Wali Band.


    Katanya: "Ia sebagai tanda terima kasih saya kepada keluarga yang selama ini tidak pernah jemu menyokong saya walaupun ada masa mereka terpaksa menanggung malu kerana berita-berita negatif tentang saya."

    Lebih daripada itu, dalam konsert yang sama, Aznil masih sempat berbuat amal apabila bersama grup ciptaannya, Hero Malaya, mereka berjaya mengumpul lebih RM40,000 untuk diberikan kepada seorang kanak-kanak kurang bernasib baik yang menghidap penyakit jantung kronik.

    Dalam konsert yang sama, Aznil juga sebenarnya telah berjaya mengatasi ketakutan apabila mencabar diri sendiri menjadi penyanyi, sedangkan dia tahu itu bukan kepakarannya.

    Persembahan dibagikan dalam beberapa segmen termasuk segmen khas buat penghibur sanjungannya, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad yang menyaksikan Aznil mendendangkan lagu-lagu seperti Hujan, Apa Khabar Orang Kampung, Aku Penganggur dan Salam Terakhir.

    Menariknya, pada segmen tersebut, Aznil tampil dengan pelbagai kostum termasuk baju bendera Malaysia seperti yang pernah digayakan oleh Sudirman dalam konsert yang dilakukannya dulu.

    Selain segmen tersebut, Aznil turut berduet dengan rakan-rakan artis seperti Ana Raffali, Azlan and The Typewriter serta Zahid.

    Malah lebih mengejutkan dirinya sendiri, dia mampu memegang haiwan yang paling ditakutinya selama ini iaitu ular.

    Justeru, apabila Konsert Hore! Hore! Aznil Nawawi usai pada malam itu, ia sebenarnya membawa sarat makna sekadar hanya ingin menghiburkan peminat setianya. Sebaliknya, konsert tersebut telah menjadi medan ukhuwah keluarga.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Buble tak sabar mahu kahwin

    Posted:

    Buble tak sabar mahu kahwin

    Buble tak sabar mahu kahwin

    Oleh AQMAR ALLADAD
    aqmar.alladad@kosmo.com.my


    BUBLE menawan hati peminatnya pada malam konsert jelajah Asia, Crazy Love World Tour yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor minggu lalu.


    BIBIRNYA tidak jemu mengukir senyuman. Mungkin perasaan penyanyi berprofil tinggi, Micheal Buble, 35, tidak sabar menanti penerimaan audiens di konsert jejalah Asia, Crazy Love World Tour In Asia yang berakhir di Stadium Melawati Shah Alam, Ahad lalu.

    Keterujaan jelas terpancar sewaktu berlangsungnya sidang akhbar di Hotel Ritz Carlton, Buble cukup bijak menyesuaikan diri dengan wartawan.

    Sikapnya tidak menyombong bahkan bersedia berkongsi perkembangan terbarunya dengan panjang lebar. Boleh diramalkan bahawa Buble merupakan seorang jejaka atau selebriti yang senang didampingi.

    Memulakan bicara bukannya lebih kepada persiapan konsertnya kali ini. Mungkin sikap profesional Buble di dalam industri muzik tidak menyebabkan dirinya berasa gusar untuk mengadakan persembahan.

    Sebaliknya, penyanyi kelahiran Kanada itu, tanpa kekok mengumumkan dirinya bakal disatukan dengan tunang tersayang, Luisana Loreley Lopilato de la Torey, 23, pada 2 April ini.

    Patutlah, dari awal lagi Buble dilihat cukup gembira dan tidak sabar untuk berkongsi sesuatu dengan peminatnya di sini.

    "Sejujurnya saya tidak sabar menanti detik paling bahagia dalam hidup saya. Kami akan meraikannya di dua lokasi berbeza. Majlis pertama akan diadakan di Buenos Aires, Argentina.

    "Kemudian di kampung halaman saya di Vancouver, Kanada pada 20 Mei akan datang. Ia mungkin dihadiri oleh 500 tetamu," katanya yang memilih untuk berbulan madu di Afrika Selatan.

    Memilih bakal isteri yang berkerjaya sebagai model dan aktres berasal dari Argentina, merupakan keputusan yang cukup bermakna dalam perjalanan hidupnya.

    Ini kerana sebelum ini, Buble mengakui dirinya pernah menjalani rawatan terapi setelah hubungan cinta yang terjalin selama tiga tahun bersama Emily Blunt hancur berkecai.

    "Pengalaman lalu amat perit untuk saya hadapi tetapi bila tanya perasaan sekarang, jawapannya sudah tentu saya gembira kerana bakal mengahwini wanita yang mencintai diri saya," akui Buble bersungguh-sungguh.

    Hubungan Buble dan Luisana difahamkan bermula sejak tiga tahun lalu ketika dipertemukan pada konsert penyanyi berkenaan di Buenos Aries.

    Rancak memberi jawapan ke atas soalan yang diajukan, Buble turut menyatakan dia menerima sekiranya perkahwinan itu dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat asalkan ia tidak mengganggu kerjaya bakal isterinya.

    "Ya memang saya mahukan anak tetapi Luisana masih muda dan perkara itu terlalu awal baginya. Lagipun, dia mempunyai pelbagai perkara yang perlu difikirkan untuk kerjayanya itu.

    "Namun, saya tidak kisah kerana ramai di antara krew saya, sering membawa anak mereka di belakang pentas," luahnya yang merupakan seorang anak kepada nelayan.

    Bercerita lanjut serba sedikit mengenai bakal isterinya itu, Buble gelak seketika apabila mengenangkan beberapa peristiwa lucu yang berlaku dalam dirinya.

    Disebabkan dirinya tidak begitu terkenal di Amerika Selatan berbanding Luisana, dia didatangi dengan cara agresif oleh seorang peminat bakal isterinya itu.

    "Bayangkan ada seorang peminat berusia menolak saya ke tepi. Lalu, dia menghulurkan kamera kepada saya dan menyuruh untuk mengambil gambarnya bersama Luisana.

    "Disebabkan kerana dia peminat Luisana, saya ikut arahan lelaki itu," jelasnya sambil ketawa kecil.

    Jeritan audiens

    Hujan lebat yang membasahi bumi Shah Alam, Selangor baru-baru ini tidak membantut kehadiran peminat Buble.

    Kebanyakan daripada mereka terkejar-kejar untuk memasuki ruang dalam stadium bagi mengelak daripada basah kuyup.

    Sekitar pukul 8 malam, tempat duduk masih lagi tidak dipenuhi mungkin penonton 'tersangkut' akibat hujan lebat dan jalan raya pastinya sesak.

    Pembuka tirai Crazy Love World Tour In Asia disempurnakan oleh penyanyi jazz tanah air, Najwa. Selesai mendendangkan beberapa buah lagu dengan alunan muzik dan suara sungguh gemersik, penonton bagaikan tidak sabar menunggu kemunculan Buble.

    Seperti dijangkakan lebih awal, memang benar Buble akan menghiburkan seramai 9,000 penonton yang setia menantinya.

    Tepat pukul 9 malam, jeritan sebilangan penonton bagaikan dirasuk apabila Buble tampil dengan memakai sut kelabu.

    "Terima kasih kepada semua penonton yang sudi mengeluarkan belanja untuk datang menyaksikan konsert saya. Makanan Malaysia sedap, wanita cantik dan negara cantik," jerit Buble dengan bersahaja.

    Dia menyanyikan 20 buah lagu termasuk beberapa lagu popular antaranya Everything, Georgia, Home dan lagu yang dituju khas kepada Luisana iaitu Haven't Met You Yet.

    Gayanya yang rileks tanpa sebarang rasa gemuruh membuatkan Buble kelihatan sungguh profesional. Apatah lagi, dia juga bijak mengajak penonton supaya tidak terleka dan menikmati setiap persembahannya.

    Selingan lawak jenaka tidak pernah sunyi menyebabkan penonton tidak sedar hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi konsert itu akan melabuhkan tirai.

    Komitmen yang diberikan Buble dan kesungguhannya jelas terpancar apabila sut yang dipakainya basah. Tetapi dia tidak menghiraukannya.

    Sebagai hadiah istimewa kepada seluruh peminat, Buble menguji kekuatan vokalnya dengan mendendangkan lagu Song For You tanpa menggunakan mikrofon untuk lagu terakhir.

    Suasana pelosok stadium sunyi seketika kerana penonton tergamam sekali gus menghayati suara lunak penyanyi itu. Dan biar ia bukan konsert pertama, juga barangkali bukan yang terakhir buat Buble di Malaysia, pasti kedatangannya pada masa akan datang kelak akan terus disambut hangat. Semuanya kerana pesona luar biasa yang telah dibiaskan Buble.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.