Adsense

Khamis, 14 April 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Dari West End ke Istana Budaya

Posted:

Dari West End ke Istana Budaya

Dari West End ke Istana Budaya

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SYEFRY MONIZ dan NUR SYADILA AMARI (Pelatih Politeknik Johor Bahru)



APABILA memperkatakan tentang wanita ini, memang tiada yang mustahil mampu dilakukannya. Tidak keterlaluan dikatakan, Datin Seri Tiara Jacquelina boleh dianggap sebagai perintis kepada fenomena teater muzikal di negara ini.

Lihatlah sahaja bagaimana Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLtM) dan P. Ramlee the Musical mencipta kejayaan luar biasa dan mencetus fenomena baru dalam industri hiburan tempatan.

Bukan sengaja memuji melangit tetapi kalau bukan kerana kesungguhan Tiara yang mahu memartabatkan industri teater muzikal di negara ini, rasanya sehingga kini mungkin masyarakat kita tidak akan mendapat gambaran sebenar tentangnya.

Biarpun sibuk dengan teater muzikal The Secret Life of Nora yang akan dipentaskan pada September nanti, namun itu bukan satu penghalang untuk Tiara tampil dengan projek terbarunya iaitu West End Stars In Concert.

Bukan calang-calang persembahan kerana konsert itu menggabungkan tiga nama besar di West End, London iaitu Stephen Rahman-Hughes, Ramin Karimloo dan Simon Bailey yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) selama dua malam berturut-turut bermula malam ini.

Tidak ketinggalan, penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor atau Jac juga akan bersama dengan tiga jejaka kacak itu untuk sama-sama mengadakan persembahan.

Kecuali Stephen Rahman, barangkali nama Ramin dan Simon cukup asing pada pendengaran masyarakat di negara ini. Lalu, apakah yang membuatkan Tiara begitu berani mempertaruhkan tiga nama ini dalam sebuah konsert?

Lebih-lebih lagi, persembahan mereka kelak menampilkan lagu-lagu dari teater muzikal popular yang ada sebahagiannya kurang mesra di kalangan rakyat tempatan.

"Saya mahu memberikan sesuatu yang baru kepada masyarakat dan penonton tempatan menerusi konsert ini. Kalau dilihat apabila kali pertama saya menerbitkan PGLtM, ia adalah satu risiko besar.

"Namun, sejak lima tahun kebelakangan ini, industri teater muzikal di negara ini semakin berkembang pesat dan masyarakat juga sudah semakin serasi dengannya.

"Disebabkan itu, saya mahu membawa penonton untuk melihat skop teater muzikal itu sendiri yang sebenarnya cukup luas seandainya kita mengkajinya dengan mendalam.

"Kekuatan sebuah teater muzikal itu terletak kepada lagu-lagunya yang mampu mencengkam emosi sehingga ia terngiang-ngiang di telinga kita walaupun pementasan sudah berakhir.

"Justeru, saya mahu penonton menikmati dan terhibur dengan konsert ini yang saya percaya mampu meninggalkan momen manis buat mereka," ujarnya panjang lebar tentang konsert yang diterbitkan oleh syarikatnya, Enfiniti Vision Media itu lagi.

Tiara berkata demikian dalam sesi fotografi bersama tiga bintang West End itu di kediamannya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelasnya lagi, tujuannya menerbitkan West End Stars In Concert adalah untuk memberi peluang serta mendedahkan kepada rakyat negara ini untuk menikmati alunan indah lagu-lagu popular daripada beberapa teater muzikal popular dunia.

"Kalau mereka tidak dapat melihat sendiri persembahan di West End, jadi tidak salah untuk saya membawa West End ke Malaysia bukan.?

"Inilah peluang terbaik untuk mereka menonton dan menikmati persembahan daripada tiga nama besar West End. Bukan mudah untuk membawa mereka ke sini dan digabungkan dalam satu persembahan.

"Siapa sangka, Ramin yang merupakan pemeran watak Phantom dalam pementasan The Phantom of the Opera dan sekuelnya, Love Never Dies sanggup berehat seketika untuk melibatkan diri dalam konsert ini," ujar Tiara yang begitu mengagumi bakat Ramin sejak kali pertama menonton aksinya dalam dua pementasan itu di London.

Begitu juga dengan pemilihan Jac yang disifatkan Tiara sebagai membawa aroma baru dalam konsert tersebut dengan kehebatan vokalnya itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rahim pertahan protege

Posted:

Rahim pertahan protege

Rahim pertahan protege

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar SAHARUDDIN ABDULLAH


RAHIM bersama dengan Aiman ketika mendengar komen daripada juri profesional Mentor 5 selepas tamat persembahan kedua Aiman.


KOMEN yang agak keras dilontarkan juri professional sedikit pun tidak mengguris perasaan mentor kepada Aiman, Rahim Maarof yang merasakan persembahan protege kesayangannya itu tidak sedikitpun merencatkan jangkaannya.

"Mungkin Datuk Ramli MS terkejut melihat Aiman menyanyikan lagu rock memandangkan sebelum ini Aiman tidak pernah membawa genre ini.

"Bagi saya persembahan Aiman itu sudah boleh dikira terbaik jika hendak dibandingkan dengan pengalamannya yang tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan nyanyian sebelum ini," jelasnya ketika ditemui selepas konsert Mentor kumpulan B baru-baru ini.

Dalam konsert berkenaan Aiman mendapat komen yang kurang baik daripada juri tetap Mentor, Datuk Ramli MS apabila menyatakan vokal Aiman bukan ke arah rock

Namun bagi penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Kristal itu, apa yang dilakukannya adalah cuba mendedahkan Aiman dengan muzik rock.

Baginya, apa yang dilakukan itu adalah untuk kebaikan Aiman dalam usaha mempelbagaikan variasi genre lagu yang boleh dinyanyikan.

"Sebenarnya dalam usaha untuk menyesuaikan lagu dan suara Aiman, kami telah berbincang bersama dalam memilih lagu untuk konsert ini.

"Bagaimana pun bagi menyesuaikan lagu dan suara Aiman, sedikit perubahan telah dilakukan dan mungkin apa yang dilihat oleh Ramli itu merujuk kepada lagu Holy Diver. Lagu itu sememangnya agak sukar untuk dinyanyikan," ujarnya.

Bagaimana pun bagi Rahim, suara dan vokal Aiman mempunyai keunikan tersendiri, cuma ia belum tahu bagaimana untuk mengawal dan menggunakannya.

Walau apa pun, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Aiman membuatkan Rahim tambah bersemangat untuk memberikan yang terbaik.

Sementara itu, Aiman merasakan apa yang diluahkan oleh Ramli MS adalah sesuatu yang baik dan dia akan mengambilnya sebagai pengajaran dan berusaha memperbaiki kelemahan.

"Saya akan cuba yang terbaik lagi untuk konsert seterusnya dan yang paling penting saya akan cuba untuk mengejar kedudukan peserta lain.

"Bagi saya yang penting jangan berputus ada dan sentiasa memberikan yang terbaik," ujarnya.

Walaupun persembahan Aiman tidak berjaya mencairkan hati Ramli MS, Aiman tetap diberikan pujian oleh juri undangan konsert malam itu, Mas Idayu.

Bagi Mas Idayu beliau menyukai persembahan Aiman dan sukakan keserasian yang ditonjolkan oleh Aiman ketika berduet dengan Shiha mendendangkan lagu Aku Dan DiriMu nyanyian asal Ari Lasso dan Bunga Cinta Lestari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Celebrity News

Celebrity News


Facebook I Hate Diana Danielle Semakin Ramai Like !!

Posted: 14 Apr 2011 01:06 AM PDT

Macam-macam cerita yang ZoOm baca hari ini, daripada artis Malaysia sehinggalah artis daripada seberang yang menjadi tatapan. Namun ada lagi Facebook Fan yang di "Create" untuk membuat protes atau mengatakan mereka tidak suka kepada artis tersebut.

Dan yang terbaru Facebook " I Hate Diana Danielle" yang kini sudah menjangkau 4000 ++ user yang LIKE !!, entah like atau benci sebab dalam bahasa Melayu like = Suka. Apa-apalah...!!

Namun persoalannya apakah motif si admin sehinggakan nak "mempromote" Fan ini ? adakah kerana ingin mengambil kesempatan dengan populariti artis atau memang benar si Admin dan rakan-rakan tidak menyukai Diana.



ZoOM : Bagi ZoOM.. TAK ADA MAKNANYA.....Apa Pula Kata Anda !!!?

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Prisa Adinda Arini Rianzi Gadis Indonesia Seorang Giratis !

Posted: 14 Apr 2011 12:56 AM PDT

WOw....superb dan bombastic gadis bernama Prisa Adinda Arini Rianzi, gadis daripada Indonesia yang baru berumur 23 tahun. Siapa sangka wajah yang ayu dan cantik tersembunyi bakat terpendam yang pasti mengemparkan dunia hiburan diseberang.

 Mana tidaknya gadis secantik Prisa Adinda Arini Rianzi, bukan sahaja pandai bermain gitar yang malah  Prisa, pernah menganggotai kumpulan Vendetta grup band heavy metal sebagai gitaris & pernah muncul dengan album solonya sendiri, dengan lagu hit berjudul Muka Dua.

Menakjubkan bukan !!?

Malam ni ZoOm uplod Video Gadis Cantik bernama Prisa ni, maklum sahajalah sekarang ni tengah kerja, masa yang terluang untuk merehatkan minda dengan kerja-kerja yang ada diatas meja dan PC ni ZoOm gunakan sepenuhnya untuk menaip dan berkongsi dengan pembaca setia di ZoOMartis.



Jum Layan Gambar Gadis Cantik Dan Comel Ini... : ( Info OHbulan )






ZoOm : Comel & Cantik tak ?....Huh...Cairrr !!


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Cerita Lawak : Ujikaji Cacing Oleh Cikgu

Posted: 13 Apr 2011 08:00 PM PDT

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai contoh kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan
cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan
saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada
ujikajinya.


"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang
cikgu tunjukkan sebentar tadi??"


Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Cerita Lawak : Kisah Si Penjual Telur

Posted: 13 Apr 2011 07:57 PM PDT

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor

atau Tampin?

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan
yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Cerita Lawak : Kisah Nyonya Kaya Sewa Hotel

Posted: 13 Apr 2011 07:54 PM PDT

Nyonya Kaya
Pada suatu hari, seorang Nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang ke KL untuk kali pertama selepas menang loteri.

Beliau check-in disebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Nyonya Mei Lee.

Nyonya Mei Lee dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu
dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Nyonya Mei Lee melihat ke
sekeliling.

Beliau tetiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut. Eksekius mi, lu jan ingat wa tua, mali dari kampung, tatak (takde) tau tutuk hotel.. sudah baya latut latut (ratus ratus), lu kasi ini bilik ka??!! kicik!! tatak tibi, tatak lemari tatak apa pun??? katil mau titun (tidur) pun tatak????, haiyyaaa.. mau tipu olang ka??!!"

Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar Nyonya, ini baru lift,
maaa....""
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com

Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com


Awal Ashaari: Scha Beli Audi Q5 Duit Sendiri

Posted: 14 Apr 2011 03:01 AM PDT

audi q5

Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, menegaskan bahawa kereta mewah Audi Q5 milik kekasihnya, Scha Alyahya bukanlah hadiah daripadanya.

Kereta tersebut dibeli oleh Scha dengan duitnya sendiri. Awal tidak mampu untuk membeli kereta tersebut sebagai hadiah kepada seorang kekasih. Jumlahnya terlalu besar!

scha alyahya awal ashaari

Sebenarnya Scha sememangnya mampu untuk beli kereta tersebut sendiri kerana Mat Kepoh tengok Scha memang bekerja keras dalam bidang seni ni sekarang.

Kesian juga tengok Scha sebab ada orang siarkan gambar kereta Scha dengan no plat sekali. Bahaya kalau orang tahu dan lepas tu nak ambil kesempatan.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , ,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amyza Aznan Terkena Jangkitan Bulu Mata Palsu

Posted: 13 Apr 2011 06:39 PM PDT

amyza aznan

Alaaahaaiiii.. Kesiaan kak Amyza Aznan kena duduk dekat hospital sekejap. Ini semua gara-gara nak melawa ni, tp tak berhati-hati. Bulu mata palsu bawak virus dekat mata.

Mesti kak Amyza ni kuat sangat bekerja sampai tak perasan kan. Kesihatan tu lagi penting, nanti nak bekerja pun tak boleh kalau tak sihat nanti.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , ,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


(Gambaran) Hari Kiamat

Posted: 13 Apr 2011 09:04 PM PDT

*sekadar gambar hiasan.

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi . 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Mechanic (2011) – Malay subtitle

Posted: 13 Apr 2011 08:29 PM PDT

Synopsis:
"Do you know what a 'mechanic' is? It's a Hitman". This is about a hired hitman, a very good one, who takes revenge after his mentor was killed. Working with his mentor's son, Steve (Ben Foster), Arthur (Jason Statham) gets back at the killers of the one man he considered as his close friend. When a job involves personal reasons, things can be more complicated. Free Download Subtitles :
The Mechanic.Malay.srt

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Mak nyah Malaysia tinggalkan suami mat salih kerana disisih

Posted: 13 Apr 2011 03:25 PM PDT

nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

du 02.1 Mak nyah Malaysia tinggalkan suami mat salih kerana disisih

GAMBAR perkahwinan Ian Young dan Fatine pada 2009.


LONDON – Sikap dingin suaminya, Ian Young menjadi punca mak nyah dari Malaysia, Fatine meninggalkan dia dua minggu selepas lelaki Inggeris berkenaan, Ian Young membantunya mendapatkan hak untuk menetap di Britain, lapor sebuah akhbar Daily Mail semalam.

Fatine, 38, akhirnya memutuskan untuk memberi penjelasan tentang punca perpisahan mereka selepas suaminya yang berusia 32 tahun itu mendakwa, dia ditinggalkan tanpa alasan setelah membelanjakan £12,000 (RM59,061) bagi membantu mendapatkan visa isterinya.

Fatine berkata, dia melakukan pengorbanan besar dengan berhijrah ke Britain dan tinggal dengan Young tetapi akhirnya, dia disisihkan lelaki itu.

Suami Fatine sebelum ini berkerja sebagai penyelenggara bangunan sekolah di Derby, England.

"Dia (Young) meminggirkan saya. Amat sengsara apabila lelaki yang anda cinta dingin terhadap anda. Saya berkorban segalanya demi dia," kata Fatine.

Menurutnya, pada malam sebelum dia meninggalkan suaminya, mereka bergaduh besar.

Young kemudian bergegas meninggalkan kediaman mereka di Pear Tree, Derby.

"Dia meninggalkan saya tanpa memberikan saya sesen pun," kata Fatine.

Suaminya sebelum ini memberitahu, dia terpaksa menganggur selepas diberhentikan dari tiga buah sekolah di Derby kerana tekanan ibu bapa yang marah dengan gaya hidup homoseks mereka.

Young turut kehilangan rumahnya dan pernah cuba membunuh diri dengan menelan sejumlah pil.

Bibit-bibit cinta pasangan itu bermula apabila Young berkenalan dengan Fatine semasa dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia. Pasangan itu pertama kali berbual di sebuah kedai kopi dan ketika itu, Young tidak tahu bahawa Fatine ialah seorang mak nyah.

Selepas mak nyah itu mendedahkan siapa dirinya yang sebenar, hubungan mereka terus mekar.

Young pernah menjalin hubungan cinta selama lapan tahun dengan seorang wanita tetapi memutuskan untuk menukar selera seksnya selepas bertemu Fatine.

Fatine kemudian berhijrah ke Derby dan pasangan tersebut berkahwin dalam satu majlis sivil di Pejabat Pendaftar Derby pada 2009.

Masalah mereka bermula apabila permohonan visa Fatine ditolak oleh Pejabat Dalam Negeri Britain.

Mereka terpaksa mengemukakan rayuan beberapa kali dengan menyatakan, Fatine boleh dipenjarakan jika dia kembali ke Malaysia kerana negara berkenaan melarang hubungan homoseks.

Bagi mengukuhkan alasan mereka, Fatine turut menyatakan, nyawanya terancam sekiranya dia pulang ke Malaysia kerana terdapat ugutan bunuh yang dibuat terhadapnya di sebuah laman web di negara itu.

"Kami terpaksa memohon visa sebanyak lima kali dan kosnya mencecah ribuan pound sterling. Saya pula berkerja sebagai penyelenggara sebuah sekolah kecil dengan gaji cuma £640 (RM3,160) sebulan," kata Young sebelum ini.

Mengulas mengenai kenyataan suaminya itu, Fatine yang kini tinggal berasingan bersama seorang rakannya memberitahu, dia bukan berkahwin dengan Young semata-mata untuk mendapatkan visa.

"Saya menyintainya bukan kerana visa. Saya tiada rakan, tiada keluarga di Britain, saya terpaksa bergantung hidup sepenuhnya kepada suami saya. Namun, bagaimana kami boleh berbaik semula sedangkan dia (Young) pernah berkata perkara buruk terhadap saya," kata Fatine.

Menurut mak nyah itu, dia sedang mencari pekerjaan untuk memulakan hidup baru di Britain.

Dia kini menyara hidup dengan menerima elaun pengangguran di negara Eropah itu. Nama lelaki Fatine ialah Mohammed Fazdil Min Bahari.

Ketika ditanya sama ada dia mengabaikan isterinya, Young mengakui perkara tersebut pernah berlaku.

"Saya mengaku saya mengabaikan Fatine apabila saya tertekan. Saya juga ingin memberitahunya bahawa kami boleh menempuh segala kesusahan bersama-sama tetapi dia tidak berminat untuk mendengarnya," ujar Young.

"Saya kini cuba memulakan perniagaan sendiri. Ya, saya masih banyak berhutang tetapi saya cuba untuk bangun semula," tambahnya. – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Saya ada alahan-Shahir

Posted:

Saya ada alahan-Shahir

Saya ada alahan-Shahir

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my



BIBIR Shahir disuntik botox! Itu antara berita hiburan artis tanah air yang boleh dikatakan agak panas hujung minggu lalu.

Shahir yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan juara program realiti Akademi Fantasia 8 (AF8) atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawani.

Pakejnya sebagai artis boleh dikatakan lengkap. Dia berwajah tampan, penampilan yang menarik dipandang dan memiliki vokal 'jantan' khususnya menerusi lagu hitnya, Kebahagiaan Dalam Perpisahan.

Justeru, tidak menghairankan pemuda berusia 23 tahun itu baru-baru ini dinobatkan sebagai Artis Baru Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular 2010 (ABP 2010) sekali gus tersenarai antara lima calon artis paling popular di Malaysia!

Lumrah menjadi seorang artis terkenal dan cukup dikenali ramai, ternyata dia juga sememangnya tidak dapat lari daripada dilanda gosip negatif seperti yang menimpa kebanyakan artis yang lain.

Bermula dengan kisah dia telah menghilangkan diri beberapa hari sebelum malam pertandingan Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25) pada 10 Januari lalu sehinggalah dia dikatakan menjalin hubungan dengan pelakon cantik popular iaitu Rozita Che Wan, pemuda kelahiran Kampar, Perak itu tidak habis-habis dilanda gosip.

Terbaru, dia dikatakan cuba mengelak daripada dirakam fotonya pada majlis sidang media filem pertama lakonannya, Karak yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Malah, dia memberitahu Kosmo! yang turut berada pada sidang akhbar tersebut bahawa bibirnya itu bermasalah selepas memakai solekan untuk malam ABP 2010.

Sedangkan apabila Kosmo! bertanya kepada pihak urus setia ABP 2010, mereka memberitahu Shahir telah memaklumkan bahawa dia sudah mengalami masalah pada bibirnya itu sejak beberapa hari sebelum ABP 2010 berlangsung!

Impaknya, ada yang melabelkan Shahir sebagai artis yang semakin sombong dan mula meninggi diri.

Lebih malang, timbul pula gosip mendakwa bibirnya bermasalah akibat daripada melakukan suntikan botox!

Disebabkan Shahir masih mendiamkan diri daripada mengulas mengenai isu kontroversi tersebut, Kosmo! menuntut penjelasan dengan menghubungi sendiri Shahir.

Menurut Shahir, sememangnya pada masa itu bibirnya memang mengalami sedikit masalah kerana alahan memakai solekan terlalu lama pada wajahnya.

"Ramai yang tidak tahu sebenarnya saya memang ada alahan sehingga tidak boleh terlalu lama memakai solekan pada wajah. Kalau terlalu lama, saya akan mengalami bengkak di bibir.

"Biasanya kalau membuat sesi fotografi atau pun ketika mengadakan persembahan pentas, selepas selesai sahaja saya akan terus mencuci wajah saya," jelasnya bersungguh-sungguh.

Tambah Shahir, dia turut menafikan sekeras-kerasnya bibirnya mengalami masalah bengkak yang berpunca daripada solekan yang digunakan semasa ABP 2010 tempoh hari.


KESAL difitnah menyuntik botox di wajahnya, Shahir meminta pihak terbabit bersemuka dengan dirinya.


Sebaliknya, dia memberitahu bahawa semasa acara tersebut dia sememangnya memakai solekan terlalu lama sepanjang majlis berkenaan berlangsung selama beberapa jam dan ia tidak ada kena-mengena langsung dengan alat solek yang digunakan.

"Memang saya akui pada mulanya saya menolak bergambar kerana berasa kurang selesa.

"Setelah diyakinkan bahawa bibir saya yang bengkak itu tidak jelas kelihatan dalam gambar, akhirnya barulah saya bersetuju," ujarnya.

Dosa

Sementara itu, dia turut meluahkan rasa kesalnya apabila ada segelintir pihak yang telah menuduhnya telah membuat suntikan botox di bibir gara-gara alahan yang dialaminya itu.

Menurutnya, orang yang menyebarkan cerita tidak benar berkenaan adalah pihak yang tidak mengetahui keadaan sebenar tentang situasi yang dilaluinya itu.

"Pada saya, ia merupakan satu fitnah yang cukup berat apabila saya dituduh membuat suntikan bibir untuk kelihatan lebih menarik. Lagipun ia bukan melibatkan saya seorang sahaja tetapi turut melibatkan maruah keluarga.

"Seharusnya orang yang menyebarkan fitnah itu tahu tentang dosa yang diterima. Biarpun berasa sangat kesal, namun saya sedia memaafkan pihak terbabit sekiranya datang sendiri berjumpa dengan saya," tegasnya mengenai perkara tersebut.

Menurutnya lagi, dengan penjelasan yang diberikan itu dia meminta agar para peminat dan pihak media tidak salah sangka dengan apa yang telah berlaku dan berharap terus mendapat sokongan kepada perjalanan kariernya.

Kanser hati

Pastinya ramai yang sedia maklum dengan kenyataan Shahir beberapa bulan lalu mengenai dirinya yang disyaki menghidap penyakit kanser hati hingga dia terpaksa menghilangkan diri buat seketika.

Menurutnya, penyakit tersebut mula dikesan sewaktu dia menjalani ujian darah di sebuah hospital swasta dan mendapati bahagian hatinya mengalami masalah.

Bagaimanapun, apabila menjalani pemeriksaan yang sama di hospital yang lain, penyakit yang dilaluinya itu masih lagi belum sampai ke tahap yang serius.

Ketika diajukan tentang tahap kesihatannya ketika ini, Shahir memberitahu bahawa sekarang ini dia berada dalam keadaan yang sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit yang serius.

"Alhamdulillah, sewaktu menjalani pemeriksaan sebelum ini, doktor ada memberitahu kepada saya supaya tidak perlu terlalu bimbang dengan keadaan kesihatan diri saya.

"Cuma doktor memberi pesanan supaya saya membuat pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan sekali. Apapun saya tetap gembira kerana dapat menjalankan aktiviti seni seperti biasa," ujarnya.

Menurutnya, ketika ini dia masih

lagi dalam pemantauan doktor dan kini dia lebih mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sheila, Glenn duet terbaik

Posted:

Sheila, Glenn duet terbaik

Sheila, Glenn duet terbaik

Oleh SAHLIZAH MOHAMED
sahlizah.mohamed@kosmo.com.my


PADUAN vokal Sheila dan Glenn Fredly memukau dan menimbulkan keterujaan audiens.


MENEPATI jangkaan, paduan suara daripada ikon dua negara, Glenn Fredly dan Datuk Sheila Majid menjadikan Minggu Setiausaha yang dibawa oleh Neo Magik Sdn. Bhd. (Neo Magik) kelihatan eksklusif dengan gaya yang tersendiri.

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara itu turut diserikan lagi dengan pengacara Harith Iskander yang sentiasa sarat dengan lawak jenaka yang cukup menghiburkan.

Tampil membuat persembahan terlebih dahulu, kelibat Glenn bukan hanya diiringi dengan alunan muzik, malah turut mengundang jeritan dan tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir.

Penyanyi kelahiran Ambon, Indonesia itu yang tampil ringkas mengenakan jean, kemeja putih dan bertopi putih dilihat cukup teruja untuk membuat persembahan di hadapan penonton yang terus melaungkan namanya.

Bermula dengan lagu Kau dan diikuti dengan Linda, Glenn turut mendendangkan lagu secara medley iaitu Mobil Mama dan Cukup Sudah.

Pada satu ketika, tindakan Glenn mengundang salah seorang penonton wanita ke pentas menimbulkan suasana 'tegang' daripada khalayak apatah lagi bila Glenn dilihat menatap wajah wanita itu sambil melantunkan lagu Terserah dengan penuh emosi.

Glenn turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton yang hadir dan menikmati persembahannya.

"Saya sangat gembira dan teruja membuat persembahan di hadapan anda semua. Buat pengetahuan anda, ini adalah kali pertama saya dijemput untuk mengadakan persembahan pada minggu setiausaha dan ia sungguh hebat sekali," laung penyanyi berusia 36 tahun itu.


RAKAN-RAKAN artis, Ziana dan Anuar Zain serta Zahid (kanan sekali) turut hadir memberi sokongan buat Sheila dan Glenn.


Usai dendangan sebanyak sembilan buah lagu, Glenn memberi laluan kepada ratu Jazz negara, Sheila mengambil alih pentas dengan membuka persembahan menerusi lagu Pengemis Muda sebelum disusuli dengan medley Kekasih Baru, Datanglah ke Dalam Mimpiku dan Relakan.

Diiringi persembahan di bawah kelolaan suaminya sendiri, Acis, Sheila kelihatan berseri mengenakan gaun rona putih dan kelihatan amat bertenaga.

Antara lagu hit yang yang diperdengarkan oleh Sheila ialah Lagenda, Antara Anyer dan Jakarta, Warna, Sinaran dan Ku Mohon.

Saat kemuncak persembahan yang berlangsung hampir tiga jam itu mula dirasai apabila kedua-dua bintang besar itu berkongsi pentas sebelum menutup majlis dengan menyampaikan lagu Aku Cinta Padamu.

Lantunan suara yang mengasyikkan terus membuat penonton dibuai dengan perasaan sendiri dan tidak ketinggalan ada dalam kalangan penonton yang menari di sisi meja masing-masing.

Secara tidak langsung, mereka berdua telah melakar sejarah masing-masing kerana digabungkan buat julung-julung kalinya untuk menjayakan majlis tersebut di hadapan kira-kira 1,000 penonton yang hadir.

Antara selebriti yang dilihat turut hadir ialah Ziana Zain, Anuar Zain, Amy Search dan Zahid (AF2).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Filem paranormal pertama Malaysia

Posted:

Filem paranormal pertama Malaysia

Filem paranormal pertama Malaysia


REALITI. Inilah lokasi sebenar filem Penunggu Istana.


SEPERTI cendawan tumbuh selepas hujan, setiap minggu para peminat filem Melayu dihidangkan dengan produksi tempatan di pawagam.

Kini, giliran Grand Brilliance Sdn. Bhd. dan Primeworks Studios yang sememangnya telah diakui kehebatan dalam menghasilkan filem-filem pecah panggung dengan membawakan satu kejutan menerusi filem terbaru berjudul, Penunggu Istana.

Naskhah ini bukanlah sebarangan filem. Amaran awal patut dilaungkan kepada masyarakat Malaysia khususnya peminat filem Melayu bergenre seram.

Jika selama ini mereka menonton filem-filem seram yang pada andaian mereka cuma sebuah cerita, maka mereka perlu berfikir lima kali sebelum mengambil keputusan untuk menonton filem ini.

Buat pertama kalinya, penonton filem di Malaysia akan disajikan dengan filem berbentuk dokumentari realiti seram bergenrekan paranormal!

Ini bermakna cerita yang terkandung di dalam filem ini bukanlah sebuah cerita kosong, tetapi ia adalah sebuah pendedahan secara realiti terhadap aktiviti paranormal di sebuah tempat yang dipercayai sangat berpuaka iaitu sebuah rumah yang telah ditinggalkan lebih 100 tahun di Perak dan dikenali sebagai Istana Billah.

Mengulas mengenai Penunggu Istana, kata Pengurus Besar Filem & Drama Primeworks Studios selaku penerbit eksekutif filem ini, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata: "Filem ini adalah sebuah dokumentari yang mana ia mengandungi rangkuman rakaman video yang berjaya dirakamkan oleh lima pelajar yang membuat kajian aktiviti paranormal di tempat yang dipercayai berpuaka."

"Siasatan mereka telah dibantu oleh kumpulan Seekers, yang sememangnya sinonim dengan kegiatan aktiviti paranormal di Malaysia."

Tambahnya: "Niat kami adalah untuk mendedahkan penemuan mereka ini kepada umum melalui filem. Ini adalah satu bentuk pembaharuan yang cuba kami serapkan dalam era filem bergenre seram.


TENAGA lakonan Penunggu Istana digerakkan oleh lima muka baru.


"Kami yakin ini dapat mempertingkatkan lagi kualiti filem bergenre seram di Malaysia.

"Jadi, tiada maknanya mengatakan kami cuba meniru filem luar, sebaliknya apa yang dihasilkan ini adalah rentetan kisah benar yang ingin kami kongsikan pada masyarakat di luar sana."

Menurutnya lagi: "Rumah tinggalan yang digelar Istana Billah ini juga mempunyai banyak kisah seram yang diceritakan menerusi perbualan mulut penduduk setempat.

"Tambahan pula, produksi drama Warkah Terakhir yang pernah menjalani penggambaran di sana mengalami pengalaman yang mengerikan.

"Ini menunjukkan tempat tersebut benar-benar mempunyai kisah misterinya dan penonton dapat menyaksikan kesahihannya melalui filem dokumentari ini."

Plot Penunggu Istana merupakan cantuman daripada pita rakaman terakhir lima pelajar iaitu Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd. Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf yang membuat kajian aktiviti paranormal di sebuah rumah tinggalan lama, Istana Billah.

Secara naratifnya, Penunggu Istana dipersembahkan sebagai sebuah dokumentari berdasarkan jurnal video yang diperolehi mereka sendiri.

Cantuman footage tersebut itu seterusnya difilemkan sepanjang 15 hari mereka di Istana Billah sebagai usaha mencari jawapan terhadap kejadian mengerikan yang menimpa kumpulan pelajar berkenaan.

Penemuan inilah merupakan satu kejutan untuk tatapan semua peminat filem tempatan.

Ia bukan seperti filem-filem seram terdahulu yang menampakkan kesemua bentuk fizikal makhlus halus dan membuatkan anda berasa seram cuma di dalam panggung sahaja.

Paparan visual yang dipamerkan melalui filem Penunggu Istana adalah daripada rakaman video yang diambil oleh kelima-lima pelajar tadi.

Mungkin ada sesetengah visual bakal mengejutkan penonton sehingga tiba-tiba meremang bulu roma dan membuatkan degupan jantung lebih laju dari biasa, walaupun ia tidak menunjukkan sepenuhnya bentuk fizikal entiti halus yang menghuni di rumah tinggalan tersebut.

Buat pertama kalinya filem realiti seram bergenre paranormal bakal menemui rakyat Malaysia pada 21 April ini.

Buat pertama kali ini jugalah, anda bakal merasa apa itu sebenarnya yang dikatakan sebagai satu 'kejutan'!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


‘Seru saya sampai’

Posted: 13 Apr 2011 07:58 AM PDT

BARANGKALI ramai pihak media tempatan dapat menghidu berita pelakon yang sering dilanda kontroversi, Faezah Elai bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini. Bagaimanapun pelakon berbakat besar yang pernah digosipkan dengan seorang pengarah drama tempatan, nampaknya lebih suka mengunci mulutnya setiap kali ditanya siapakah calon suaminya itu.

"Sebenarnya, kami mula berkenalan pada tahun lalu dan terus rapat, sejak itu. Biarlah ada orang buat persepsi dan menuduh saya perampas suami orang kebelakangan ini kerana saya tidak peduli dengan cakap-cakap negatif orang di luar sana. Kami percaya, kebenaran akan terserlah juga nanti.

"Minta maaf, saya memang tidak dapat mendedahkan siapakah calon suami saya demi menjaga hati kedua belah pihak. Maklumlah, terlalu banyak hati yang perlu dijaga demi kebahagiaan keluarga kedua belah pihak," kata pelakon watak tomboy dalam filem komedi Cun! ini.

Jika diukur daripada usia yang sudah mencecah usia 29 tahun, Faezah akui dia memang sudah layak untuk melangkah ke fasa perkahwinan.


"Saya juga sudah bersedia mental dan fizikal untuk mendirikan rumah tangga. Nampaknya seru saya sudah sampai untuk berkahwin. Kami juga merancang ingin terus kahwin tanpa bertunang terlebih dulu kerana tempoh bertunang memang banyak dugaan.


"Apa yang penting, hubungan cinta kami mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak. Si dia juga sudah berjumpa keluarga saya dan mereka menerimanya dengan baik.

"Begitu juga keluarganya yang menerima saya untuk menjadi sebahagian daripada keluarga baru mereka. Kami berdoa semoga rumah tangga yang bakal kami bina akan berkekalan hingga ke akhir hayat," katanya.

Apapun, kata Faezah, dia turut mengundang pihak media tempatan untuk membuat liputan pada hari bersejarahnya nanti.

"Saya tidak akan menyorokkan berita baik seperti mendirikan masjid daripada pengetahuan pihak media yang menyokong karier seni selama ini. Malah, saya merancang untuk mengedarkan kad undangan perkahwinan kepada pihak media bila sampai masanya nanti," katanya.

Mengulas lanjut, mengenai majlis perkahwinan yang bakal berlangsung pula, kata Faezah, dia juga merancang majlis yang sederhana saja di kampung halamannya di Pulau Pinang.

"Saya tidak mahu bebankan keluarga sebelah bakal suami untuk mengadakan perkahwinan secara besar-besaran kerana yang penting kami buat perkara yang dituntut agama Islam terlebih dulu.

"Terus terang, saya bersyukur kerana masih mendapat kepercayaan pengarah drama dan filem walaupun selalu dikaitkan dengan cerita kontroversi. Pada masa sama, saya juga tidak menang tangan menerima tawaran berlakon ketika ini," katanya.

Pada sesi fotografi yang diatur RAP di Studio Balai Berita, baru-baru ini, Faezah turut digandingkan dengan Zahiril Adzim yang membawa watak Arman dalam filem terbaru mereka, Senjakala.

Faezah melakonkan watak pembantu dalam filem genre romantik seram arahan Ahmad Idham itu yang turut menampilkan Liyana Jasmay.

Dalam Senjakala, Faezah memegang peranan sebagai Isabella yang juga kawan baik Karlisa (Liyana Jasmay).

"Isabella seorang gadis bandar yang tidak percaya kepada ilmu saka. Dia juga tidak pandai menyesuaikan diri dan berpakaian seksi apabila pulang ke kampung sehinggalah dirasuk di sana.

"Pada mulanya, saya bimbang untuk lakon cerita hantu kerana saya sangat penakut. Namun saya terima juga tawaran Ahmad Idham kerana cerita ini ada kelainan dan pada masa sama saya tidak pernah buat cerita hantu. Penggambaran filem ini juga dibuat pada Ramadan lalu," katanya.

Selain Senjakala, Faezah berlakon dalam Tolong Awekku Pontianak, Cinta Ekstra dan banyak lagi.

Beralih kepada Zahiril, 27, yang menempa nama menerusi filem Kami, dia akan mengikat tali pertunangan dengan pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) yang turut menjadi pelakon iaitu Shera Aiyob, 25, tidak lama lagi.

"Kami sudah berkawan rapat selama lapan bulan dan bersedia untuk melangkah
ke alam rumah tangga. Saya pilih Shera dan percaya dia calon terbaik untuk menjadi isteri saya. Shera adalah seorang yang ringkas dan tidak suka mengongkong kerana dia faham karier saya sebagai pelakon.

"Apatah lagi, hubungan cinta kami direstui keluarga kedua-dua belah pihak. Mengikut perancangan, majlis pertunangan akan berlangsung di rumah keluarga Shera di Ipoh, Perak manakala, majlis resepsi berkonsepkan perkahwinan dalam taman akan dibuat di Kuala Lumpur.

"Kami juga tidak akan bertunang lama-lama sebaliknya majlis perkahwinan juga dijangka berlangsung pada tahun ini juga," kata anak kelahiran Taiping, Perak dan menetap di Petaling Jaya ini.

Akui Zahiril, 27, dia juga tidak bimbang untuk mendirikan rumah tangga pada usia agak muda.

"Saya juga mendapat tips daripada rakan-rakan yang berkahwin pada usia muda dan ia menambahkan keyakinan untuk melangkah ke alam perkahwinan," katanya.

Mengenai karier lakonan pula, kata Zahiril, watak Arman yang dilakonkan dalam filem Senjakala sangat mencabar kredibilitinya.

"Ini cerita percintaan yang dikelilingi babak seram kerana karakter Arman adalah lelaki yang membela saka dan orang tidak boleh memandang ke arah matanya. Pada masa sama, ia juga kali pertama saya menimba pengalaman berlakon dalam filem seram.

"Saya sudah berusaha yang terbaik mengikut kemampuan dan kini, saya serahkan kepada peminat untuk menilai filem ini yang akan ditayangkan pada 14 April ini," katanya.

PROFIL

NAMA: Noor Faezah Elai
TEMPAT LAHIR: Gelugor, Pulau Pinang
TARIKH LAHIR: 16 Ogos 1982
USIA: 28 tahun
STATUS: Bujang
ADIK-BERADIK:Anak sulung daripada tiga beradik
PENDIDIKAN: Diploma Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
HOBI: Mendengar muzik
KERJAYA: Pelakon, pengacara dan model
FILEM: Otai, Adik Manja Returns, Cun, Awekku Pontianak, Senjakala dan Mantera.
DRAMA: Antaranya, Cinta & Keadilan, Enigma, Cempaka Berbunga, Sitkom Puteri, Sutera Maya, Hartamas, Anak Mamak Menantu Mami, Dendam Kesumat, Asmara.
IKLAN: Antaranya Kotex, Canon, Milo, Radox, Vanish, Celcom
HOS RANCANGAN: Antaranya Mango TV (8TV), TV Trivia (TV3), Inspirasi Comel (RTM), Gegar U (Astro), Hypermarket Saga (TV9), Seri (TV3)
PENCAPAIAN: Best TV Look Elite Model Search 2006 sempena KL Fashion Week dan 50 Goergeous People bagi majalah Female.

PROFIL

NAMA: Mohd Zahiril Adzim Mohd Mukhtar
NAMA KOMERSIL: Zahiril Adzim
USIA: 27 tahun
TARIKH LAHIR: 23 Januari 1984
TEMPAT LAHIR : Taiping, Perak
PENDIDIKAN: Diploma Teater (Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan)
FILEM: KAMI The Movie, Karaoke, Gadoh, Ada Sesuatu Yang Tertinggal, KLIP3GP, Tolong Awek Ku Pontianak, Senjakala, Bunohan
DRAMA: Merah Puteh, Ghost 2, Jidin, ABAM, Waris, 100 Harijadi, 6 Progresif, Juvana.
PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Lelaki Terbaik (Festival Filem Malaysia ke-22), Breakout Artiste of The Year (Klue Magazine)

Solekan Faezah Elai & Zahiril Adzim : Jamal Mohd Caring Colours dari Revell
Busana Faezah: Koleksi Safura Azali (safura.azali@gmail.com)/safuraazali.blogspot.com - 012 2925073)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karyawan terus agenda bela ahli

Posted: 13 Apr 2011 07:52 AM PDT

DIHIMPIT pelbagai isu, Persatuan Karyawan Malaysian (Karyawan) masih meneruskan agenda dalam memperjuangkan kepentingan ahli mereka agar terbela.

Karyawan yang masih diterajui Datuk Freddie Fernandez, membuktikan aktiviti membabitkan artis sebagai anggota tidak hanya cakap kosong. Menariknya, aktiviti yang dianjurkan masih mendapat sokongan ahli.

Baru-baru ini, Karyawan turut mengadakan lawatan menziarah pelakon veteran, Datuk Yahya Sulong yang berada dalam keadaan uzur akibat asma, sakit jantung dan sukar bernafas. Apa yang menyedihkan, beliau juga berdepan penyakit amnesia.

Lawatan kedua ini disertai Ketua Biro Pemuzik Profesional, Aznan Alias bersama 10 ahli Karyawan lain. Pada pertemuan itu, Karyawan juga menderma RM2,000 kepada bekas pelawak terkenal itu.


Yahya, 84, pernah dikenali sebagai pemain drum sekitar 1970-an dan sering mengadakan persembahan pentas. Beliau seorang yang berbakat besar dalam bermain muzik dan disegani ramai.


Di pentas lakonan, beliau popular dalam pelbagai filem antaranya Gila-Gila, Putus Sudah Kasih Sayang, Da Di Du, Toyol dan Prebet Lapok.

Aznan berkata, sumbangan dihulurkan menerusi kutipan Tabung Music Aid yang diwujudkan sejak setahun lalu. Matlamat tabung ini membantu pemuzik yang berdepan masalah kesihatan dan keuzuran.

"Pada mulanya saya bersama Aubrey Suwito dan beberapa pemuzik lain bekerjasama mencari jalan bagaimana usaha membantu artis yang ditimpa musibah.

"Lalu, sumbangan ini dikumpul hasil persembahan Aubrey Suwito Christmas With Friends yang diadakan pada Ramadan lalu. Persembahan itu membabitkan 13 pemuzik dan berjaya mengumpul sumbangan orang ramai sebanyak RM75,000.

"Yahya Sulong adalah penerima kesembilan selepas Karim Blues Gang, Zainal Rampa, Kasma Booty, Bob Kuman dan empat pemuzik kelab.

"Jumlah sumbangan RM2,000 hingga RM9,000 bergantung pada betapa serius masalah kesihatan yang dihadapi penerima," katanya.

Kata Aznan, seramai 200 pemuzik bernaung di bawah Biro Pemuzik Profesional masih bersatu dan percaya Karyawan dapat membantu dalam memperjuangkan nasib pemuzik tempatan.

"Kami berusaha bergerak mengumpul lebih banyak duit tabung ini. Selepas ini, saya bersama Aubrey turut merancang mengadakan persembahan lain untuk membantu.

"Buat masa ini, ada pemuzik lain berminat turut serta dalam aktiviti yang ingin kami anjurkan. Saya lihat sokongan ahli pada Karyawan masih kuat dan mereka juga kawan lama saya.

"Saya sendiri tidak anggap Karyawan sebagai tempat berpolitik. Apa yang penting, saya bersama pemuzik lain mahu memperjuangkan kepentingan pemuzik agar terpelihara," katanya.

Untuk aktiviti selanjutnya, Aznan bersama pemuzik di bawah Karyawan mahu memberi fokus dalam menambah baik akta membabitkan persembahan pemuzik. Katanya, pendapatan diterima pemuzik profesional masih rendah dan pelbagai masalah lain membelenggu.

"Pemuzik sebenarnya makin terseksa dengan situasi kini. Jika gaji orang lain naik, kami sebaliknya masih menerima pendapatan kurang.

"Jumlah persembahan juga tidak banyak. Ramai kata kita ada persatuan dan industri tetapi tidak dapat membantu dan buat hal masing-masing.

"Apa yang berlaku, persembahan artis tempatan sukar dapat sokongan penaja dan ada penganjur minta bayaran murah hinggakan mengambil pemuzik junior dan tidak mementingkan kualiti.

"Saya fikir lebih baik pemuzik bergerak di bawah persatuan seperti Karyawan kerana ia menjadi medium berkesan dalam menyampaikan maklumat pada pihak tertentu mengenai perjuangan kami," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.