Adsense

Selasa, 28 Februari 2012

Celebrity News

Celebrity News


Sakit Kanser Azean Irdawaty Semakin Kritikal Dan Beliau Mohon Solat Sunat Hajat

Posted: 28 Feb 2012 09:24 AM PST

Sedih ZoOM membaca berita mengenai seniwati Azean Irdawaty yang kini masih terlantar dihospital dan kini sedang bertarung dengan penyakit kanser yang kini ditahap kritikal. Terbaru mengenai kisah hamba Allah ini yang menyambut hari lahirnya yang ke 62 pada 27hb Feb 2012, beliau tidak meminta hadiah sebaliknya hanya meminta mengadakan Solat Sunat Hajat untuknya.


Dan berikut beberapa jawapan dan luahan hati artis tabah ini mengenai hajat beliau :

"Syukur Alhamdulillah, hari ini (Isnin) saya sudah 62 tahun. Saya nak minta "hadiah" sempena hari lahir saya. Boleh tak panggil orang-orang masjid buat solat hajat minta saya sembuh,"
Dalam SMS itu Azean memberitahu, keadaan kesihatannya bertambah teruk apabila dia merasakan tulang pada bahagian belakang badannya bertambah sakit manakala kakinya juga menjadi kebas.

Selain itu, badannya juga berasa panas dan dia amat tertekan dengan situasi yang dihadapinya itu menyebabkan dia terpaksa memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan kesihatannya.
"Saya rasa panasnya macam api dalam daging. Azab rasanya. Tolonglah saya (menunaikan solat hajat)," pintanya.

Dan menurut info beberapa rakan artis sedang/telah berkumpul dan akan/telah menunaikan hajat beliau.


Sama-samalah kita mendoakan semoga beliau (Azean Idrawaty) dipermudahkan segala urusan, dan semoga tabah menghadapi dugaanya. Insyalahh.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Colbie Caillat - I Do Lyrics

Posted: 28 Feb 2012 09:22 AM PST


It's always been about me myself and I
If all relationships were nothing but a waste of time
I never wanted to be anybody's other half
I was happy to say that our love wouldn't last
That was the only way I knew to that you


You make we wanna say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Yeah, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I can live without it, I can let it go
Ooh, I did, I get myself into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,


Tell me is it only me
Do you feel the same?
You know me well enough to know that I'm not playing games
I promise I won't turn around and I won't let you down
You can trust and never feel it now
Baby there's nothing, there's nothing we can't get through




So can we say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
Wooh Can I get myself into
You make we wanna say


Me a family, a house a family
Ooh, can we be a family?
And when I'm old and sit next to you.


And when we remember when we said
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
Just look at what we got ourselves into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,
Love you
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Auburn - Perfect Two Lyrics

Posted: 28 Feb 2012 09:19 AM PST


Verse1
You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain
And I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date
You can be the hero
And I can be your sidekick
You can be the tear That I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or u can be the sun when it shines in the mornin'


Chorus
Don't know if I could ever be Without you
'Cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see That we're all we need
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry


Cause you're the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two


Verse 2
You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages
You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as were together


Chorus
Don't know if I could ever be
Without you 'cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need
Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry


Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two
We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two


Verse 3
You know that I'll never doubt ya
And you know that I think about ya
And you know I can't live without ya
I love the way that you smile
And maybe in just a while
I can see me walk down the aisle


Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry
Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for u)
U take the both of us (of us)
And were the perfect two
Were the perfect two
Were the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two(yeah, yeah)
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Konsert Erykah Badu Di Batalkan - Datuk Rais Yatim

Posted: 28 Feb 2012 06:46 AM PST

Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan PUSPAL iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia.
"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan PUSPAL iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini menerusi mesej Twiteer.

Sementara itu, Dewan Pemuda Pas mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Rais kerana tindakan beliau yang pantas untuk membatalkan konsert Badu.

"Datuk Seri Rais Yatim dilaporkan telah mengumumkan pembatalan ini dalam laman sosial beliau hari ini. Beliau telah menulis dalam status twitter beliau, "konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar garis panduan Puspal iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia". 
"Dewan Pemuda Pas sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada KPKK yang diketuai oleh Datuk Seri kerana mengambil langkah drastik dalam memperjuangkan agama Islam supaya tidak dipermain-mainkan oleh orang lain," kata Setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini

ZoOM : Alhamdulillah konsert si Tuttttttttt ini dibatalkan, setahu ZOoM Erykah Ni dah lah seksi lepas tu kes tato yang memang patut dilarang masuk ke Malaysia je (Sorry ini pandangan ZoOM je sebab dah geram tengok Tato tu...mengucap panjang ZoOM). Apa kata anda mengenai artis ini jika isu Tato beliau tidak ada ? perlu ke artis sebegini dibawa ke Malaysia ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Resepi Nasi Buah-Buahan Kering

Posted: 28 Feb 2012 01:24 AM PST

Bahan-bahan Nasi:
2 cawan beras panjang - bersih dan tuskan
2 cawan air rebusan tulang ayam atau lebih mengikut kesesuaian beras
5 sudu besar yogurt tanpa perasa
1 1/2 sudu besar rempah sup
Sedikit rempah tumis:-
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kelopak bunga lawang
1 cm kulit kayu manis
1/2 cm halia - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan

1 sudu besar minyak dicampur 2 sudu besar minyak sapi
2 keping buah pic kering - digunting kecil
2 keping nanas kristal - digunting kecil
2 biji buah prun tanpa biji - digunting kecil

Bahan Tabur:
1 sudu besar bawang goreng
2 sudu besar badam goreng yang ditumbuk kasar
1 sudu besar campuran buah prun, nanas kristal dan pic

Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi hingga larut, tumis bawang besar, bawang putih serta halia hingga wangi kemudian masukkan rempah tumis.
2. Apabila telah bangkit baunya, masukkan rempah sup, kacau hingga garing. Tuangkan air rebusan ayam dan biarkan mendidih. Masukkan pula yogurt, garam, daun pandan simpul bersama beras.
3. Setelah setengah masak, masukkan buah-buahan kering yang dipotong kecil, kacau rata dan biarkan hingga kering.
4. Ketika hendak menghidang, tabur bawang goreng, badam tumbuk kasar serta buah-buahan kering yang dipotong kecil.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Orang Gila Dengn Doktor

Posted: 28 Feb 2012 12:53 AM PST

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$??"
Suka Lawak Ini ClickLah Like @ Share !!

Ekin Isteri Mawi Selamat melahirkan Anak Perempuan | Anak Mawi Dan Ekin

Posted: 27 Feb 2012 08:38 PM PST

Akhirnya rezeki daripadanya tiba jua setelah sejarah sedih menghantui pasangan ini sebelum ini, hari bahagia itu tiba jua pada 4 pagi selasa dan kini Mawi dan Ikin telah sah menjadi Ayah dan Ibu.


Bayi Sulung seberat 2.8 kg pasangan ini dilahirkan di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi. Dan menurut info pasangan ini belum memberi nama. ( Nanti dah ada ZoOm update ye)


Dan Berikut ayat-ayat yang keluar daripada pengurus Mawi mengenai hari bahagia pasangan Mawi dan Ikin :

 Menurut pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail, yang mengesahkan berita tersebut, Ekin atau nama sebenarnya Nora'Asikin Rahmat, diberikan suntikan ubat pelali kerana mempunyai sedikit komplikasi untuk bersalin.
"Alhamdulillah, akhirnya pasangan itu mendapat anak perempuan. Ekin telah dimasukkan ke hospital pada pukul 7.30 malam semalam (Isnin). "Melihatkan keadaan Ekin yang masih lagi belum boleh bersalin mengikut masa yang ditetapkan, dia diberikan ubat pelali oleh doktor. Syukur, kedua-duanya selamat,"
Akhir Sekali...Syukur dan alhamdulillah serta semoga anak beliau menjadi anak yang soleha.Insyallah.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Nora terima Adi

Posted:

Nora terima Adi

Nora terima Adi

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar WAN WAHAB NOORFAISAMI (Pelatih Cybernetics)


KESERASIAN antara Nora Danish dan Ady Putra memikat hati penonton.


SEJAK memegang status janda, pelakon jelita Nora Danish tidak pernah lekang dengan pelbagai cerita sensasi, baik yang berkaitan dirinya ataupun tempias cerita bekas suaminya.

Nora Danish Mohd. Hanif yang bakal mencecah usia 30 pada 7 Mac ini juga dikatakan rapat dengan penjaga gawang pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.

Bagaimanapun Nora yang ditemui pada lokasi penggambaran filem Aku Terima Nikahnya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, baru-baru ini berkata, dia tidak pernah keluar dengan Khairul Fahmi atau Apek.

Tetapi, ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram itu pernah menghantar mesej kepada Apek di laman sosial Tweeter, itu pun hanya sekali sahaja.

"Nora tidak pernah bertemu atau bercakap dengan Apek. Cuma sekali itu saja Nora tweet penjaga gol itu, sama macam peminat lain buat jugak.

"Tapi lain pula cerita yang keluar. Nora harap tukang sebar berita itu sudah-sudahlah buat gosip tanpa bukti kerana ia melibatkan ramai orang. Dia ada keluarga. Apa kata keluarganya bila keluar cerita begitu," katanya dengan nada kecewa.

Meskipun terasa hati dan kecewa dengan berita yang tidak benar mengenai dirinya, Nora tetap ingin terus bergiat dalam bidang seni kerana ia merupakan punca pendapatannya masa kini.

Nora yang memegang watak sebagai Arlisa dalam filem pertama arahan Eyra Rahman itu berkata, buat masa kini tumpuannya hanya pada kerjaya.

"Sebagai ibu tunggal, Nora perlu bekerja keras mencari nafkah untuk anak. Nora malas untuk fikir perkara yang boleh menyesak kepala seperti gosip yang tidak berasas itu.

"Biarlah apa orang nak kata, sebab Nora tidak berupaya untuk menutup mulut mereka. Tapi mereka perlu ingat, apa yang mereka buat pada orang, tentu ada balasan daripada Yang Maha Esa, cuma cepat dan lambatnya sahaja," katanya tenang.

Dalam pada itu, Nora tetap tidak menolak takdir jika bertemu jodoh dalam waktu terdekat, namun kali ini dia lebih berhati-hati memilih calon suami.

Kata Nora, biarpun sering berpasangan dengan ramai pelakon lelaki namun hatinya tidak terlintas untuk menjalin hubungan percintaan.

"Mana-mana rakan artis yang pernah bekerjasama dengan Nora adalah sahabat, baik lelaki atau wanita. Lagipun bidang seni kita bukanlah besar mana.

"Setakat ini Nora tidak pernah jatuh hati pada mana-mana hero yang berpasangan dengan Nora. Soal jodoh, Nora serah pada takdir. Kalau boleh biarlah bakal suami seorang yang beriman, bertanggungjawab dan dapat membimbing Nora sebagai isteri solehah," katanya lagi.

Nora nikah beberapa kali

Apabila ditanya bagaimana perasaannya ketika menanti Johan, lakonan Ady Putra melafazkan akad nikah untuk menyuntingnya sebagai isteri, pemegang watak Arlisa itu berkata, dia sedikit pun tidak teruja untuk adegan majlis akad nikah kerana sudah beberapa kali melalui fasa itu.

"Ini bukan kali pertama Nora bernikah sewaktu berlakon. Sudah beberapa kali juga. Jadi perasaan teruja itu tidak ada, sekadar menghidupkan watak sahaja.

"Menjadi isteri kepada Ady Putra adalah kali kedua, pertama dulu sewaktu drama Tentang Dhia. Sejak drama itu, Nora banyak mendapat tawaran watak yang lebih serius. Tiada lagi watak gadis remaja yang ceria," kata Nora ketawa.

Malah populariti Tentang Dhia juga menyebabkan pengarah dan produser mula buka mata tentang bakat lakonan Nora dan tidak hanya tertumpu pada satu karakter sahaja.

Kata Nora, perubahan karakter yang dibawa turut menyebabkan dia perlu banyak melakonkan adegan yang bersentuhan dengan pasangan pelakonnya.

"Dulu Nora berlakon watak ceria, jadi tidak memerlukan banyak sentuhan badan. Sekarang ini bila watak serius, banyak pula kena bersentuhan dengan pelakon lain. Mula-mula memang malu tapi disebabkan itu kerjaya, Nora kena lakukan yang terbaik.

"Alhamdulillah, antara Nora dengan Ady sudah ada keserasian sejak Tentang Dhia, jadi tidaklah kekok untuk filem Aku Terima Nikahnya. Nora harap filem ini dapat mencetus fenomena seperti drama juga," harapnya.

Menurut Nora, dia bersetuju berlakon Aku Terima Nikahnya, filem ketiganya dengan Metrowealth Pictures kerana skrip dan barisan pelakonnya menarik.

Sebelum ini Nora pernah berlakon filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 dan Cuti-Cuti Cinta terbitan syarikat berkenaan.

"Nora terima bukan sebab orang kata gandingan kami serasi. Kalau nak ikutkan, ada beberapa produksi yang nak gandingkan Nora dengan Adi tapi bila tengok skrip Aku Terima Nikahnya, Nora tertarik.

"Jalan cerita filem ini menarik. Sebab itu Nora tidak mahu melepaskan peluang. Harap-harap gandingan kali ini lebih menjadi dan lakonan Nora mampu meninggalkan kesan kepada penonton," katanya.

Ady Putra suami penyayang

Watak baik dan jahat sudah sering dilakonkan oleh Ady Putra. Namun watak Zikir lakonannya menerusi drama Tentang Dhia amat memberi kesan dan berjaya menyentuh hati ramai penonton wanita.

Kesan daripada watak itu, Ady terus diberi peranan sebagai suami penyayang dalam filem Aku Terima Nikahnya.

Kali ini Ady tidak sahaja penyayang, malah dia juga perlu melakonkan watak suami yang tidak menghiraukan perasaan isteri.

"Dalam filem ini saya perlu menonjolkan dua karakter, satu penyayang dan satu lagi suami yang tidak ingat isteri. Saya akan buat yang terbaik untuk menjadi suami penyayang supaya penonton turut merasai kebahagiaan itu.

"Jika lakonan itu dapat memberi ketenangan kepada penonton yang bermasalah dan kemudian mereka cuba mengatasinya. Ia merupakan bonus kepada saya. Lakonan ini selain hiburan, ia juga boleh dijadikan medium berdakwah," katanya.

Menurutnya, watak Johan yang dibawa bukan sahaja menjadi suami yang didamba oleh semua wanita malah ia juga boleh membuat kaum hawa skeptikal kepada karakter tersebut.

"Waktu watak penyayang mungkin orang suka pada Johan. Tapi setelah dia menghadapi kemalangan dan hilang ingatan terhadap Arlisa, mungkin ada sedikit kebencian kepadanya.

"Ketika hilang ingatan itulah, Johan merasakan apa yang dibuat oleh isterinya amat menjengkelkan kerana Arlisa asyik memaksanya mengingati memori silam. Waktu itu memang kasihan pada Arlisa kerana ada suami yang tidak mengenalinya," cerita Adi.

Pelakon filem Bollywood, Don 2 itu berkata, sejak gandingannya dengan Nora dalam drama Tentang Dhia, banyak tawaran mendatang untuk dia melakonkan watak sebagai suami.

Kata Ady, dia tidak kisah watak apa yang ditawar asalkan jalan cerita sesebuah drama atau filem itu menarik.

"Selagi ada kudrat dan jadual tidak bertindih, saya pasti terima tawaran tersebut asalkan jalan ceritanya menarik dan watak yang diberi berbeza.

"Biarpun orang pernah tengok gandingan saya dengan Nora dalam drama, tapi kali ini karakter kami berbeza. Sebenarnya, gandingan ini membebankan juga kerana kami perlu berikan yang lebih baik daripada apa yang pernah ditonton sebelum ini," katanya.

Duta umrah

Sejak mengerjakan umrah pada Ogos tahun lalu bersama isteri, ibu dan mertua, Adi Putra sering mengimpikan untuk menjejak kaki ke tanah suci Mekah lagi.

Nampaknya niat murni Ady itu bakal termakbul untuk melakukan ibadat umrah buat kali kedua dengan syarikat Triways Hujjaj pada 28 Mac hingga 7 Mei ini.

Ady Putra atau Mohamed Hadi Putera Halim yang baru menyambut hari kelahiran ke 31 pada 26 Februari lalu, bukan sahaja melakukan umrah, malah pemergiannya ke sana sebagai duta Triways Hujjaj.

"Selepas pergi umrah tahun lalu, saya memang menyimpan niat untuk pergi lagi ke sana. Tak sangka rakan-rakan dari syarikat dulu tawarkan saya untuk serta mereka dalam Triways Hujjaj.

"Sekali lagi saya ditawar untuk menjadi duta bersama dengan Imam Muda musim pertama, Hizbur Rahman Omar Zuhdi. Alhamdulillah, saya bukan sahaja dapat mengerjakan umrah, malah dapat membantu jemaah. Saya memang tidak sabar untuk ke sana," katanya tersenyum.

Pelakon berkarakter itu juga turut memberitahu, jika ada rezeki, pada tahun ini juga dia akan menunaikan fardu haji, rukun Islam yang ke lima.

"Dalam keadaan sihat inilah, saya perlu melaksanakannya. Lagipun kalau mampu kenapa mesti tangguh niat suci itu. Saya mahu mengimbangi kehidupan dunia akhirat agar setara kerana ajal dan maut boleh datang tanpa diduga.

"Selama ini saya bersyukur dengan segala nikmat yang diberiNya. Pada yang ingin melakukan ibadah umrah bersama-sama saya dan Hizbur, amat dialu-alukan kerana di sana kita semua serupa. Tidak ada gelaran artis, datuk atau tuan, semua sama," katanya tersenyum.

Festival peminat thrash metal tegar

Posted:

Festival peminat thrash metal tegar

Festival peminat thrash metal tegar

Oleh ABD. AZIZ ITAR
(Yang menyaksikan True Thrash Festival di Osaka, Jepun baru-baru ini)


ANGGOTA kumpulan Vault bersama Witchburner yang turut beraksi pada True Thrash Festival.


JEPUN memang terkenal dengan industri muzik dan fesyen di peringkat dunia. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan negara Matahari Terbit itu berada di tangga teratas di Asia dalam dua bidang yang popular tersebut.

Justeru, bagi mana-mana penyanyi atau pemuzik dari luar negara yang berpeluang mengadakan persembahan di Jepun serta diterima dengan baik oleh para peminat di sana, maka ia sesuatu yang boleh dibanggakan.

Peluang itu antara yang diraih oleh kumpulan heavy metal dari Kajang, Selangor yang dikenali sebagai Vault sewaktu mereka mengadakan persembahan di Dewan Esaka Muse, Osaka, Jepun baru-baru ini.

Persembahan kumpulan lima anggota itu berlangsung pada True Thrash Festival yang turut menampilkan 10 kumpulan thrash metal yang kebanyakannya dari Jepun pada festival yang berlangsung dua hari berturut-turut.

Menurut penyanyi Vault, Hafizan Mohamad Zip, 29, peluang beraksi di festival yang kali ketiga diadakan itu sukar dilepaskan kerana ia turut membabitkan kumpulan-kumpulan dari pelbagai negara.

"Di Malaysia kami kurang dikenali ramai tetapi tidak sangka hanya dengan berbekalkan demo tape dan sebuah album yang kami terbitkan sendiri berjaya menarik perhatian pihak Rock Stakk Records di Jepun.

"Apatah lagi, ini adalah kali pertama kami mengadakan persembahan di luar negara, malah di Jepun yang mempunyai industri muzik yang cukup besar," katanya kepada Hits sewaktu kunjungannya ke negara tersebut.

Selain Hafizan selaku vokalis utama, Vault yang bermain muzik secara sambilan sejak lebih tiga tahun lalu turut dianggotai empat lagi anggotanya iaitu Faaiz (gitar), Azril (gitar), Shein (bass) dan Syibree (dram).

Biarpun berdepan dengan masalah komunikasi bersama krew pihak penganjur festival yang kurang fasih berbahasa Inggeris, ia tidak menjadi halangan buat Vault yang berkobar-kobar mahu beraksi di hadapan para peminat Jepun.

Selain Vault, antara kumpulan thrash metal Jepun yang mengadakan persembahan bersama mereka pada festival itu ialah kumpulan Jurassic Jade, Fastkill, Riverge, Abigail, Wargasmatron, Impaler serta Doraid.

Lebih menghangatkan festival apabila Rock Stakk Records turut menjemput kumpulan thrash metal legenda dari Toronto, Kanada iaitu Sacrifice mengadakan persembahan bersama empat anggota asal mereka.

Para peminat di sana semakin teruja apabila pihak penganjur menampilkan dua lagi kumpulan undangan iaitu Remains dari Thailand dan Witchburner (Jerman) pada festival yang bermula dari pukul 4 petang hingga 11 malam itu.

"Kami bukan sahaja teruja beraksi di hadapan para peminat Jepun, malah mereka juga mahu menyaksikan kelainan kerana festival ini menampilkan kumpulan-kumpulan dari luar negara dengan muzik yang berbeza.

"Walaupun ada masalah komunikasi tetapi para peminat di sana begitu peramah dan amat menyokong persembahan kami. Mereka bergambar dan mengambil tandatangan kami selepas festival itu.

"Malah, kami juga membawa 30 keping demo tape Vault dengan harga 500 yen (RM20) setiap satu yang habis dijual sebelum festival itu berakhir. Sepatutnya, kami bawa lebih banyak demo tape untuk dijual di sana," ujar Hafizan lagi.

Sewaktu beraksi di festival itu, Vault membawakan lagu-lagu mereka sendiri antaranya Raging Force, Black Leather Cult, Ripping Noise Terror, Victim of Pain, Heavy Metal Attack dan Onslaught of Death.

Dengan tiket festival dua hari berturut-turut berharga 10,000 yen (RM380) itu, Vault bukan sahaja membawa nama Malaysia tetapi turut membuka peluang kepada pemuzik dari negara ini untuk beraksi di sana pada masa depan.

Jelas pemilik Rock Stakk Records, Mikitoshi Matsuo, dia berasa teruja dengan pemuzik dari Malaysia sekali gus menjemput mereka beraksi pada festival yang disaksikan ribuan peminat tegar muzik thrash metal di sana.

"Tahun lalu misalnya, True Thrash Festival telah menjemput kumpulan Lobotomy dari Malaysia beraksi di sini. Sambutannya sangat menggalakkan. Ramai peminat di sini yang mahu melihat pemuzik dari luar negara beraksi.

"Selain pemuzik thrash metal, saya juga meminati kumpulan rock seperti Rusty Blade, Search, MAY dan Lefthanded. Walaupun saya tidak faham bahasa Melayu, tetapi saya kagum dengan muzik mereka," ulasnya.

Bukan setakat mengadakan persembahan, True Thrash Festival juga boleh dikatakan medan pertemuan setiap kumpulan pemuzik bertukar-tukar pendapat selain melebarkan lagi peluang mereka dalam bidang muzik.

Difahamkan Vault yang turut mencuri perhatian kumpulan Witchburner dari Jerman ditawarkan mengadakan persembahan di negara kelahiran Adolf Hitler itu bersama kumpulan terbabit pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

True Thrash Festival juga semakin lama semakin menguatkan jenamanya apabila saban tahun menjemput beberapa kumpulan thrash metal legenda terkemuka dari seluruh dunia beraksi pada acara setahun sekali itu.

Contohnya, sebelum ini festival yang diadakan di pingging bandar Osaka itu pernah menjemput kumpulan-kumpulan thrash metal legenda seperti Hirax dan Razor dari Kanada, Assassin (Jerman) dan At War (Amerika Syarikat).

Sacrifice kumpulan yang amat dinanti-nantikan oleh para peminat di Jepun tampil mengadakan persembahan dua malam berturut-turut di True Thrash Festival tidak mampu menyembunyikan rasa keterujaan mereka.

Rob Urbinati, 44, penyanyi dan gitaris kumpulan yang ditubuhkan di Toronto pada tahun awal tahun 1980-an itu berkata, selepas lebih 25 tahun Sacrifice ditubuhkan, itu adalah kali pertama mereka beraksi di Jepun.

"Kami bukan sahaja kali pertama mengadakan persembahan di Jepun, tetapi ini adalah kunjungan kali pertama ke Asia. Kami biasa mengadakan persembahan di Kanada dan Amerika Syarikat.

"Bagaimanapun, kami dapat rasakan kelainan apabila beraksi di hadapan para penonton Jepun yang memberi sambutan sungguh hebat sekali. Ia mengingatkan semula konsert Sacrifice sewaktu era tahun 1980-an," ujarnya.

Selain Rob, Sacrifice yang turut dianggotai oleh tiga lagi anggota asalnya iaitu Joe Rico (gitar), Scot Watt (bass) dan Gus Pynn (dram) banyak menyanyikan lagu-lagu daripada album Torment In Fire dan Forward To Termination.

Antara lagu-lagu hits Sacrifice yang dipersembahan bertajuk Terror Strikes, Turn In Your Grave, Flames of Armageddon, Re-Animation, Necronomicon, Pyrokinesis, Afterlife dan Homicidal Breath.

Selain menonton persembahan, para peminat juga berpeluang membeli rakaman festival itu yang dijual dalam format DVD terbitan Rock Stakk Records di mana True Thrash Festival tahun ini akan diterbitkan pada tahun depan.

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


MR.BEAN MENINGGAL DUNIA – ROBERT MERAS

Posted: 28 Feb 2012 01:24 AM PST

Pelakon Mr. Bean iaitu ROWAN SEBASTIAN ATKINSON [MR.BEAN] dikhabarkan telah meninggal dunia di LAMAN TWITTER.

Khabar kematian penghibur dan pelawak terkenal mr.bean telah disebarkan dalam satu perkhabaran hidup dan mati apabila telah tersebar khabar angin yang beliau telah meninggal dunia.

Robert Meras pemengang akaun twitter telah menyebarkan dakwaan itu sekaligus mengundang kemarahan orang ramai.
Namun Robert Meras mempunyai alasan kukuh untuk menyebarkan khabar angin tersebut.

Dia telah memperoleh maklumat berkenaan melalui laman fakta wikipedia tentang tarikh kematian Mr.Bean pada 26 februari 2012. robert berkata, perkara itu adalah jenaka dan terus sebarkan melalui laman twitter miliknya.

Walaubagaimanapun akhirnya robert telah memohon maaf dan mengaku bersalah kerana sebarkan berita palsu kematian Mr.Bean.

Tips Lajukan Broadband yang dah habis Quota Limit

Posted: 27 Feb 2012 11:33 PM PST

Tips Lajukan Broadband yang dah habis Quota Limit


Ramai pengguna tegar Broadband yang pasti kusut dan pening kepala apabila quota limit broadbang korang dah lebih limit kan. Tahukah anda layan youtube atau video online cepat limit quota kita di bar?

Okay hari ini saya nak kongsi kepada anda semua bagaimana untuk mendapatkan broadband free setiap bulan dan dapat access internet laju seperti biasa. Macam saya guna broadband Umobile setiap bulan mesti dapat warning access limit.

Tapi itu tidak menjadi masalah kerana ada tips dan trick untuk access internet seperti biasa menggunakan broadband.




Bagaimana nak buat Umobile x leh kawal speed kita? Ok cmni caranya...


1) Pastikan waktu ini dah connect ke internet. Tekan "start" & cari "run". Dalam tu tulis "cmd" dan tekan ok.




2) Akan kuar command prompt seperti gambarajah dibawah ini. Tulis "ipconfig/all" dan enter



3) Bila dh enter akan keluar senarai connection, cari hardware wireless korang (nama Modem korang), tgk gambar di bawhh utk pilih yg mana betul...


4) Ok skarang tekan "ping [address korang] -t" Cth ping 10.23.133.247 -t mcm gmbar kt bwh. Bila berjaya, korang akan trima balasan mcm gambar diatas. Kalo x kuar seperti gambar diatas maksudnya x berjaya la tu


5) Sekarang anda biarkan bnda ni jalan selama mana korang online. Kalo dah malas nak online tekan pangkah tu ja. Mudah Bukan!

Proses nie akan buat korang akan sntiasa ada connection dgn server, akan cepatkan proses hantar & terima packet (bdk2 network n IT tau la apa bnda nie) jadi website lebih cepat loading

Tip nie utk semua jenis broadband xkira la CELCOM, MAXIS, DIGI uMobile asalkan broadband.

Tips dan Trick Broadband perkataan "ipconfiq/all" tu anda boleh guna dengan "ipconfig" sahaja.



Versi tanpa Gambar

ok macam ni.
korang buat macam ni.

1. start>run
2. taip cmd > enter

akan keluar command prompt

3. taip ipconfig/all

akan terpapar segala detail connection.
ip,subnet,gateway dan dns.

peratikan description connection.
pastikan korang peratikan yang broadband punye.jangan silap.
kemudian tengok gateway

4.taip no. gateway tu
taip:

ping 10.23.133.247 -t

5.kemudian enter

**** 10.23.133.247 adalah gateway uMobile broadband pakej rm68

pastikan ada reply yang diterima selepas anda tekan enter.
dan biarkan ia ping tanpa henti.
biarkan proses ini berterusan selama mana anda online.

prosses ini akan membuatkan anda sentiasa ada connection dan takkan DC dengan server dan akan mempercepatkan prosses penghantaran paket dan penerimaan paket.
so akan mempercepatkan proses membuka web page.

Okay selamat mencuba...

18 Nama dan Gambar Tempat Terpanjang Di Dunia

Posted: 27 Feb 2012 10:18 PM PST

Tahukah Anda, didunia ini terdapat nama tempat yang sukar disebut dan terpanjang. Informasi ini memang menarik kerana ramai yang tidak tau wujudnya nama - nama tempat ini.

Ranking 1

1 - Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Yuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit (167 huruf)





Maksud nya "Kota para malaikat, kota yang besar, kota permata yang abadi, kota yang tidak dapat dikalahkan milik Dewa Indra, ibukota dunia yang terbesar, dikurniakan dengan 9 permata yang berharga, kota yang bahagia, penuh dengan Istana Kerajaan yang sangat besar yang menyerupai tempat tinggal syurgawi dimana para dewa yang berinkarnasi berkuasa, kota yang diberikan oleh Indra dan dibangun oleh Vishnu karma."

Nama kota yang panjang ini adalah nama lain bagi Kota Bangkok (Krungthep) dalam bahasa Thai. Nama tersebut diberikan oleh Raja Buddha Yodfa Chulaloke dan disunting oleh Raja Mongkut.

Ranking 2 - Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu (85 huruf)

Nama ringkasan = Taumatawhakatangihangakoauauotamateapokaiwhenuakitanatahu (57 huruf)

Lokasinya di bukit di North Island, New Zealand. Penduduk di situ berbahasa Maori. Disenaraikan dalam Rekod Dunia Guinness sebagai nama tempat terpanjang secara rasmi di dunia.




Ranking 3 - Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch (58 huruf)

Nama ringkasan = Llanfairpwllgwyngyll (20 huruf)

Maksudnya "Gereja Saint Mary dalam relung hazel putih dekat pusaran air berpusar gereja Saint Tysilio dengan gua merah"

Terletak di sebuah kampung di pulau Anglesey, Wales, United Kingdom. Penduduknya berbahasa Welsh.




Ranking 4 - Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg (45 huruf)

Nama ringkasan = Chaubunagungamaug Lake (17 huruf)

Juga dikenali sebagai Webster Lake. Terletak di tasik dalam bandar Webster, Massachusetts, Amerika Syarikat. Penduduknya berbahasa Nipmuc (Algonquian).





Ranking 5 - Tweebuffelsmeteenskootmorsdoodgeskietfontein (44 huruf)

Adalah nama sebuah ladang yang terletak di Afrika Selatan.

Maksudnya "musim bunga (secara literal Fountain) di mana dua kerbau bersih dibunuh dengan satu pukulan"



Selebihnya 13 nama tempat terpanjang di dunia, pengunjung boleh baca terus ke laman website ini ---> Blog Budak Botak

Senarai Pemain Pasukan Malaysia menentang Filipina

Posted: 27 Feb 2012 09:56 PM PST



1 hari lagi perlawanan persahabatan berlansung di antara Malaysia menentang Filipina pada 29 Februaru 2012.

K.Rajagopal telah menyenaraikan seramai 27 pemain bagi pelatih Skuad Malaysia (Harimau Malaya)

Ianya merupakan perlawanan pesahabatan antarabangsa dan diharapkan dapat menyumbangkan mata berharga untuk ranking dunia skuad kita. Kembalinya Safee Sali ke pangkuan skuad senior negara juga diharapkan dapat menguatkan lagi jentera serangan negara apatah lagi gandingan emas beliau bersama penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha.

Berikut merupakan Senarai Penuh 27 Pelatih Skuad Malaysia vs Filipina 29 Februari 2012.

Penjaga Gol
1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
2. Farizal Marlias (N.Sembilan)
3. Norazlan Razali (Selangor)

Pertahanan
4. Asrarudin Putra Omar (Selangor)
5. G. Mahathevan (N.Sembilan)
6. Faizal Muhamad (Terengganu)
7. Zubir Azmi (Terengganu)
8. Muslim Ahmad (Terengganu)
9. S.Subramaniam (Kelantan)
10. Mahali Jasuli (Harimau Muda)
11. Fadhli Shas (Harimau Muda)
12. Aidil Zafuan (ATM)

Tengah
13. Amar Rohidan (Kedah)
14. K.Gurusamy (Selangor)
15. Shakir Shaari (Kelantan)
16. Bunyamin Omar (Selangor)
17. Baddrol Bakhtiar (Kedah)
18. Safiq Rahim (Selangor)
19. Ashaari Shamsudin (Terengganu)
20. Shahrudin Yakup (Sabah)
21. Wan Zack Haikal (Harimau Muda)
22. S.Kunanlan (N.Sembilan)

Penyerang
23. Shakir Ali (N.Sembilan)
24. Manaf Mamat (Terengganu)
25. Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
26. Zaquan Adha (ATM)
27. Safee Sali (Pelita Jaya)

Jom ramai - ramai ke Stadium sokong pasukan Malaysia melawan Filipina

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


'Wanita besi' menang lagi

Posted: 27 Feb 2012 03:52 PM PST

Hip

TAHUN 2012 menjadi detik kecemerlangan buat filem hitam putih tanpa suara, The Artist, apabila mengulangi kejayaan manis buat sekian kalinya dengan muncul Filem Terbaik pada Anugerah Academy ke-84 yang berlangsung di Los Angeles, semalam.

Filem yang mengambil latar era 1927 itu turut membawa pulang empat lagi trofi Oscar iaitu Pengarah Terbaik menerusi Michel Hazanavicius, Pelakon Lelaki Terbaik (Jean Dujardin), Skor Asal Terbaik dan Rekaan Kostum Terbaik.

Namun, paling menonjol tentunya pelakon veteran, Meryl Streep, yang menggenggam Oscar bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik hasil lakonan mantapnya dalam The Iron Lady, manakala Octavia Spencer memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk filem The Help dan Christopher Plummer untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik bagi filem Beginners. The Artist menjadi judul bisu pertama yang mendapat pengiktirafan besar selepas filem Wings (1927) melakukannya pada penganjuran Oscar pertama pada 1929.

"Sayalah pengarah paling gembira di dunia," kata Havanavicius ketika menerima trofi sambil tidak lupa mengungkap rasa terima kasihnya kepada barisan pelakon dan kru.

"Saya turut berterima kasih kepada penyumbang dana filem ini, iaitu orang yang paling gila kerana mempercayai saya dengan meletakkan wang mereka untuk filem ini," katanya.

Sementara itu, kemenangan Streep yang sudah diramal ramai mengulangi kejayaan sama pernah diraih aktres berkenaan hampir tiga dekad lalu. Memegang watak sebagai bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher yang dibawa Streep dalam filem The Iron Lady mendapat pujian ramai kerana dikatakan cukup menjadi.
Pelakon berusia 62 tahun itu pernah memenangi kategori berkenaan ketika membintangi filem Sophie's Choice, bagaimanapun tewas sebanyak 13 kali dan pernah memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita pada 1979 untuk filem Kramer vs Kramer.

"Apabila nama saya disebut, saya seolah-olah dapat mendengar sebahagian daripada penduduk Amerika berkata oh tidak, kenapa dia lagi? Tapi saya tidak peduli," katanya sambil ketawa.

Kemenangan itu adalah yang ketiga untuk Streep. Aktor dan aktres lain yang pernah memenangi Oscar sebanyak tiga kali ialah Jack Nicholson, Walter Brennan dan Ingrid Bergman, hanya Katharine Hepburn pernah empat kali memenangi Oscar.

Pelakon utama The Artis, Jean Dujardin yang baru memenangi kategori sama pada Anugerah Akademi Seni Filem dan Televisyen British (BAFTA) dua minggu lalu ternyata cukup teruja dengan kemenangan pertamanya di Oscar.

Dujardin yang popular di Perancis, memberikan sedikit kejutan apabila muncul aktor pertama Perancis yang menyerlah di Anugerah Academy.

Dujardin yang mula dikenali di negaranya selepas muncul dalam sebuah program pencarian bakat Nous C Nous, bukanlah calon kegemaran untuk memenangi kategori ini. Sebaliknya George Clooney dan Brad Pitt pada mulanya disebut-sebut bakal mengungguli kategori berkenaan.

Bagaimanapun, kemenangan demi kemenangan diraih pelakon berusia 39 tahun ini mengubah persepsi ramai.

Bagi pelakon yang pernah membintangi filem muzikal The Sound Of Music, Christopher Plummer, anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang dimenangi cukup memberi makna buat dirinya apabila trofi yang menjadi impiannya selama ini hanya berjaya digenggam setelah usianya mencecah 82 tahun.

"Ke manakah kamu selama ini?

Saya ada pengakuan yang ingin dibuat, sejak berada dalam perut ibu lagi, saya sudah berlatih berucap kerana memenangi Oscar," kata pelakon itu yang menyerlah dengan watak sebagai duda tua yang terjebak dengan cinta sejenis.

Ternyata bukan Plummer saja yang mendapat pengiktirafan pada usia senja. Sebelum ini pelakon Jessica Tandy menerima Oscar yang pertama pada usia 80 tahun untuk filem Driving Miss Daisy.

Bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pula, Octavia Spencer yang membawakan watak pembantu rumah kulit hitam dalam filem The Help berjaya mendapat Oscar pertamanya.

Sementara itu, Hugo arahan pengarah veteran, Martin Scorsese, yang meraih pencalonan paling banyak iaitu 11, tewas kepada The Artist apabila filem berkenaan yang menerima dua anugerah terawal hanya membawa pulang lima anugerah saja, iaitu untuk kategori Sinematografi, Penata Seni, Kesan Bunyi, Adunan Bunyi dan Suntingan Bunyi.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Rahsia peminat misteri terbongkar

Posted: 28 Feb 2012 12:52 AM PST

ne 05.1 Rahsia peminat misteri terbongkar
LELAKI yang menjadi peminat misteri dengan mengirim barang-barang aneh kepada seorang gadis ditahan di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Teka-teki siapa peminat misteri yang menghantar kiriman aneh berupa seluar dalam lelaki dan tiga ekor ayam kepada seorang gadis di Wangsa Maju di sini baru-baru ini terjawab apabila polis menahan seorang lelaki semalam.

Suspek berusia 33 tahun itu ditahan di rumahnya di Sri Rampai, Wangsa Maju di sini pada pukul 1.30 petang.

Lelaki yang telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak rupa-rupanya jiran mangsa yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat Teknologi Maklumat di ibu negara. Malah mangsa turut mengenali peminat misteri itu.

Suspek yang berasal dari Perak itu dipercayai bertindak demikian kerana menyangkakan mangsa yang berusia 20-an itu ialah pelakon terkenal, Diana Danielle Beeson atau lebih dikenali sebagai Diana Danielle, 20.

Suspek mendakwa dia tidak pernah bersemuka dengan pelakon kacukan terbabit tetapi kerap berhubung dengan pelakon itu di laman sosial Twitter sejak beberapa tahun lalu iaitu sebelum wanita itu menceburi bidang seni.

Suspek juga mendakwa sepanjang berkomunikasi di Twitter, Diana Danielle sering membalas komennya menyebabkan dia teruja untuk mengenali wanita itu dengan lebih rapat.

Jelas suspek itu lagi, dia amat meminati pelakon itu kerana bukan sahaja memiliki wajah yang cantik malah menyifatkan Diana Danielle sebagai seorang wanita bijak.

Suspek itu memberitahu, dia mengirim bungkusan berisi gambar, nota cinta dan tiga ekor ayam yang dipelihara sendiri kepada mangsa sebagai tanda persahabatan kepada wanita itu atau hadiah daripada peminat tanpa muslihat lain.

Selain Diana Danielle, suspek turut menyertakan nota cinta kepada penyampai berita TV3, Pang Chinn Fei yang turut dikirimkan di rumah mangsa. Chinn Fei juga merupakan seorang wanita diminati suspek.

/// kosmo ///

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Filem Cinta Kura-Kura

Posted: 27 Feb 2012 03:30 PM PST

gambar lawak cerita lawak

Posted My Gosip: 28 February 2012 at 7:30 am under filem  


Cinta Kura-KuraSinopsis Cinta Kura-Kura:- Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya… Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.

Tajuk Filem:
Cinta Kura-Kura

Pengarah: Nizam Zakaria

Penerbit: KRU Studios Sdn. Bhd.

Dipawagam: 01 Mac 2012

Pelakon Cinta Kura-Kura:
Aeril Zafrel
Tiz Zaqyah
Zizan Raja Lawak
Shy8
Farah Fauzana
Bob AF2
Fizz Fairuz
Munir
Harun Salim Bachik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


The Artist karya terunggul

Posted: 27 Feb 2012 05:42 AM PST

HAMPIR empat dekad lamanya dia bergelumang dalam bidang lakonan. Sama sedar atau tidak, sudah 17 kali dia dicalonkan dalam anugerah paling berprestij, Academy Awards. Lalu, tidak hairanlah dia sudah mencipta rekod terhebat sebagai pelakon paling banyak menerima pencalonan bagi merebut 'statuette' Oscar.

Semalam (waktu Malaysia), Meryl Streep kembali bergelar Pelakon Wanita Terbaik.
Dalam usia 62 tahun, dia terus dihargai apabila mencipta satu lagi sejarah manis pada Academy Awards ke-84.


Ia juga kemenangan Oscar buat kali ketiga bagi Meryl selepas berjaya melalui Kramer vs Kramer pada 1980 diikuti Sophie's Choice (1983).

Kali ini, Meryl berjaya menewaskan empat calon lain - Glenn Close yang membintangi Albert Nobbs, Viola Davis (The Help), Rooney Mara (The Girl with the Dragon Tattoo) dan Michelle Williams (My Week with Marilyn).

Apa yang membanggakan, kejayaan Meryl itu adalah melalui aksi cemerlangnya dalam membawakan peranan Perdana Menteri Wanita Pertama Britain, Margaret Thatcher.

"Oooh tidak! Saya rasa ketika ini tentu separuh rakyat Amerika akan mengatakan... 'oooh tidak, dia lagi (menang)!" kata Meryl sebaik saja naik ke pentas menerima Oscar daripada Aktor Terbaik tahun lalu, Colin Firth.

Bagi kategori Aktor Terbaik, kehebatan lakonan aktor Jean Dujardin yang membintangi filem The Artist tidak dapat disangkal lagi apabila diumumkan sebagai pemenang pada majlis yang berlangsung di Hollywood & Highland Center (dulunya Kodak Theatre), Los Angeles.

Lebih bermakna, kejayaan sulung Dujardin itu turut mencipta sejarah sebagai aktor Perancis pertama memenangi Oscar. Dujardin hebat dalam menghayati watak pelakon veteran, George Valentin yang mencipta nama di Hollywood pada 1927.

Keputusan Dujardin diangkat sebagai Aktor Terbaik sesuatu yang dijangka ramai andai merujuk kepada pencapaiannya menang kategori yang sama dalam pelbagai acara sebelum ini, antaranya Screen Actors Guild Awards (SAG) Ke-18, British Academy of Film and Television Arts (BAFTA) dan Golden Globe Awards, tahun ini.

Menariknya, pencapaian pelakon berusia 39 tahun kali ini turut menewaskan saingan hebatnya yang lain seperti George Clooney melalui The Descendants dan Brad Pitt (Moneyball).

"Saya sukakan negara kamu!" katanya berseloroh. Selain itu dia juga akui cintakan isterinya.

Seperti mana kegembiraan dirasakan Dujardin, ia terlebih dulu diraikan pengarah filem itu, Michel Hazanavicius yang menggondol gelaran Pengarah Terbaik.
Kemenangan julung kali itu juga menewaskan saingan dua pengarah tersohor, Martin Scorsese yang mempertandingkan Hugo sementara Woody Allen pula (Midnight in Paris).

Pengarah Perancis berusia 44 tahun ini mencipta sejarah apabila menjadi pemenang kedua yang diiktiraf selepas Roman Polanski menerusi The Pianist pada 2003.

"Sayalah pengarah yang paling gembira di dunia ketika ini!" kata ketika menerima anugerah itu.

Kemenangan Oscar sulung suami kepada aktres Berenice Bejo yang turut membintangi The Artist bersama Jean Dujardin itu jelas memberi makna mendalam kepada perjalanan karier seninya sejak membabitkan diri dalam bidang pengarahan program TV.

The Artist yang meraih 10 pencalonan kedua terbanyak selepas Hugo (11 pencalonan) nyata berpuas hati dengan kemenangan lima anugerah. Paling bermakna, The Artist menang anugerah utama Filem Terbaik selain Pengarah Terbaik, Aktor Terbaik, Rekaan Kostum Terbaik dan Skor Asal Terbaik.

The Artist juga berjaya menewaskan enam calon filem lain yang bertanding iaitu Hugo (Scorsese), The Descendants (Alexander Payne), The Help (Tate Taylor), Moneyball (Bennett Miller), Extremely Loud and Incredibly Close (Stephen Daldry) dan The Tree of Life (Terrence Malick).

Bagi kategori Aktres Pembantu Terbaik, rezeki memihak pada Octavia Spencer yang cemerlang membawakan watak pembantu rumah menerusi The Help. Menariknya, ketika menerima anugerah di pentas dia menerima tepukan gemuruh bersama hormat berdiri (standing ovation).

Penghargaan yang cukup bermakna turut diterima aktor veteran Kanada, Christopher Plummer yang menang anugerah Aktor Pembantu Terbaik. Apa yang menarik perhatian, kemenangannya ini secara tidak langsung mengiktiraf sumbangan seni pelakon ini selama enam dekad dalam bidang lakonan.

Plummer menang menerusi filem lakonannya, Beginners yang menyaksikan dia membawakan watak duda yang berdepan masalah diri terhadap hubungan homoseksual.

Berkongsi kegembiraan pemenang acara kali ini adalah filem Iran, A Separation arahan Asghar Farhadi yang diumumkan sebagai Filem Bahasa Asing Terbaik. Ini adalah kejayaan terbaik filem ini selepas bertanding di Golden Globe Awards Ke-69, Festival Filem Antarabangsa Berlin dan Asia-Pacific Screen Awards.

Ketika menerima Oscar, Asghar sempat meluahkan kritikan terhadap permusuhan antara Iran dengan negara Barat yang berprasangka negatif terhadap republik Islam itu yang mempunyai program nuklear.



Aziz tawar hadiah pengantin

Posted: 27 Feb 2012 05:28 AM PST

PENGACARA yang terkenal dengan bicara puitis, Aziz Desa yang kini menjawat tugas sebagai Ketua Pegawai Operasi Pusat Dagangan Kelantan (Kelantan Trade Centre - KTC) menawarkan hadiah pakej bulan madu kepada pasangan pengantin baru, Ana Raffali dan suami, Aznaim Abdullah atau Naim.

Kebetulan Ana mengatakan ingin berbulan madu dengan melawat saudara-mara
di Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan. KTC yang mula beroperasi pada 2009, memiliki dewan konvensyen, pusat pameran, pangsapuri hotel dan restoran. Ia terletak berhampiran Stadium Sultan Muhammad Ke-4.


Menurut Aziz, 2012 diisytiharkan Tahun Melawat Negeri Kelantan dan dengan itu pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pelancong tempatan dan luar negara.

"Saya bagi pihak KTC menawarkan hadiah pakej itu kepada Ana bersesuaian imej barunya. Kami ingin memperkenalkan Kelantan sebagai destinasi bulan madu kepada bakal pasangan raja sehari yang lain. Sekarang ramai yang memilih untuk berbulan madu di luar negara sedangkan di negara sendiri juga menawarkan percutian yang menarik.

"KTC juga berhasrat menghadiahkan pakej sama kepada Misha Omar dan bakal suaminya. Ana adalah artis kedua dihadiah pakej bulan madu selepas Datuk Malek Noor yang akan mengadakan majlis perkahwinannya di KTC pada 12 Mac ini.

"Kami akan aturkan percutian mereka nanti dengan membawa mereka melawat destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong," katanya.

Tambah Aziz, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra dijadual melancarkan Tahun Melawat Kelantan 2012 pada 2 Mac ini.

Acara bersejarah itu akan diserikan dengan persembahan penyanyi terkenal Indonesia, Opick, Ramli Sarip dan kumpulan Al-Walid. Sebanyak 76 acara untuk peringkat kebangsaan dan antarabangsa sudah pun diatur.

Antara acara yang akan diisikan sepanjang tahun ini termasuklah Pencarian Bilal Kanak-Kanak, pada 15 hingga 17 Mac ini sempena cuti sekolah. Bagi meraikan perkahwinan Malek, KTC juga akan mengadakan mini pameran mengenai jaguh sukan bina badan negara itu. KTC juga akan memperkenalkan konsep hotel
buku, dengan setiap sudut dan bilik akan dinamakan mengikut nama buku dan nama akhbar.

"Saya akan menghubungi semua Ketua Pengarang di semua pejabat akhbar untuk menjalinkan kerjasama. Orang ramai juga digalakkan menyumbang buku kepada KTC.
Usaha ini dilakukan untuk mewujudkan budaya membaca di kalangan masyarakat," katanya.

Perkembangan lain, Aziz akan terus muncul dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O terbitan TV9.

"Tapi kemunculan saya tidak tetap macam dulu tapi mengikut kesesuaian. Saya akur dengan pembaharuan yang dilakukan oleh TV9 yang menampilkan wajah lebih segar dalam NLKO seperti Sharifah Alyah dan Hani Madu. Saya lihat mereka berjaya menambahkan keceriaan rancangan itu," katanya.

Jelas Aziz dengan jawatan barunya itu, kali pertama juga dia masuk kerja menggunakan 'punch card'.

"Insya-Allah saya akan berusaha memperkenalkan KTC kepada orang ramai sebagai satu usaha memajukan lagi Negeri Kelantan. Saya akan cuba rapatkan hubungan Kelantan dengan Langkawi.

"Saya juga akan memperkenalkan Kelantan sebagai destinasi pelancongan kesihatan untuk menarik pelancong dari Thailand dan Singapura yang sekarang semakin ramai mendapatkan rawatan penyakit di sana," katanya.



Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Arah tuju seni Kamal, Mikha

Posted:

Arah tuju seni Kamal, Mikha

Arah tuju seni Kamal, Mikha

IMPAK daripada drama sinetron Nada Cinta di Malaysia, nama Mikha Tambayong mula dikenali peminat-peminat di Malaysia.

Malah, gadis berusia 18 tahun yang kini digosip bercinta dengan pasangannya dalam Nada Cinta iaitu Randy Pangalila terkejut apabila dirinya menjadi kegilaan di kalangan peminat Malaysia sehingga saban hari ada sahaja peminat Malaysia yang menghantar tweet kepadanya.

Bagi pelakon Malaysia, Kamal Adli, 26, pula, dia mengakui berasa bertuah kerana dikenali di Indonesia selepas be berapa kali berulang alik dari Jakarta ke Malaysia untuk mempromosikan filem lakonannya bersama pelakon popular Indonesia, Olivia Jensen, 19, iaitu Gerimis Mengundang.

Malah, hasil daripada propaganda yang dicipta media di Indonesia mengatakan kedua-dua mereka bercinta selepas berlakon bersama-sama dalam filem arahan Ahmad Idham itu menyebabkan ada beberapa penerbit Indonesia berminat mengambil Kamal berlakon dalam drama sinetron mereka.

Kedua-dua pelakon itu kini digandingkan bersama dalam teater Gerimis Mengundang. Teater yang merupakan prekuel daripada filem Gerimis Mengundang itu bakal dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 27 Mac ini.

Ada sebab mengapa Mikha dipilih untuk menjayakan pementasan Gerimis Mengundang.

Mikha penat berlakon

Perasaan sedikit teruja mengiringi pertemuan Kosmo! dengan Mikha Tambayong. Pertama, sebab dia begitu cantik dan kedua, sikap dia begitu sopan dan baik.

Ke mana sahaja jurufoto Kosmo!, Djohan Shahrin Shah memintanya bergambar, dia tidak menolak malah terjadi satu insiden kakinya dinaiki beberapa ekor kerengga.

Selesai sahaja sesi fotografi dilakukan, lantas pemilik sebenar nama Moudy Mikha Maria Tambayong itu diajukan soalan tentang populariti yang diraih di Malaysia menerusi sinetron Nada Cinta.

Akui Mikha, dia hanya mengetahui dirinya popular di Malaysia apabila mendapati pengikut di laman sosial Twitter miliknya bertambah dan kebanyakannya daripada negara ini.

"Setiap hari pengikut di Twitter saya akan bertambah dan kebanyakannya dari Malaysia. Mereka tweet mengatakan sangat sukakan lakonan saya dalam Nada Cinta selain sering bertanya bila ingin bertandang ke Malaysia.

"Saya terkejut dan tidak tahu sama sekali Nada Cinta kini ditayangkan di Malaysia memandangkan sinetron itu sudah ditayangkan di negara saya dua tahun lalu. Saya ketahui juga selepas beberapa peminat di Malaysia memberitahu perkara itu kepada saya," ungkapnya mengenai sinetron Nada Cinta sebanyak 244 episod yang mula ditayangkan di Malaysia pada 27 September di Astro Ria.

Mengenali sisi hidup Mikha, gadis kelahiran Jakarta, Indonesia itu memulakan kariernya sebagai model dan kemudiannya terjun ke bidang lakonan. Sinetron pertamanya, Kepompong berjaya melonjakkan nama Mikha di persada seni Indonesia.

Anak saudara kepada penyanyi terkenal Harvey Malaiholo ini juga kemudiannya mengikut jejak bapa saudaranya dan merakamkan single, Cinta Pertama untuk runut bunyi sinetron Kepompong pada tahun 2009.

Mikha kemudiannya merakamkan album penuh pada tahun 2010 lantas sukses di lapangan nyanyian.

Tidak hanya fokus pada bidang nyanyian semata-mata, Mikha juga terus terusan membintangi drama sinetron walaupun mengakui penat menjadi seorang pelakon.

"Memang sangat capek (penat) berlakon untuk sinetron. Sebabnya, untuk satu sinetron sahaja saya perlu mengorbankan waktu selama setahun. Bayangkan sahaja setiap sinetron mempunyai beratus-ratus episod. Saya tidak punya masa untuk diri sendiri malah sambutan hari krismas dan sambutan tahun baru saya juga berlangsung di lokasi. Tetapi ia sudah jadi tabiat saya berlakon. Saya akan rasa janggal berada di rumah dalam tempoh masa yang lama," ujarnya yang menganut agama katolik.

Ditebak dengan soalan cinta dan hubungannya bersama Randy Pangalila, Mikha mengakui Randy hanya merupakan rakan baiknya kerana mereka sudah mengenali antara satu sama lain sejak kecil lagi. Mikha juga tanpa berselindung memberitahu, dirinya sendirian tanpa sebarang teman lelaki.

"Saya dan Randy hanya teman baik walaupun ramai yang mengatakan kami bercinta. Saya tidak akan bercinta dengan pasangan lakonan saya. Dan saya akui saya tidak punya pacar (teman lelaki) buat masa ini," ungkapnya yang tidak sabar untuk menjayakan pementasan teater buat pertama kalinya di Malaysia bergandingan dengan Kamal Adli.

Berjanji memberikan persembahan yang terbaik, Mikha tanpa berselindung juga mengakui gemantar untuk beraksi di pentas teater yang berjudul Gerimis Mengundang.

"Perasaan gementar itu mesti ada tetapi lebih mendebarkan apabila ini adalah kali pertama saya beraksi di pentas teater di negara orang.

"Bagaimanapun saya yakin dapat melakukannya dengan tunjuk ajar daripada pengarah dan pelakon lain yang terlibat," ujarnya yang bakal menjalani latihan untuk teater muzikal itu pada Sabtu depan dan sepanjang tempoh itu dia akan menetap di Malaysia.

Kamal kecil hati


KAMAL dan Mikha dipertemukan khusus untuk pementasan Gerimis Mengundang.


Sudah lama tidak melihat wajah Kamal di bawah filem-filem Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. (MMP) sedangkan pelakon itu masih lagi mempunyai kontrak selama tiga tahun bersama syarikat David Teo itu.

Adakah Kamal dianak tiri oleh David Teo? Diajukan soalan kepada kekasih Intan Ladyana itu, Kamal tanpa berselindung mengakui berasa kecil hati dengan pihak pengurusan yang seakan-akan mengabaikannya tanpa sebarang projek baru. Bagaimanapun, ujar Kamal, dia tidak menyesal mengikat kontrak dengan syarikat itu kerana ia adalah kehendaknya sendiri dan bukan dipaksa oleh sesiapa.

Atas dasar itu juga dia tidak mahu duduk diam tanpa berbuat apa-apa sebaliknya turut mencari peluang lain tanpa terlalu mengharapkan syarikat pengurusannya.

"Saya tidak pernah menyesal bersama MMP tetapi ada berasa kecil hati dengan pihak pengurusan yang seakan-akan mengabaikan saya tanpa sebarang projek baharu.

"Disebabkan itu, saya banyak ambil projek luar kerana pihak lain melihat bakat saya. Tetapi, saya juga tidak salahkan mereka kerana mereka bukan menguruskan saya seorang tetapi hampir 100 artis lain yang bernaung di bawah MMP," ujarnya yang bagaimanapun tetap memberi keutamaan kepada MMP berbanding projek luar.

Mengulas mengenai namanya yang semakin melonjak naik di Indonesia pula, Kamal mengakui berasa bertuah kerana semakin diterima oleh peminat di sana selepas berulang alik mempromosikan filem Gerimis Mengundang yang mengandingkannya dengan pelakon Olivia Jensen.

"Filem Gerimis Mengundang juga akan ditayangkan di Indonesia jadi saya kerap ke sana untuk mempromosikan filem tersebut. Media di sana pula membuat gosip yang saya dan Olivia sedang bercinta. Saya cuma menganggap ia sebagai satu promosi untuk saya dan filem itu nanti," ujarnya.

Mengaku menerima tawaran melebarkan sayap ke Indonesia, dia bagaimanapun belum bersedia untuk ke sana selain belum puas berlakon dengan produksi tempatan.

"Memang saya ada menerima tawaran berlakon di sana tetapi saya masih tidak memberi jawapan. Bukan kerana sombong tetapi banyak perkara yang perlu saya korbankan. Pertama, saya perlu menguasai bahasa Indonesia dengan baik sedangkan saya tidak ada masa untuk belajar.

"Selain itu, saya masih belum bersedia dalam pelbagai aspek. Daripada menimbulkan masalah kepada mereka lebih saya baik tolak secara baik. Namun, jika ada rezeki lagi dan sudah bersedia saya mungkin akan beralih arah ke Indonesia," tuturnya.

Sekitar Konsert Sudirman... Abadi Di Hati

Posted:

Sekitar Konsert Sudirman... Abadi Di Hati

Sekitar Konsert Sudirman... Abadi Di Hati

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


ALYAH merupakan penyanyi generasi baharu yang rasa teruja kerana dapat menjayakan konsert khas mengenang 20 tahun pemergian Sudirman.


TANGGAL 22 Februari 1992 sememangnya sangat dirasai oleh seluruh warga Malaysia apabila kehilangan seorang insan seni yang paling berbakat iaitu Datuk Sudirman Haji Arshad.

Kini setelah 20 tahun Allahyarham meninggal dunia, kehilangannya terus dirasai oleh para peminat. Malah, lagu-lagu malar segarnya masih kerap berkumandang di stesen-stesen radio dan menjadi siulan ramai.

Sebagai mengenang jasa Allahyarham sepanjang pembabitannya sebagai penyanyi sejak tahun 1976, Orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menganjurkan Konsert Sudirman... Abadi Di Hati pada 24 Februari lalu dan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM 1 bermula pada pukul 9 malam.

Penerbitnya, Ain Sabrina Onn berkata, konsert tersebut dianjurkan bertujuan untuk mengimbas semula perjalanan karier seni Sudirman sepanjang 16 tahun menjadi seorang penghibur.

"Konsert ini merupakan kali kedua dianjurkan oleh RTM setelah pertama kali ia diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada tahun 2007. Ketika itu konsert yang diberi nama Suara Hati Sudirman telah dihadiri seramai 15,000 orang.

"Pada kali ini kami memilih Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri sebagai lokasi konsert yang bertujuan mengenang kembali perjalanan karier seninya yang bermula di RTM selepas menjuarai Bintang RTM 1976," ujarnya ketika ditemui sejurus konsert berakhir.

Menurut Ain, sepanjang konsert tersebut berlangsung, sebanyak 24 buah lagu Sudirman telah dinyanyikan semula oleh beberapa orang penyanyi terkenal tanah air selama dua jam.

Persembahan pada konsert tersebut membabitkan penyanyi seperti Shila Amzah, Bob Yusof, Tomok, Aril, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Alyah, Black, Adibah Noor, Datuk Sharifah Aini dan Rey, manakala ia dihoskan oleh Saiful Apek dan Didie Alias.

Lagu-lagu yang dipersembahkan pula antaranya seperti Gerimis Di Lautan, Jali Jali, Bila Hati Terpikat, Aku Anak Gembala, Nilai Cintamu dan Pelangi Petang dengan mengikut turutan album yang telah dihasilkan serta diiringi oleh 40 orang pemuzik Orkestra RTM.

Mengenai persiapan pula, Ain menjelaskan pihaknya mengambil tempoh selama sebulan untuk memastikan segala perjalanan konsert berjalan dengan lancar, manakala penyanyi yang terbabit pula berlatih selama dua minggu bagi menyesuaikan lagu-lagu dengan susunan muzik baharu.

"Saya bersyukur kerana konsert malam ini telah berjaya diadakan dan mendapat sambutan hangat daripada penonton yang telah memenuhi ruang auditorium 45 minit sebelum konsert berlangsung. Begitu juga dengan persembahan yang ditampilkan oleh barisan penyanyi sangat menghiburkan dan berhasil mengimbau kembali nostalgia terhadap Sudirman," ujarnya.

Sementara itu, Penerbit Perkhidmatan Muzik RTM, Ali Shaaib menyatakan konsert berkenaan merupakan yang pertama daripada sembilan konsert orkestra yang dirancang bagi mengisi kalendar Siri Orkestra 2012 RTM pada tahun ini.

Jelas Ali, bagi menampilkan sedikit kelainan berbanding dengan konsert Sudirman yang pernah dianjurkan sebelum ini, pihaknya telah memilih gabungan lagu-lagu malar segar dan lagu-lagu Sudirman yang jarang diputarkan stesen radio.

"Sebenarnya banyak lagu-lagu Allahyarham yang menarik dan sedap untuk didengar. Jadi, pada konsert kali ini para penonton akan dapat mendengar lagu-lagu yang jarang diputarkan seperti Di Dalam Sepi Itu, Bila Hati Terpikat dan Hilang Berganti," ujarnya.

Menurut Ali, pihaknya juga telah menetapkan idea untuk konsert berkenaan lebih menjurus kepada konsep yang menghiburkan dan kurang menerapkan elemen-elemen sedih.

"Tidak dinafikan kehilangan Sudirman masih lagi dirasai sehingga sekarang, tetapi pada masa yang sama adalah lebih baik sekiranya kita terus mengangkat karya-karyanya menerusi konsert-konsert sebegini.

"Selain dapat mengimbau semula nostalgia kariernya sepanjang bergelar penyanyi menerusi 24 buah lagu yang telah dinyanyikan, kami juga mahu para penonton terhibur dengan lawak dan celoteh yang ditampilkan oleh kedua-dua pengacara," ujarnya.

Selepas berakhirnya Konsert Sudirman... Abadi Di Hati, kalendar Siri Orkestra 2012 RTM diteruskan dengan sebuah persembahan Istimewa Orkestra RTM... Datuk Sharifah Aini yang akan berlangsung pada

1 April ini.