Adsense

Isnin, 11 Jun 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Neelofa bakal saman Anzalna?

Posted: 11 Jun 2012 06:31 PM PDT


Neelofa dan Anzalna
Neelofa dan Anzalna
 
Mungkin nama Anzalna Nasir tidak begitu menyerlah berbanding rakan seangkatannya menerusi pencarian Dewi Remaja 2010, Neelofa Mohd Noor.

Rata-rata lebih mengenali Neelofa yang diberi lebih banyak ruang dan peluang di dalam industri seni.

Mana tidaknya, Neelofa juga turut menggalas peranan penting sebagai pengacara rancangan popular, Nona, walaupun masih baru dalam industri.

Namun, kedinginan mereka dihidu sejak Dewi Remaja lagi. Menerusi teman terdekat, mereka dikatakan tidak mempunyai hubungan baik .

Mencipta satu lagi kontroversi yang boleh mengeruhkan keadaan, Anzalna tampil berani mengeluarkan kenyataan terhadap pelakon utama filem Azura ini.

Dalam temu bual sebuah akhbar, Anzalna mendakwa Neelofa tidak berpuas hati dan pernah menghinanya menerusi laman sosial Facebook.

Anzalna turut mengatakan Neelofa turut mewujudkan akaun Facebook, Kami Benci Anzalna dan mengugutnya sekiranya dia memenangi Dewi Remaja.

Tidak hanya berdiam diri, Neelofa menerusi Twitternya membidas kenyataan Anzalna.

"Nothing in this dunya is in our hands, that Allah cannot take from us and so jgn fikir memfitnah dan menjatuhkan orang lain dalam surat khabar adalah sebaik baik jalan penyelesaian. I know where I stand and as for the truth. I will do it the official way", kata Neelofa menerusi Twitternya.

Neelofa yang dihubungi , bagaimanapun enggan beri kenyataan.

"Saya tidak mahu komen apa-apa. Saya akan keluarkan kenyataan tidak lama lagi, tapi bukannya hari ini," katanya.

- ---

Jimmy, isteri gagal capai persetujuan

Posted: 11 Jun 2012 05:59 PM PDT


Pengacara Jimmy Shanley
Pengacara Jimmy Shanley
 
SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam menetapkan 28 Ogos depan sebagai perbicaraan berhubung tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) secara bersama yang dikemukakan isteri pengacara, Jimmy Shanley.

Hakim Syarie, Mawardi Che Man memutuskan demikian setelah Jimmy, 32, dan isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy gagal mencapai persetujuan bersama dalam tuntutan itu.

Mawardi berkata, Jimmy selaku defendan dalam kes ini diarahkan memberi keterangan terlebih dahulu.

"Ini kerana defendan mempertikai kelayakan Suhaila sebagai seorang ibu dan Jimmy perlu buktikan dakwaannya itu," katanya.

Sebelum itu, peguam syarie, Saadiah Din mewakili Suhaila menawarkan hak penjagaan bersama secara bergilir-gilir.

Saadiah berkata, pihaknya menerima surat tawaran balas daripada Jimmy yang mencadangkan agar lawatan terhadap anaknya seminggu di bahagian dua.

Bagaimanapun, Suhaila tidak bersetuju tawaran tersebut.

"Anak guam saya hanya menawarkan hak lawatan dan Jimmy boleh bersama dengan anaknya Zahrah Shanley, tetapi tidak boleh bermalam.

"Jimmy juga dilarang membawa keluar Zahrah dari rumah Suhaila," katanya. Pada 18 Oktober 2011, Nursuhaila, 26, menfailkan tuntutan hadanah terhadap Jimmy dan mencadangkan agak hak penjagaan itu diberi sama rata dengan cara bergilir-gilir setiap minggu.

Sementara itu, peguam Jimmy, Mohd Noor Aizan Md Idrus berkata, Jimmy tidak bersetuju tawaran berkenaan.

"Anak guam saya berpendapat tawaran itu adalah tidak munasabah," katanya.

Jimmy atau nama penuhnya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010.

Pernikahan mereka berlangsung di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, di sini dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.

Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November dua tahun lalu apabila Jimmy tidak menyangkal perkahwinannya dilanda masalah seperti yang dilaporkan akhbar dan sudah tidak tinggal bersama sejak 21 Oktober 2010 iaitu 20 hari selepas bernikah.

- ---

Shila Amzah Labur RM40 Ribu Kerana Album Sendiri

Posted: 11 Jun 2012 05:37 PM PDT

Shila Amzah
PETALING JAYA: Demi mengukuhkan lagi tapak kerjaya seni nyanyian, penyanyi Shila Amzah berani mengambil risiko dengan melaburkan hampir RM40,000 untuk menerbitkan albumnya sendiri.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata kesanggupannya itu disebabkan kerana ingin menguatkan profil kerjaya nyanyiannya selain enggan mengecewakan peminat-peminat yang sudah lama menunggu kemunculan album terbaru.
"Sudah lama saya impikan untuk menerbitkan album sendiri, walaupun tahu hasil jualan album tidaklah banyak mana, namun ia adalah kepuasan buat saya.
"Ia satu pelaburan yang besar untuk penyanyi seperti saya dan dianggarkan untuk sebuah lagu, kosnya lebih daripada RM5,000. Dan sebanyak lapan buah lagu akan dimuatkan pada album berkenaan.
"Bukan itu sahaja, saya juga perlu melaburkan dalam penerbitan klip video serta urusan promosi," katanya.
Tambah Shila, sebagai penyanyi muda yang masih lagi belajar mengenai selok-belok dalam pengurusan perniagaan muzik, albumnya itu akan dibuat secara berperingkat agar mendapat hasil yang berkualiti.
"Pada album itu, saya akan memuatkan lagu-lagu ciptaan sendiri yang sudah lama saya hasilkan, malah sejak dari sekolah menengah lagi.
"Cuma sebelum ini saya kurang keberanian untuk tunjuk kebolehan menghasilkan lagu kepada umum. Dan sejak muncul dengan lagu Patah Seribu, barulah saya yakin untuk merakam lagu-lagu berkenaan," ujarnya.
Sementara itu, memandangkan telefilem lakonannya Patah Seribu mendapat respons positif, Shila berkata, buat masa ini dia ingin memberi fokus pada kerjaya nyanyiannya dahulu.
"Kalau boleh saya tidak mahu mencampuradukkan dua bidang (lakonan dan nyanyian) ini dalam satu masa, kerana sukar untuk memberi fokus.
"Malah ketika penyertaan saya dalam program Mania hampir tiga bulan, pembikinan album saya juga tergendala.
"Jadi biarlah saya fokus dengan nyanyian dahulu. Lagipun bidang lakonan hanyalah sekadar untuk saya mencuba melihat sejauh mana kemampuan diri dalam bidang tersebut.

- ---

Kuza Enggan Anak-Anak Jadi Artis

Posted: 11 Jun 2012 05:25 PM PDT

Kuza menganggap kitaran dalam dunia lakonan adalah perkara biasa bagi seseorang artis.
PETALING JAYA: Pelakon Tengku Sariza Tengku Muzani atau Kuza tidak menggalakkan anak-anaknya untuk menjadi artis sebaliknya mahu mereka mengutamakan pelajaran.
Kuza, 39, berkata, dia mahu melihat tiga anaknya iaitu Nizam Firdaus, 18, Puteri Nazihah, 17 dan Puteri Nadia, 7, mempunyai kerjaya tetap yang dapat menjamin masa depan mesing-masing.
"Saya tidak menggalakkan mereka terlibat dalam bidang seni kerana saya sudah melalui pahit manis sebagai seorang pelakon dan ia bukan mudah seperti yang disangka.
"Sebab itu saya mahu mereka mengejar cita-cita dalam bidang lain yang lebih menjamin masa depan," ujarnya .
Tambah Kuza, setakat ini anak-anaknya tidak menunjukkan minat untuk terlibat sama ada sebagai pelakon atau penyanyi dan telah mempunyai haluan sendiri dalam menentukan masa depan mereka.
"Macam anak saya yang sulung dia sangat berminat dengan dunia kulinari dan sedang menunggu keputusan untuk masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan saya sebagai ibu menyokong kehendaknya itu," ujarnya.
Dalam pada itu, Kuza memberitahu dia tidak kisah jika tidak lagi menjadi pilihan para pengarah dan penerbit drama untuk memegang watak penting kepadanya kerana sedar zaman kegemilangannya sudah berakhir.
Kuza memberitahu, dia menganggap situasi itu adalah perkara biasa bagi pelakon lama sepertinya dan peluang perlu diberikan kepada muka-muka baru untuk menyerlah.
"Dulu saya sudah merasai popular sekarang ni bagi la pula kepada pelakon-pelakon muda dan saya lihat ramai yang mempunyai bakat besar selain wajah yang cantik.
"Ia adalah kitaran normal dalam industri ini dan tiada apa yang pelik jika pelakon lama seperti saya tidak lagi mendapat watak utama dalam sesebuah drama," katanya.
Bagaimanapun kata Kuza, sehingga kini dia masih menerima tawaran daripada pihak produksi dengan watak yang sesuai dengan usianya sekarang.
"Umur dah 39 tahun, takkan nak bawak watak orang muda. Peranan sebagai emak sesuailah," katanya.
Sementara itu, Kuza memberitahu selain berlakon dia juga sedang sibuk mengusahakan produk penjagaan kulit berasaskan herba yang diberi nama Kuza Gold hampir dua bulan lalu.
Kuza memberitahu, walaupun produk berkenaan baru sahaja memasuki pasaran dia gembira dengan penerimaan pengguna dan memberitahu telah menggunakan produk berkenaan pada wajahnya sendiri selama setahun.
"Saya tak mahu jual sesuatu benda yang saya sendiri tidak yakin apabila menggunakannya. Sebab itu saya cuba dulu selama setahun dan apabila nampak kesan ketara baru saya b erani untuk jual kepada orang.
"Ia bagus untuk menghilangkan dan merawat jeragat pada wajah dan boleh digunakan oleh lelaki dan wanita dan saya cipta produk ini dengan bantuan pakar," ujarnya. Kuza bakal muncul dalam drama bersiri Waris arahan Kabir Bhatia bermula 14 Jun ini yang akan ditayangkan di slot Seram, setiap hari Rabu, pukul 10 malam di TV3.

- ---

Osman Kering Kritikal Di ICU

Posted: 11 Jun 2012 05:11 PM PDT

Osman Kering.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Osman Kering atau nama sebenarnya Osman kassim, 58, sedang dirawat di Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, Isnin.
Sehingga berita ini ditulis pada pukul 9.40 malam, keadaan Osman berada dalam keadaan kritikal dengan bantuan alat pernafasan.
Anak kedua Osman iaitu Mohd Al Amin, 27, mengesahkan perkara itu dan menolak khabar angin bapanya sudah meninggal dunia sekitar pukul 7 malam Isnin.
"Alhamdulillah, ayah masih hidup dan kini dibawah pemerhatian doktor di wad kecemasan dan akan dibawa ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) untuk rawatan selanjutnya," katanya  ketika ditemui di HUKM malam Isnin.
Amin menjelaskan, bapanya rebah sekitar pukul 6 petang Isnin di rumah mereka di Bandar Permaisuri, Cheras selepas mengalami batuk berdarah sebanyak dua kali.
Dia memberitahu seorang jiran yang datang untuk membantu kemudiannya mengesahkan bapanya telah meninggal dunia pada pukul 6.45 petang sebelum diperiksa sekali lagi oleh adiknya iaitu Nur Ain, 25, yang kebetulan bekerja dalam bidang perubatan.
"Selepas adik periksa nadi ayah, dia memberitahu ayah masih hidup tetapi nadinya lemah dan kami bergegas membawanya ke hospital," katanya.
Tambah Amin, ketika kejadian, ibunya iaitu Che Norhayati Che Omar, 48, berada disisi bapanya bersama seorang lagi adiknya.
Dalam pada itu, Amin memberitahu, bapanya memang sudah lama mengalami penyakit batuk kering dan sesak nafas dan keadaannya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.
"Doakan ayah saya kembali sihat dan dapat kembali seperti biasa," ujarnya.

- ---

Tasha Shila, Anzalna dan Neelofa Terima Padah Jika Terus Bergaduh

Posted: 11 Jun 2012 05:10 PM PDT

Dari kiri; Tasha Shila, Neelofa dan Anzalna
PETALING JAYA: Sikap tiga orang artis iaitu Tasha Shila, Anzalna dan Neelofa yang bertelagah akan memakan diri apabila tawaran berlakon ke atas mereka disekat sekiranya didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin yang bakal ditubuhkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
Presidennya Zed Zaidi berkata, menerusi jawatankuasa tersebut, pihaknya akan memanggil mereka untuk menyiasat apakah punca sebenar mereka bertelagah yang secara langsung mencemarkan nama baik dunia artis tempatan.
"Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti 'Facebook' dan 'Twitter'.
"Pertelagahan antara Tasha, Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru, dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. Sebab itu pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut secepat mungkin.
"Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, ia akan memberi pengajaran kepada mereka dan artis-artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang," katanya yang dihubungi di sini, Isnin.
Zed Zaidi
Zed diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang mendakwa pelakon Neelofa telah memburuk-burukkan dua rakannya iaitu Anzalna dan Tasha.
Episod pergaduhan artis berkenaan tercetus apabila Neelofa kononnya telah meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) menerusi sebuah akhbar mingguan.
Kejadian itu bertambah panas apabila pada Ahad lalu Anzalna pula menempelak Neelofa dengan mendakwa pelakon itu suka memburukkannya di laman sosial.
Dalam pada itu tambah Zed, walaupun jawatankuasa disiplin itu belum lagi ditubuhkan, ketiga-tiga artis berkenaan serta individu lain yang mempunyai masalah sesama sendiri boleh merujuk kepada pihak Seniman sekiranya sukar untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.
"Buat masa ini pihak kami tidak boleh masuk campur melainkan artis-artis ini yang datang kepada Seniman untuk selesaikan masalah.
"Bagaimanapun, andai kata kes mereka terlalu serius sehingga dibawa naik ke mahkamah, pihak kami akan campur tangan untuk menyelesaikannya," tegasnya.
Dalam pada itu, pihak Seniman juga sedang merancang untuk menganjurkan sebuah kursus komunikasi buat artis-artis yang baru menyertai industri seni hiburan agar isu-isu mengenai disiplin tidak akan timbul lagi.
Mengikut syarat, semua artis di negara ini perlu menjadi ahli Seniman sebelum boleh diambil berlakon.

Syafie Naswip Terima Tujuh Suntikan

Posted: 11 Jun 2012 02:09 AM PDT

Syafie Naswip terima tujuh suntikan akibat disengat obor-obor.
PETALING JAYA: Pelakon remaja, Syafie Naswip, menerima nasib malang kerana digigit obor-obor ketika sedang mandi di Pantai Batu Empat, Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan selepas tamat penggambaran drama bersiri Miscinta Rabu lalu.
Syafie, 20, ketika dihubungi pada Isnin berkata, akibat kejadian itu dia terpaksa menerima tujuh suntikan selepas mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson, selama dua jam bagi mengurangkan bisa dalam badan.
"Semasa kejadian saya dan beberapa krew drama Miscinta telah mandi di pantai itu bagi meraikan tamat penggambaran drama tersebut yang telah selesai kira-kira pukul 6.45 petang pada hari berkenaan.
"Bagaimanapun setelah hampir 10 ke 15 minit saya mandi tiba-tiba lengan sebelah kanan saya telah disengat oleh obor-obor sehingga menyebabkan rasa sakit seperti terkena renjatan elektrik. Krew lain yang mandi tidak mengalami gigitan tersebut," ujarnya.
Tambah Syafie, walaupun doktor mengesahkan kecederaannya itu tidak serius, kesakitan akibat bisa obor-obor itu masih dapat dirasainya walaupun telah diberi tujuh suntikan.
Dalam pada itu, Syafie berkata, dia juga telah membuat pemeriksaan susulan di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan keadaannya sudah beransur pulih.
"Alhamdulillahlah doktor memberitahu keadaan saya semakin pulih namun diarahkan berehat dengan secukupnya. Sepanjang minggu lalu badan saya terasa begitu lemah," katanya.
Bagaimanapun kata Syafie, dia tidak dapat berehat lama kerana bakal kembali ke set penggambaran Miscinta yang akan dihasilkan dalam bentuk telefilem pada Isnin (hari ini).
Syafie memberitahu, selain drama itu, dia juga akan muncul dengan telefilem lain berjudulCikgu Saodah arahan Azman Nor untuk siaran RTM.

- ---

Tepati Ramalan, Caroline Juara Mentor 6

Posted: 10 Jun 2012 08:21 PM PDT

Caroline menepati ramalan apabila muncul juara Mentor musim keenam.
SHAH ALAM: Memperoleh 71 markah secara keseluruhan, protege Ella, Caroline menepati ramalan apabila berjaya meraih gelaran juara program Mentor musim keenam (Mentor 6) yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, malam Ahad.
Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi.
Protege Ogy Ahmad Daud, Zatul atau Noor Nazatul Farahin, 23, mendapat tempat kedua dengan mendapat 60 markah , sekaligus meraih wang tunai berjumlah RM30,000 serta trofi.
Manakala protege Faizal Tahir, Anas atau Anas Ridzuan (50 markah) yang mendapat tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM10,000 beserta trofi.
Ketiga-tiga mentor tersebut turut mendapat trofi dan habuan wang tunai mengikut kemenangan protege masing-masing dimana Ella mendapat RM100,000, Ogy (RM30,000) dan Faizal (RM10,000).
Caroline bersama pemenang tempat kedua iaitu Zatul dan Anas yang mendapat ketiga bersama mentor masing-masing.
Pada segmen pertama, Anas membawakan lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latiff, diikuti Zatul dengan dua buah lagu daripada kumpulan Search iaitu Pawana dan Pelesit Kota.
Manakala Caroline membawakan lagu My Love (Justin Timberlake) dan I Don't Wanna Miss A Thing(Aerosmith).
Kemudian ketiga-tiga protege ditugaskan untuk berduet dengan penyanyi profesional yang mana menyaksikan Anas membawakan lagu Selamat Malam (Faizal Tahir) bersama Hazama, Zatul dan Ziana Zain (Nakal-Gigi dan Sedang Ingin Bercinta-Dewa 19) manakala Caroline membawakan laguKau Kekasihku (Siti Nurhaliza) dengan Azlan The Typewriter.
Tugasan terakhir, Anas menyampaikan lagu barunya iaitu Hanya Dirimu, Zatul (Tinggalkan Yang Lalu) dan Caroline membawakan lagu Harus Cintamu.
Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam.
Juri profesional merupakan pemuzik Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini.
Turut diumumkan adalah pemenang peserta ujibakat iaitu Najua P.Ramlee yang menyanyikan laguKisah Hati menerima hadiah wang tunai RM1,000.
Mentor 6 akhir itu disiarkan secara langsung di TV3.

- ---

Sein Tak Mahu Dicop 'Mat Bunga'

Posted: 10 Jun 2012 08:20 PM PDT

Sein
KUALA LUMPUR: Pelakon Sein, 29, membuat keputusan tidak mahu mengambil watak-watak lelaki romantik sebaliknya memilih karaktor anatagonis agar tidak dicop sebagai lelaki 'mat bunga'.
Sein atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa berkata, dia menyifatkan wataknya sebagai hero romantik dalam kebanyakan drama yang dilakonkannya sebelum ini telah memberikan persepsi kepada orang ramai bahawa ia hanya sinonim dengan watak-watak sedemikian.
"Diakui, salah saya juga kerana menerima terlalu banyak tawaran yang melibatkan watak lelaki romantik atau hero yang baik-baik sahaja sehinggakan dicop sebagai lelaki 'mat bunga'.
"Sebelum lebih ramai lagi yang akan menggelarkan saya sebegitu, lebih baik saya beralih arah dengan memilih watak-watak antagonis sahaja buat sementara waktu ini," katanya.
Tambah bekas ahli kumpulan Ruffedge itu, hal tersebut telah membuatkan dia sedar bahawa pada masa akan datang nanti dia akan lebih peka mengenai pemilihan watak supaya penonton dapat melihat dirinya dalam pelbagai watak yang dilakonkan.
Sein bersama barisan pelakon Pencinta.
Justeru itu, buat kali keduanya (selepas filem Psiko arahan Namron), Sein membawakan watak antagonis iaitu Boy dalam filem Pencinta, arahan pengarah hebat Khir Rahman.
Beritahu Sein, watak Boy benar-benar mengujinya dalam penghayatan lakonan selain ingin membuktikan kelainan karakternya dalam filem tersebut yang turut dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Johan As'ari, Miera Leyana dan Siti Saleha.
"Dalam filem ini, ia benar-benar mencabar lakonan saya dimana saya perlu menjiwai watak Boy yang jahat dan pada masa sama bersifat pelik.
"Walaupun baru kali kedua memegang watak jahat, ia amat menyeronokkan lebih-lebih lagi dapat melakukan babak-babak lawan kerana mencabar tahap ketahann fizikal diri.
"Saya sangat gembira apabila Khir mempercayai saya untuk membawakan watak sedemikian, sebab itu saya cuba memberikan hasil lakonan yang terbaik agar lakonan itu seperti yang diinginkan," ujarnya.
Dalam pada itu Sein kembali kepada aktiviti bersukan sebagai persediaan untuk dia melakonkan babak-babak lasak pada masa akan datang.
Pencinta yang merupakan filem aksi romantik ini mengisahkan tentang cinta terlarang antara bekas ahli kongsi gelap, Amir (Johan) dan Aishah (Siti Saleha).
Percintaan Amir dan Aishah menjadi rumit apabila ibu bapa Aishah mahu dia berkahwin dengan Boy (Sein), seorang lelaki yang berlatarbelakangkan keluarga kaya.

- ---

Aiman Hakim Enggan Dedah Kisah Bersama Seorang Wanita

Posted: 10 Jun 2012 07:42 PM PDT

Aiman
PETALING JAYA: Pelakon drama bersiri Vanila Coklat, Aiman Hakim Ridza enggan mengulas mengenai penyebaran gambar dia bersama seorang wanita yang dikatakan kekasihnya.
Aiman menjelaskan, tidak mahu memberikan perhatian kepada kontroversi yang melanda sebaliknya ingin menumpukan kepada kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi.
"Mungkin ada peminat tertanya-tanya mengenai status wanita berkenaan dengan saya tetapi apa yang boleh saya katakan dia adalah seorang kawan rapat.
"Selebihnya tidak perlulah saya menyatakan secara terbuka kerana tidak mahu kisah peribadi menjadi perbualan utama berbanding kerjaya seni saya," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Tambah Aiman, dia lebih selesa kisah peribadi tidak menjadi tumpuan dan yakin peminat faham mengenai pendirian itu.
Dalam pada itu, bercakap mengenai single pertamanya yang berjudul Khalimah Janji iaitu duet bersama penyanyi Ernie Zakri, Aiman berkata peluang yang diberikan oleh syarikat rakaman FMC adalah satu ruang yang baik untuknya mengembangkan kerjaya dalam bidang seni.
Dia bagaimanapun tidak melihat penghasilan lagu tersebut sebagai bonus disebabkan popularitinya sebagai pelakon.
"Saya belum cukup bagus untuk tampil sebagai penyanyi secara serius dan penghasilan lagu duet ini adalah sebagai satu cubaan baik pihak FMC yang percayakan bakat nyanyian saya.
Gambar Aiman bersama seorang wanita yang didakwa sebagai kekasihnya tersear dalam internet.
"Masih banyak ruang yang perlu diperbaiki sebelum benar-benar diterima peminat dalam kedua-dua bidang itu," ujarnya.
Bagaimanapun Aiman memberitahu, dia cukup seronok dapat merakamkan lagu tersebut bersama Ernie dan berharap ia akan diterima baik oleh pendengar.
"Saya sangat sukakan melodi dan lirik yang dibuat oleh Buddhi Hekayat dan Manusia Putih. Selain itu bekerjasama dengan Ernie sangat seronok dan tidak mempunyai sebarang masalah," ujarnya.
Khalimah Cinta turut dijadikan sebagai lagu tema untuk filem Vanila Coklat yang bakal menjalani penggambaran pertengahan bulan ini.
Dalam perkembangan lain Aiman juga akan muncul dengan telefilem Rania Si Ikan Duyung di Astro Ria pada 28 Jun ini bergandingan dengan pelakon Tasha Shila.

- ---

Celebrity News

Celebrity News


Berita Sedih : OSMAN KERING MENINGGAL DUNIA AL-FATIHAH UNTUK ARWAH

Posted: 11 Jun 2012 09:08 AM PDT

Saudara Osman Kering yang merupakan pelawak yang terkenal di Malaysia kini sudah meninggal dunia, pada pukul 7.00 malam tadi akibat sakit batuk kering. Jenazah arwah sekarang berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Arwah yang dikenali nama sebenar Osman Kassim ini berasal dari Bachok, Kelantan dan mula bergiat dalam dunia seni hiburan pada tahun 1980-an. Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.


Tetapi ZoOM baru terbaca Twitter seseorang artis yang mengatakan Osman Kering belum meninggal dunia tetapi masih dalam keadaa kritikal. Tetapi jika betul marilah kita sama-sama sedekahkan untuk arwah.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip Panas : Neelofa akan saman Anzalna di mahkamah?

Posted: 11 Jun 2012 01:22 AM PDT

Hujung minggu lalu menerusi sisipan hiburan Berita Harian, Anzalna Nasir tampil berani mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi terhadap Neelofa.

Dalam temubual tersebut, Anzalna Nasir mendakwa yang Neelofa mempunyai niat jahat dan busuk hati semenjak mereka sama sama berada dalam persaingan Dewi Remaja 2010.

"Walaupun tidak menang sebarang tempat dalam pertandingan itu, hanya menjadi finalis, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman social Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok"

"Semua pengikut saya di FB tahu Lofa menghina keluarga saya. Lofa juga mewujudkan satu akaun "Kami Benci Anzalna". Selain itu, saya turut menerima ugutan daripadanya sekiranya saya memenangi pertandingan Dewi Remaja"

Neelofa dalam kenyataan balas menerusi Twitter berkata tindakan Anzalna Nasir memberikan kenyataan kepada surat khabar merupakan tindakan untuk menfitnah diri dan keluarga.
"Nothing in this dunya is in our hands, that Allah cannot take from us and so jgn fikir memfitnah dan menjatuhkan org lain dlm suratkhabar dalah sebaik baik jalan penyelesaian. I know where I stand and as for the TRUTH I will do it the official way," ujar Neelofa melalui Twitter.



ZoOM : Wow...gadis cantik di Malaysia kini sedang menyiapkan senjata Nuklear masing-masing. Macam-macam dunia artis kita sekarang ni. Malas nak komen sebab tak tau siapa betul dan siapa yang salah.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Artis : Syafie Naswip Terima Tujuh Suntikan Digigit Obor-Obor

Posted: 11 Jun 2012 12:49 AM PDT

Pelakon remaja, Syafie Naswip, menerima nasib malang kerana digigit obor-obor ketika sedang mandi di Pantai Batu Empat, Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan selepas tamat penggambaran drama bersiri Miscinta Rabu lalu.

Syafie, 20, ketika dihubungi mStar Online pada Isnin berkata, akibat kejadian itu dia terpaksa menerima tujuh suntikan selepas mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson, selama dua jam bagi mengurangkan bisa dalam badan.

"Semasa kejadian saya dan beberapa krew drama Miscinta telah mandi di pantai itu bagi meraikan tamat penggambaran drama tersebut yang telah selesai kira-kira pukul 6.45 petang pada hari berkenaan.

"Bagaimanapun setelah hampir 10 ke 15 minit saya mandi tiba-tiba lengan sebelah kanan saya telah disengat oleh obor-obor sehingga menyebabkan rasa sakit seperti terkena renjatan elektrik. Krew lain yang mandi tidak mengalami gigitan tersebut," ujarnya.

Tambah Syafie, walaupun doktor mengesahkan kecederaannya itu tidak serius, kesakitan akibat bisa obor-obor itu masih dapat dirasainya walaupun telah diberi tujuh suntikan.

Dalam pada itu, Syafie berkata, dia juga telah membuat pemeriksaan susulan di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan keadaannya sudah beransur pulih.

"Alhamdulillahlah doktor memberitahu keadaan saya semakin pulih namun diarahkan berehat dengan secukupnya. Sepanjang minggu lalu badan saya terasa begitu lemah," katanya.

Sumber : Mstar Online

ZoOM : Nasib baik masa ZoOM pergi PD tak kena sengat Obor-obor..lepas ni kalau pergi mandi laut kena hati-hati sikit.
 
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Anzalna Tuduh Neelofa Busuk Hati?

Posted: 11 Jun 2012 09:01 AM PDT


Kecoh habis apabila Anzalna Dedah Kisah Neelofa Yang Busuk Hati dan kini menjadi isu panas di laman sosial dan surat khabar.

Minggu lepas, Tasha Shilla telah meluahkan isi hatinya yang kecewa dengan sikap Neelofa kerana mempertikaikan kemenangannnya di dalam ABPBH hari itu. Hari ini menerusi BiPop, Anzalna pula menceritakan kisah Neelofa yang pernah menghiris perasaannya satu ketika dahulu.

Anzalna berani membuat pendedahan ini selepas membaca cerita yang kurang baik daripada Tasha Shilla. Menurut Anzalna, apa yang diceritakan adalah fakta dan bukannya fitnah. Tragedi ini berlaku sebaik sahaja pertandingan Dewi Remaja berakhir. Anzalna menyatakan pendedahan ini dilakukan untuk orang ramai mengetahui warna sebenar diri Neelofa.

Ini adalah kata-kata Anzalna


    Walaupun saya tidak menang sebarang tempat dalam pertandingan itu, hanya menjadi finalis, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman social Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok. Saya tak tahu apa motif Lofa berbuat begitu, sedangkan saya tak menang pun, mungkin dia busuk hati, sama seperti yang pernah diceritakan Tasha sebelum ini.
   
Semua pengikut saya di FB tahu Lofa menghina keluarga saya. Lofa juga mewujudkan satu akaun "Kami Benci Anzalna". Selain itu, saya turut menerima ugutan daripadanya sekiranya saya memenangi pertandingan Dewi Remaja. Bagi saya walaupun perkara itu sudah lama berlalu, apabila saya membaca pendedahan Tasha, saya dapat rasakan apa yang dilalui Tasha, saya lebih dulu merasainya.

  
Cuma saya tidak pernah membuat pendedahan sebelum ini. Terus-terang, apa yang dilakukan Lofa amat menghiris perasaan saya. Saya nak semua orang tahu warna sebenar diri Lofa. Sampai sekarang saya masih dengar orang bercerita, Lofa terus bercerita benda buruk mengenai diri saya, nak jatuhkan karier saya. Ramai artis senior yang bercerita kepada saya, seolah-olah Lofa tidak berpuas hati dengan saya.


Ketika Dewi Remaja dulu, saya tak menang sebarang tempat, tapi kenapa dia perlu busuk hati? Lofa pula ada ramai peminat, saya pula sebaliknya. Justeru kenapa dia perlu busuk hati? Sebelum ini ramai wartawan bertanya antara saya dan Lofa, tapi saya tak cerita apa-apa, takut dilabel bermulut jahat, namun selepas pendedahan Tasha, barulah saya ada kekuatan untuk bercerita.


Saya sedar diri saya ini tidak sepopular dirinya. Jadi tak perlulah busuk hati dengan saya. Saya masuk industri ini, tidak berniat nak kejar populariti, saya nak cari rezeki. Kalau saya nak kejar populariti, dah lama saya buat kontroversi seperti dirinya. Biarlah kita sama-sama cari rezeki dengan ikhlas, Lofa patut bersyukur dengan apa yang diperolehinya hari ini.


Setelah pengakuan ini telah dibuat dilaman sosial, pastinya topik ekslusif ini akan mendapat perhatian dan perbualan hangat akan datang. Neelofa seharusnya menampilkan diri untuk memberikan penjelasan dan pengakuan sebenar untuk mengelakkan dari peminat peminat berpandangan negatif terhadapnya. Peminat Neelofa diminta agar bertenang dan menunggu respon dari Neelofa. Semoga kedua-dua pihak dapat memberikan penyelesaian dan penerangan yang terbaik.

Caroline Juara Mentor Musim ke 6

Posted: 11 Jun 2012 12:49 AM PDT



Persaingan Mentor 6 malam tadi telah menjanjikan saingan sengit diantara ketiga tiga protege dan Caroline telah dinobatkan sebagai Juara bagi musim ke 6 dengan membawa pulang hadiah bernilai RM 100, 000 berserta sebuah trofi yang berlangsung di Stadium Malawati.


Puteri Caroline Mohd Kamel, 20 telah berjaya memikat juri juri profesional dan undian SMS walaupun Undian Juri Awam telah memberikannya 15 markah sekali gus meletakkan dia markah terbawah.

Dengan berbekal kan 71 markah dari jumlah keseluruhan, akhirnya protege kepada Ella iaitu Caroline menepati ramalan apabila berjaya meraih gelaran juara program Mentor musim keenam (Mentor 6)


Sementara itu, Zatul berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM30 000 dan sebuah trofi setelah menduduki tempat kedua dengan 60 markah. Manakala Anas protege kepada Faizal Tahir yang menduduk tempat ketiga hanya membawa pulang wang tunai bernilai RM10 000 beserta trofi.

Prestasi Caroline boleh dikatakan all-out dengan mudah mengenepikan persembahan Anas yang kelihatan biasa sahaja dan membosankan. Apatah lagi Caroline berjaya memukau penonton dengan persembahan 'I Don't Want To Miss A Thing – Aerosmith', sebuah lagu yang mempunyai vocal range yang pelbagai dengan amat baik.

Pada Tugasan terakhir iaitu pusingan ke 3, setiap peserta akan menyanyi sebuah lagi baru khususnya untuk protege. Anas menyampaikan lagu barunya iaitu Hanya Dirimu, Zatul (Tinggalkan Yang Lalu) dan Caroline membawakan lagu Harus Cintamu.


Kemenangan protege Ella ini hanyalah titik tolak kepada kareer Caroline dalam industri hiburan. Tahniah sekali lagi dan sekiranya ingin berjaya, Usaha dengan lebih keras dari masa ke semasa untuk memancing peminat peminat di luar sana.

Zack New Boyz ke Hukuman Tali Gantung?

Posted: 11 Jun 2012 12:16 AM PDT


Pemain Bass New Boyz Zack kini berhadapan dengan masalah yang besar untuk diselesaikan setelah laporan akhbar mengesahkan yang Zack telah di dakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara dua tahun lalu dan bakal berdepan hukuman mati.

Zack atau nama sebenar beliau Radin Irwan Dzul Karnain Isagani berusia 32 tahun di dakwa melakukan kesalahan itu pada 26 Januari 2010 yang lalu sekitar jam 9.20 malam dan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan selama lima hari mulai 24 September depan.

Pada prosiding sebutan kes itu semalam, Zack yang tinggal dalam tahanan reman sejak tarikh tangkapan hadir memakai baju-T berkolar kelabu dan jeans.

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Anzalna Tuduh Neelofa Busuk Hati?

Posted: 11 Jun 2012 09:01 AM PDT


Kecoh habis apabila Anzalna Dedah Kisah Neelofa Yang Busuk Hati dan kini menjadi isu panas di laman sosial dan surat khabar.

Minggu lepas, Tasha Shilla telah meluahkan isi hatinya yang kecewa dengan sikap Neelofa kerana mempertikaikan kemenangannnya di dalam ABPBH hari itu. Hari ini menerusi BiPop, Anzalna pula menceritakan kisah Neelofa yang pernah menghiris perasaannya satu ketika dahulu.

Anzalna berani membuat pendedahan ini selepas membaca cerita yang kurang baik daripada Tasha Shilla. Menurut Anzalna, apa yang diceritakan adalah fakta dan bukannya fitnah. Tragedi ini berlaku sebaik sahaja pertandingan Dewi Remaja berakhir. Anzalna menyatakan pendedahan ini dilakukan untuk orang ramai mengetahui warna sebenar diri Neelofa.

Ini adalah kata-kata Anzalna


    Walaupun saya tidak menang sebarang tempat dalam pertandingan itu, hanya menjadi finalis, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman social Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok. Saya tak tahu apa motif Lofa berbuat begitu, sedangkan saya tak menang pun, mungkin dia busuk hati, sama seperti yang pernah diceritakan Tasha sebelum ini.
   
Semua pengikut saya di FB tahu Lofa menghina keluarga saya. Lofa juga mewujudkan satu akaun "Kami Benci Anzalna". Selain itu, saya turut menerima ugutan daripadanya sekiranya saya memenangi pertandingan Dewi Remaja. Bagi saya walaupun perkara itu sudah lama berlalu, apabila saya membaca pendedahan Tasha, saya dapat rasakan apa yang dilalui Tasha, saya lebih dulu merasainya.

  
Cuma saya tidak pernah membuat pendedahan sebelum ini. Terus-terang, apa yang dilakukan Lofa amat menghiris perasaan saya. Saya nak semua orang tahu warna sebenar diri Lofa. Sampai sekarang saya masih dengar orang bercerita, Lofa terus bercerita benda buruk mengenai diri saya, nak jatuhkan karier saya. Ramai artis senior yang bercerita kepada saya, seolah-olah Lofa tidak berpuas hati dengan saya.


Ketika Dewi Remaja dulu, saya tak menang sebarang tempat, tapi kenapa dia perlu busuk hati? Lofa pula ada ramai peminat, saya pula sebaliknya. Justeru kenapa dia perlu busuk hati? Sebelum ini ramai wartawan bertanya antara saya dan Lofa, tapi saya tak cerita apa-apa, takut dilabel bermulut jahat, namun selepas pendedahan Tasha, barulah saya ada kekuatan untuk bercerita.


Saya sedar diri saya ini tidak sepopular dirinya. Jadi tak perlulah busuk hati dengan saya. Saya masuk industri ini, tidak berniat nak kejar populariti, saya nak cari rezeki. Kalau saya nak kejar populariti, dah lama saya buat kontroversi seperti dirinya. Biarlah kita sama-sama cari rezeki dengan ikhlas, Lofa patut bersyukur dengan apa yang diperolehinya hari ini.


Setelah pengakuan ini telah dibuat dilaman sosial, pastinya topik ekslusif ini akan mendapat perhatian dan perbualan hangat akan datang. Neelofa seharusnya menampilkan diri untuk memberikan penjelasan dan pengakuan sebenar untuk mengelakkan dari peminat peminat berpandangan negatif terhadapnya. Peminat Neelofa diminta agar bertenang dan menunggu respon dari Neelofa. Semoga kedua-dua pihak dapat memberikan penyelesaian dan penerangan yang terbaik.

Caroline Juara Mentor Musim ke 6

Posted: 11 Jun 2012 12:49 AM PDT



Persaingan Mentor 6 malam tadi telah menjanjikan saingan sengit diantara ketiga tiga protege dan Caroline telah dinobatkan sebagai Juara bagi musim ke 6 dengan membawa pulang hadiah bernilai RM 100, 000 berserta sebuah trofi yang berlangsung di Stadium Malawati.


Puteri Caroline Mohd Kamel, 20 telah berjaya memikat juri juri profesional dan undian SMS walaupun Undian Juri Awam telah memberikannya 15 markah sekali gus meletakkan dia markah terbawah.

Dengan berbekal kan 71 markah dari jumlah keseluruhan, akhirnya protege kepada Ella iaitu Caroline menepati ramalan apabila berjaya meraih gelaran juara program Mentor musim keenam (Mentor 6)


Sementara itu, Zatul berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM30 000 dan sebuah trofi setelah menduduki tempat kedua dengan 60 markah. Manakala Anas protege kepada Faizal Tahir yang menduduk tempat ketiga hanya membawa pulang wang tunai bernilai RM10 000 beserta trofi.

Prestasi Caroline boleh dikatakan all-out dengan mudah mengenepikan persembahan Anas yang kelihatan biasa sahaja dan membosankan. Apatah lagi Caroline berjaya memukau penonton dengan persembahan 'I Don't Want To Miss A Thing – Aerosmith', sebuah lagu yang mempunyai vocal range yang pelbagai dengan amat baik.

Pada Tugasan terakhir iaitu pusingan ke 3, setiap peserta akan menyanyi sebuah lagi baru khususnya untuk protege. Anas menyampaikan lagu barunya iaitu Hanya Dirimu, Zatul (Tinggalkan Yang Lalu) dan Caroline membawakan lagu Harus Cintamu.


Kemenangan protege Ella ini hanyalah titik tolak kepada kareer Caroline dalam industri hiburan. Tahniah sekali lagi dan sekiranya ingin berjaya, Usaha dengan lebih keras dari masa ke semasa untuk memancing peminat peminat di luar sana.

Zack New Boyz ke Hukuman Tali Gantung?

Posted: 11 Jun 2012 12:16 AM PDT


Pemain Bass New Boyz Zack kini berhadapan dengan masalah yang besar untuk diselesaikan setelah laporan akhbar mengesahkan yang Zack telah di dakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara dua tahun lalu dan bakal berdepan hukuman mati.

Zack atau nama sebenar beliau Radin Irwan Dzul Karnain Isagani berusia 32 tahun di dakwa melakukan kesalahan itu pada 26 Januari 2010 yang lalu sekitar jam 9.20 malam dan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan selama lima hari mulai 24 September depan.

Pada prosiding sebutan kes itu semalam, Zack yang tinggal dalam tahanan reman sejak tarikh tangkapan hadir memakai baju-T berkolar kelabu dan jeans.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Kecewa difitnah

Posted: 10 Jun 2012 02:52 PM PDT

Hip

TERSENTAK Nabila Huda apabila dirinya dikatakan cuba mengongkong Johan As'ari sehinggakan soal peribadi pelakon berusia 26 tahun itu turut ingin dicampurinya.

Bagai sudah dapat menghidu pertanyaan yang diajukan kepadanya, Nabila pantas menepis dakwaan itu sambil menyifatkan tuduhan itu keterlaluan dan satu gosip bodoh.

Dalam nada percakapan sedikit keras, Nabila mendakwa perhubungannya dengan Johan sekadar kawan rapat dan dia sudah menganggap bakat baru itu sebagai keluarga sendiri. Dia juga bersahabat dengan Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 itu bukan dengan niat mengambil kesempatan, sebaliknya sekadar membantu jejaka terbabit dalam bidang seni.

Namun, niat baik Nabila yang mesra disapa Abil itu sering kali disalah erti, sehingga fitnah sedemikian pun timbul. Cerita tidak enak seperti itu pula muncul kerana ada pihak yang dirasakan iri hati dengan hubungan erat yang terjalin.

Tidak melatah dengan gosip itu, Abil menafikan sekeraskerasnya dakwaan terbabit. Dia juga kecewa dan kesal dengan sikap orang luar, yang tidak mengenali dirinya, tetapi dengan mudah menghukumnya sebagai perosak pelakon Juvana itu.

Niatnya sekadar membantu Johan dalam bidang seni kerana tidak mahu melihat sikap 'lurus bendul' dan kejujuran Johan itu disalah guna pihak tertentu, yang berniat untuk menipu.
"Saya tidak bercinta dengan dia, jadi buat apa saya nak mengongkong dia? Saya bukan jenis queen control, lagipun banyak lagi kerja lain yang lebih penting perlu saya beri tumpuan. Ini bukan lagi gosip, tetapi fitnah yang keterlaluan.

"Ada orang tidak senang melihat hubungan baik kami sehingga sanggup melemparkan tuduhan bodoh sebegini. Apa, jahat sangat ke saya ini? Adakah kerana saya berstatus janda, jadi tidak boleh berkawan dengan dia? Saya tak nak kerana saya, orang benci dia," tegasnya.

Mengakui Johan sering meminta pandangan dan pendapatnya dalam lakonan, tidak bermakna dirinya mengongkong pemuda itu, sebaliknya sekadar berkongsi idea sebagai artis lebih senior.

Perkenalan mereka bermula ketika bergandingan dalam drama Pelangi Kasih dan Abil menyifatkan Johan sebagai kawan yang baik dan mudah menerima pendapat.


Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Hadiah untuk diri sendiri

Posted: 10 Jun 2012 07:57 AM PDT

SEBELUM menyertai Masterchef Selebriti Malaysia (MSM), Jehan Miskin, 32, hanya tahu merebus air dan sekali sekala akan masak mi segera, tetapi selepas menyertai pertandingan memasak itu, sebut saja jenis juadah yang ingin anda nikmati pasti jejaka kacak itu dapat menyediakannya.

Menurut Jehan menyertai MSM adalah suatu pengalaman indah dan menambahkan lagi bakat yang selama ini dia sendiri tidak pernah terokai.

"Sebelum ini saya tak tahu apa pun pasal memasak. Apatah lagi orang bujang seperti saya yang lebih senang makan di luar dan disebabkan itu ketika pihak produksi MSM melamar saya untuk menyertai pertandingan itu, pada mulanya saya menolak kerana saya tak tahu apa yang boleh saya lakukan di dapur MSM.

"Tanpa ada sedikit pun ilmu memasak, apa yang saya nak buat kerana apabila berada di dapur MSM, pelbagai menu perlu disediakan. Bukan saja masakan Melayu, tetapi masakan Barat dan ia bukanlah masakan biasa, tetapi yang tukang masak terkenal biasa melakukannya. Seni menghias hidangan pun kena ada.


"Lagipun bagi saya ramai artis lain yang pandai memasak. Bagaimanapun mereka tetap mahu saya bersama-sama artis serta selebriti lain untuk muncul dalam MSM, maka saya terpaksa menerimanya sebagai satu cabaran.


"Sebaik saya persetujuan diberi, saya terus mencari sahabat karib saya, chef Anis Nabila. Kami kenal lebih setahun lalu, kami pernah menjayakan program susu FN Ideal. Sejak itu kami terus berkawan. Melihatkan senarai nama hebat seperti Juliza Adzilan yang sememangnya pakar dalam dunia masakan membuatkan saya rasa gementar.

"Saya perlu melakukan sesuatu dan apa yang saya patut buat ialah belajar memasak. Justeru saya minta Anis ajar saya memasak di mana saya ada masa seminggu saja lagi sebelum bermulanya MSM. Anis mengajar saya masak hidangan paling asas yang mana saya boleh menggunakan cara memasak yang sama untuk sajian lain. Malah dia juga mengajar saya cara betul memotong bawang.

"Setiap hari saya belajar dengannya daripada hidangan Melayu sehinggalah kepada sajian Timur dan Barat. Saya sematkan azam mahu buat yang terbaik dalam MSM. Dari hari pertama saya belajar memasak sehinggalah ke hari ini, Anis sudah ajar saya lebih 100 menu. Saya bersama artis/selebriti yang lain dari Isnin hingga Jumaat akan sibuk di dapur MSM dari pagi sampailah ke malam, manakala pada Sabtu dan Ahad saya ke kelas masak bersama Anis," katanya.

Tambah Jehan, dia tidak menghafal resipi yang diajar Anis, tetapi chef itu mengajarnya cara memasak yang betul. Misalnya, menu sama untuk menyediakan hidangan berasaskan ikan, Jehan boleh mengubahsuaikan resipi itu untuk masak udang atau ayam.

"Apabila masuk MSM, ia bukanlah perkara main-main. Sehari kami semua kena masak empat atau lima hidangan. Juri akan beri arahan dan menu diberi pada masa itu juga. Kami kena sediakan masakan berdasarkan bahan yang ada di depan mata. Di sinilah kreativiti diperlukan. Alhamdulillah, cabaran pada minggu pertama dan kedua, saya 'lepas'.

"Saya pun tak sangka, tetapi dalam MSM saya tidak memburu kemenangan. Sejak menyertai MSM, saya terus suka memasak dan sekarang cakap saja mahu makan apa, saya dah boleh buat. Tak ada masalah lagi nak menjamu rakan di rumah.

"Dalam MSM saya belajar banyak perkara baru. Kalau dah tak tahu memasak manalah saya kenal bahan-bahan masakan yang digunakan, tetapi selepas menyertai MSM saya dah tahu apa itu safron, bunga cengkih dan bunga lawang. Perubahan ketara dalam hidup saya sekarang, saya sudah pandai memasak.

"Saya juga perlu buat bersungguh-sungguh kerana demi peminat yang menyokong saya. Mereka sangat seronok tengok saya dalam MSM dan mereka turut gembira apabila saya menang setiap cabaran dalam MSM.

"Oleh itu saya tidak boleh hampakan harapan dan sokongan yang mereka berikan kepada saya. Sasaran utama saya jangan kena buang pada episod pertama dan apabila menang pada pusingan pertama, saya seronok sangat," katanya.

Ibu Jehan sendiri terkejut apabila melihat anak bujangnya sudah pandai memasak.
"Ibu saya pakar memasak dan dia tak sangka saya boleh melakukannya. Sekarang tiada masalah lagi kalau ada yang mahu saya mengendalikan program masakan," katanya.

Terus berkongsi pengalamannya, jelas Jehan suasana dalam MSM meriah dan ceria kerana semuanya artis/selebriti. Memang tiada masalah langsung.

"Tomok pun dah pandai masak. Kami semua 'enjoy' dalam MSM dan berazam tak mahu disingkirkan," katanya.

Program Masterchef Selebriti Malaysia mula bersiaran 26 Mei lalu di Astro Ria, Sabtu sehingga Selasa setiap minggu. Program itu menampilkan 16 selebriti tanah air yang popular dalam bidang masing-masing, Datuk Fazley Yaccob, Tomok, Azwan Ali, Karl Shafek, Jehan Miskin, Angah Raja Lawak, Farouk Hussien, Mejar Dr Faiz, Juliza Adlizan, Thanuja, Siti Sarah Raisuddin, Serina Redzuawan, Raja Azmi, Salamiah Hassan, Louisa Chong dan Soo Wincci.

Selain semakin rajin ke dapur, Jehan juga sudah ada hobi baru iaitu menunggang motosikal berkuasa besar. Harley Davidson itu baru dibeli sebulan lalu.

"Sebenarnya sudah lama minat menunggang motosikal berkuasa besar tetapi ibu dan kakak saya bimbang, kalau terjadi apa-apa pada saya lalu terpaksalah saya pendamkan saja hasrat ingin memilikinya.

"Ramai rakan saya memiliki Harley Davidson dan ketika duduk bersama mereka saya ternampak Harley Davidson yang saya suka dan apabila kawan saya beri saya peluang menunggangnya saya jadi tak 'senang' duduk.

"Pun begitu saya masih belum memutuskan untuk membelinya. Sehinggalah saya menjalani penggambaran filem arahan terbaru Mamat Khalid, Amukan Frankenstein, dengan Awie. Dia ada dua motosikal Harley Davidson dan apabila dia tahu yang sangat meminatinya, dia pun mula menjalankan 'jarumnya' supaya saya membelinya.

"Kata Awie pembelian itu sebagai hadiah untuk diri sendiri yang penat bekerja. Kini motosikal yang paling saya minati itu sudah pun menjadi milik saya. Ada saja kelapangan saya akan menunggangnya. Saya namakan Harley Davidson saya itu El-Diablo," katanya.




Jom ketawa cerita hantu

Posted: 10 Jun 2012 07:39 AM PDT

BAGI mengukuhkan lagi kedudukannya selaku stesen TV yang menawarkan filem terkini dari pawagam terus ke kediaman anda, Astro First membawakan pula sebuah filem alih suara istimewa terbitan Astro Shaw Sdn Bhd dan Double Vision Pictures Sdn Bhd yang berjudul Kawan-Kawanku Hantu.

Filem ini disiarkan secara eksklusif bermula 7 Jun lalu bagi hiburan semua peminat filem komedi tanah air.

Selain hanya perlu membayar caj RM15 untuk setiap tempahan menerusi Astro First, pelanggan mempunyai pilihan masa menonton untuk filem ini mengikut keselesaan masing-masing dalam tempoh 48 jam selepas tempahan dibuat.

Istimewa lagi, filem ini bercorak alih bahasa dan meminjam suara gabungan tiga selebriti terkenal tanah air iaitu Zizan Razak, Harun Salim Bachik dan Sharifah Shahira.


Difahamkan, Kawan-Kawanku Hantu asalnya disadur daripada filem Cina berjudul Ghost Buddies. Filem ini sudah pun ditayangkan di pawagam pada 10 Mei lalu dan dibintangi pelakon terkenal Singapura, Mark Lee serta pemegang Anugerah Pelakon Hong Kong Terbaik, Maggie Shiu sebagai teraju utama.


Filem ini turut diserikan dengan lakonan mantap pelakon serba boleh dari Singapura, Yao Wen Long, penyanyi dan produser Lenny Ooi, Wee Kheng Ming, pelawak dan penyampai Radio One FM, Lim Ching Miao serta penyampai radio MY FM, Vivian Tok selain artis radio veteran, Chow Kee Moo.

Melihat dari sudut alih bahasa, ia adalah satu cabaran besar kepada Zizan, Harun dan Shahira untuk menggunakan kreativiti mereka demi memastikan setiap dialog yang mereka tuturkan bersesuaian dengan setiap babak serta mencuit hati.

Astro First turut menawarkan dua pilihan istimewa kepada pelanggan kerana mereka boleh memilih untuk menempah filem ini sama ada dalam versi bahasa Hokkien atau bahasa Melayu.

Pengurus Saluran Astro First, Shoba Devi berkata, Astro First sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik dengan membariskan filem terkini di pawagam demi memenuhi kehendak pelanggan.

"Objektif utama penghasilan filem versi alih suara ini adalah bagi mendedahkan filem menarik yang mendapat sambutan di pawagam. Ia sesuai untuk tontonan ramai disebabkan ada dua pilihan versi iaitu bahasa Hokkien dan bahasa Melayu.

"Kami cuba tampil dengan kelainan menggunakan inisiatif alih bahasa berbanding sari kata kerana selain dapat menyuntik cita rasa tempatan ke dalam filem ini, kami juga percaya ia akan menarik peminat baru yang menggemari pelakon seperti Zizan, Harun dan Shahira untuk menyaksikan kisah lucu ini," katanya.

Pengurus Besar Tayangan Unggul Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai berkata, melihatkan sambutan yang baik terhadap filem Ghost Buddies, kedua-dua produksi Astro Shaw dan Double Vision Pictures terus mengorak langkah menghasilkan filem alih suara ini khas buat peminat filem Malaysia.

"Kisah komedi sentiasa mendapat tempat di hati peminat filem di negara ini. Inilah percubaan pertama kali menggunakan suara pelakon terkenal untuk filem bagi tayangan Astro First," kata Gayatri.

Kawan-kawanku Hantu antara lain mengisahkan dua manusia cuba membantu tugas hantu untuk memenuhi impian mereka. Sepanjang tugas ini, bermacam-macam kejadian lucu berlaku.




Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Zizan sayang Jue

Posted:

Zizan sayang Jue

Zizan sayang Jue

HUBUNGAN akrab antara aktres muda Juliana Evans atau Jue dengan aktor, pelawak dan pengacara popular Zizan Razak sudah lama diketahui khalayak semenjak mereka membintangi filem Hantu Bonceng. Namun, baik Jue mahupun Zizan tidak pernah memberi pengesahan secara rasmi tentang status hubungan mereka. Jawapan klise yang diberikan hanyalah sebagai teman rapat sahaja.

Bagaimanapun kemesraan luar biasa antara Jue dan Zizan disaksikan Kosmo! ketika mereka bertemu sempena ulang tahun kedua Mesra Mall di Kerteh, Terengganu yang turut menayangkan filem terbaharu lakonan mereka iaitu Mael Lambong.

Pertemuan tersebut merupakan yang pertama kali selepas lima bulan Jue meninggalkan tanah air demi menggenggam segulung ijazah dalam bidang pengajian filem, video dan media di Universiti Michigan, Amerika Syarikat. Jue pulang ke tanah air pada minggu lalu kerana cuti musim panas dan akan berada di Malaysia sehingga Aidilfitri ini.

Pengakuan tidak pernah terungkap di bibir masing-masing, namun tingkah laku dan lirik mata ketika ditemu bual tidak dapat menyembunyikan perasaan sebenar mereka berdua. Apabila ditanya rindu atau tidak kala berjauhan, jawapan yang diberi juga cukup jujur.

Sambil memandang Zizan, 28, yang berada di sebelahnya, Jue berkata: "Memang rindu sebab lama tidak jumpa. Ini kali pertama kami berjumpa selepas saya pulang ke Malaysia. Sebelum ini, Zizan sibuk dengan penggambaran filem Bikers Kental di Thailand. Kami belum sempat berborak panjang lagi."

Jue dan Zizan hanya tertawa dan saling berpandangan apabila disoal apakah hadiah yang dibawa pulang Jue untuk Zizan dan apakah kejutan yang dilakukan oleh Zizan kepadanya.

"Memang saya ada beli hadiah untuk dia, saya tidak boleh beritahu, saya ada simpan di rumah. Kejutan dia untuk saya, mana boleh beritahu, rahsia," ucap Jue malu-malu.

Jue dan Zizan yang sudah berkenalan selama lima tahun masih memilih untuk mengklasifikasikan hubungan mereka sebagai teman rapat, meskipun kedua-dua mereka sudah bertemu dengan keluarga antara satu sama lain. Zizan juga tanpa berselindung memberitahu, dia menyayangi Jue.

"Saya sayangkan Jue tetapi masih ada pagar. Betul, saya pernah jumpa keluarganya, ibunya banyak beri saya nasihat. Begitu juga dengan Jue, dia pernah jumpa ibu bapa saya. Ibu saya suka dan senang dengan Jue," kata Zizan tanpa berselindung.

Jue juga memberitahu, keluarga tidak membantah persahabatannya dengan Zizan, malah ibunya juga cukup senang terhadap perhubungan mereka.

"Mungkin sebab Zizan selalu tolong saya dan kami rapat, jadi keluarga saya juga baik dengannya. Zizan baik, selalu mengambil berat tentang diri saya, dia kelakar. Siapa yang tidak suka dengan dia (ketawa)," seloroh Jue yang membawakan watak seorang ejen perisik bernama Maria dalam filem Mael Lambong.

Fokus pada pengajian

Jue yang berusia 23 tahun bagaimanapun memberitahu dia belum bersedia untuk mempunyai komitmen dalam sebarang hubungan cinta kerana ingin memberi fokus terhadap pengajiannya yang akan tamat pada tahun 2014.

"Sebenarnya, saya tidak percaya pada cinta jarak jauh. Kalau saya bercinta dengan Zizan sekali pun, kami masing-masing sibuk dan berjauhan, saya lebih pentingkan pelajaran. Zizan kata mahu kahwin sebelum umur 30 tahun, jadi saya tidak masuk dalam senarai.

"Saya belum tentu akan pulang ke Malaysia selepas tamat pengajian kerana saya ingin bekerja dan menimba pengalaman di sana terlebih dahulu. Memang kami selalu berhubung, tetapi kalau sibuk kami buat hal masing-masing. Jika bercinta, saya akan terikat dengan komitmen dan saya belum bersedia," ujar Jue yang bakal menjalani penggambaran filem Dampak pada hujung bulan ini.

Jawab Zizan pula, dia juga memikirkan hal yang sama. Kesibukan jadual kerjanya membataskan dia untuk menyulam cinta dengan mana-mana gadis. Buat masa ini, fokusnya hanya pada kerjaya yang sedang berkembang.

"Alhamdulillah, saya tengah seronok bekerja. Siang dan malam, saya hanya bekerja sampai sakit. Saya tidak mahu kalau saya ada kekasih, dia akan rasa terabai kerana jika bekerja, telefon pun saya tidak pegang, jadi saya tidak mahu perkara itu berlaku. Lebih baik tidak terikat dengan sesiapa," beritahunya yang saling berhubung dengan Jue menerusi Twitter dan juga telefon.

JULIANA EVANS dan Zizan sekali lagi berganding dalam filem berjudul Mael Lambong. Mereka mengaku enggan memberi komitmen terhadap cinta kerana sibuk dengan kehidupan masing-masing.


Sungguhpun begitu, mereka tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh. Luah Zizan: "Saya tidak kisah bertemu jodoh dengan sesiapa pun, saya akan terima kerana itu kerja Allah. Cuma saya rancang sebelum umur 30 tahun, saya mahu berkahwin, tetapi tidak tahulah terlaksana atau tidak. Buat masa ini saya belum bersedia untuk kahwin."

Bercerita tentang pengalaman hidup Jue sebagai seorang pelajar universiti di Amerika, keceriaan terpancar pada riak wajahnya tanda dia bahagia, walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga dan teman-teman. Tiga bulan pertama perasaan rindunya terhadap keluarga sukar dikawal.

Tak nak balik Malaysia

"Seronok belajar di negara orang, mula-mula perasaan rindu sukar dikawal kerana lokasi tempat tinggal saya terletak di kawasan pedalaman. Nasib baik saya dapat teman serumah rakyat Malaysia yang pandai masak masakan Melayu, jadi terubat sedikit perasaan rindu pada keluarga," ujarnya.

Jelas Jue selepas tamat pengajian, dia tidak mahu segera pulang ke tanah air sebaliknya mahu menyambung kursus lakonan jangka pendek di Los Angeles dan mencuba nasib sebagai pelakon serta model di sana terlebih dahulu.

"Setakat ini keputusan pelajaran saya pun okey, jadi memang saya rancang untuk bekerja dan timba pengalaman di Amerika kerana di sana lebih banyak peluang. Tidak tahu bila saya akan pulang ke Malaysia, sebab saya sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan," jawabnya jujur.

Bukan hanya mahu meluaskan kerjaya seni, tegas Jue, terlalu banyak sebab mengapa dia membuat keputusan untuk tidak pulang ke tanah air selepas tamat pengajian.

"Saya mahu mencuba nasib, berjumpa dengan orang baharu, mengembara, banyak benda yang saya ingin buat. Walaupun saya mempunyai kerjaya di Malaysia, tetapi saya tidak mahu tersekat di Malaysia selamanya tanpa melihat peluang di luar," jelas pelakon itu.

Jika di Malaysia, ke mana sahaja kakinya melangkah ada sahaja mata yang memandang kerana status artis. Namun, berbeza apabila dia berada di Universiti Michigan, status artis terlucut dengan sendirinya, hanya pelajar Malaysia sahaja yang mengenalinya sebagai artis.

"Hanya pelajar Malaysia sahaja yang tahu, saya tidak pernah beritahu yang saya seorang artis di Malaysia. Kalau ada yang tahu sebab pelajar Malaysia di sana yang beritahu pelajar lain. Buat masa ini, saya menjalani kehidupan sebagai pelajar yang normal," kata bekas kekasih Sam, Bunkface itu lagi.

Watak Mael Lambong yang dibawa dengan cemerlang oleh Zizan ketika menyertai program Maharaja Lawak bersama Johan diangkat sebagai watak utama filem Mael Lambong arahan Ahmad Idham yang akan mula ditayangkan pada 21 Jun ini.

JULIANA atau Jue kini seronok menjalani kehidupan sebagai pelajar di Universiti Michigan, Amerika Syarikat.


Biarpun watak itu hanya diciptakan untuk program Maharajawa Lawak, namun populariti watak Mael Lambong melebihi jangkaannya membuatkan Zizan bimbang. Ujarnya, dia bimbang andai apa yang dipersembahkan dalam filem tersebut tidak sama seperti yang dibayangkan oleh penonton.

Elemen komedi

"Jujurnya saya bimbang sebab Mael Lambong lebih popular daripada Zizan. Harapan itu terlalu tinggi, saya bimbang Mael Lambong versi filem tidak dapat kalahkan Mael Lambong versi Maharaja Lawak. Apa yang saya boleh cakap, saya sukakan Mael Lambong versi filem kerana wataknya lebih berkembang," katanya.

Tidak hanya sarat dengan elemen komedi, Mael Lambong juga penuh dengan karakter yang segar. Bagi memberikan yang terbaik, Zizan mengalami kecederaan pada lengan kirinya ketika babak berlawan dengan watak Tiger lakonan Taiyudin Bakar.

Selain itu filem yang memperoleh klasifikasi umum itu mempunyai babak berlawan antara Zizan dan Jue yang dirasakan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Enggan memberi sebarang komen mengenai babak yang dimaksudkan, Zizan berharap agar filem tersebut bebas kontroversi.

"Saya berharap babak itu tidak akan menimbulkan sebarang isu dan mendapat sokongan penonton. Memang filem Mael Lambong antara lakonan terbaik saya, saya cuba buat yang terbaik. Saya tidak buat lawak sepanjang filem, cuma situasi Mael Lambong yang membuatkannya jadi komedi," terangnya lagi.

Demi Moore makin ceria

Posted:

Demi Moore makin ceria

Demi Moore makin ceria


DEMI MOORE


Setelah bercerai dengan Ashton Kutcher, ternyata aktres Demi Moore mengambil masa yang agak lama untuk melupakan bekas suaminya itu. Namun, kini dia seakan-akan sudah dapat menerima hakikat terhadap penceraiannya itu.

Baru-baru ini aktres yang popular menerusi filem Ghost itu dilihat semakin ceria dan kelihatan asyik bergurau dengan beberapa orang rakannya ketika sedang menikmati hidangan di sebuah restoran.

"Semua orang di meja makan itu asyik ketawa semasa mereka berbual. Malah, Moore juga dilihat lebih santai dan seperti sudah melupakan apa yang telah berlaku terhadap dirinya sebelum ini," ujar satu sumber yang berada di restoran berkenaan.

Selain bermesra dan bergurau dengan rakan-rakannya, aktres itu juga turut melayan dengan baik para pekerja restoran serta beberapa pengunjung lain.

Beego mengaku pegang tangan Rozita

Posted:

Beego mengaku pegang tangan Rozita

Beego mengaku pegang tangan Rozita

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

BEEGO mengaku berpegang tangan dengan Rozita Che Wan, namun ia terjadi atas dasar kerja sewaktu sama-sama terbabit dalam drama Chef Cinta.


SETELAH dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan beberapa artis lelaki seperti Shahir AF dan Zain Saidin, kini tiba-tiba pelakon janda popular Rozita Che Wan dikatakan bercinta pula dengan Beego.

Biarpun Rozita pernah menafikan mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Beego pada akhir bulan lalu, kali ini timbul pula gosip berkenaan kedua-dua pelakon tersebut apabila dilihat berpimpin tangan semasa di pusat beli-belah Pavilion dan The Curve.

Sementara itu, Beego pula pada bulan Februari lalu pernah memberitahu Kosmo! bahawa dia sedang menjalinkan hubungan dan sudah bertunang dengan seorang ahli perniagaan bernama Azlina pada April 2011.

Ingin mendapatkan kepastian terhadap status sebenar mengenai hubungan Rozita dan Beego, Kosmo! telah menghubungi kedua-dua pelakon berkenaan bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar terhadap gosip yang timbul.

Kosmo!: Benarkah Beego dan Rozita Che Wan pernah keluar berdua-duaan sambil berpimpin tangan?

Beego: Tidak. Saya sendiri sangat hairan apabila cerita ini timbul. Memang kami berdua ada berpimpin tangan, tetapi ia hanya satu lakonan sewaktu kami menjalani penggambaran drama Chef Cinta. Mungkin individu atau pihak yang melihat dan menyebarkan gosip tersebut tidak tahu yang kami sedang menjalani penggambaran, sehingga menyebarkan cerita yang tidak benar.

Bagaimana boleh timbul gosip tersebut?

Itu saya tidak tahu. Saya ingin menegaskan bahawa lelaki yang dimaksudkan keluar berjalan-jalan dengan Rozita sambil berpimpin tangan di Pavilion dan The Curve itu bukan saya.

Jadi, anda memang tidak pernah keluar berdua-duaan dengan Rozita?

Memang kami tidak pernah keluar berdua-duaan sehingga sekarang. Kalau ada yang nampak saya dan Rozita berdua, itu semasa kami menjalani penggambaran drama Chef Cinta yang dilakukan di Port Dickson dan sekitar Kuala Lumpur. Saya minta maaf, kalau boleh saya tidak mahu mengulas mengenai perkara ini dengan lebih lanjut.