Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Pengantin merdeka

Posted: 23 Aug 2012 04:10 PM PDT

Izreen Azminda gementar tunggu hari istimewa, terpaksa berangkat ke Korea sehari selepas sanding

TINGGAL seminggu saja lagi pelakon, Izreen Azminda, 27, bakal mengucapkan selamat tinggal kepada dunia solo.

Tepat dengan tarikh kemerdekaan negara bersamaan 13 Syawal, bintang drama bersiri Julia ini akan bersanding dengan jejaka pilihan hati jurukamera, Muhamad Riza Baharudin, 28. Sehari sebelum itu, pasangan ini dinikahkan dalam keberkatan Ramadan.

Izreen bagaimanapun bersyukur kesibukan di lokasi dan keperluan menyambut Aidilfitri tidak menjejaskan tumpuan pada majlis besar dirancang.
"Memang tak dapat dinafikan, saya cukup gementar. Perasaan bercampur baur, saya gembira tetapi pada masa sama berdebar kerana hanya tinggal berapa hari saja lagi sebelum majlis berlangsung," katanya kepada HIP.

Tak jumpa bakal suami

"Jika mahu bercerita mengenai pantang, emak saya beritahu usah berjumpa bakal suami beberapa hari sebelum berkahwin.

"Akur petua orang tua-tua, saya tidak akan berjumpa Muhamad Riza dari cuti raya hinggalah hari kami dinikahkan iaitu pada 30 Ogos," katanya yang hanya mengadakan majlis persandingan sebelah pihak perempuan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Kedah.
Tidak menganjur majlis sambut menantu di kampung halaman bakal suami di Sabak Bernam, Selangor, Izreen berpendapat, lebih baik dia mengadakan majlis ringkas. Lebih-lebih lagi, ramai orang sudah tahu Muhamad Riza pernah berkahwin.

Mengikat tali pertunangan pada 1 Januari lalu, Izreen berkongsi perasaan sedih terpaksa berpisah dengan bakal suami sehari selepas bernikah.

"Saya akan berangkat ke Korea untuk menyambung aktiviti penggambaran drama Julia di negara itu. Tidak sempat merasai nikmat berkahwin, saya perlu bekerja.

"Memang agak berat hendak meninggalkan suami bagi tempoh agak lama iaitu 15 hari," katanya.
Izreen berkata, berikutan kesibukan Muhamad Riza, dia tidak pasti bakal suaminya dapat menyertainya ke Korea.

"Kalau boleh, saya mahu dia ikut, sekurang-kurangnya kami dapat menghabiskan waktu bersama jika ada kelapangan," tambahnya.

Jaga status isteri orang

Bersyukur bertemu pasangan yang memahami, Izreen gembira bakal suaminya tidak mengongkong kerjaya sebagai pelakon.

Namun, sebagai wanita yang sudah berkahwin, pasti ada batas yang perlu dijaga. Seperti yang dinyatakan Muhamad Riza, Izreen boleh berlakon tapi watak yang dibawa perlu berpada-pada.

Perlu memilih watak sesuai, Izreen bebas menerima tawaran watak antagonis asalkan dia menjaga tingkah laku dan perhubungan sebagai isteri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan