Adsense

Khamis, 23 Ogos 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sinopsis Drama Fatihah Untuk Abah

Posted: 23 Aug 2012 07:25 PM PDT

Salam lebaran di hari yang ke-6 buat semua pembaca budiey.com. Syukur, Budiey dah pun selamat tiba di Kuala Lumpur untuk kembali bekerja. Kampung halaman telah pun kita tinggalkan dengan seribu kenangan indah beraya bersama kaum keluarga dan sanak saudara.

Bagaimana raya anda tahun ini?

VIDEO PENUH DRAMA FATIHAH UNTUK ABAH

Adakah raya anda hanya semata-mata di depan kaca TV? Maklumlah, banyak sekali drama-drama yang dihidangkan. Kebanyakan drama raya tahun ni rata-rata bergenrekan kekeluargaan. Banyak betul drama yang sedih dan menyentap rasa jiwa dan raga, kan?

Mungkin tahun depan, kita kena cadangkan kepada stesen TV untuk memperbanyakkan drama berbentuk komedi pula. Sebab raya-raya macam ni, kita tak digalakkan bersedih dan berduka, betul tak?

Namun, tak mengapalah, sebenarnya drama sedih tu ada unsur-unsur pengacara buat kita semua. Sekurang-kurang, memberi keinsafan dan mesej berguna untuk kita menjalani hidup.

Pada pagi raya ke-3 yang lalu, Budiey ada menonton sebuah drama yang sangat syahdu syahdan. Budiey sangat tersentuh menonton drama ini. Dan begitu juga dengan beberapa rakan di Twitter, rata-rata cakap drama ni sangat sedih. Drama yang Budiey maksudkan ialah drama Fatihah untuk Abah di TV3. Sebuah drama yang hebat dan sangat menyentap perasaan. Dengarnya ramai yang tersedu sedan. Drama Fatihah Buat Abah dilakonkan oleh pelakon hebat & mantap seperti Faizal Hussein, Sharifah Amani, Shafie Naswip dan beberapa lagi nama besar.

Drama ini memang sangat berkesan dan memberi pengajaran serta moral kepada para penonton. Moralnya, darjat dan harta tidak boleh menjamin kebahagiaan sekiranya tidak bersama orang tersayang.

Di sini, Budiey nak ucapkan tahniah dan selamat hari raya juga buat pengarah drama ini iaitu Azma Aizal Yusoof. Dengan ucapan, semoga berbahagia selalu di hari raya ini. Balik kelate koh demo tahun ini?

Boleh tangkap nangis bila tengok drama ni. Korang leleh ke tidhooook?

Sinopsis Fatihah Untuk Abah

Kekosongan hidup Dollah ditemani dengan gelak tawa dan gurau senda rakan-rakan-rakan di tempat kerjanya. Selain itu, Dollah juga sering mendapat perhatian daripada kerani bernama Ani yang sering mengambil berat terhadap Dollah. Namun begitu sebagai pemandu lori, rutin harian Dollah agak membosankan apatah lagi bila dia hidup kesorangan.

Suatu hari Dollah dikejutkan dengan kunjungan seorang gadis yang seiras wajah bekas isterinya. Fatihah adalah anaknya yang ditinggalkan 17 tahun lalu. Kehadiran Fatihah mengingatkan Dollah pada kisah lalu. Dollah pernah berkeluarga dan pernah bercinta serta cintanya dihalang oleh keluarga isterinya. Isteri Dollah datang daripada keluarga mewah. Pastinya keluarga isterinya tidak mahu membiarkan anak mereka hidup susah bersama dengan pemandu lori. Akhirnya Dollah melepaskan isterinya yang sedang mengandungkan Fatihah ketika itu kepada keluarga isterinya bagi memastikan kehidupan dua beranak itu terjamin. Mulai dari saat itu, Dollah mula kesunyian.

Drama Fatihah Untuk Abah

Berbalik kepada Fatihah, Dollah bertanyakan kepada Fatihah mengenai ibu Fatihah dan jawapan yang diterima ialah ibunya telah meninggal dunia ketika usia Fatihah 6 tahun. Dollah terkejut kerana keluarga isterinya tidak menyampai berita tersebut kepadanya. Dalam keadaan sayu, Dollah bertanya kepada Fatihah akan tujuan sebenar Fatihah datang berjumpa dengannya. Fatihah memberitahu dia ingin menghabiskan cuti sekolah selama sebulan untuk mengenali ayahnya itu. Fatihah terlebih dahulu telah meminta izin daripada Tok Mak.

Dollah menjadi malu untuk menyambut kehadiran Fatihah kerana keadaan rumahnya yang usang dan berselerak sedangkan Fatihah sudah biasa hidup mewah bersama Tok Mak. Kehadiran Fatihah sedikit sebanyak telah mengubah sikap pendiam Dollah.

Jika dulu sakit demam Dollah tiada siapa peduli tapi kini Fatihah yang manjaganya. Malahan keadaan rumah termasuk makan dan pakai ayahnya akan diuruskan Fatihah. Fatihah juga sering mengikut ayahnya ke tempat kerja.

Setiap kali berborak dengan Kak Ani, Fatihah dapat menghidu akan keprihatinan Kak Ani kepada ayahnya, namun ayahnya sahaja yang tidak mengendahkan hal itu. Suatu hari Dollah telah meminta Fatihah untuk berterus terang dengannya sama ada betul atau tidak Tok Mak mengetahui Fatihah berada dengannya. Akhirnya, Fatihah mengaku bahawa dia lari dari kursus yang sepatut dihadirinya selepas peperiksaan SPM kerana ingin mencari Dollah.

Dalam masa yang sama, Amat kawan sekerja Dollah semakin iri hati dengan Dollah apabila Fatihah cuba merapatkan hubungan Dollah dengan Ani. Malah dalam tak sedar, Amat suka melihat Fatihah. Nafsu telah mendorong Amat yang hampir merogol Fatihah tetapi sempat diselamatkan oleh Said. Apabila mengetahui keadaan Fatihah tidak selamat, Dollah menyuruh Fatihah pulang namun Fatihah merayu ingin terus tinggal dengan Dollah. Dollah bersetuju tetapi meletakkan syarat supaya Fatihah menghubungi Tok Mak dan memberitahu perkara sebenar.

Akhirnya Fatihah terpaksa pulang bersama Tok Mak. Kepulangan Fatihah ke pangkuan Tok Mak membuatkan Dollah kembali sunyi tetapi dia merelakan pemergian Fatihah. Fatihah begitu marah kerana abahnya tidak berlawan habis-habisan untuk mempertahankan haknya sebagai ayah kandung Fatihah. Namun Dollah mempunyai sebab mengapa dia rela melepaskan Fatihah. Segala-galanya terjawab apabila Said dan Kak Ani datang bertemu Fatihah dan memberitahu segala rahsia yang Fatihah tidak pernah tahu selama ini. Apabila terbongkar segalanya Tok Mak menyesali segala apa yang telah dia lakukan terhadap Dollah dan Fatihah.

1. CERITA ASAL, LAKON TV & ARAHAN
-AZMA AIZAL YUSOOF-

2. PENULIS SKRIP
-EENAZ MOKHTAR-

3. PENGARAH VIDEOGRAFI
-AM IZHAM-

4. PENERBIT
-ZIZIE IZETTE (BZ2121 PRODUCTIONS)-

PELAKON UTAMA:
FAIZAL HUSSEIN – DOLLAH
SHARIFAH AMANI – FATIHAH
SYAFIE NASWIP – SAID
AMYZA AZNAN – ANI
AZHAN RANI – AMAT
KHATY FAUZIAH – TOK MAK

TAYANGAN:
RAYA KE 3 jam 9.30 Pagi di TV3

Drama Fatihah Untuk Abah

Drama Fatihah Untuk Abah

Drama Fatihah Untuk Abah

Drama Fatihah Untuk Abah

Drama Fatihah Untuk Abah

Drama Fatihah Untuk Abah

Drama Fatihah Untuk Abah

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Review A’Famosa Resort Melaka

Posted: 23 Aug 2012 07:19 PM PDT

A'Famosa Resort : Keriangan Lengkap di Sebelah Sejarah Melaka
oleh Shah Shamshiri

Kelihatan dari Lebuh Raya Utara Selatan, A'Famosa Resort terletak tidak jauh dari Bandaraya Bersejarah, Melaka. Hanya 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan sejam dengan menaiki kereta dari pusat bandaraya KL, resort ini merupakan salah satu tarikan paling popular di Melaka.

Mendapat nama daripada kota kubu Portugis yang terkenal pada abad ke-16 di Melaka, ia dikelilingi oleh bukit-bukau serta persekitaran alam semulajadi yang indah nan hijau. Dengan keluasan sebanyak 520 hektar, A'Famosa Resort merupakan perhentian lengkap buat percutian, meysuarat serta perniagaan. Ia dilengkapi dengan sebuah padang golf bertaraf antarabangsa, sebuah taman air (Water World), taman haiwan (Animal World Safari), Kota Koboi (Cowboy Town), Kelab Ekuestrian, Resort Hotel, Condotel dan juga beberapa banglo atau villa.

Review A'Famosa Resort Melaka

Kesemua pilihan penginapan di sini sangat sesuai buat mereka yang ingin bercuti dengan keluarga, rakan-rakan ataupun berbulan madu. Dengan tiga jenis konsep penginapan berbeza, iaitu Resort Hotel, Condotel dan juga Villa, para pengunjung pasti berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Apatah lagi resort ini turut menyediakan A'Famosa Clubhouse bagi mereka yang ingin mengadakan acara-acara besar serta mesyuarat-mesyuarat penting. Clubhouse ini juga sering menjadi kunjungan para tamu resort untuk menikmati sarapan, makan tengah hari serta makan malam.

Namun yang paling menjadi tumpuan di resort ini, sudah tentu taman-taman temanya. Dan taman tema paling popular adalah A'Famosa Water World yang merupakan sebuah taman tema air sebesar 20 hektar. Dengan pelbagai permainan air seperti gelongsor, kolam ombak dan macam-macam lagi, taman tema ini sering mendapat lawatan daripada pelancong asing yang datang dari pelbagai negara. Tidak lupa juga A'famosa Animal World Safari sebuah taman yang dipenuhi dengan pelbagai jenis hidupan liar. Ia sangat sesuai bagi mereka yang sukakan binatang dan haiwan liar. Dengan lebih 100 spesis haiwan, ia benar-benar persis sebuah safari. Diserikan lagi dengan pertunjukan-pertunjukan haiwan seperti burung, gajah, reptilia dan seumpamanya, pengunjung pasti tidak akan bosan di sini. Bagi mereka yang sering tertarik dengan filem-filem berkonsepkan Cowboy, pastikan singgah di Cowboy Town untuk mengalami dan menikmati sendiri suasana ala-ala filem Cowboy. Ia lengkap dengan persembahan khas para pelakon Cowboy dan Red Indian, yang diperhebatkan lagi dengan pertunjukan permainan api dan sebagainya!

Ini hanya sedikit sahaja gambaran mengenai apa yang dapat dinikmati oleh para pengunjung yang meluangkan masa di A'Famosa Resort. Terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan seperti bermain golf di Kelab Golf, menaiki kuda di Kelab Ekuestrian, berbasikal, memancing, meredah rimba (jungle trekking), membeli-belah dan banyak lagi.

Pendek kata, A'Famosa Resort benar-benar persinggahan yang sesuai untuk bercuti dan berehat kerana ia bukan sekadar penginapan bertaraf antarabangsa sahaja malah sebuah perhentian yang lengkap dengan pelbagai aktiviti serta tarikan bagi mereka yang ingin menghabiskan waktu bersama orang tersayang. Dengan lokasinya yang tidak jauh dari pusat kota serta lapangan terbang, ia sangat mudah ditujui dan harganya juga amat berpatutan. Jadi, kalau ada waktu di hujung minggu atau bercuti panjang, singgahlah ke sini untuk berekreasi!

Review A'Famosa Resort Melaka

Review A'Famosa Resort Melaka

Review A'Famosa Resort Melaka

Review A'Famosa Resort Melaka

Review A'Famosa Resort Melaka

Review A'Famosa Resort Melaka

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: