Adsense

Sabtu, 23 April 2011

Celebrity News

Celebrity News


Gambar Pertunangan Ashraf Dan Dayana

Posted: 23 Apr 2011 12:30 PM PDT

Inilah gambar majlis pertunangan Ashaf dengan Dayana semalam yang sempat ZoOm jumpa didalam akhbar online,niat dihati nak upload dan share dengan anda semalam tetapi masa dan keadaan tidak mengizinkan. Jika ada gambar terbaru ZoOM akan share dengan anda di "post" terbaru.

Dan untuk pengetahuan anda semua majlis ini bak kata penulis akhbar online tu, meriah seperti majlis perkahwinan sehinggakan 16 khemah dipasang untuk tetamu yang datang ke rumah pihak perempuan.

Majlis diadakan di rumah Dayana di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, Gombak.





Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

WWWOW Digi AWARDS - Vote ZOoMartis Blog !!!

Posted: 23 Apr 2011 04:54 AM PDT

Untuk pengetahuan anda ZoOmartis telah masuk contest Digi Awards
Mohon bantuan daripada rakan-rakan diluar sana untuk VOTE Zoomartis.net 

Apa yang diperlukan hanya login menggunakan akaun facebook dan Click VOTE dekat gambar WWWOW AWARDS ni ....


Don't Forget VOTE ME !!!!! TQ ALLS...Love U Alls...!!




1. Click Gambar www










2. Login Facebook ( Auto ) 
3. Tamat / Finish ....TQ Alls 


NOtes : TIPS Sila Follow Di Bawah : 





Thanks..!!







Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Anne Ngasri Diserang Strok !

Posted: 22 Apr 2011 08:03 PM PDT

Mungkin ramai diluar  sana yang tidak mengetahui artis kita iaitu Anne Ngasri dikatakan diserang strok oleh seseorang yang berkongsi maklumat dilaman forum. Apa yang ZoOM dapat katakan semoga beliau kuat dan tabah menghadapi dugaan darinya.

Maklumat hospital  mana ZoOM masih mencari maklumat sebenar.

ZoOM : Marilah kita sama-sama mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan berikut beberapa gambar wajah beliau yang sentiasa tenang walaupun bermacam-macam dugaan melanda terutamanya membesarkan anak.



Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Akademi Fantasia (AF9) minggu 3, Miza, Aida, Amir tersingkir

Posted: 23 Apr 2011 08:11 AM PDT

Proses penyingkiran pelajar di konsert ketiga AF9 pada malam tadi (23 April 2011) memang sudah dijangkakan oleh ramai penonton. Seperti yang anda telah ketahui, pada minggu ke 3 ini bukan sahaja pelajar disingkirkan pada minggu ketiga tetapi turut mempunyai minggu gugur pelajar pelajar di dalam minggu ke 3. Miza merupakan pelajar ketiga disingkirkan di AF9. Aida pula calon kedua digugurkan dari AF9 diikuti dengan Amir.

Calon baru Fina dan Hazama telah dipilih untuk dibawa masuk ke akademi 9 manakala fiz dan Hani tersingkir daripada calon baru untuk dimasukan ke akademi fantasia 9.



Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Kuasa K-Pop

Posted: 22 Apr 2011 02:39 PM PDT

Hip

Artis Korea langkau sempadan bersama muzik popular

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, demam muzik popular Korea atau K-Pop di kalangan penggemar muzik di Asia semakin menjadi-jadi. Bahkan ia bagaikan sudah berbudaya di kalangan generasi muda hari ini. Negara kita tidak terlepas daripada terkena tempias pengaruh muzik artis solo mahupun berkumpulan dari Korea Selatan.

Ditambah dengan kewujudan media baru, pengaruh K-Pop makin cepat menular ke seluruh benua ini, bahkan sebahagian bakat dari negara berkenaan sudah pun melangkah lebih jauh hingga ke Amerika Syarikat dan Eropah. Rain dan Wonder Girls, umpamanya, sudah memahat nama mereka di persada seni Amerika. Semuanya dikatakan bermula kira-kira 20 tahun lalu, dengan penubuhan kumpulan Seo Tai-ji & Boys pada 1992. Kewujudan mereka mengubah landskap muzik negara itu. Dengan mengetengahkan konsep rap rock dan tekno, kumpulan berkenaan mencipta satu fenomena baru dalam industri muzik Korea ketika itu.

Dua dekad kemudian, pelbagai nama dan bentuk muzik menghiasi dunia muzik negara terbabit. Semuanya tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, dek fenomena yang sememangnya banyak mendatangkan laba buat artis dan syarikat yang menaungi mereka. Kumpulan Big Bang, sebagai contoh, dilaporkan mampu memungut sekitar RM50 juta pada 2007.

Maka tidak hairanlah apabila syarikat besar seperti S.M. Entertainment, YG Entertainment, DSP Entertainment dan JYP Entertainment sanggup berbelanja besar untuk merekrut, melatih, seterusnya memasarkan produk menguntungkan ini.

Difahamkan, paling kurang syarikat terbabit mengambil masa selama dua tahun untuk mencipta seseorang bintang atau sesebuah kumpulan, bagi memastikan nama mereka benar-benar melekat di hati peminat sebaik saja single atau album mereka dipasarkan.
Walaupun impak K-Pop kuat dirasa di negara seperti Jepun, Thailand, Malaysia dan Singapura, pengaruhnya dikatakan turut dilihat sehingga ke Australia. Bahkan negara Afrika Utara dan Asia Barat tidak terkecuali daripada terkena tempiasnya.

Tiga tahun lalu, kumpulan Wonder Girls muncul artis Korea pertama yang berjaya menempatkan diri dalam carta 100 Lagu terhangat Billboard di Amerika Syarikat menerusi single Nobody. Pada tahun lalu, artis solo, Taeyang dan sebuah lagi kumpulan yang dianggotai penyanyi perempuan, 2NE1, turut tersenarai dalam pelbagai carta di negara itu dan Kanada.

Pada tahun ini pula, album kumpulan Big Bang berjudul Tonight menjadi album K-Pop pertama yang menembusi kedudukan 10 terbaik dalam carta iTunes dan muncul satu-satunya album bukan Inggeris dalam senarai Top 100.

Dalam usaha mereka mengetengahkan lagi bakat dari negara terbabit, syarikat yang menaungi artis Korea ini menggunakan pendekatan kerjasama bersama artis luar. Di Amerika Syarikat umpamanya, artis Korea menyertai siri jelajah dengan beberapa kumpulan muzik terkemuka seperti Jonas Brothers, serta mengadakan kolaborasi bersama penerbit unggul termasuk will.i.am, Rodney Jerkins dan Kanye West.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

@Sinepleks: Giliran Rio pikat peminat

Posted: 22 Apr 2011 02:22 PM PDT

Hip

pix_gal0
Filem animasi komputer kian mendapat tempat di hati penonton

FILEM animasi komputer sejak beberapa tahun kebelakangan ini memang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas penonton. Kelebihannya, ia mampu memikat hati bukan saja peminat kecil, bahkan golongan dewasa turut terhibur dengan pelbagai aksi menarik dipaparkan filem dalam genre ini.

Maklum saja, segala macam lagak yang tidak mungkin dapat dilaksanakan menerusi filem cereka dapat direalisasikan melalui filem animasi. Apatah lagi ketika ini taraf filem terbabit bagai diangkat ke tahap tertinggi dengan kewujudan teknologi komputer yang canggih. Saban tahun, ada saja judul animasi yang meledak ketika ditayangkan di pawagam. Beberapa judul seperti Toy Story 3, How to Train Your Dragon, Despicable Me, Shrek Forever After, Finding Nemo dan Up bukan hanya mencatat laba berlipat ganda, malah menjadi hiburan yang diingati peminat buat jangka waktu yang lama.
Sebahagiannya pula berupaya membawa balik Oscar daripada Anugerah Academy!

Sehingga kini, filem Toy Story 3 yang ditayangkan pada Jun tahun lalu muncul filem animasi komputer paling berjaya dari segi pungutan sepanjang zaman, dengan kira-kira RM3.2 bilion, dari seluruh dunia. Filem arahan Lee Unkrich itu diedarkan Buena Vista.

Hujung Minggu lalu, sebuah lagi filem hasil grafik komputer, Rio, menunjukkan petanda untuk muncul sebuah lagi judul animasi yang mendapat tempat di hati peminat apabila menguasai carta pecah panggung Amerika dengan bergaya.
Membuka tayangan hujung minggu dengan pungutan kira-kira RM121 juta, ia bukan hanya mengungguli carta, bahkan menjadi filem terbesar kutipannya bagi tahun ini. Dengan pungutan dilakukannya itu, ia turut membantu peningkatan pasaran filem sebanyak 10 peratus.

Filem yang dihasilkan menggunakan peruntukan sekitar RM272 juta oleh Blue Sky Studios itu menambah pungutan sebanyak RM162 juta lagi di luar Amerika, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah RM293 juta di seluruh dunia. Filem terbabit turut menguasai carta pecah panggung Malaysia.

Lebih daripada itu, filem daripada Fox Studio arahan Carlos Saldanha itu mendapat ulasan yang baik daripada pengkritik.

Dengan persembahan yang begitu membanggakan, Rio secara tidak langsung mengetepikan saingan judul seram arahan Wes Craven, Scream 4, yang sekadar muncul naib juara carta filem box office di benua Amerika. Filem susulan berkenaan membawa pulang sekitar RM58.4 juta.

Eksekutif di syarikat penerbitannya turut berkeyakinan, animasi yang meminjam suara Jesse Eisenberg dan Anne Hathaway ini mampu mencatat pungutan yang tinggi sekurang-kurangnya untuk seminggu atau dua lagi.

Antara lain, Rio bercerita mengenai seekor burung kakak tua biru yang dibawa mengembara ke Brazil kerana seekor lagi burung daripada spesies yang sama dikatakan wujud di sana. Di tempat baru itu, ia berdepan pelbagai pengalaman menakjubkan dan mencabar, daripada dikejar pemburu haram hinggalah usahanya untuk belajar terbang.

Selepas ini, masih banyak lagi judul animasi yang pastinya menghiburkan penonton akan memasuki pawagam. Antaranya ialah Hoodwinked Too! Hood vs. Evil, The Lion of Judah, Kung Fu Panda 2, Cars 2, Winnie the Pooh, The Smurfs, Puss in Boots, Happy Feet 2 in 3D, Arthur Christmas dan Alvin and the Chipmunks: Chipwrecked.

Carta pecah panggung:
1 - Rio
2 - The Ghost Must Be Crazy
3 - Scream 4
4 - Senjakala
5 - Justin Bieber: Never Say Never
6 - Source Code
7 - Mappillai
8 - Limitless
9 - The Last Dragon
10 - Chase Our Love


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


ERRA FAZIRA TERKINI...

Posted: 22 Apr 2011 10:54 PM PDT

Memang nampak seperti ada sedikit perubahan pada penampilan dan wajah Erra sekarang. Beliau nampak lebih matang dan berkeyakinan. Namun dalam senyap-senyap... sebenarnya ada juga yang menuduh dan mendakwa Erra melakukan sesuatu pada wajahnya. Betul ke? Allahualam... mungkin kerana solekan atau sudut gambar itu di ambil yang membuat Erra nampak lain khot..??


Klik untuk imej besar...









* Gambar di ambil dari Facebook

(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Donnie boleh pilih pengarah

Posted:

Donnie boleh pilih pengarah

Donnie boleh pilih pengarah



JACKIE CHAN, Jet Li dan Chow Yun Fatt lebih dikenali di peringkat global di kalangan peminat filem-filem aksi Hong Kong. Ketiga-tiga nama tersebut nyata berjaya menembusi tembok Hollywood yang melebarkan lagi kerjaya lakonan mereka.

Namun bagi peminat fanatik filem-filem Hong Kong, sudah pasti nama Donnie Yen turut diminati kerana dia merupakan salah seorang pelakon aksi tersohor Hong Kong, sebaris dengan tiga nama popular tadi.

Malah, Donnie sebenarnya mula menceburkan diri dalam dunia perfileman Hong Kong sejak 1980-an apabila secara tidak sengaja diperkenalkan dengan pengarah filem aksi Hong Kong terkenal yang bertanggungjawab menaikkan nama Jackie Chan iaitu Wong-ping Yuen.

Ditawarkan kontrak berlakon, Donnie memulakan karier lakonan dengan menjadi pelakon lagak ngeri untuk filem aksi The Miracle Fighters pada tahun 1982 sebelum membintangi filem sulungnya, Drunken Tai Chi (1984) pada usia 19 tahun. Namun, ketika itu dia lebih banyak melakonkan watak-watak tambahan.

Selepas mengikat kontrak dengan D&B Films Co., barulah Donnie diberi kepercayaan melakonkan watak-watak penting dalam filem pecah panggung seperti Tiger Cage (1988), In The Line Of Duty (1984) dan Tiger Cage 2 (1990) yang membuatkan reputasi lakonannya menjadi perbualan hangat dalam industri filem di Hong Kong ketika itu.

Namun, apabila D&B Films Co. bankrup, ia menyebabkan Donnie terpaksa membabitkan diri dengan projek filem bajet rendah, selain drama-drama televisyen.

Rezeki masih berpihak buat Donnie apabila Hark Tsui, pengarah filem pecah panggung lakonan Jet Li, Once Upon A Time In China (1991) sedang mencari pelakon bagi karakter antagonis utama untuk sekuel filem itu, Once Upon A Time In China II (1992) dan Hark memilih Donnie.

Apa yang tercetus selepas itu adalah suatu fenomena apabila babak pertarungan antara Donnie dan Jet Li dalam filem itu telah membawa revolusi terhadap filem-filem aksi Hong Kong dan lebih membanggakan apabila Donnie meraih pencalonan Aktor Pembantu Terbaik untuk Hong Kong Film Awards 1992.

Selepas itulah Donnie muncul dalam filem-filem aksi pecah panggung sebagai pelakon utama termasuklah Dragon Inn (1992), Butterfly And Sword (1993), Iron Monkey (1993) dan Wing Chung (1994).

Donnie kemudian meningkatkan tahap kredibiliti dirinya dengan turut menjadi pengarah babak aksi dan filem pertama menampilkan dirinya sebagai pelakon dan pengarah babak aksi ialah Fist of Fury (1994).

Menjelang era milenium pula menyaksikan Donnie muncul dalam filem-filem pecah panggung seperti Hero (2002), Shanghai Knights (2004), Seven Swords (2005), Ip Man (2008) dan Ip Man 2 (2010).


BIARPUN berlakon filem epik aksi seperti The Lost Bladesman ini, namun Donnie tetap mahu menerapkan gaya tersendirinya ketika membintangi filem-filem aksi moden.


Terbaru, Donnie bakal muncul dalam filem aksi arahan bersama Alan Mak dan Felix Ching, The Lost Bladesman yang turut menampilkan lakonan Jiang Wen dan Betty Sun Li.

Filem itu bakal mula menjengah menerusi rangkaian pawagam di Malaysia menjelang 27 April ini.

Berikut adalah sedutan temu bual Kosmo! dengan Donnie Yen, 48, yang disediakan oleh syarikat pengedar filem itu di Malaysia, RAM Entertainment Sdn. Bhd.

Boleh ceritakan tentang watak lakonan anda dalam filem The Lost Bladesman, dan apa pendapat anda tentang watak itu?

Donnie Yen: Saya membawakan watak Guan Yun Chang. Kita semua mengenalinya sebagai sebahagian daripada sejarah kebudayaan negara China dan bagi saya, dia merupakan seorang individu yang tegas dan berpaksi teguh kepada prinsip-prinsipnya.

Oleh itu, saya cuba mengekalkan gerak-geri tubuh badan yang agak klasik dan tradisional ketika mereka aksi yang akan dibawakan.

Setiap era mempunyai pergerakan seni bela diri yang berbeza antara satu sama lain jadi saya perlu mereka pergerakan yang bersesuaian dengan latar belakang filem ini.

Saya perlu lebih berhati-hati dalam konteks ini kerana Guan Yun Chang merupakan satu tokoh sejarah yang bukan calang-calang orangnya. Saya tidak boleh mereka aksi yang melangkaui daya imaginasi penonton.

Jadi, saya mesti mengekalkan aspek tradisional seni bela diri China selaku asasnya. Tentunya, saya juga akan menyuntik gaya saya yang tersendiri yang menjadi signatur dalam filem-filem genre moden lakonan saya, selain juga kostum mengikut perjalanan plot filem yang boleh dilihat dalam filem ini.

Apakah persediaan yang anda lakukan sebelum terbabit dalam penggambaran filem ini?

Sebenarnya, sebelum saya menerima tawaran berlakon filem ini, saya terlebih dahulu mengkaji latar belakang dari aspek sejarah Guan Yun Chang kerana sejujurnya, saya tidak begitu mengetahui sedalam-dalamnya tentang hal tersebut. Namun begitu, dari aspek seni bela diri, saya mempunyai lebih pengetahuan. Saya mempelajari susur galur kebudayaan negara China dan mereka aksi berpandukannya.

Jelaskan perasaan anda dalam menghidupkan karakter utama filem ini.

Terus-terang saya katakan, pada awalnya saya tidak berminat membawakan watak Guan Yun Chang. Ini kerana pada ketika itu penerbit belum menentukan siapa pengarahnya kerana bagi saya pengarah sangat penting dalam sesebuah projek filem.

Pihak penerbit meminta pendapat saya mengenai siapa yang mempunyai kredibiliti untuk memikul tanggungjawab itu, jadi saya cadangkan Alan Mak dan Felix Chong. Mereka yang telah menonton filem ini dalam sesi pratonton menyatakan bahawa filem ini mengandungi sesuatu yang segar dan baru, jadi saya sangat-sangat gembira.

Sebenarnya, ada kisah di sebalik produksi filem ini. Ketika ditawarkan membintanginya, saya ragu-ragu kerana tidak yakin dapat membawakannya dengan baik. Apa yang paling merisaukan saya adalah persoalan tentang adakah mereka mampu mendapatkan seseorang yang mampu menambah 'magis' kepada watak dan juga temanya.

Sebab itulah saya telah mencadangkan mereka untuk berbincang dengan Alan Mak dan Felix Chong kerana saya yakin mereka mampu menghasilkan sesuatu yang menarik dan segar bila melibatkan watak Guan Yun Chang. Ternyata, hasilnya benar-benar menakjubkan.


DONNIE mewarisi kepakaran seni mempertahankan diri daripada ibunya.


Adakah anda terlibat sama dalam setiap adegan aksi dalam pembikinan filem ini?

Ya. Selain membawakan watak Guan Yun Chang, saya juga bertindak selaku pengarah seni bela diri untuk filem ini. Saya dapati dalam setiap aksi yang ditonjolkan oleh Guan Yun Chang pasti ada aspek-aspek keunikan tertentu yang boleh dipaparkan.

Justeru, saya perlu mengambil kira perasaan penonton dan juga kesan visual apabila mereka dan menampilkan aksi tersebut bersesuaian dengan bahasa filem ini serta aspek-aspek lainnya pada masa yang sama.

Contohnya, latar belakang sejarah dan perbezaan watak akan memberi kesan kepada penyampaian seni bela diri yang ditonjolkan. Dalam mengambil kira faktor-faktor itu, saya masih lagi harus menyuntik gaya saya yang tersendiri. Maka, setiap adegan dalam filem ini sememangnya memiliki aspek kesukarannya yang tertentu.

Sepanjang pembikinan filem ini, adakah sebarang insiden yang tidak dapat anda lupakan?

Tentunya kejadian-kejadian tidak disangka-sangka yang berlaku ketika penggambaran adegan aksi. Meskipun berpengalaman bertahun-tahun membintangi filem aksi, kemalangan sememangnya sesuatu yang sukar dielakkan.

Saya teringat satu kejadian dalam satu adegan ketika Betty Sun Li dan saya ketika itu berada di sebuah tangga. Dia berlari mendaki tangga dan secara tidak sengaja mencederakan mata saya dengan tangannya ketika dia cuba berpaling. Selain itu, ada juga kejadian-kejadian yang agak menggelikan hati, bukan hanya kejadian-kejadian yang melibatkan adegan-adegan berbahaya mahupun cemas. Kebanyakan kejadian-kejadian yang berlaku ketika pembikinan adalah di luar jangkaan kami.

Adakah anda meletakkan sebarang syarat tertentu sebelum bersetuju membawakan watak dalam filem-filem lakonan anda?

Sudah tentu ada. Namun ini tidak bermakna bahawa saya adalah seorang yang memilih. Bagaimanapun, saya yakin setiap orang mempunyai hak untuk membuat pilihan.

Menghasilkan filem yang membabitkan ramai individu dan gaya pengarahan setiap individu itu pastinya berbeza. Saya seorang aktor, adakalanya juga seorang pengarah, khususnya bertindak selaku pengarah seni bela diri. Justeru, saya ada ciri-ciri tertentu yang menepati citarasa saya kerana saya mahukan impak dan membawakan sesuatu yang baharu dan segar buat para penonton.

Selaku individu yang terlibat dalam bidang perfileman, saya rasa kami mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan mesej yang positif kepada penonton dan mempengaruhi masyarakat. Apa sahaja yang saya mahu sampaikan selain hiburan, saya harap para penonton dapat mempelajari sesuatu yang positif setelah menyaksikan filem-filem saya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zixan, Juliana penyiasat imej

Posted:

Zixan, Juliana penyiasat imej

Zixan, Juliana penyiasat imej

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my


ZIZAN dan Juliana masing-masing diberi tanggungjawab menjadi Ayu dan Tampan.


SELEPAS beberapa kejayaan program bual bicara mengenai kecantikan dan kesihatan selama beberapa musim, tiga jenama kecantikan dan kesihatan, Yun Nam Hair Care, London Weight Management dan New York Skin Solution sekali lagi bergabung untuk menghasilkan satu lagi program siri kecantikan yang diberi judul Ayu dan Tampan - Penyiasat Imej.

Program ini bertujuan untuk membuka peluang baru bagi para penonton yang berdepan dengan masalah kecantikan dan inginkan inspirasi untuk menyelesaikan masalah mereka yang mana kali ini ia dikendalikan oleh dua pengacara muda Zizan Nin dan Juliana Ibrahim yang memegang watak sebagai Ayu dan Tampan.

Kelainan yang ditampilkan program itu adalah penceritaan bual bicara diolah menjadi seperti sebuah drama yang mana Ayu dan Tampan menjadi penyiasat imej bagi sebuah syarikat majalah.

Misi mereka adalah untuk menjejak pelanggan-pelanggan yang telah berjaya transformasi imej mereka setelah mendapat bantuan pakar.

Justeru Zizan dan Juliana diberi mandat besar untuk membantu kelancaran program tersebut dengan bertemu pelanggan sebenar yang pernah menggunakan produk kecantikan dan kesihatan tersebut.

"Ini ialah pengalaman yang menarik kerana penceritaannya yang memasukkan unsur drama dan bukan seperti program-program yang disiar mereka sebelum ini.

"Kami sebagai penyiasat imej akan diberi tugasan oleh bos kami iaitu seorang datin muda dan untuk mendapatkan tugasan. Kami akan keluar bertemu pelanggan untuk mengetahui pengalaman mereka.

"Menariknya, Ayu dan Tampan sering bertengkar untuk menjadi yang terbaik," tutur Zizan yang juga pernah mengendalikan program Pakar Kejelitaan musim ketiga tidak lama dahulu.

Lain pula dengan Juliana yang sedikit teruja, kerana katanya ini merupakan pengalaman sulung dia mengacarakan program kecantikan.

"Ini bermaksud mereka sudah boleh menerima saya sebagai seorang hos yang matang bagi mengendalikan program dewasa. Setelah lama berehat untuk menjaga keluarga, saya gembira diberi peluang di dalam projek seumpama ini," bicara Juliana yang sebelum ini terkenal dengan mengacara program kanak-kanak, Chicky Hours.

Tambahnya lagi, program ini sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi terhadap diri kerana selama ini dia tidak begitu endah mengenai pemakanan oleh kerana mempunyai susuk tubuh yang kecil.

"Sebelum ini, saya kurang menitik-beratkan soal pemakanan kerana sosok tubuh saya yang kecil. Tetapi selepas mengendalikan program ini, saya mula mengambil berat dan tahu bahawa walaupun saya kurus, saya harus bijak menjaga pemakanan," katanya yang memiliki berat badan sebanyak 41 kilogram.

Sementara itu, program tersebut juga menawarkan peluang kepada pelanggan mereka yang bertuah untuk menjadi model penghias muka depan majalah untuk individu yang inginkan perubahan imej.

Peraduan tersebut terbuka kepada semua warganegara yang berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai masalah rambut, berat badan atau kulit. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Chen Mayee atau Tong Wen Hui di talian 016-3209570 dan 017-3226140.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Astrid mahu kahwin

Posted:

Astrid mahu kahwin

Astrid mahu kahwin


ASTRID


SUASANA kebahagiaan sedang menyelimuti penyanyi yang berasal dari Surabaya, Astrid. Ini kerana, Arlan, si kekasih yang juga merupakan seorang penyanyi baru saja melamar dirinya.

"Dia datang ke rumah orang tua saya untuk berbincang hal pernikahan. Jujur, saya sangat senang dengan momen itu dan kini saya sedang memikirkan waktu yang tepat untuk bernikah. Kami harus mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal termasuk pembiayaan majlis itu kelak," kata Astrid penuh bahagia.

Ditanya adakah berita mereka akan segera bernikah pada tahun ini seperti yang telah disiarkan sebelum ini, Astrid belum berani memberi pengesahan. Sebaliknya dia hanya memberitahu mereka masih berusaha mencari tarikh dan lokasi yang sesuai.

Mengaku Arlan kini sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Tentang Rasa itu kemudian memberitahu: " Kami juga masih sibuk dengan karier masing-masing.

"Saya juga bergantung kepada persiapan Arlan dan kepada Tuhan. Semoga apa yang direncanakan akan terlaksana dengan baik nanti."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Bieber kegilaan peminat remaja

Posted: 22 Apr 2011 07:09 AM PDT

USIANYA baru mencecah 17 tahun pada 1 Mac lalu namun 'gelombang tsunami' yang dicetuskan Justin Drew Bieber atau Justin Bieber sebagai nama pentasnya, cukup luar biasa.

Kehadiran lebih 20,000 penonton yang membanjiri Konsert Justin Bieber My World Tour In Malaysia di Stadium Merdeka yang berlangsung, malam kelmarin membuktikan Bieber bukan sekadar masyhur di Amerika Syarikat mahupun Kanada, tetapi kini seantero dunia.

Semua tiket konsert jelajahnya di seluruh Asia laris terjual dan bahkan Konsert Justin Bieber My World Tour In Malaysia, yang berlangsung Khamis lalu berjaya mengenepikan jumlah penonton konsert Mariah Carey dan Celine Dion yang juga pernah menjadikan Stadium Merdeka sebagai pentas mereka.

Bayangkan tiket konsert yang berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 yang disedia penganjur, Tune Talk Mobile Prepaid semuanya 'sold out'.


Bukan itu saja, peminat sudah mula berkumpul di stadium bersejarah itu seawal jam 3 petang lagi manakala lewat petang susur jalan ke lokasi berkenaan mula mengalami kesesakan lalu lintas. Menambahkan lagi kesesakan, hujan mencurah di ibu negara pada sebelah petang.


Mereka yang datang bukan sekadar membawa banting, mengenakan kemeja-T wajah Bieber, tetapi turut melukis wajah serta pelbagai lagi aksi menarik dapat dilihat, seolah-olah berada di dunia fantasi ciptaan Bieber.

Terus kepada pengisian konsert, Bieber muncul di pentas jam 9 malam dengan mendendangkan lagu pertama Love Me dengan tarian mempesonakan, seterusnya diikuti lagu Bigger sambil diiringi jeritan peminat yang kebanyakannya remaja serta kanak-kanak yang ditemani ibu-bapa masing-masing.

"Selamat datang ke dunia saya. Rasa amat bertuah bertemu kalian di sini. Bangga mendapat sokongan dari peminat Malaysia dan anda adalah peminat terbaik di dunia dan saya akan melakukan apa saja untuk anda selain memastikan setiap daripada kamu tersenyum.

"Perkara paling menggembirakan saya apabila melihat kamu tersenyum saya juga pasti tersenyum," kata Bieber seterusnya menyanyikan lagu ketiga Smile.

Selesai menyanyikan lagu itu, Bieber penyanyi yang dianugerahkan pelbagai kebolehan iaitu boleh bermain pelbagai peralatan muzik mendendangkan lagu Runaway Love dan One Less Lonely Girl secara akustik. Membuatkan Bieber tampak seksi di pentas apabila bermain gitar secara kidal (tangan kiri).

Suasana disko kembali menguasai pentas yang seketika romantis apabila Bieber mengalunkan lagu Somebody To Love, Never Say Never, One Time dan That Should Be Me.

Sebagaimana pernah dinyatakan sebelum ini yang dia amat memuja superstar Micheal Jackson, Bieber turut mempersembahkan tarian 'Moonwalk' serta menyanyikan lagu Walk This Way.

Membuatkan konsert ini bertambah manis dan bererti, apabila klip video semasa Bieber kecil dan sangat comel turut dipertontonkan. Ketika menyaksikannya, terjawablah kenapa dia kini seorang penyanyi dan pemuzik, malah superstar.

Sedari usia kecil lagi, dia sudah mula berkawan dengan gitar, dram, piano dan trumpet. Kelebihan itu dilengkapkan lagi dengan kebolehannya bernyanyi.

Sebaik klip video itu dipadamkan, Bieber mempamerkan kehebatannya menari serta bermain dram sehingga memukau puluhan ribu penonton.

Mengenakan dua persalinan hitam dan putih, penggemar warna ungu ini turut menyampaikan lagu Eenie Meenie dan Pray. Bieber kemudian hilang dari pentas sebaik mendendangkan lagu Pray seolah menandakan konsert sudah berakhir.

Namun, jeritan peminat berjaya mengembalikannya ke pentas untuk menyanyikan lagu terakhir, Baby yang memperkenal dan menjadikannya bintang tersohor.

Bagaimanapun, sebelum menyanyikan lagu itu Bieber sempat menduga hati penonton dengan menyampaikan beberapa lagu yang mempunyai kaitan dengan perkataan 'Baby' antaranya dari lagu hit Justin Timberlake dan Usher.

Gurauan ini nyata berjaya mengundang tawa penonton. Secara keseluruhan, persembahan Bieber sangat menarik dengan paduan muzik yang bertenaga walaupun vokalnya tidaklah terlalu 'superb'. Kadangkala konsert itu kedengaran seperti konsert 'miming' atau menyanyi secara pertindihan (on top).

Terdahulu, penyanyi Malaysia, Mizz Nina turut diberi penghargaan menampilkan persembahan pembuka tirai konsert berkenaan. Dua lagu disampaikan salah satunya adalah hit, What You Waiting For.

Bieber yang turut menggunakan platform berkenaan untuk mempromosikan filem sulung Never Say Never seminggu sebelum konsert jelajah itu diadakan di negara ini, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur bersama kekasihnya, aktres Selena Gomez kira-kira jam 2.30 petang.

Sedikit info menarik, menurut penganjur tiket terjual sebanyak 17,000 bagaimanapun penulis menjangkakan jumlah penonton yang hadir pada malam itu lebih daripada angka berkenaan kerana Stadium Merdeka yang mampu memuatkan kapasiti lebih 40,000 penonton itu penuh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nantikan gegaran artis popular

Posted: 22 Apr 2011 06:49 AM PDT

PELANCARAN akhbar Harian Metro edisi Sabah bakal meriah dengan kehadiran beberapa artis yang turut sama menyerikan majlis itu. Candy AF5, Tom Mystarz LG, Ezad Exist, Bandi Amuk dan Along Raja Lawak sebagai pengacara pada majlis itu akan menghiburkan pengunjung yang hadir. Ia turut diserikan dengan kehadiran dua bintang Metro Idol, Rien dan Seri Dewi.

Walaupun sibuk dengan album single solo pertamanya, Ezad Exist turut meluangkan masa untuk bersama-sama dengan Harian Metro meraikan majlis penuh bermakna berkenaan.

Baginya, peluang yang diberikan itu adalah kesempatan buatnya untuk mempromosikan lagu barunya.

Dengan kehadiran Harian Metro di Sabah, ia dapat membantu artis mengukuhkan nama mereka di persada seni tanah air.


Ezad berkata, dia belum membuat keputusan berapa lagu yang akan disampaikan untuk menghiburkan pengunjung yang datang berkunjung ke majlis pelancaran itu.


Bagi bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Candy pula, dia meminati Harian Metro bukan hanya kerana saiznya kecil dan mudah dibawa ke mana saja, tetapi juga berita yang disajikan di dalam akhbar itu sangat santai
"Saya rasa kedatangan Harian Metro ke Sabah sangat baik kerana ia boleh mengetengahkan permasalahan yang ada di sana.

"Harian Metro juga menggunakan Bahasa Melayu dan perkara ini memudahkan masyarakat Sabah untuk lebih dekat dengan akhbar ini," katanya ketika dihubungi.

Selepas tamatnya kontrak dengan Astro, Candy kini dalam pembikinan album single Dusun sebagai pasaran di sekitar Sabah.

Dia turut merancang untuk merakamkan lagu dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris selepas album berkenaan dilancarkan.

Dia bakal muncul dalam drama komedi Kopi-o bergandingan dengan Alex Raja Lawak yang disiarkan di RTM.

Akhbar tabloid yang mula mencipta nama pada 1991 ini kini menembusi pasaran media cetak Negeri Di Bawah Bayu.

Harian Metro edisi Sabah secara rasminya akan bertapak di Sabah dengan pelancaran akhbar ini esok.

Majlis yang diadakan di Concourse, Centerpoint, Kota Kinabalu itu bakal memberikan saingan kepada akhbar tempatan sedia ada di Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman bakal merasmikan pelancaran itu bermula jam 4 hingga 6 petang.

Harian Metro mula diterbitkan pada 25 Mac 1991 dengan cetakan 30,000 naskhah yang diedarkan di sekitar Lembah Klang saja.

Setahun kemudian, pada 25 Mac 1992, Harian Metro meluaskan pasaran dengan memulakan edisi Johor diikuti oleh edisi Utara pada 1 Ogos 1994 dan edisi Tengah pada 1 Ogos pada tahun berikutnya.

Akhbar itu pada mulanya hanya diterbitkan pada setiap Isnin hingga Sabtu saja.
Bagaimanapun, cetakan Harian Metro menjadi lebih lengkap dengan wujudnya Metro Ahad pada 20 Ogos 1995.

Diterajui Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar, Harian Metro kini semakin menempah nama untuk kekal menjadi akhbar nombor 1 di Malaysia.
Pejabat Harian Metro di Times Square, Kota Kinabalu digerakkan empat kakitangan dan turut dibantu empat wartawan sambilan.

Selain Kota Kinabalu, Harian Metro diedarkan di empat kawasan iaitu Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jumaat, 22 April 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Justin Bieber & Selena Gomez Selepas Konsert

Posted: 22 Apr 2011 10:15 PM PDT

Eksklusif! Gambar Justin Bieber dan Selena Gomez di hotel penginapan mereka semasa mereka ingin berlepas meninggalkan Malaysia.

Kanak-kanak dalam gambar ialah anak dan anak saudara promoter JS Concerts iaitu Susan. Ternyata, di dalam kesibukan menjayakan konsert, Justin Bieber dan teman wanitanya Selena Gomez mempunyai masa untuk bermesra dengan secara bersantai… melayan peminat cilik.

Selepas Malaysia, Justin Bieber akan meneruskan siri jelajah Asia di Indonesia pula.

Justin Bieber

Justin Bieber

Justin Bieber

Justin Bieber

Justin Bieber

Justin Bieber

Justin Bieber

Justin Bieber

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Justin Bieber & Selena Gomes di KLIA Malaysia
  • Justin Bieber My World Tour in Kuala Lumpur
  • Tune Talk Presents Justin Bieber My World Tour In Malaysia
  • Video Lawak Man di Maharaja Lawak Minggu 4
  • Senarai Pencalonan di Anugerah Grammy ke-53
  • Party Pajama Red FM A Rudy Awakening
  • Chris Brown New Single She Ain't You
  • Gambar Selebriti di Karpet Merah Konsert Tribute P.Ramlee
  • Mawi, Adam, Sofaz dan Ahli Fiqir di Konsert Kotex Untukmu
  • Gambar Mawi & Ekin Tak Duduk Semeja?
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Gambar Majlis Pertunangan Ashraf Muslim

    Posted: 22 Apr 2011 07:43 PM PDT

    Ini dia gambar Majlis Pertunangan Pelakon Ashraf Muslim yang telah berlangsung pada jam 9.25 pagi tadi. Cantik dan ayunya tunang Ashraf Muslim. Sedap mata memandang. Ada yang kata, sedikit berisi tapi memang comel. Sesuai dan nampak cocok dengan Ashraf Muslim. Sweet couple.

    Mereka mula berkenalan lebih setahun yang lalu. Tengok pada majlis ni macam rasa majlis kahwin la pulak sebab sangat grand. Ni belum kahwin lagi ni. Kalau kawin, mesti lagi happening dan meriah, kan?

    Budiey dan pembaca budiey.com mahu mengucapkan selamat bertunang Ashraf Muslim. Semoga rasa cinta dan bahagia kekal ke jinjang pelamin.

    Ashraf Muslim

    Majlis pertunangan Ashraf Muslim telah disiarkan rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pukul 9.45 pagi tadi.

    Gambar ini seharusnya dikreditkan dari pereka baju tunang untuk pasangan ini iaitu Ezuwan Ismail. Bertemakan putih dan ungu. Lawa betul Ezuwan Ismail buat baju.

    Untuk video pula Ashraf Muslim menggunakan khidmat videografi dari CST Productions.

    Ashraf Muslim Bertunang

    Pelakon Ashraf Muslim, 30 tahun telah selamat bertunang dengan Noor Dayana Hj Lokman di rumah Dayana di Gombak. Majlis pertunangan berlangsung pada jam 9.25 pagi tadi. Hantaran pertunangan 5 dulang berbalas 7 dulang dari pihak perempuan. Mereka merancang untuk berkahwin pada tahun ini juga iaitu pada 1 Syawal di Mekah.

    Dayana sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka. Pada hari ini juga, Ashraf turut mengadakan majlis perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak pada pukul 12 tengah hari. linik tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

    Menurut pelakon filem Aku Masih Dara ini, klinik itu telah beroperasi sejak 11 tahun lalu dan perasmian ini sempena dengan penukaran nama barunya setelah dia menyertai rakan kongsinya, Lokman Abdul Hamid.

    "Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan dia merupakan seorang yang suka merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang dan selesa dengannya. Yang penting, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya. Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini. Sejak sibuk dengan klinik, saya sudah kurang berlakon dan selepas ini akan lebih berhati-hati memilih cerita dan watak demi mengelak timbulnya fitnah. Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak menghormati keputusan saya." – Ashraf Muslim

    Ashraf Muslim

    Happy je muka Ashraf. Sedang bahagia la kan.

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Fesyen Ashraf Muslim Serba Putih di ABPBH2010
  • Gambar Ashraf Muslim di Prebiu Media Filem Aku Masih Dara
  • Ucapan SMS Adilfitri dari Ashraf Muslim
  • Gambar Ashraf Muslim Jadi Bomoh Dalam Drama Niyang Rapik
  • Ashraf Muslim Akan Bertunang Sabtu Ini
  • Gambar Ashraf Muslim Pegang Watak Mak Nyah @ Teater Patung Kertas
  • Gambar Ashraf Muslim @ Sidang Media Drama Impian
  • Gambar Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim di Anugerah Skrin
  • Gambar Majlis Resepsi Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari
  • Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim Putus Cinta
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.