Adsense

Jumaat, 24 Ogos 2012

borak kosong

borak kosong


Balas Dendam, Lelaki Nepal Gigit Si Ular Kobra Hingga Mati

Posted: 24 Aug 2012 09:45 PM PDT


 Seorang lelaki Nepal gigit ular kobra hingga mati setelah ular itu menggigit dirinya.

Lelaki Nepal itu begitu marahnya setelah digigit si ular di sawahnya hingga lelaki  itu mengejarnya dan menangkapnya sebelum berusaha membalas dendam.

"Aku boleh saja membunuh ular itu dengan tongkat, tapi (aku) malah menggigitnya dengan gigiku kerana aku marah," ujar si pria bernama Mohamed Salmo Miya itu,

Petugas polis, Niraj Shahi mengungkapkan Mohammed tak dalam bahaya sekarat dan dia tak bakal dituntut atas pembunuhan ular itu kerana ular kobra itu bukanlah jenis bintang langka yang dilindungi di Nepal.

Video Durasi Lima Saat Buat 24 Juta Penonton Tertawa

Posted: 24 Aug 2012 09:30 PM PDT

Rakaman video di Youtube ini berdurasi sangat cepat, tapi boleh jadi bakal menghasilkan efek ketawa lebih dari lima saat.

Diup load lima tahun lalu di situs berbagi video oleh akaun bernama seaweed810, rakaman ini memperlihatkan dua remaja bermain bola. Satu menjaga gawang, satu lagi bersiap melayangkan tendangan.

 Bola seharusnya masuk ke gawang malah terkena ke tiang dan langsung mengarah ke wajah penjaga gol dengan telak. Penjaga gol terjatuh. Tak segera ditolong, pemegang kamera malah tertawa terbahak-bahak.

Tak sabar ingin melihat kelucuan di video itu? Tonton di sini :

Makanan Berumur 2000 Tahun Ditemukan di Pantai Itali

Posted: 24 Aug 2012 09:15 PM PDT



fashingnet.com-Amphorae, kendi zaman Roma berisi makanan yang sudah berusia 2000 tahun ditemukan di laut Itali. Kendi ini merupakan barang dagangan yang akan di jual ke Sepanyol. Dimuat dalam sebuah kapal yang tenggelam di laut.

 Kapal dagang ini tenggelam 2000 tahun yang lalu pada saat melakukan perjalanan perdagangan antara Sepanyol dan Itali pusat dengan muatan penuh lebih dari 200 kendi.

 Kapal Romawi dengan keadaan hampir utuh ini ditemukan di laut lepas kota di Varazze, sekitar 18 mil dari kota Genova, Italia. Sebuah mesin remote control mengikuti jejak penemuan ini setelah mendapat kabar dan dari nelayan setempat yang jaringnya tidak sengaja tersangkut di salah satu kendi.

 Pengujian pada beberapa kendi yang sudah dibersihkan yang ternyata didalamnya berisi ikan yang sudah difermentasi, gandum, anggur dan minyak.

 "Ada beberapa guci rosak sekitar bangkai kapal, namun kami percaya bahawa sebhaagian besar kendi di dalam kapal masih disegel dengan makanan penuh," kata Letnan Kolonel Francesco Schilardi, yang memimpin Subacquei Carabinieri.

 Penemuan ini merupakan berita baik bagi para peneliti untuk mempelajari lebih jelas gaya hidup bangsa Rome. Seperti dilansir Dailymail bentuk kapal ini adalah sebuah bangkai kapal terbaik yang pernah ditemukan. Kapal ini tenggelam di kedalaman 2000 kaki di bawah laut dan akhirnya dibawa naik oleh pihak berwajib di Italia.

Enaknya Jadi Orang Kaya, Boleh Punya Rumah Sehebat Ini (Foto)

Posted: 24 Aug 2012 09:00 PM PDT

Perdana Menteri Qatar, Sheik Hamad bin Jassim bin Jaber Al Thani, membelikan rumah untuk dua isterinya di Amerika Syarikat seharga 47 juta dollar AS. 







Kereta boleh bergerak guna remote control

Posted: 24 Aug 2012 08:45 PM PDT

BYD, salah satu pengeluar kereta terbesar di China telah melancarrkan sedan F3 Su Rui menggantikan model sebelumnya F3. Dari tampilan tak ada yang istimewa, tapi dibalik kesederhanaannya itu terdapat teknologi canggih, di mana keretaitu dilengkapi Remote Control (RC) yang fungsinya tak cuma buat buka pintu atau menghidupkan enjin.



Lebih dari itu, dengan memiliki tombol arah, kereta boleh dijalankan dengan kecepatan maksimum 2 kpj (untuk alasan keamanan) dan berada dalam jarak 10 meter. Jadi, jika kehujanan dan tidak punya payung untuk ke kereta, boleh menghampiri Anda. Atau memarkir dari luar untuk memantau area yang sempit.

Masih ada fitur lain yang tersedia pada kereta berukuran panjang 4.680 mm, lebar 1.765, tinggi 2.660 mm dan sumbu roda 2.660 mm ini. Seperti monitor LCD 4,3 inci lengkap dengan layanan entertainment di dalamnya antara lain radio, sistem navigasi, televisi digital, DVD dan juga boleh browsing internet. Sementara di panel dasboard, indikator bensin, konsumsi rata-rata bahan bakar dan trip meter tampil dalam bentuk 3 dimensi.

Sementara untuk enjin tersedia 2 pilihan 4 silinder yang semuanya berkapasitas 1,5 liter. Pertama, naturally aspirated dengan tenaga 109 PS dan torsi 145 Nm dan hanya tersedia dalam transmisi manual 5 percepatan. Satu lagi mengadopsi turbo yang mampu menyemburkan daya 154 PS dan 240 Nm. Varian ini punya pilihan pemindah tenaga yakni manual dan otomatis DCT yang semuanya memiliki 6 percepatan.

BYD menawarkan produk ini dengan hargal mulai dari 65.900 hingga 99.900 yuan.

Editor : Bastian


sumber: kompas.com

Pelik...sanggup berbaris untuk ditampar pengusti

Posted: 24 Aug 2012 08:30 PM PDT


Jika kita lminat sama seseorang, mungkin kita akan berjuang habis-habisan agar boleh foto bersama idola kita ataupun sekadar meminta tanda tangannya. Namun, para fans pegusti yang dikenal dengan nama Antonio Inoki ini sudah mencapai level paling ekstrim. Mereka rela beratur demi mendapatkan tamparan dari sang idola. Dan menariknya lagi, fansnya tidak hanya para lelaki, tapi fans wanita pun tak mahu ketinggalan ditampar oleh si pegusti raksasa itu.
Sebenarnya, hal ini diawali oleh kejadian yang terjadi di tahun 80an. Inoki yang saat itu mengunjungi sebuah sekolah, dipukul 2 kali oleh seorang pelajar. Ia kemudian menampar muka pelajartersebut hingga jatuh. Anehnya, setelah ditampar, pelajar ini bukannya marah, menjadi peminat setia Inoki. Dia kemudian berdiri, membungkuk hormat, dan berterimakasih kepada Inoki akan tamparan yang telah diterimanya.
Dari sana 'ritual' ini makin mengembang. Saat ini, banyak orang Jepun, bahkan termasuk kalangan selebritinya, yang meminta Inoki untuk menampar mereka guna memberikan keberanian ataupun berkat. Tamparan ini punya jolokan, iaitu "Tamparan Penyemangat Juang (atau Tou)

Ragam peserta pertandingan muka terhodoh

Posted: 24 Aug 2012 08:15 PM PDT



BILBAO, Sepanyol - Sejumlah peserta menghadiri pertandingan muka terhodoh di sini kelmarin.
Pertandingan itu dikendalikan oleh kumpulan yang dikenali sebagai rakan-rakan konsert dan bar.
Ia diadakan sejak tahun 1978. - Reuters
sumber : kosmo online

Temuduga untuk jadi calon isteri lelaki kaya

Posted: 24 Aug 2012 08:00 PM PDT


BEIJING - Sejumlah wanita muda di China yang bergaya dengan pelbagai fesyen dan kasut duduk di atas bangku dan memegang dokumen mengandungi maklumat tentang berat badan serta ketinggian mereka.
Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 1,000 wanita yang menghadiri proses tapisan kendalian para kakitangan Kelab Usahawan Bujang China di sini untuk menjadi 50 calon yang dibenarkan berkenalan dengan 32 lelaki kaya.
Lelaki kaya itu mungkin bakal menjadi suami mereka.
Seorang peserta wanita menyatakan, dia sanggup menangis di dalam sebuah kereta BMW daripada duduk di tempat duduk belakang basikal.
Terdapat juga seorang lagi peserta wanita yang mahu meminta wang sebanyak AS$31,000 (RM96,069) sebagai syarat untuk berjabat tangan dengan seorang lelaki.
Wanita-wanita itu perlu berumur 20 hingga 28 tahun, mempunyai ketinggian 165 sentimeter, cantik dan lemah lembut dan sekurang-kurangnya mempunyai pendidikan kolej.
Pada Ahad lalu, wanita-wanita itu dinilai oleh pihak pengendali temu duga seperti bagaimana mereka mengendalikan tekanan dan apakah yang mereka mahu daripada seorang lelaki.
Kelab itu mengenakan syarat kepada para lelaki kaya yang mahu menyertai proses pencarian jodoh itu perlu mengesahkan kekayaan mereka dan membayar yuran sebanyak AS$31,000. - AFP

sumber : kosmo online

Kim belanja RM309,000 beli mangkuk tandas

Posted: 24 Aug 2012 07:45 PM PDT


LOS ANGELES: Selebriti, Kim Kardashian dilaporkan membelanjakan (RM309,057) untuk membeli mangkuk tandas yang boleh berfungsi secara automatik.
Bintang realiti televisyen berusia 31 tahun itu dikatakan bimbang tetamu yang berkunjung ke kediamannya tidak akan mengepam tandas selepas menggunakannya. Dia dilaporkan menyelesaikan masalah itu dengan membelanjakan sejumlah wang untuk tandas yang boleh mengepam secara automatik.

Satu sumber memberitahu US magazine: "Kim bimbang orang menggunakan tandasnya dan lupa untuk mengepam. Dia juga suka menjadi wanita pertama di kawasan kejiranannya yang mempunyai tandas lebih mahal daripada kediaman lain." - Agensi


sumber : mymetro

RM2.5juta untuk sambut hari jadi bulan pertama anak

Posted: 24 Aug 2012 07:30 PM PDT


SINGAPURA: Sepasang suami isteri yang berasal dari Indonesia menjadi tajuk utama akhbar republik ini selepas berbelanja sehingga RM2.5 juta untuk sambutan hari jadi bulan pertama anak perempuan mereka.
Seorang penggubah bunga mewah dan pengurus majlis, Harijanto Setiawan bercerita mengenai pesta keraian untuk anak ahli perniagaan yang pernah diuruskan dan satu daripadanya adalah pesta hari jadi anak ahli perniagaan yang tinggal di Singapura, beberapa bulan lalu. 
Harijanto berkata, kos untuk pesta itu mencecah hampir RM2.5 juta dan ia diadakan di hotel mewah, Hotel Capella dengan kehadiran 300 tetamu.

Sebuah dewan di hotel itu ditukar menjadi taman hiburan mewah, lengkap dengan karusel dan hutan buatan.



Harijanto berkata, dia dan kumpulannya mengambil masa enam minggu untuk menyediakan idea bagi konsep pesta itu.


Semua peralatan dibuat di Indonesia dan diterbangkan khas ke Singapura, tiga minggu sebelum pesta itu diadakan.

Namun begitu, keluarga ahli perniagaan itu tidak didedahkan atas alasan melindungi klien. - Detik


sumber : mymetro

Restoran di London perkenal menu makanan zombie

Posted: 24 Aug 2012 07:15 PM PDT


LONDON- Otak yang menjadi makanan zombie dan biasanya hanya dilihat dalam filem kini akan disajikan di London.
Sebuah kedai makanan membuat menu istimewa bertemakan otak untuk mempromosikan drama bersiri televisyen Walking Dead.

"Saya tidak sabar untuk memperkenalkan menu ini kepada masyarakat. Ini adalah kesempatan yang baik untuk memperkenalkan makanan Barat yang luar biasa," kata Mark Jankel, tukang masak yang menyajikan makanan zombie itu, sebagaimana dipetik daripada akhbar, The Sun.


Beberapa menu yang akan disajikan ialah Otak Goreng Rangup, Burger Otak, Otak Dibungkus Salad dan Nuget Kaki dan Tiroid. Makanan yang bentuknya mirip otak manusia itu dijual di Camden Lock Market mulai hari ini dan Lower Marsh Market, Waterloo esok. - Agensi





sumber : mymetro

Lebih sayang anak patung dari suami

Posted: 24 Aug 2012 07:00 PM PDT


LONDON: Apabila ibu kepada lima anak, Alice Winstone diberitahu dia tidak lagi boleh mendapat anak kerana masalah kesihatan, dia tetap berazam memenuhi kediamannya dengan bayi.
Wanita berusia 39 tahun itu sangat terdesak untuk menjaga bayi hingga dia membelanjakan puluhan ribu ringgit membeli 50 anak patung bayi yang seolah-olah hidup memenuhi seluruh kediamannya.

Alice meluangkan selama tujuh tahun dan membelanjakan lebih 12,000 pound (RM58,879) memenuhi kediamannya dengan anak patung vinil 'Reborn Dolls', walaupun tiga daripada lima anak kandungnya masih tinggal di kediaman sama.


Ketaksubannya pada bayi palsu yang berharga 1,200 pound (RM5,891) setiap satu, menyaksikan dia membelanjakan 50 pound (RM245) sebulan dan memaksa suaminya yang telah lama menderit, Chris untuk berpindah keluar dari kediaman mereka di Cardigan, Wales Tengah.

Alice membeli bayi palsunya yang pertama, anak patung bergelar Emmy dengan harga 180 pound (RM 883) selepas melihatnya di muka belakang sebuah majalah dan 'jatuh hati' dengan anak patung berkenaan.


Alice berkata, walaupun Chris meraguinya, dia hairan kerana berasakan mempunyai ikatan yang rapat dengan anak patung.



Alice diberitahu selepas dia hamilkan anak bongsunya, Jessica, kini 12 tahun, dia mengalami masalah gangguan darah menyebabkan kehamilan seterusnya tidak selamat.

Masalah kesihatan itu turut menyebabkan dia tidak bekerja, sebaliknya menjaga 50 bayi palsu selama 24 jam sehari sejak dia mendapatkan mereka. Alice menukar, mencuci, menidurkan dan memberi makan anak patung berkenaan - malah, memabawa beberapa anak patung kegemarannya keluar bersiar-siar dengan kereta. Dia mengaku lebih suka menjaga anak patungnya daripada melakukan hubungan seks bersama suaminya yang keluar dari kediaman mereka lima tahun lalu ekoran terlalu banyak koleksi anak patung di rumah mereka.


Alice begitu bimbang mengenai keselamatan anak patungnya itu setiap kali anak kandung atau kucingnya berada berdekatan mereka. — DM

sumber : mymetro




Hati ibu dicengkam piluwan

Posted: 24 Aug 2012 06:45 PM PDT


GUA MUSANG: Siapa pembunuh Nor Ain Shafnie Mohd Azizi? Itu persoalan bermain di fikiran ibu remaja berusia 16 tahun itu, Che Esah Yusoff, 60, yang sangat mengharapkan pembunuh anaknya segera dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal atas kekejaman dilakukan.
Che Esah yang juga ibu tunggal masih tidak dapat melupakan betapa hancur luluh hatinya selepas dimaklumkan anaknya ditemui dalam keadaan menyayat hati tanpa jasad sempurna apabila hanya tengkorak dan tulangnya ditemui di ladang sawit berhampiran rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, dekat sini, pada 23 April lalu.

Menurutnya, walaupun sudah empat bulan berlalu, dia masih terbayang-bayang wajah dan kelibat anaknya seolah-olah masih ada di depan mata.


Katanya, perasaan pilu semakin mencengkam apabila tiba Aidilfitri Ahad lalu.

"Aidilfitri tahun ini tiada serinya tanpa kehadiran Nor Ain. Selain masih terkenang peristiwa hitam yang berlaku, saya turut terkenang kesibukan Nor Ain yang rajin mengemas rumah dan membuat kuih raya ketika menjelang Aidilfitri.


"Arwah juga orang yang paling sibuk melayan tetamu sepanjang Aidilfitri," katanya sebak ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.



Harian Metro pada 25 April lalu melaporkan, tengkorak dan tulang Nor Ain ditemui di ladang sawit berhampiran rumahnya oleh seorang pekerja kontrak ladang sawit pada jam 6 petang selepas dipercayai dibunuh dan mayatnya dibakar.

Tengkorak dan tulang remaja yang hilang pada 3 April lalu itu ditemui bersama dompet mengandungi kad pengenalannya, seutas jam tangan serta sebuah motosikal miliknya yang hanya tinggal rangka akibat dibakar.


Beberapa hari selepas itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dilaporkan berkata, Nor Ain dipercayai dirogol sebelum tengkorak dan tulangnya ditemui.

Katanya, perbuatan kejam itu dipercayai dilakukan individu dikenali mangsa dan polis menahan sembilan suspek warga tempatan untuk membantu siasatan.


Menurut Che Esah, sehingga kini pembunuh anaknya belum dikenal pasti dan dia terus berdoa polis dapat menangkap dan membawa pembunuh anaknya ke muka pengadilan serta dihukum dengan hukuman setimpal.


"Jika saya terkenangkannya, saya tatap gambarnya. Arwah berhenti sekolah ketika tingkatan tiga dan dia menjaga saya sepanjang masa di rumah.


Katanya, tengkorak dan tulang anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam RKT Kesedar Jeram Tekoh, dekat sini, pada 9 Julai lalu.


"Saya menerima tulang dan tengkorak anak daripada polis pada sebelah pagi dan mengebumikannya pada jam 3 petang, 9 Julai lalu," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi berkata, kes pembunuhan Nor Ain tidak akan ditutup selagi pembunuhnya belum ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan.


Katanya, suspek yang ditahan sebelum ini dibebaskan kerana mereka didapati tidak terbabit dengan pembunuhan Nor Ain.


"Kami masih meneruskan siasatan dan mengesan pembunuh Nor Ain. Selagi tidak dapat siapa pembunuhnya, kami memburu pembunuh itu," katanya.



sumber : mymetro

Gila tiru gaya K-pop

Posted: 24 Aug 2012 06:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kegilaan remaja terhadap fesyen dan gaya ala Korea (K-pop) boleh dikaitkan dengan persoalan, mengapa wujudnya lambakan kanta lekap berwarna serta bercorak unik di pasaran.
Biarpun banyak peringatan sudah dikeluarkan pelbagai pihak berhubung bahaya penggunaan kanta lekap murah, namun masih ramai yang berdegil untuk mencuba dengan alasan mahu kelihatan cantik.

Tinjauan Harian Metro di beberapa pusat beli-belah terkemuka di ibu negara semalam mendapati, kanta lekap popular dengan jolokan kanta K-pop itu dijual secara terbuka di kebanyakan kedai aksesori wanita.


Kanta lekap berharga antara RM25 dan RM29 sepasang itu tidak terhad kepada corak mata semula jadi atau potongan berlian, tapi menawarkan motif bintang, mawar serta kulit haiwan.

Menurut pembantu kedai dikenali sebagai Suria, 32, pemakaian kanta lekap import dari Korea itu popular di kalangan remaja dan wanita bekerja.


"Kebanyakan remaja suka mencuba kanta lekap bercorak unik dipadankan gaya percakapan dan pemakaian mereka.



"Berbeza dengan golongan wanita, mereka lebih suka membeli kanta lekap berwarna untuk disesuaikan dengan mekap dan pakaian yang digayakan ketika mereka keluar bekerja serta bersosial," katanya.

Menurut Suria, sejak kanta lekap itu dijual di kedainya tiga tahun lalu, dia tidak pernah menerima sebarang aduan negatif daripada pelanggan, sebaliknya ramai yang datang untuk mendapatkan corak terbaru setiap bulan. "Setahu saya, kanta lekap K-pop ini tidak membawa kesan buruk kepada pengguna, asalkan si pemakai tahu tip penyimpanan dan penjagaan yang betul.


"Malah, sejak menjualnya, ramai remaja dan wanita sudah menjadi pelanggan tetap di sini," katanya.

Selain pusat beli-belah, kanta lekap sama turut dikesan dijual kebanyakan pasar malam dan bazar larut malam di sekitar ibu kota.


Tidak cukup dengan itu, pengguna juga boleh membuat pembelian melalui laman web dan akaun facebook tertentu menawarkan kanta lekap K-pop.


Harian Metro sebelum ini melaporkan kejadian menimpa seorang seorang gadis berusia 18 tahun dari Kapar, Klang berdepan masalah penglihatan sehari selepas memakai kanta lekap murah dan tidak berkualiti.


sumber : mymetro

‘Pelancong penyamun’

Posted: 24 Aug 2012 06:15 PM PDT


KOTA KINABALU: Dengan hanya berbekalkan peta laluan yang diperoleh di pusat pelancongan, sekumpulan lima 'pelancong penyamun' dari Semenanjung memecah masuk beberapa unit kediaman sekitar bandar raya ini untuk mengaut barangan samun bernilai ratusan ribu ringgit.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, kelicikan tiga lelaki dan dua wanita termasuk seorang warga China itu berakhir apabila mereka dicekup dalam satu serbuan khas di sebuah hotel, di sini, Rabu lalu.

Menurutnya, semua suspek yang ditahan berusia antara 34 dan 54 tahun dan tiba di negeri ini sejak 14 Julai lalu kononnya sebagai pelancong dan mereka turut menyewa kenderaan yang digunakan untuk mencari rumah yang ingin disamun.


"Kumpulan itu bergerak dengan hanya berdasarkan peta diperoleh dari pusat pelancongan sebelum menyasarkan pangsapuri dan kondominium mewah sekitar bandar raya ini.

"Hasil siasatan, polis menyerbu dua bilik di sebuah hotel dan menemui sebahagian besar barangan dilaporkan hilang oleh pemilik rumah berkenaan," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini, semalam.


Jauteh berkata, antara barangan dirampas termasuk wang tunai berjumlah RM847, beberapa beg tangan wanita, barangan kecantikan, pelbagai mata wang asing selain peralatan pertukangan yang dipercayai digunakan untuk memecah rumah.



"Mereka memulakan 'operasi' sehari selepas tiba di negeri ini dan sebelum memecah masuk pangsapuri atau kondominium mewah, mereka terlebih dulu mengetuk pintu rumah. "Jika tiada maklum balas, barulah mereka memecah masuk kediaman itu. Sekiranya rumah itu berpenghuni, mereka akan berpura-pura bertanyakan sesuatu sebelum beredar," katanya.

Menurutnya, kumpulan 'pelancong penyamun' itu dipercayai terbabit dalam 14 kes pecah rumah membabitkan kerugian RM440,000 di sekitar bandar raya ini.


Katanya, semua suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

sumber : mymetro

Bahana bangga tiada dara

Posted: 24 Aug 2012 06:00 PM PDT


KOTA BHARU: Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.
Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.
Malah, sesiapa yang masih dara dipecat 'keahliannya' atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.

Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli 'kelab tiada dara' itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.


sumber : mymetro

Kedai penyanyi dibakar

Posted: 24 Aug 2012 05:55 PM PDT


KUALA LUMPUR: "Saya hampir pengsan melihat api menjulang memusnahkan kedai makan yang saya usahakan selama 10 tahun," kata bekas anggota kumpulan 2 By 2, A Halim Mamat, 37, menceritakan detik cemas kebakaran kedai makan miliknya di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, awal pagi semalam.
Kejadian jam 1 pagi itu menyebabkan kedai makanan Thai yang diusahakan Halim bersama isteri yang juga bekas penyanyi kumpulan Genuine, Norsalawati Karman, 35, musnah.

Menurut Halim, ketika kejadian dia sedang tidur apabila tiba-tiba dikejutkan Norsalawati dan memaklumkan mengenai kebakaran itu.
"Isteri saya dihubungi sepupunya yang tinggal berhampiran kedai makan kami dan memberitahu mengenai kejadian. Kami sangat terkejut kerana hanya sejam sebelum itu kami baru saja pulang selepas memeriksa kedai yang ditutup seminggu sempena Aidilfitri," katanya.

Halim berkata, dia segera ke tempat kejadian, manakala Norsalawati terpaksa tinggal di rumah kerana menjaga empat anak mereka.

"Tubuh saya lemah sejurus tiba dan melihat api marak membakar kedai makan ini yang juga satu-satunya sumber utama pendapatan selepas saya dan isteri berhenti menyanyi.
"Kedai makan ini saya usahakan ketika masih lagi aktif dalam nyanyian sebagai bekalan selepas tidak lagi berkecimpung dalam bidang seni," katanya.

Katanya, akibat kejadian itu, dia dan enam pekerjanya kini hilang sumber pendapatan.
"Api dipadamkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Setapak dan kebakaran sebenar masih disiasat," katanya yang mengesyaki kebakaran itu disebabkan perbuatan khianat dan menganggar kerugian RM60,000.

Nasib malang menimpa pasangan itu yang popular sekitar 1990 turut mendapat perhatian rakan artis lain apabila seorang lagi bekas anggota 2 By 2, Zul dan isteri, Isma, yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7) datang melawat.

Turut melawat tempat kejadian, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wangsa Maju, Mohd Rasyid Abdul Samah dan Naib Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Hamdan Mohd Yusuf.

Halim berkata, dia dan isteri berharap dapat membina semula kedai makan itu dan berharap ada pihak bersimpati dan menghulur sumbangan.


sumber : mymetro

Aksi tak peduli pasangan remaja China direstoran

Posted: 24 Aug 2012 05:30 PM PDT




nafsu yang tak dapat dikawal lagi...dunia macam mereka berdua
yang punya...tak peduli orang sekeliling

[Kesian] Tertusuk berus gigi ketika jatuh dari basikal

Posted: 24 Aug 2012 05:15 PM PDT

Seorang remaja di India dilarikan ke hospital kerana memerlukan  pembedahan kecemasan setelah mengalami cedera ketika dia sedang melakukan aksi aneh ketika naik basikal.

Vignesh Nageshwaran, 11, dari Delhi di suruh ibunya untuk membeli bunga dengan secepat mungkin, sehingga dia memutuskan untuk berbasikal ke kedai bunga sambil menggosok gigi.

Ketika sampai di kedai itu dia terjatuh ke tanah dan berus giginya tertusuk kebagian atas mulutnya.

Dr Sushma Sagar, mengatakan bahawa berus gigi sudah cukup dalam, hampir menyentuh kolom vertebral dan menimpa pembuluh darah utama yang menyalurkan darah ke otak.

Vignesh dibius selama 24 jam untuk pembedahan dan memerlukan 2 hari untuk pulih. Kini dia sudah pulih dan tidak takut untuk naik basikal lagi.

Ayahnya berkata bahawa anaknya itu tetap suka berbasikal dan tidak ada yang berubah setelah kemalangan itu kecuali kawan-kawannya yang memanggilnya the Toothbrush Kid....



Wanita yang tak tahu cara menutup aurat dan adat masuk ke masjid

Posted: 24 Aug 2012 05:00 PM PDT

sumber gambar : oh! media

Adakah dia tak tahu atau pura-pura tak tahu.Tak kan tak ada yang menasihatkan adat masuk ke masjid.
Paling tidak cara menutup aurat...

Cara pengubatan aneh pesakit di seterika dan dipijit dengan aliran elektrik

Posted: 24 Aug 2012 04:45 PM PDT

Sekilas pandang, proses pengubatan dengan cara disetrika tersangat ngeri. Namun itulah cara Bahril Ulum, warga Desa buniwah, Jawa Tengah, mengubati pesakitnya hingga ketika ini.

Energi panas yang dihasilkan seterika dipakai membantu memasukkan ubat tradisional ke dalam tubuh pesakit. Sebelum diseterika, Bahril terlebih dulu menyiapkan ramuan ubat tradisional yang terdiri dari temulawak, sereh, kapulaga, akar bambu, alang-alang, dan jeruk nipis.

Setelah ramuan siap, sehelai tuala kecil dicelupkan untuk menyerap ramuan dan diletakkan di atas punggung. Seterika yang sudah panas kemudian digosokkan di atas handuk secara berulang-ulang. Jenis pengobatan ini dipercaya mampu untuk mengubati segala macam penyakit. Terutama, kelebihan kolesterol dan lemak tubuh.

Sebelum diseetrika, pasien biasanya dipijit dengan cara yang aneh, yakni menggunakan aliran elektrik. Pesakit yang baru menjalani terapi ini tidak sedikit yang mengerang kesakitan.

Tentunya, pendapat doktor perlu diketahui mengenai cara pengubatan ini. Namun, percaya atau tidak, semua berpulang kepada Anda.

Sumber : http://unik-aneh-langka.blogspot.com

Cacing Guinea yang Sangat Mengerikan

Posted: 24 Aug 2012 04:30 PM PDT

Larva cacing guinea hidup di dalam tubuh kutu air. Ketika manusia meminum air yang mengandung kutu air, sistem pencernaan kita membinasakannya, namun tidak mematikan larva cacingnya yang terus berkembang menjadi dewasa. Cacing jantan akan mati setelah di dalam tubuh manusia, sementara betinanya terus membesar dalam waktu singkat pertumbuhannya kira-kira mencapai lebih dari dua sentimeter setiap minggu.

Dalam waktu setahun cacing ini perlahan-lahan mengeluarkan diri dari tubuh manusia yang dihuninya dengan menjulurkan kepala terlebih dahulu di bagian bawah kaki atau lengan manusia yang menjadi korban. Proses ini menyebabkan ngeri yang luar biasa.Bekas luka lubang keluarnya cacing ini akan membesar sesentimeter demi sesentimeter dan begitu menyakitkan. Sering kali penderita terburu-buru mencari sumber air untuk merendam luka mereka, padahal tindakan ini adalah salah.

Ketika cacing guinea yang masih berada di dalam tubuh manusia itu merasa dekat dengan air, ia akan melepaskan ribuan larva yang kemudian dimakan kutu air. Dan lingkaran ini terus berlanjut. Pada era 1900-an, cacing guinea ditemukan di sebagian besar wilayah Afrika dan Timur Tengah, Asia Tengah dan Selatan. Sejalan dengan meningkatnya  air bersih, cacing ini menghilang di berbagai wilayah. Namun, pertengahan 1980-an masih ada sekitar 3,5 juta kes di Asia dan Afrika. Untuk membasminya, para ahli punya cara sederhana: mengajari masyarakat cara menyaring air minum dan mencegah penderita dengan cacing yang keluar dari tubuhnya mendekati sumber-sumber air.

Daerah penyebaran : Afrika




Chef buat replika dapurnya daripada cokelat dan gula

Posted: 24 Aug 2012 04:15 PM PDT

Master pastry chef Alain Roby telah membangun replika dapur rumahnya di Jenewa, seluruhnya terbuat dari 2.000 paun cokelat dan gula.
Alain Roby, lelaki yang sebelumnya membangun sebuah replika pencakar langit cokelat setinggi 20-kaki dan pohon Natal setinggi 22-kaki yang terbuat dari cokelatDia mula membuat replika yang unik ini tahun lalu, ketika dia menerima sumbangan dari Callebaut chocolaterie coklat Belgium. Dia memulakan dengan melelehkan cokelat ke dalam cetakan dia buat sendiri, dan menghubungkan bahagian menggunakan coklat. Pinggan-pinggan itu terbuat dari gula, dan ubin itu dipahat menjadi bentuk yang diinginkan.
Keseluruhan projek memerlukan waktu berbulan-bulan untuk menyelesaikan, dan Alain masih menemukan cara untuk memperbaikinya. Artis coklat mengakui kesenian dapur merupakan halangan besar, tapi itu sebenarnya bahagian teknik yang paling rumit. Dapurnya lengkap dengan almari, dapur, wastafel, sebuah backsplash seramik, teko dan piring. Dapur cokelat Alain Roby telah menjadi daya tarik di Jenewa, kerana telah dipamerkan di tempat pusat kota.



Dahsyat betul cara polis ini hapuskan penjenayah

Posted: 24 Aug 2012 04:00 PM PDT





LETAK MAKLUMAT IKLAN

Gila babi betul perempuan ni

Posted: 24 Aug 2012 11:00 AM PDT





Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Pengantin merdeka

Posted: 23 Aug 2012 04:10 PM PDT

Izreen Azminda gementar tunggu hari istimewa, terpaksa berangkat ke Korea sehari selepas sanding

TINGGAL seminggu saja lagi pelakon, Izreen Azminda, 27, bakal mengucapkan selamat tinggal kepada dunia solo.

Tepat dengan tarikh kemerdekaan negara bersamaan 13 Syawal, bintang drama bersiri Julia ini akan bersanding dengan jejaka pilihan hati jurukamera, Muhamad Riza Baharudin, 28. Sehari sebelum itu, pasangan ini dinikahkan dalam keberkatan Ramadan.

Izreen bagaimanapun bersyukur kesibukan di lokasi dan keperluan menyambut Aidilfitri tidak menjejaskan tumpuan pada majlis besar dirancang.
"Memang tak dapat dinafikan, saya cukup gementar. Perasaan bercampur baur, saya gembira tetapi pada masa sama berdebar kerana hanya tinggal berapa hari saja lagi sebelum majlis berlangsung," katanya kepada HIP.

Tak jumpa bakal suami

"Jika mahu bercerita mengenai pantang, emak saya beritahu usah berjumpa bakal suami beberapa hari sebelum berkahwin.

"Akur petua orang tua-tua, saya tidak akan berjumpa Muhamad Riza dari cuti raya hinggalah hari kami dinikahkan iaitu pada 30 Ogos," katanya yang hanya mengadakan majlis persandingan sebelah pihak perempuan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Kedah.
Tidak menganjur majlis sambut menantu di kampung halaman bakal suami di Sabak Bernam, Selangor, Izreen berpendapat, lebih baik dia mengadakan majlis ringkas. Lebih-lebih lagi, ramai orang sudah tahu Muhamad Riza pernah berkahwin.

Mengikat tali pertunangan pada 1 Januari lalu, Izreen berkongsi perasaan sedih terpaksa berpisah dengan bakal suami sehari selepas bernikah.

"Saya akan berangkat ke Korea untuk menyambung aktiviti penggambaran drama Julia di negara itu. Tidak sempat merasai nikmat berkahwin, saya perlu bekerja.

"Memang agak berat hendak meninggalkan suami bagi tempoh agak lama iaitu 15 hari," katanya.
Izreen berkata, berikutan kesibukan Muhamad Riza, dia tidak pasti bakal suaminya dapat menyertainya ke Korea.

"Kalau boleh, saya mahu dia ikut, sekurang-kurangnya kami dapat menghabiskan waktu bersama jika ada kelapangan," tambahnya.

Jaga status isteri orang

Bersyukur bertemu pasangan yang memahami, Izreen gembira bakal suaminya tidak mengongkong kerjaya sebagai pelakon.

Namun, sebagai wanita yang sudah berkahwin, pasti ada batas yang perlu dijaga. Seperti yang dinyatakan Muhamad Riza, Izreen boleh berlakon tapi watak yang dibawa perlu berpada-pada.

Perlu memilih watak sesuai, Izreen bebas menerima tawaran watak antagonis asalkan dia menjaga tingkah laku dan perhubungan sebagai isteri.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Zed Zaidi Pertikai Astro Dengan Lambakan Iklan Dan Rancangan Berulang

Posted: 24 Aug 2012 01:46 AM PDT

Zed Zaidi Pertikai Astro
Malam semalam kita sekali lagi dikejutkan dengan tweet Zed Zaidi yang meluahkan rasa kurang senang dengan sebuah stesen Tv berbayar, Astro.. Zed Zaidi nampaknya mempertikaikan Astro yang kerap kali menayangkan iklan dan rancangan yang sama diulang-ulang sedangkan bill bulanan yang agak mahal perlu dibayar dan naik setiap tahun.

ASTRO yg nak untung lebih!!! byr dah MAHAL sebulan!! rancangan dr AXN,HBO,MAX,FOX & lain2 semua repeat sejuta kali!!! pastu ada IKLAN LAGI!!

ASTRO sudah2lah makan byk sgt duit rakyat secara menipu! kdg2 bila line nak potong ontime bila nak komplen call pun tak angkat

ASTRO nak onkan balik line astro pun kena bayar!!! duit iklan TV dah makan, duit bulan dah makan setiap tahun naik!! untungnya @astroonline

ASTRO takde program raya baru dah save budjet coz repeat yg lama, iklan tv kat astro bertambah, harga bulanan naik, ROYALTI ARTIS MCM MANA?

MyGosip rasa apa yang diluahkan oleh Zed Zaidi ni sudah lama menjadi bualan dikalangan penguna Astro sebelum ni.. Apa yang pasti, sehingga hari ini tiada perubahan pun dilakukan..

TWEET zaid zaidi mempertikai astro

Red Communications Menjemput Anda Ke Majlis Ulangtahun Ke-12

Posted: 23 Aug 2012 11:15 PM PDT

Red Communications
Red Communications, sebuah syarikat penerbitan tempatan yang telah menghasilkan terbitan popular seperti 3R (RESPECT, RELAKS, RESPON), Gol & Gincu, Impian Ilyana, KAMI, Blogger Boy, Elly & Epit, Oh My English! dan banyak lagi, akan meraikan ulangtahunnya yang ke-12. Sejak penubuhannya hingga kini, Red Communications telah membina reputasi sebagai syarikat penerbitan yang terdahulu dalam mengeluarkan kandungan berbentuk hiburan dan informatif, khususnya untuk penonton wanita, kanak-kanak dan remaja.

Syarikat ini juga menerbitkan kandungan untuk pasaran Asia Tenggara serta untuk saluran-saluran antarabangsa seperti Disney Channel dan History and Biography Channel, dan, melalui anak syarikat milik penuhnya, Red Films, juga telah menerbitkan filem-filem tempatan seperti Visits: A Hungry Ghost Anthology, Gol & Gincu the movie, Kami the movie, Pisau Cukur, Songlap dan juga filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Istanbul Aku Datang.

"Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap bakat tempatan Malaysia dan terhadap usaha kami dalam menerbitkan kandungan yang bernilai bagi penonton tempatan," kata Pengasas dan Pengarah Urusan Red Films, Lina Tan.

"Oleh kerana Malaysia adalah negara yang unik dengan pelbagai bangsa dan bahasa pertuturan, kami memutuskan untuk membuat kandungan yang boleh mengatasi jurang-jurang sebegini dengan memfokus pada mesej dan cerita. Sebab itulah, banyak kandungan terbitan kami ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira bangsa."

Sempena ulangtahunnya yang ke-12, Red Communications akan menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan penerbitan TV dan Filem, yang terbuka kepada orang ramai secara percuma. "

Kami ingin berkongsi pengalaman kami selama 12 tahun dengan orang ramai, serta memberi mereka peluang untuk menonton semua filem kami yang telah kami terbitkan tahun demi tahun," kata Lina Tan.

Semua aktiviti bertempat di Publika, Mont Kiara.
Senarai lengkap aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan ialah:

TAYANGAN FILEM PERCUMA

4 Sept (ISNIN)
- 8pm : HUNGRY GHOST ANTHOLOGY (Outdoor Theatre)

8 Sept (SABTU)
- 12pm : MY HOMETOWN SHORT FILMS (Black Box),
- 8pm : KAMI (Outdoor Theatre)

9 Sept (AHAD)
- 12pm : GOL & GINCU (Black Box)
- 2pm : SONGLAP (Black Box)
- 8pm : PISAU CUKUR (Outdoor Theatre)

10 Sept (ISNIN)
- 8pm : TANGKAL BESI Outdoor Theatre

17 Sept (ISNIN)
- 8pm : GOODBYE BOYS (Outdoor Theatre)

24 Sept (ISNIN)
- 8pm : APA DOSAKU (Outdoor Theatre)

PENCARIAN BAKAT BARU – MUNGKINKAH ANDA?

8 September 2012 (Sabtu) 12pm hingga 4pm di Open Square, Publika

Pernahkah anda teringin untuk mencuba nasib sebagai bakat dalam industri media? Atau adakah anda semata-mata ingin tahu bagaimanakah perasaannya berada di depan kamera? Datang dan cubalah! Anda akan muncul di skrin dalam sesi ujibakat dengan Pasukan Red House Talents. Terbuka kepada semua, tidak kira usia – dari bayi hinggalah warga emas. Untuk maklumat lanjut, layari Red House Talents di Facebook

RED ADA BAKAT

8 September 2012 (Sabtu) 6pm hingga 8pm di Open Square, Publika

Saksikan kemunculah bakat-bakat baru dan dengarlah apa komen dan nasihat yang akan diberikan kepada mereka oleh orang-orang kuat industri media seperti COO selebriti Media Prima Izham Omar, celebriti Aznil Nawawi yang juga Ketua Bahagian Talent Astro dan Pengarah Urusan Red Communications Lina Tan. Datanglah untuk persembahan menghiburkan yang tidak pernah anda lihat sebelum ini.

IDEA KE SKRIN

9 September 2012 (Ahad) 4pm hingga 6pm di Black Box.

Jika anda ingin tahu rahsia-rahsia industri tentang bagaimana sesuatu idea itu direalisasikan menjadi filem yang sedia untuk tayangan, jangan ketinggalan menghadiri forum ini. Bersama hos Amir Muhammad, sertailah pengarah KAMI & Songlap Fariza Azlina Isahak, penulis lakonlayar Gol & Gincu, Pisau Cukur dan Istanbul Aku Datang Rafidah Abdullah, penerbit Lina Tan, dan pengarah seni ILann Yee untuk mendengar pengalaman mereka tentang masalah-masalah dan cara-cara yang kreatif dalam pembikinan filem di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang semua aktiviti yang bakal dianjurkan, sila ke laman Facebook/RedCom12 atau emel Red12party@red.com.my atau hubungi Joanna di 012-6476118.

Publika map

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Sambut lebaran secara sederhana

Posted: 23 Aug 2012 07:40 AM PDT

LEBARAN tahun ini cukup bermakna buat Eja yang turut meraikan kemenangan bergandanya dengan trofi Aktres Terbaik pada Anugerah Skrin 2011 dan juga Festival Filem Malaysia Ke-24 menerusi filem seram Janin sekali gus melakar sejarah dalam karier seni yang diceburi sejak 16 tahun lalu.

Kemenangan itu juga membuktikan anak kelahiran Kuala Lumpur ini mampu memberikan cabaran dan saingan sengit kepada barisan bintang muda sedia ada walaupun sudah berkahwin dan memiliki cahaya mata. Namun ia bukan bermaksud pemilik nama sebenar Siti Shahrizah Saifuddin akan membazir ketika meraikan hari kemenangan buat umat islam itu pada tahun ini.

Kata Eja, 40, lebaran tahun ini diraikan dengan suami, Silahuddin Jamaludin, secara sederhana sama seperti tahun sebelumnya.

"Saya lebih mengutamakan persiapan untuk anak dan suami berbanding diri sendiri. Mungkin orang tak percaya, saya sudah tak boros ketika berbelanja sejak kehadiran Nur Eishal, dua tahun 10 bulan dalam hidup kami. Sudah dua tahun juga saya hanya beli baju kain kapas untuk digayakan pada hari raya kerana ia selesa buat saya dan anak.


"Tahun ini juga, saya hanya beli dua pasang baju kurung kain kapas yang sedondon dengan suami serta anak untuk digayakan pada hari raya. Cuma persiapan untuk Eishal lebih sikit iaitu selain dua pasang baju kurung kain kapas, saya juga beli dua gaun dan jeans untuknya.


"Begitu juga suami yang hanya beli satu pasang baju Melayu untuk digayakan pada pagi raya sekali gus untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri," katanya.

Pada sesi fotografi bersama Rap yang diatur di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Eja yang jelita dengan busana dari butik Cosry, memberitahu lebaran memang memberi pengertian yang cukup besar buatnya sekeluarga.

"Selepas sebulan menahan lapar dan dahaga serta menjauhi perkara yang dilarang agama sudah pasti lebaran dinantikan seluruh umat islam. Bagi saya, lebaran adalah hari untuk kita berkumpul bersama sanak saudara jauh dan dekat sekali gus mengeratkan lagi tali persaudaraan sedia ada.

"Maklumlah, bukan mudah untuk kita berjumpa seluruh ahli keluarga kerana masing-masing terikat dengan komitmen kerja dan keluarga masing-masing.

"Justeru, hari rayalah masanya untuk kita berkumpul dan bertanya khabar masing-masing. Selalunya, sambutan hari raya kami sekeluarga terutama di rumah keluarga mentua cukup meriah kerana kami anak beranak berkumpul dan memasak beramai-ramai seperti kenduri," katanya.

Sudah menjadi tradisi, anak sulung dari lima beradik ini beraya di rumah keluarganya pada malam raya di Puchong, Selangor dan keluarga mentuanya di Ipoh, Perak pada hari raya pertama.

"Kami tiada masalah dengan sistem giliran beraya kerana membahagikannya secara adil. Selalunya, kami pulang beraya di rumah ibu saya lebih awal iaitu pada malam raya dan selepas membantu apa yang patut di rumah emak, kami akan terus bertolak ke Ipoh untuk beraya di rumah keluarga mentua pada pagi raya.

"Sejak berumah tangga, itulah sistem giliran beraya yang menjadi amalan kami suami isteri dan ternyata ia memuaskan hati keluarga kedua belah pihak," katanya.

Setiap kali tibanya hari raya, juadah wajib Eja pada pagi raya ialah Nasi Impit, Nasi Tomato, Kuah Kacang, Rendang ayam, rendang daging dan lemang yang disediakan ahli keluarga.

"Juadah kegemaran suami pula Nasi Tomato dan Daging Dendeng yang juga resepi turun temurun ibu mentua yang sudah berusia 83 tahun tetapi masih sihat. Biskut raya kegemaran saya pula ialah Tat Nenas dan popiah kecil," kata Eja.

Eja semakin cerewet?

BUKAN 'demand' sebaliknya, aktres hebat dan berpengalaman ini mengakui terpaksa lebih cerewet pilih watak selepas menggenggam dua trofi berturut-turut, tahun ini.

"Dari dulu lagi, saya memang cerewet pilih watak kerana sangat pentingkan kualiti dalam lakonan. Saya tidak mahu wajah kerap muncul dalam drama atau filem tapi pengisian jalan ceritanya kosong.

"Pada masa sama, saya juga tidak ada masalah bekerja dengan pengarah muda kerana pada pemerhatian saya ada beberapa pengarah muda yang sangat kreatif, memiliki idea segar dan berfikiran terbuka ketika berkarya," katanya yang baru selesai penggambaran dua telemovie raya iaitu Lelaki Yang Dicintai untuk stesen TV Al Hijrah dan turut menampilkan Datuk Eizlan Yusuf, Dira Abu Zahar dan Fida.

Manakala dalam telemovie untuk TV3, Takbir Along Untuk Angah pula turut dibintangi Aida Khalida dan Jue Aziz.

Diminta komen dirinya yang mendapat publisiti meluas dan kerap muncul sebagai muka depan penghias majalah fesyen dan keluarga kebelakangan ini, duta produk Bio Essence buat tahun ketiga ini mengakui perkara itu.

"Bukannya saya mengejar glamor dan publisiti murahan sebaliknya sebagai duta produk pastinya tanggung-jawab saya menjayakan sesi promosi diadakan. Sesi fotografi yang diadakan seiring dengan promosi untuk produk dan karier seni bergerak seiringan. Sebagai duta produk, saya hanya menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin," katanya.

Bagaimanapun, kata isteri kepada ahli perniagaan ini, dia baru saja kembali ke lokasi penggambaran drama selepas tujuh bulan berehat kerana masalah mendapatkan pembantu rumah baru selepas yang lama habis kontrak dan pulang ke Indonesia.

"Selepas kehadiran Eishal keutamaan hidup juga berubah kerana saya perlu utamakan anak dalam segala hal kerana dia masih kecil.

"Saya tidak mahu lepaskan tugas membesarkan Eishal pada pembantu rumah semata-mata kerana anak saya itu sangat perlukan perhatian saya sebagai ibunya. Kami juga sudah menghantar Eishal ke 'play school' bagi memastikan dia mula bersosial dengan rakan sebayanya dan tidak terlalu takut apabila berjumpa orang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 24/08/2012


Terkenang arwah Yasmin

Posted: 23 Aug 2012 07:22 AM PDT

SEJAK pemergian pengarah hebat Allahyarham Yasmin Ahmad tiga tahun lalu, sambutan hari raya Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-19 (filem Gubra), Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya dan keluarganya tidak lagi semeriah dulu.

Bagi anak didiknya yang lebih mesra di sapa Nani, pemergian pengarah kreatif itu adalah kehilangan yang sukar dicari ganti sampai sekarang.

"Walaupun arwah sudah tiada kenangan dengannya sentiasa kekal dalam ingatan. Arwah sentiasa hidup dalam hati saya sampai bila-bila pun. Hubungan kami cukup rapat dan saya juga panggil arwah 'mak' kerana dia juga menganggap saya seperti anaknya sendiri.

"Arwah juga rapat dengan mama dan ahli keluarga saya yang lain hingga kalau bercakap dengan mama, arwah akan membahasakan saya sebagai 'our daughter'," katanya.


Walaupun Yasmin sudah tiada, Nani tetap akan meneruskan legasinya termasuk perancangannya yang belum kesampaian dalam bidang perfileman.


"Kalau saya 'anaknya' tidak teruskan legasinya siapa lagi? Ketika hayatnya dulu, kami saling berhubung dan bertanya khabar antara satu sama lain. Saya masih ingat lagi, setiap kali ada kelapangan, kami pasti melepak bersama sambil minum kopi dan bercerita perkembangan dalam bidang perfileman tanah air.

"Jika saya putus asa dalam bidang seni, arwahlah yang banyak memberi nasihat dan menyuntik semangat untuk saya terus berkarya," katanya.

Berkongsi kenangan dengan Yasmin, kata Nani, dia terkenang saat manis ketika beraya dengan arwah di rumah ibunya, Mak Inom.

"Terlalu banyak kenangan manis yang dikongsi dengan arwah pada pagi raya. Pada pagi raya, selalunya arwah akan berkumpul di rumah ibunya, Mak Inom di sini. Juadah raya kegemaran arwah ialah lempeng dan Sambal Tumis Telur. Kalau bukan hari raya pun itulah juga juadah yang pasti ada di rumahnya.

Mengenai perkembangan karier seninya, kata Nani, dia terbabit dengan penggambaran telefilem Fatihah Untuk Abah arahan pengarah muda Isma Yusof untuk stesen TV3 yang sudah ditayangkan pada raya ketiga. Dalam cerita ini, dia bergandingan dengan aktor yang menjadi idolanya dalam bidang lakonan, Faizal
Hussein.

Pada masa sama, Nani akui sangat selektif dalam memilih skrip dan karakter ditawarkan kerana tidak mahu hasilnya nanti mengecewakan.

Berkongsi projek filem barunya pula, kata pengarah muda berbakat besar ini, dia juga terbabit dalam projek 'My Hometown Short Films' anjuran Astro sempena Hari Kemerdekaan.

"Saya mewakili Kuala Lumpur dan pilih karya berjudul Kampung Bangsar kerana saya sekeluarga memang dilahirkan di Bangsar. Selain mengarah dan menulis skrip, saya turut berlakon dalam filem ini. Ia projek filem pendek kedua saya selepas Sangkar sebelum ini. Keduanya juga projek filem pendek saya bersama produksi Redcomms," katanya.

Tidak lengkap jika tidak menyentuh cerita peribadinya, kata Nani, dia masih belum mempunyai pengganti selepas putus dengan kekasihnya yang juga pelakon dari Britain, Gavin Stenhouse, sebelum ini.

"Kami berpisah kerana ada perbezaan dari segi agama. Maklumlah, saya dibesarkan dalam keluarga yang berpegang teguh pada ajaran Islam. Apapun, kami berpisah cara baik dan masih berhubung sebagai kawan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 24/08/2012


Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Lebaran versi Diana, Heliza, Yatt

Posted:

Lebaran versi Diana, Heliza, Yatt

DIANA, Heliza dan Yatt akan meneruskan perjalanan seni mereka dengan penuh jitu.


PAGI Jumaat yang indah bersahut kicauan burung menyatukan tiga artis muda, Diana Amir, Heliza Helmi dan Yatt Hamzah untuk satu sesi fotografi khas sempena Aidilfitri bersama Kosmo!.

Tiga sahabat itu pernah bersama-sama menunaikan ibadah umrah sekitar pertengahan tahun ini dan ketika dipertemukan sekali lagi, pelbagai kisah meluncur laju dari butir kata mereka.

Berkongsi nikmat dan rasa yang berbeza untuk bercerita hakikat dan hikmat lebaran kali ini, tiga jiwa itu membuka bicara.

Zaman kanak-kanak Heliza

Bicara bermula dengan si gadis Sunsilk, Heliza Helmi yang baru pulang dari mengerjakan umrah kali kedua bersama keluarga pada hujung bulan Julai lalu. Selain sibuk mengatur karier sebagai penyanyi dan pengacara, bintang Akademi Fantasia 5 itu rancak menyebar dakwah melalui ceramah motivasi.

"Ramai cakap saya sering menghilangkan diri tapi hakikatnya saya sibuk dengan penggambaran rancangan Rasa Halal Astro sejak awal tahun hingga bulan Mei lalu. Menerusi rancangan itu saya menjelajah ke lima buah negara untuk meneroka makanan halal di Turki, Korea, Australia, Perancis dan United Kingdom," tuturnya memulakan bicara.

Pengacara Man Jadda Wa Jada dan Sinar Itu Hadir Jua kini sibuk menyusun kembali jadual kerja sekembalinya ke tanah air baru-baru ini. Tidak hairanlah, persiapan raya Heliza dan keluarga dirancang pada saat-saat akhir menjelang 1 Syawal.

"Tahun ini saya sekeluarga beraya di Kuala Lumpur memandangkan semua sudah berpindah ke sini. Kalau ditanya mengenai baju raya, memadai sehelai dua untuk dipakai pada hari raya pertama.

"Keluarga saya bukan jenis berkonsep dan pakai baju warna sedondon, cukup hanya menghayati nikmat berhari raya sebagai seorang khalifah Allah," katanya yang memilih baju raya warna turquoise tahun ini.

Kenangan beraya ketika zaman kanak-kanak di kampung, kata Heliza merupakan detik terindah baginya menyambut lebaran.

"Selain kemeriahan bergurau senda bersama keluarga yang telah lama tidak berjumpa, rasa teruja mendapat duit raya dan berlumba-lumba mengumpul paling banyak duit raya melengkapkan memori indah berhari raya," ujarnya yang pernah sakit perut akibat tidak menjaga makan semasa berhari raya beberapa tahun lalu.

Diana pakai baju lama

Pertama kali menyambut puasa dan raya selepas berhijrah hujung tahun lalu, Diana Amir pula mengakui dia kini mahu lebih mendalami ilmu agama dan kerohanian.

"Saya mahu fokus belajar tentang ibadat puasa dan nikmat Aidilfitri. Jika sebelum ini puasa sekadar menahan lapar dan dahaga kini ilmu dan ibadat diaplikasikan lebih mendalam," katanya jujur.

Aidilfitri bagi Diana bukan waktu untuk berbelanja sakan dan membeli pelbagai kelengkapan untuk meraikan hari kemenangan berpuasa, jauh sekali untuk bermegah-megah.

Malah, bintang program TV Impian Sunsilk itu sekadar memakai kembali jubah-jubah yang dibelinya ketika mengerjakan umrah di Mekah.

"Saya pakai apa yang ada sahaja, beri peluang kepada golongan kurang berkemampuan merasa nikmat berhari raya dengan pakaian baharu," ujarnya merendah diri.

Keseronokan berhari raya, kata Diana lebih terasa ketika pulang ke kampung. Tahun ini dia menyambut raya di Pulau Pinang dan Johor.

"Raya pertama kami sekeluarga meraikannya di kampung ibu saya di Pulau Pinang, manakala kami akan pulang kampung sebelah bapa saya di Johor pada hari raya kelima. Tradisi raya yang paling ditunggu-tunggu adalah saat bermaaf-maafan antara ahli keluarga dan makan beramai-ramai," tutur pelakon filem Salam Cinta yang bakal menemui penonton pada 6 September ini.

Baju raya Yatt terbakar

Seminggu bercuti sebelum kembali melaksanakan tugasan menyampaikan pesanan dan dakwah melalui forum atau ceramah, Yatt Hamzah berkongsi kemeriahan raya keluarga besarnya yang terdiri daripada sembilan beradik.

"Tahun ini keluarga saya memakai baju warna kuning sedondon. Bayangkan apabila semua adik-beradik saya berkumpul beramai-ramai bersama anak masing-masing. Suasana bukan sekadar meriah, tapi juga gamat!

"Hari raya pertama disambut di kampung saya di Seremban, Negeri Sembilan dan pada hari raya kedua pula ke Ampang, Selangor di rumah keluarga sebelah suami.

"Biasanya pada pagi raya, kami cuba untuk tidak terlepas solat sunat Aidilfitri biarpun terpaksa melakukannya di pekarangan masjid. Kemudian tradisi beratur beramai-ramai untuk memohon restu dan kemaafan daripada ibu saya selalunya melengkapkan pengertian Syawal saya," laju ibu kepada seorang cahaya mata, Suci Hanania Malika, 2 ini bercerita.

Penghijrahannya pada 5 April lalu menghadiahkan makna lebaran berbeza kepada Yatt. Katanya, selain teruja meraikan Aidilfitri bersama imej baharu, dia kini lebih menghayati dan mendalami pengertian sebenar hari raya.

"Saya lebih bahagia, tapi dalam masa yang sama sedih dan terharu kerana diberikan hidayah oleh Allah untuk berubah. Masih belum terlambat lagi dan kesempatan yang diberikan ini bukti kekuasaan-Nya untuk menikmati keindahan yang ada di depan mata," ungkapnya.

Sepasang baju kurung kuning hitam sedondon bersama permata hatinya telah dibeli beberapa hari sebelum raya, manakala lapan pasang baju raya dihadiahkan butik yang menaja pakaiannya.

Yatt menggemari ketupat daun palas, kuih bahulu, tart dan rendang hitam masakan ibunya yang biasanya menjadi rebutan dengan lapan lagi adik-adiknya.

Berkongsi kenangan raya bermain bunga api ketika darjah satu, kata Yatt pernah baju kurung yang dipakai pada malam raya terbakar gara-gara disambar percikan bunga api akibat terleka.

"Baju terbakar dan dada melecur sudah cukup buat saya menangis tanpa henti, mujur ibu tampal bahagian yang berlubang kerana terbakar itu dan mencuci baju untuk hilangkan bau.

"Selepas dijemur di ampaian, baju itu terjatuh ke rumah (apartment) bawah pada pagi raya. Sambil menangis terpaksalah saya pakai baju raya tahun sebelumnya," cerita pelakon drama Ular Emas itu bersungguh-sungguh.

Raya pertama Nabil, Zira, Zahiril, Syera

Posted:

Raya pertama Nabil, Zira, Zahiril, Syera

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL

DUA pasangan bahagia ini menyambut Aidilfitri dengan penuh ceria.


"SEBELUM berkahwin, saya hanya perlu fikir diri sendiri, selepas berkahwin pula, saya akui hidup lebih teratur," itu jawapan serupa dilontarkan dua karyawan seni, Zahiril Adzim dan Nabil Ahmad yang belum mencecah setahun bergelar suami.

Kemanisan dan keterujaan berumah tangga masih lagi dirasai oleh pelawak, pelakon dan penyampai radio Suria FM pemilik nama penuh Ahmad Nabil Ahmad bersama isterinya, Nazirah Ayub.

Perkara yang sama turut dialami Zahiril dan pasangannya, pelakon dan hos Nur Syahirah Aiyob atau nama glamornya, Syera Aiyob.

Ceria bercanda dan tawa sepanjang mengadakan sesi fotografi bersama Kosmo! di Putrajaya, baru-baru ini, mereka berempat teruja menceritakan pengalaman masing-masing pertama kali menyambut Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.

Jika dahulu, bujang dan masih anak dara, kini setelah bergelar suami isteri, rutin harian dan jadual kerja juga harus berubah agar masa dapat diluangkan bersama.

Ikuti cerita dan pengalaman dua pasangan ini setelah beberapa bulan bertukar status diri.

Masa berkualiti Nabil, Zira

Bagi Nabil, setelah bergelar suami tanggal 30 September tahun lalu, dia kini lebih gemar menghabiskan masa di rumah bersama isteri kesayangannya, Zira.

"Selepas selesai bersiaran di konti, saya akan terus pulang ke rumah. Ini kerana sesi saya hanya pada sebelah pagi.

"Namun, jika ada penggambaran, maka selepas bekerja saya akan terus ke lokasi. Kadangkala, saya akan bawa Zira bersama," tutur Nabil yang mengendalikan segmen Ceria Pagi Di Suria bersama Halim Othman di Suria FM.

Menambah keceriaan Nabil dan Zira, setelah hampir setahun berkahwin, Zira kini telah pun berbadan dua. Usia kehamilannya kini hampir mencecah lima bulan.

"Kami kerap bersahur dan berbuka sama-sama kerana semenjak kendalikan segmen pagi di Suria FM, waktu kerja saya bermula seawal pukul 5 pagi. Jadi, lebih mudah ingin menyusun masa bersahur kerana setiap pagi Zira akan masak untuk saya.

"Setelah bersahur bersama-sama, saya akan terus ke konti. Namun apa yang pasti, jika sebelum ini saya kerap ke majlis berbuka puasa seorang diri, kini sudah ada teman," ungkap Nabil yang mengakui dia dan Zira pernah berbuka puasa sebelum waktunya tanpa sengaja akibat kekeliruan.

Cerita Nabil tentang cuti raya pula, tahun ini merupakan giliran untuk pulang ke kampung nenek Zira di Sungai Siput, Perak. Ini kerana dia tidak mengambil cuti memandangkan segmen kelolaannya di Suria FM itu adalah dari Isnin hingga Jumaat.

"Aidilfitri jatuh pada hari Ahad, maka Jumaat sebelumnya, selepas habis kerja, saya pulang ke kampung sehinggalah menjelang raya pada hari Ahad.

"Pada hari Isnin (hari raya kedua), saya sudah mula bekerja seperti biasa.

"Jika tahun ini beraya di rumah nenek Zira, maknanya tahun hadapan, kami akan pulang ke rumah keluarga saya pula bersama bayi kami," ujar Nabil penuh keterujaan menantikan kelahiran cahaya mata sulungnya itu.

Rehat Zahiril, Syera

Lain pula kisah rumah tangga Zahiril atau nama penuhnya, Mohd. Zahiril Adzim Mohd. Mukhtar dan Syera Aiyob.

Perancangan awal mereka adalah ingin meluangkan masa bersama sepanjang Ramadan dan berehat seketika daripada rutin karier masing-masing.

"Sepatutnya kami ingin berehat sepanjang Ramadan, kerana maklumlah ini Ramadan pertama kami sambut bersama sebagai suami isteri.

"Namun, oleh kerana ada penggambaran yang masih belum diselesai walau sudah dimulakan sebelum bulan Ramadan, jadi kami tidak kisah untuk menghabiskan kerja," tutur Zahiril dan Syera ketika ditanya mengenai jadual kerjaya mereka.

Namun kata Zahiril, walaupun mereka bekerja sepanjang Ramadan , jadual dirinya sendiri lebih sibuk berbanding Syera.

Pada kebiasaannya, usai penggambaran di lokasi, dia terus pulang ke rumah untuk meluangkan masa berbuka puasa bersama Syera.

"Alhamdulillah, saya masih lagi ada masa untuk berbuka bersama keluarga saya dan keluarga Syera sendiri di Ipoh walaupun sibuk bekerja. Selain itu, saya juga tidak banyak melepak di luar, dan jika berbuat demikian sekalipun, kebiasaannya saya akan bawa Syera bersama.

"Ini kerana, kebanyakan kawan saya kawan dia juga dan begitu sebaliknya," beritahu Zahiril yang berbangga kerana juadah bersahur dirinya kini disediakan Syera.

Mengenai raya mereka pula, tutur Zahiril, pada hari raya pertama, mereka berkunjung ke rumah Zahiril dan seterusnya hari raya kedua di Sungai Siput pula iaitu rumah keluarga Syera.

"Memandangkan raya tahun ini merupakan pengalaman pertama, jadi kami berdua sudah sepakat untuk bercuti selama seminggu atau paling lama, dua minggu.

"Kami masing-masing beraya dengan tiga pasang baju raya. Tema warna baju raya saya dan Syera pada tahun ini ialah coklat," ujar Zahiril.

Khamis, 23 Ogos 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sinopsis Drama Fatihah Untuk Abah

Posted: 23 Aug 2012 07:25 PM PDT

Salam lebaran di hari yang ke-6 buat semua pembaca budiey.com. Syukur, Budiey dah pun selamat tiba di Kuala Lumpur untuk kembali bekerja. Kampung halaman telah pun kita tinggalkan dengan seribu kenangan indah beraya bersama kaum keluarga dan sanak saudara.

Bagaimana raya anda tahun ini?

VIDEO PENUH DRAMA FATIHAH UNTUK ABAH

Adakah raya anda hanya semata-mata di depan kaca TV? Maklumlah, banyak sekali drama-drama yang dihidangkan. Kebanyakan drama raya tahun ni rata-rata bergenrekan kekeluargaan. Banyak betul drama yang sedih dan menyentap rasa jiwa dan raga, kan?

Mungkin tahun depan, kita kena cadangkan kepada stesen TV untuk memperbanyakkan drama berbentuk komedi pula. Sebab raya-raya macam ni, kita tak digalakkan bersedih dan berduka, betul tak?

Namun, tak mengapalah, sebenarnya drama sedih tu ada unsur-unsur pengacara buat kita semua. Sekurang-kurang, memberi keinsafan dan mesej berguna untuk kita menjalani hidup.

Pada pagi raya ke-3 yang lalu, Budiey ada menonton sebuah drama yang sangat syahdu syahdan. Budiey sangat tersentuh menonton drama ini. Dan begitu juga dengan beberapa rakan di Twitter, rata-rata cakap drama ni sangat sedih. Drama yang Budiey maksudkan ialah drama Fatihah untuk Abah di TV3. Sebuah drama yang hebat dan sangat menyentap perasaan. Dengarnya ramai yang tersedu sedan. Drama Fatihah Buat Abah dilakonkan oleh pelakon hebat & mantap seperti Faizal Hussein, Sharifah Amani, Shafie Naswip dan beberapa lagi nama besar.

Drama ini memang sangat berkesan dan memberi pengajaran serta moral kepada para penonton. Moralnya, darjat dan harta tidak boleh menjamin kebahagiaan sekiranya tidak bersama orang tersayang.

Di sini, Budiey nak ucapkan tahniah dan selamat hari raya juga buat pengarah drama ini iaitu Azma Aizal Yusoof. Dengan ucapan, semoga berbahagia selalu di hari raya ini. Balik kelate koh demo tahun ini?

Boleh tangkap nangis bila tengok drama ni. Korang leleh ke tidhooook?

Sinopsis Fatihah Untuk Abah

Kekosongan hidup Dollah ditemani dengan gelak tawa dan gurau senda rakan-rakan-rakan di tempat kerjanya. Selain itu, Dollah juga sering mendapat perhatian daripada kerani bernama Ani yang sering mengambil berat terhadap Dollah. Namun begitu sebagai pemandu lori, rutin harian Dollah agak membosankan apatah lagi bila dia hidup kesorangan.

Suatu hari Dollah dikejutkan dengan kunjungan seorang gadis yang seiras wajah bekas isterinya. Fatihah adalah anaknya yang ditinggalkan 17 tahun lalu. Kehadiran Fatihah mengingatkan Dollah pada kisah lalu. Dollah pernah berkeluarga dan pernah bercinta serta cintanya dihalang oleh keluarga isterinya. Isteri Dollah datang daripada keluarga mewah. Pastinya keluarga isterinya tidak mahu membiarkan anak mereka hidup susah bersama dengan pemandu lori. Akhirnya Dollah melepaskan isterinya yang sedang mengandungkan Fatihah ketika itu kepada keluarga isterinya bagi memastikan kehidupan dua beranak itu terjamin. Mulai dari saat itu, Dollah mula kesunyian.

Drama Fatihah Untuk Abah

Berbalik kepada Fatihah, Dollah bertanyakan kepada Fatihah mengenai ibu Fatihah dan jawapan yang diterima ialah ibunya telah meninggal dunia ketika usia Fatihah 6 tahun. Dollah terkejut kerana keluarga isterinya tidak menyampai berita tersebut kepadanya. Dalam keadaan sayu, Dollah bertanya kepada Fatihah akan tujuan sebenar Fatihah datang berjumpa dengannya. Fatihah memberitahu dia ingin menghabiskan cuti sekolah selama sebulan untuk mengenali ayahnya itu. Fatihah terlebih dahulu telah meminta izin daripada Tok Mak.

Dollah menjadi malu untuk menyambut kehadiran Fatihah kerana keadaan rumahnya yang usang dan berselerak sedangkan Fatihah sudah biasa hidup mewah bersama Tok Mak. Kehadiran Fatihah sedikit sebanyak telah mengubah sikap pendiam Dollah.

Jika dulu sakit demam Dollah tiada siapa peduli tapi kini Fatihah yang manjaganya. Malahan keadaan rumah termasuk makan dan pakai ayahnya akan diuruskan Fatihah. Fatihah juga sering mengikut ayahnya ke tempat kerja.

Setiap kali berborak dengan Kak Ani, Fatihah dapat menghidu akan keprihatinan Kak Ani kepada ayahnya, namun ayahnya sahaja yang tidak mengendahkan hal itu. Suatu hari Dollah telah meminta Fatihah untuk berterus terang dengannya sama ada betul atau tidak Tok Mak mengetahui Fatihah berada dengannya. Akhirnya, Fatihah mengaku bahawa dia lari dari kursus yang sepatut dihadirinya selepas peperiksaan SPM kerana ingin mencari Dollah.

Dalam masa yang sama, Amat kawan sekerja Dollah semakin iri hati dengan Dollah apabila Fatihah cuba merapatkan hubungan Dollah dengan Ani. Malah dalam tak sedar, Amat suka melihat Fatihah. Nafsu telah mendorong Amat yang hampir merogol Fatihah tetapi sempat diselamatkan oleh Said. Apabila mengetahui keadaan Fatihah tidak selamat, Dollah menyuruh Fatihah pulang namun Fatihah merayu ingin terus tinggal dengan Dollah. Dollah bersetuju tetapi meletakkan syarat supaya Fatihah menghubungi Tok Mak dan memberitahu perkara sebenar.

Akhirnya Fatihah terpaksa pulang bersama Tok Mak. Kepulangan Fatihah ke pangkuan Tok Mak membuatkan Dollah kembali sunyi tetapi dia merelakan pemergian Fatihah. Fatihah begitu marah kerana abahnya tidak berlawan habis-habisan untuk mempertahankan haknya sebagai ayah kandung Fatihah. Namun Dollah mempunyai sebab mengapa dia rela melepaskan Fatihah. Segala-galanya terjawab apabila Said dan Kak Ani datang bertemu Fatihah dan memberitahu segala rahsia yang Fatihah tidak pernah tahu selama ini. Apabila terbongkar segalanya Tok Mak menyesali segala apa yang telah dia lakukan terhadap Dollah dan Fatihah.

1. CERITA ASAL, LAKON TV & ARAHAN
-AZMA AIZAL YUSOOF-

2. PENULIS SKRIP
-EENAZ MOKHTAR-

3. PENGARAH VIDEOGRAFI
-AM IZHAM-

4. PENERBIT
-ZIZIE IZETTE (BZ2121 PRODUCTIONS)-

PELAKON UTAMA:
FAIZAL HUSSEIN – DOLLAH
SHARIFAH AMANI – FATIHAH
SYAFIE NASWIP – SAID
AMYZA AZNAN – ANI
AZHAN RANI – AMAT
KHATY FAUZIAH – TOK MAK

TAYANGAN:
RAYA KE 3 jam 9.30 Pagi di TV3

Drama Fatihah Untuk Abah

Drama Fatihah Untuk Abah

Drama Fatihah Untuk Abah

Drama Fatihah Untuk Abah

Drama Fatihah Untuk Abah

Drama Fatihah Untuk Abah

Drama Fatihah Untuk Abah

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Review A’Famosa Resort Melaka

Posted: 23 Aug 2012 07:19 PM PDT

A'Famosa Resort : Keriangan Lengkap di Sebelah Sejarah Melaka
oleh Shah Shamshiri

Kelihatan dari Lebuh Raya Utara Selatan, A'Famosa Resort terletak tidak jauh dari Bandaraya Bersejarah, Melaka. Hanya 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan sejam dengan menaiki kereta dari pusat bandaraya KL, resort ini merupakan salah satu tarikan paling popular di Melaka.

Mendapat nama daripada kota kubu Portugis yang terkenal pada abad ke-16 di Melaka, ia dikelilingi oleh bukit-bukau serta persekitaran alam semulajadi yang indah nan hijau. Dengan keluasan sebanyak 520 hektar, A'Famosa Resort merupakan perhentian lengkap buat percutian, meysuarat serta perniagaan. Ia dilengkapi dengan sebuah padang golf bertaraf antarabangsa, sebuah taman air (Water World), taman haiwan (Animal World Safari), Kota Koboi (Cowboy Town), Kelab Ekuestrian, Resort Hotel, Condotel dan juga beberapa banglo atau villa.

Review A'Famosa Resort Melaka

Kesemua pilihan penginapan di sini sangat sesuai buat mereka yang ingin bercuti dengan keluarga, rakan-rakan ataupun berbulan madu. Dengan tiga jenis konsep penginapan berbeza, iaitu Resort Hotel, Condotel dan juga Villa, para pengunjung pasti berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Apatah lagi resort ini turut menyediakan A'Famosa Clubhouse bagi mereka yang ingin mengadakan acara-acara besar serta mesyuarat-mesyuarat penting. Clubhouse ini juga sering menjadi kunjungan para tamu resort untuk menikmati sarapan, makan tengah hari serta makan malam.

Namun yang paling menjadi tumpuan di resort ini, sudah tentu taman-taman temanya. Dan taman tema paling popular adalah A'Famosa Water World yang merupakan sebuah taman tema air sebesar 20 hektar. Dengan pelbagai permainan air seperti gelongsor, kolam ombak dan macam-macam lagi, taman tema ini sering mendapat lawatan daripada pelancong asing yang datang dari pelbagai negara. Tidak lupa juga A'famosa Animal World Safari sebuah taman yang dipenuhi dengan pelbagai jenis hidupan liar. Ia sangat sesuai bagi mereka yang sukakan binatang dan haiwan liar. Dengan lebih 100 spesis haiwan, ia benar-benar persis sebuah safari. Diserikan lagi dengan pertunjukan-pertunjukan haiwan seperti burung, gajah, reptilia dan seumpamanya, pengunjung pasti tidak akan bosan di sini. Bagi mereka yang sering tertarik dengan filem-filem berkonsepkan Cowboy, pastikan singgah di Cowboy Town untuk mengalami dan menikmati sendiri suasana ala-ala filem Cowboy. Ia lengkap dengan persembahan khas para pelakon Cowboy dan Red Indian, yang diperhebatkan lagi dengan pertunjukan permainan api dan sebagainya!

Ini hanya sedikit sahaja gambaran mengenai apa yang dapat dinikmati oleh para pengunjung yang meluangkan masa di A'Famosa Resort. Terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan seperti bermain golf di Kelab Golf, menaiki kuda di Kelab Ekuestrian, berbasikal, memancing, meredah rimba (jungle trekking), membeli-belah dan banyak lagi.

Pendek kata, A'Famosa Resort benar-benar persinggahan yang sesuai untuk bercuti dan berehat kerana ia bukan sekadar penginapan bertaraf antarabangsa sahaja malah sebuah perhentian yang lengkap dengan pelbagai aktiviti serta tarikan bagi mereka yang ingin menghabiskan waktu bersama orang tersayang. Dengan lokasinya yang tidak jauh dari pusat kota serta lapangan terbang, ia sangat mudah ditujui dan harganya juga amat berpatutan. Jadi, kalau ada waktu di hujung minggu atau bercuti panjang, singgahlah ke sini untuk berekreasi!

Review A'Famosa Resort Melaka

Review A'Famosa Resort Melaka

Review A'Famosa Resort Melaka

Review A'Famosa Resort Melaka

Review A'Famosa Resort Melaka

Review A'Famosa Resort Melaka

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

OHBULAN!

OHBULAN!


Mon Jasmin Noir, Haruman Terbaru Bulgari

Posted: 23 Aug 2012 08:12 PM PDT

Mon Jasmin Noir merupakan haruman terbaru daripada rangkaian produk Bulgari. Haruman segar, nyaman dan direka untuk musim bunga ini diilhamkan daripada keajaiban ala Taman Boboli, Florence, Itali. Haruman ini turut dibangkitkan dengan intipati lata haruman bunga melati semulajadi, serta kesegaran air pancut yang mengalir.

Beberapa eleman seperti Pink Pomelo, Almond Hijau, Grandiflorum Jasmine, Delightful Woods serta Kasturi putih dikatakan mampu membangkitkan aura seksi si pemakai. Disamping itu, kehadiran eleman grandiflorum Jasmine yang bergabung dengan Sambac Jasmine Teh bunga turut membangkitkan kehangatan dan keintiman sensual seorang wanita. Untuk wangian Mon Jasmin Noir, L'Eau Exquise, pengasasnya ingin  mengetengahkan ekspresi berupa kesegaran, kemewahan, serta menonjolkan eleman Eau de Jasmin dengan label Mon Jasmin Noir.

Botol haruman L'Eau Exquise direka dengan hiasan eksklusif yang terdiri daripada renda, serta evoking tekstur halus permata. Padanan reben organza yang terang mampu membangkitkan aura elegan dan feminin, manakala warna hijau lembut sebagai warna asas haruman mencerminkan kelembutan dan kesegaran sifat sebenar wanita.

Haruman terbaru ini sudah mula dipasarkan pada bulan Julai 2012 yang lalu dan ia didatangkan dengan dua saiz iaitu 50ml serta 75ml.

Pelik, Sepatu Tinggi!

Posted: 23 Aug 2012 07:00 PM PDT

Setiap wanita pasti mengemari kasut tumit tinggi lagi-lagi ianya dapat menyerlahkan imej personaliti yang menarik. Boleh dikatakan si pencinta fesyen pasti akan membeli sekurang-kurangnya satu kasut apabila keluar membeli belah.Tidak kurang hebatnya, apabila sepatu tinggi pelik yang kian menjadi perhatian wanita dihasilkan secara menyeluruh bagi menampilkan kelainan dalam penggayaan. Ohbulan menampilkan fesyen kasut terpelik yang sedikit sebanyak mungkin menjadi pilihan anda :-

Melangkah penuh bergaya dan berkeyakinan tatkala menyarung sepatu pelik berwarna merah ini.

Pasti mendapat panahan mata yang memandang kerana penghasilannya yang eksklusif diilhamkan daripada bentuk bakul getah.

Si pemakai juga mencapai keselesaan apabila menggayakan sepatu ini kerana tapaknya yang rata memberikan keseimbangan kepada si pemakai. Penggunaan warna merah ini juga dapat menyerlahkan keperibadian berani si cantik.

Sepatu tinggi pelik roda yang berona warna menarik mampu menyerlahkan gaya anda tatkala melangkah ke majlis-majlis. Diinsipirasikan daripada roda kereta sorong dengan gabungan material kain untuk mempersembahkan rekaan eksklusif kasut tersebut.

Getah lembut dibelakang kasut memberikan ciri-ciri keselesaan kepada si gadis untuk menyarungkan sepatu dengan penuh keyakinan.

Kombinasi warna merah, hitam, putih, hijau dan biru memberikan peluang kepada si gadis untuk mengabungkan sepatu tersebut dengan busana yang memukau.

Pelik namun memukau pandangan sesiapa sahaja yang memandang. Manakan tidak, kasut yang berasaskan lastik pemburu dihasilkan menjadi sepatu yang memukau.

Ilham yang bijak ini digabungkan memberikan penampilan yang unik kepada si pemakai. Sekali imbas dengan teliti, setiap perincian yang digunakan mempunyai kreativiti tersendiri.

Kombinasi warna kuning dengan kayu memberikan nilai eksotik terhadap penghasilan kasut tersebut. Selain boleh ditampilkan dengan penggayaan ringkas, fesyen kasut ini juga boleh ditampilkan bagi majlis-majlis glamor.

Sekali imbas terkenang zaman kanak-kanak yang pasti menjadi kenangan terindah apabila mengayakan kasut yang diilhamkan daripada papan gelonsor kanak-kanak.

Penggunaan rona warna terang menyerlahkan kehidupan personaliti si cantik yang sentiasa girang dan ceria. Tumit berasaskan tangga itu kelihatan menarik bagi mereka yang ingin tampil 'chic'.

Pasti si cantik yang menggayakan kasut tersebut menjadi perhatian si jejaka tampan.

Kehidupan meliputi kehendak dan keperluan. Setiap manusia mempunyai keperluan dari segi makanan, tempat tinggal dan pakaian.

Diilhamkan daripada makanan berzat iaitu buah-buahan maka terhasillah sepatu tinggi pisang yang direka dengan idea yang kreatif. Penghasilan yang kemas memberikan perhatian terhadap semua mata yang memandang.

Bagi si pemakai yang lebih optimis dan moden, rona warna kuning diraja itu mampu diserlahkan berikutan warna kuning melambangkan kegembiraan, penuh semangat dan riang.

Biadap. Itu yang digambarkan tatkala melihat sepatu tinggi bertapakkan lidah merah yang terkeluar. Mempunyai persamaan dengan lambang 'Rolling Stone', kasut tumit tinggi ini dihasilkan mengikut kreativiti daripada kasut biasa kepada sesuatu yang lebih unik dan luar biasa.

Kasut dengan permukaan daripada warna pastel itu memberikan kelembutan dalam keberanian seseorang.

Merah yang melambangkan kemegahan mampu membuatkan si pemakai melangkah dengan penuh keyakinan disamping menyerlahkan keaslian cara jalan sebenar seorang wanita untuk tampil menawan.