Adsense

Jumaat, 4 Februari 2011

borak kosong

borak kosong


[Hebat]Nenek 60 tahun seludup iPhone 4 dalam stockingnya

Posted: 04 Feb 2011 09:00 PM PST

Apple iPhone 4 Bumper - original Pictures, Images and Photos


 Wanita 60 tahun ditangkap petugas bandara Tel Aviv, Israel kerana menyeludup 44 unit iPhone 4. Dia menyembunyikan smartphone itu didalam stockingnya.

Nenek ini berhasil  masuk ke pesawat yang bertolak dari London. Namun, sesampainya di bandara Ben Gurion, Tel Aviv, petugas keamanan curiga keraa gerak-gerik wanita itu yang pelik akibat iPhone 4 yang diseludupkan dalam stocking.

"Wanita itu nampak sulit untuk berjalan. Ketika ditanya, wanita itu menjawab sedang tak enak badan," ujar salah satu petugas keamanan. Kemudian seperti dikutip The Register, petugas keamanan memeriksanya menggunakan pemindai seluruh tubuh.

Ditemukan 44 buah iPhone tersembunyi dalam stocking wanita itu. Para petugas keamanan hairanr bagaimana nenek itu boleh melepasi  pemeriksaan  keberangkatan di London.

Hingga kini, nenek itu sedang menunggu apakah ia akan dihukum penjara atau denda.-INILAH.COM

Budak 9 tahun tetap ditembak walaupun merayu supaya tidak ditembak

Posted: 04 Feb 2011 08:35 PM PST

REPUBLIKA.CO.ID,ARIZONA – Masalah racial memakan korban seorang gadis cilik berusia sembilan tahun di Amerika Syarikat. Dari jarak dekat, gadis berdarah Mexicoo bernama Brisenia Flores itu ditembak mati oleh kelompok anti-imigran yang mengukum dengan hukuman sendiri.

Gina Gonzalez, ibu kandung Brisenia, menceritakan kejadian tragik tersebut di persidangan.  Dengan bercucuran air mata, Gina menceritakan anaknya memohon agar tidak dibunuh sebelum akhirnya ditembak mati bersama dengan ayahnya.

Gina pun tidak luput jadi sasaran tembakan. Dia tersungkur di lantai dan berpura-pura mati. Saat itulah hatinya terhiris mendengar anaknya memohon agar tidak dibunuh.

"Aku boleh mendengar hal itu terjadi," kata Gina. "Anak aku berkata,'Kenapa kamu menembak ayahku? Kenapa kamu menembak ibuku?. Aku juga  mendengar dia merayu,'tolong jangan tembak aku."

Anti-Imigran
Fakta percakapan tersebut baru terungkap di makhamah  kelmarin. Brisenia dan ayahnya, Raul Flores Jr., dibunuh pada 30 Mei 2009 oleh sekelompok warga yang dibentuk untuk menangani imigran Mexico.

Shawna Forde, ketua kumpulan Minutemen Pertahanan Amerika, sedang diadili atas tuduhan dua pembunuhan t tersebut. Dia disyaki mengetuai n aksi serangan terhadap keluarga Flores bersama dua laki-laki.

Polis menyatakan bahawa Forde percaya Flores adalah seorang pedagang ubat dan menyimpan wang tunai serta barang-barang di rumah sehingga mereka boleh merampoknya.

Kronologis Kejadian
Aksi penyerangan itu terjadi pada pukul 1 tengahari. Flores bangun untuk membuka pintu ketika ada suara polis meminta dibukakan pintu. Tapi, dua orang tak dikenal itu langsung menerjah masuk. Brisenia yang kecil ketika itu sedang terjaga bersama anjing barunya di sofa di ruang tengah.

Satu orang, kata Gina, adalah seorang wanita bertubuh besar. Seorang lagi adalah laki-laki dengan wajah dicat hitam dan bersenjata. Lelaki itu mengatakan kepada Flores,"Peluru ini sudah ada namamu."

Lelaki itu kemudian menembak bahu dan kaki Flores sebelum akhirnya menembaknya berkali-kali. Dia kemudian mengarahkan senapang ke Brisenia. Gina mendengar lelaki itu kembali mengisi peluru sebelum menembak Brisenia yang memohon untuk tidak ditembak.

Dalam keadaan luka tertembak, Gina mencoba menelefon 911. Tapi, lelaki itu tiba-tiba kembali ke rumah Gina. Gina berusaha mencari pistol suami lalu balik menyerang si pelaku yang diketahui bernama Jason Bush. Dalam keadaan terluka, Bush  melarikan diri.

Gadis 14 tahun meninggal dunia selepas jalani hukuman sebat

Posted: 04 Feb 2011 07:00 PM PST

Malang gadis ini dia meninggal dan lelaki yang selingkuh dengannya
cabut lari....saya petik dari Berita Harian

Mosammet Hena (Daily Mail)

DHAKA: Seorang gadis yang dihukum sebat kerana melakukan hubungan sulit dengan suami orang meninggal dunia selepas menjalani hukuman itu menyebabkan polis menahan empat ulama yang memberi arahan merotan mangsa. 

Mosammet Hena, 14, dikenakan 100 sebatan dalam satu fatwa di sebuah perkampungan di daerah barat daya Shariatpur, kata ketua polis kawasan AKM Shahidur Rahman. 

Kawasan itu terletak 56 kilometer dari ibu kota ini. Bangladesh adalah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam dan menggunakan undang-undang sekular. 
Pihak berkuasa mengharamkan mana-mana pihak mengeluarkan fatwa. 

Namun, segelintir ulama didapati mengeluarkan fatwa untuk memutuskan isu hubungan di luar perkahwinan. 

Gadis berkenaan tiba-tiba rebah selepas dia disebat di khalayak ramai dengan rotan buluh sebanyak 70 kali, Isnin lalu, kata Rahman. 

Dia kemudian dibawa dan meninggal dunia beberapa jam kemudian pada hari sama, kata pegawai. 
Rahman berkata, lelaki 40 tahun yang didakwa mempunyai hubungan dengan Hena turut dijatuhi hukuman 100 sebatan namun lelaki itu sempat lari dan terlepas daripada hukuman, katanya. 

  
"Kami sedang menjalankan operasi besar-besaran untuk mencari lelaki terbabit," kata Rahman. – Agensi

Isteri Speaker Dewan Rakyat menyesal bergambar seksi

Posted: 04 Feb 2011 06:40 PM PST

Tak fikir dulu sebelum buat..menyesal kemudian tak berguna...
saya petik dari kosmo online

LONDON - Sally Bercow yang merupakan isteri Speaker Dewan Rakyat Britain, John Bercow menganggap dirinya kelihatan seperti seorang yang bodoh kerana bergambar dalam keadaan seksi, lapor akhbar Daily Telegraph semalam.

Dalam gambar itu, dia hanya menutup tubuhnya yang bogel dengan cadar katil.

Wanita berusia 41 tahun itu membuat kenyataan tersebut selepas gambarnya itu disiarkan akhbar Evening Standard di Britain.

Dia memberitahu stesen radio Perbadanan Penyiaran British (BBC): "Saya mungkin seornag yang bodoh kerana melakukannya (bergambar dengan tubuh ditutupi cadar katil."

Sally berkata, dia hanya mengetahui perlu melakukan aksi itu semasa tiba di lokasi untuk membuat rakaman gambar itu.

Wanita itu berkata, pada mulanya dia menganggap aksi tersebut akan menjadikan gambarnya kelihatan lebih menarik.

Namun, gambar itu mencetuskan masalah kerana dia merupakan isteri seorang Speaker sekali gus memberi kesan terhadap kerjaya suaminya.

Menurutnya, gambar tersebut untuk ruangan Hari Kekasih dan dia berasa terkejut ekoran reaksi orang ramai berhubung penampilan seksinya. - Agensi

Bayi beri isyarat bagus dalam kandungan

Posted: 04 Feb 2011 05:45 PM PST

Kekuasaan Tuhan..
saya petik dari kosmo online


MAIDSTONE - Seorang ibu yang bimbang mengenai kesihatan bayi yang dikandungnya mendapati anaknya itu membuat isyarat bagus semasa perutnya diimbas di sebuah hospital di Kent, Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu bayi itu, Donna Sayer, 29, dan seorang jururawat tergelak selepas mereka melihat bayi itu memberikan isyarat bagus semasa diimbas.

Menurut Donna yang merupakan seorang pengurus makanan dan minuman di Kelab Kriket Kent, bayi itu seolah-olah mahu memberitahu bahawa dirinya berada dalam keadaan baik.

Wanita itu berkata, pemeriksaan itu dibuat selepas jururawat berkenaan menyatakan bayi dalam kandungannya normal.

Namun, bagi mendapatkan kepastian mengenai bentuk bayi itu, satu pemeriksaan imbasan dibuat.

Donna dari Whitstable yang dijangka melahirkan anak dalam bulan Mei ini berkata, semua pihak berasa hairan apabila melihat gambar tersebut. - Agensi

Dipotong Tangan Kerana Memberi Sedekah

Posted: 04 Feb 2011 04:41 PM PST

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas keranaAllah s.w.t." Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya.


Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah s.w.t pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah s.w.t. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah s.w.t."

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

sumber : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com

Ingin Popular Selibriti Ini Sanggup Tunjuk Payudara

Posted: 04 Feb 2011 10:01 AM PST

Selebriti dan wartawan hiburan merupakan dua pihak yang saling memerlukan. Selebriti perlukan wartawan  agar popular, sementara wartawan  selebriti sebagai bahan bacaan.  Sebab itu, banyak selebriti yang membuat sensasi agar popularitinya naik, seperti yang dilakukan selebriti ini. Demi populariti, ia rela memperlihatkan payudaranya kepada para wartawan.

sumber : mran3238.wordpress.com

Pekerja kilang paksa remaja jadi hamba seksnya

Posted: 04 Feb 2011 09:30 AM PST

Berita Agensi melaporkan seorang pekerja kilang berusia 40 tahun di Wuhan, China telah dikenakan   hukuman mati setelah didapati bersalah memaksa dua remaja menjadi hamba seksnya.

Zeng Qiangbao telah mengurung dua orang remaja tersebut di sebuah bilik bawah tanah di rumahnya.

Zeng menculik Lili berusia 16 tahun sekitar pukul 10:00 pagi pada 16 September 2008. Remaja malang itu dibawa ke rumahnya, sebelum merogol dan merantai remaja itu.

Pada 2 Julai 2009, Zeng menculik pula seorang lagi remaja bernama Honghong, 19 tahun. Seperti juga Lili, remaja ini turut diperkosa berulang kali dan dikurung di sebuah bilik bawah tanah.

Kes ini dibawa terbongkar selepas salah seorang remaja tersebut meletakkan nota kecemasan/SOS dengan mesej "Tolong. Saya sudah ditahan di bilik  bawah tanah lebih daripada satu tahun" dalam satu sebuah televisyen, yang kemudiannya ditemukan oleh seorang juruteknik barangan elektrik.

Bersama-sama dengan nota itu, terdapat lakaran peta yang menunjukkan lokasi gadis-gadis itu disimpan, berserta nombor telefon dan alamat keluarga Honghong.

Polis menemui dua gadis malang itu dalam keadaan telanjang di bilik bawah tanah tersebut.

Lili telah dikurung selama 590 hari, manakala Honghong pula selama 317 hari. Kedua-duanya telah diperkosa beratus-ratus kali sebelum berjaya diselamatkan pada Mei tahun lalu.

Berdasarkan siasatan, polis juga mendapati Zeng Qiangbao terlibat dengan kes perkosaan yang lain, merompak dan meragut antara Julai 2007 hingga Mei 2010.

Setelah mengambil kira kekejaman Zeng, mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap lelaki gila seks itu.

sumber : duniacacamarba.blogspot.com

Tonik Rambut Dengan Menggunakan Air Kencing Unta

Posted: 04 Feb 2011 08:45 AM PST

Kencing unta dianggap sebagai 'ubat' kuno dan sekarang jadi bisnis besar bagi para lelaki dan wanita Yaman.

Menggunakan kencing unta jadi popular pada kaum muda Yaman, yang percaya bahawa kencing itu menyihatkan & memperkuat kulit kepala, memperlambat rambut beruban dan menyuburkan rambut.

Menurut chanel TV Arab al-Arabiya, salon-salon rambut di seluruh Yaman meminta 'tonik' berharga ini dan menjualnya dengan harga $4 seliter – harga yang mahal jika dibandingkan dengan gaji para pembeli.

"Aku telah menggunakan kencing unta sejak kecil lagi," kata Amal, mahasiswa di Sanaa.

"Pertama kali, seorang tetangga mengatakan padaku bahawa dia telah menggunakan kencing unta selama bertahun-tahun, kerana kencing itu membuat rambutnya indah dan bercahaya. Sekarang setiap orang di rumahku menggunakannya."

Penggunaan kencing unta tidak terbatas pada wanita saja. Lelaki pun dilaporkan menggunakan kencing unta untuk menghindari kebotakan.

"Banyak pemuda yang menggunakan kencing unta. Aku terpaksa beli banyak kencing unta ," kata Hasan, seorang pemilik salon di Yaman.

Permintaan yang tinggi terhadap kencing unta membuat banyak orang mulai menternak unta, dan mereka rajin memberi minum unta-unta mereka agar menghasilkan lebih banyak kencing untuk dikumpulkan.

Para peternak unta liar adalah pihak yang beruntung paling besar dari penjualan kencing unta. Mereka biasanya tinggal di daerah paling terpencil di negara tersebut seperti di Hudeida dan Mukallah.

Beberapa orang juga mengatakan kencing unta baik untuk hati (liver), dan keyakinan ini disangkal oleh Universitas Sanaa yang mengatakan kencing unta berbahaya bagi sistem pencernaan.

Kambing Buat Korban,Di Sembelih Nyaris Putus Tetap Masih Boleh Makan Dan Minum

Posted: 04 Feb 2011 07:00 AM PST

Sungguh  aneh, setelah 24 jam dilakukan penyembelihan, seekor kambing yang berada di Desa Bapang, Kecamatan Jogoroto, Jombang, sampai saat ini masih tetap berdiri tegak dan masih hidup.

Bahkan lebih anehnya lagi, ketika diberi makan dan minum, kambing tersebut masih tetap mahu meski akhirnya makanan dan minuman tersebut keluar lagi dari tenggorokannya yang nyaris putus.

"Benar-benar aneh , ketika diberi makan dan minum pun masih mahu," kata Faisol (42), warga Dusun Batang, Desa Sumber Mulyo, Kecamatan Jogoroto Jombang yang juga turut menyaksikan kambing aneh yang menggegarkan warga setempat ketika Hari Raya Korban.

Kejadian tersebut pun menjadi  perhatian warga setempat. Tak kurang ratusan warga mula datang hanya untuk menyaksikan peristiwa aneha tersebut. Penduduk setempat pun akhirnya mewajibkan pengunjung untuk memasukkan wang Rp 1000 ke kotak amal.

Tidak hanya warga setempat, Muspika hingga Camat pun juga sempat melihat kejadian aneh yang menggegarkan Desa setempat. Hingga berita ini ditulis, kambing tersebut pun masih tegar berdiri dengan sesekali mengerang.

Kaki Dan Tangan Hampir Tumbuh di Otak Bayi

Posted: 04 Feb 2011 06:00 AM PST

Seorang doktor di AS berhasil mengeluarkan tumor berupa potongan kaki, tangan, dan paha dari otak bayi yang baru berusia tiga hari. Operasi ini dilakukan oleh doktor bedah saraf anak, Dr Paul Grabb, di Colorado, AS, terhadap Sam Esquibel setelah hasil scan MRI menunjukkan terdapat tumor mikroskopik di dalam otak bayi tersebut.

Para doktor di Memorial Hospital for Children di Colorado Spring, Amerika Syarikat, kini sedang menangani kes aneh yang menimpa seorang bayi. Bayi bernama Sam Esquibel itu didiagnosa mengalami tumor otak, sehingga para doktor, setelah melakukan proses pemindaian kepala, memutuskan melakukan pembedahan. Tapi betapa terkejutnya pasukan bedah ketika pembedahan berlangsung, ternyata di otak bayi yang baru berusia tiga hari tersebut ditemukan organ berbentuk kaki dan tangan. Organ ini sudah berbentuk sempurna, meski tidak sesempurna tangan dan kaki normal.


Penemuan di dalam otak bayi laki-laki yang relatif sihat ini jarang terdengar sebelumnya dan mengingatkan kembali akan mitologi Yunani tentang dewa tertinggi Zeus yang melahirkan anak perempuannya dari keningnya. Dr Grabb yang menjalankan operasi di Memorial Hospital for Children, Colorado Springs, mengaku telah menemukan sebuah potongan kaki yang hampir tumbuh sempurna dengan lima jari bersama dengan satu potongan kaki lain, sebuah tangan, dan sebuah paha.

"Seperti mengeluarkan seorang bayi dari dalam otak," kata Grabb. "Penemuan potongan tubuh yang hampir tumbuh sempurna ini cukup unik, aneh, dan tak pernah terdengar sebelumnya," ujarnya.

Grabb tak mengetahui secara pasti bagaimana potongan tubuh itu dapat bertumbuh di otak. Namun, doktor bedah saraf anak ini menyebutkan kemungkinan potongan tubuh tersebut sebagai jenis tumor otak turunan.

"Pertumbuhan tumor itu boleh jadi masuk dalam kes "fetus in fetu" atau bayi di dalam bayi, tetapi kes ini sangat jarang terjadi di dalam otak," kata Grabb.

Orangtua Sam, Tiffnie dan Manuel Esquibel, menjelaskan, anak mereka itu ketika ini telah menjalani perawatan di rumah. Selain terapi fizik untuk memulihkan fungsi organ lehernya, Sam masih menjalani pemeriksaan darah bulanan untuk memastikan ada atau tidaknya gejala kanser atau pertumbuhan ulang tumor.

Namun, Tiffnie dan Manuel Esquibel menjelaskan, bayi laki-laki mereka itu telah hampir pulih sepenuhnya setelah menjalani pembedahan pada 3 Oktober. "Anda tak akan tahu kalau ada bekas luka  di kepala bayiku itu," ujar Tiffnie Esquibel menjelaskan kepulihan putranya.

Doktor Paul Grab, ahli saraf yang mengetuai pasukan operasi berkata, munculnya organ itu terjadi akibat proses kembar siam yang tidak sempurna. "Sepertinya saudara kembar Sam tidak berkembang sempurna, dan "tertinggal" di dalam otak," katanya. Menurut Grab, organ kembar siam tertinggal di dalam tubuh kembarannya adalah kes aneh. Lebih langka lagi bila organ itu bersembunyi di dalam otak.  "Belum pernah saya dengar kejadian begini," kata Grab.

Pembedahan itu  berlangsung dengan jaya dan keadaan kesihatan Sam beransur baik dan sekarang sudah dibawa orang tuanya pulang.

Dua orang cun duduk atas vespa sambil hisap rokok dan pegang botol arak

Posted: 04 Feb 2011 05:00 AM PST

image

Betul-betul bikin gila nenek dua orang ni….kalau ye pun nak bergambar ,ambillah gambar dengan
keadaan yang senonoh sikit…dah tua pun!!!

Wanita ini sanggup bunuh dua orang anaknya dan simpan dalam peti sejuk selama 3 tahun

Posted: 04 Feb 2011 04:00 AM PST

Renee Bowman (44) Seorang wanita dari Maryland Amerika Syarikat telah dihukum kerana membunuh dua anak perempuan yang ikemudiannya dipotong-potong lalu menyimpan tubuh mereka di dalam peti sejuk dan memindahkan mayat tersebut dari rumah ke rumah.

Renee Bowman

Renee Bowman dinyatakan bersalah atas dua tuntutan pembunuhan tingkat pertama dan tiga tuntutan tingkat pertama atas kes kekerasan terhadap anak.

Kedua mayat ditemukan di dalampeti sejuk di rumahnya di Lusby pada bulan September 2008 sementara anak ketiga berhasil melarikan diri.

Pihak berkuasa tidak tahu bagaimana rupa dua anak perempuan, yang ketika ini berusia 11 tahun dan 12 tahun jika mereka masih hidup.

Bowman telah pindah rumah tiga kali dalam tiga tahun terakhir sambil membawa peti sejuk besar bersama dua mayat gadis kecil tersebut di dalamnya.

Kejahatan Renee Bowman terbongkar ketika gadis yang masih hidup ditemukan, berusia tujuh tahun dengan keadaan setengah telanjang dan berlumuran darah setelah melarikan diri dari rumah Bowman.

Ketika polis membongkar rumah Bowman di dalam peti sejuknya ditemukan tubuh mangsa yang telah membeku iaitu Minnet, yang tertua, dan Jasmine.

Bowman sebelumnya telah menerima subsidi untuk semua tiga anak dari Distrik Columbia,

Bowman telah mengaku bersalah telah menyalahgunakan anak gadis yang selamat dan dijatuhi hukuman 25 tahun penjara dalam kes itu.

Gadis yang kini berusia 9 tahun dan tinggal bersama ibubapa angkat menjadi, saksi dalam sidang pembunuhan di pengadilan itu.

Renee Bowman didapati bersalah oleh pengadilan dan layak mendapat hukuman atas perbuatannya tersebut. Jaksa mengatakan mereka akan meminta penjara seumur hidup tanpa kemungkinan pembebasan bersyarat.

sumber : http://www.dakdem.com

Cara baru nak bersihkan tapak kasut

Posted: 04 Feb 2011 03:00 AM PST

image

Gerenti bersih tapak kasut….

Inilah sekolah dalam gua yang disuruh tutup di China kerana memalukan

Posted: 04 Feb 2011 02:00 AM PST

Awalnya  murid-murid bersekolah di gua  yang diperuntukkan bagi masyarakat pegununang yang terpencil di Gety,daerah Guizhou itu  kerana pemerintah setempat menolak mengeluarkan perbelanjaan membangunkan sekolah.

Namun kini - setelah murid-murid mendapatkan tempat untuk bersekolah, meski di dalam gua – pemerintah China di Beijing menutup sekolah tersebut.


Menurut Kementerian Pendidikan alasan penutupan The Getu Village Cave Primary School – yang mana sudah memiliki ruang kelas- ruang kelas dan juga tempat bermain untuk 186 muridnya – kerana China bukanlah masyarakat gua.

Namun, bekas guru besar sekolah, Xi Lin Chun menyayangkan penutupan itu dan menggambarkan penutupan itu sebagai hal yang memalukan.

"Bahkan disini taman bermain kami tidak harus khuatir dengan cuaca kerana tempat itu selalu kering," ujar Xi sambil menambahkan bahawa keadaan itu menolong proses mengajar.

Akustiknya juga hebat. Kami memiliki paduan suara terbaik di daerah ini dan ada juga beberapa strata (lapisan-lapisan social) batu yang Nampak di dinding-dinding yang membuat mengajar geologi menjadi semakin menarik.

Dan kami tak perlu buku-buku untuk belajar biologi – kami sudah punya kelelawar dan juga cicak yang ada di sana sepanjang hari," ujar Xi lagi.

Hanya kerana rebut kereta dengan Isterinya, suami rela letupkan rumah sendiri

Posted: 04 Feb 2011 01:00 AM PST

Hanya gara – gara merebu sebuah kereta, pasangan suami isteri ini boleh berkelahi sampai harus meletupkan rumah untuk mendapatkan kereta tersebut. Rupanya hanya sebuah iklan kereta dari perusahaan kereta terkenal iaitu Toyota. Terlampau brutal sangat iklan ini.....





Kalau kejadian ini benar-benar berlaku...parah beb!!

Ernest kucing pertama pakai soft lens

Posted: 04 Feb 2011 12:46 AM PST

Ernest kucing berbulu hitam dan putih yang berusia 15 tahun mungkin termasuk kucing yang beruntung.

Pihak RSPPCA atau semacam organisasi yang melindungi haiwan-haiwan yang terbuang telahs memeriksa pengelihatan Ernest yang tak boleh melihat dengan jelas.
Ernest sendiri sudah tinggal bersama mereka selama 13 tahun sejak dirinya berusia 2 tahun di pusat perlindungan haiwan di Godshill, Isle of Wight. Dan menurut salah seorang petugas di sana, Les Burrows, Ernest akan terus tinggal di sana, apalagi Ernest selalu menjadi topik pembicaraan para petugas di sana.

Selain itu, Les menambahkan sebelum menggunakan kotak lens Ernest dijadikan semacam test buat anjing-anjing yang baru datang ke tempat itu untuk mengetahui apakah anjing-anjing itu takut dengan kucing sejak Ernest gak pernah merasa takut.

Sebelum menggunakan kotak lens, Ernest diperkirakan menderita entropion dimana penyakit itu menyebabkan matanya berputar-putar atau juling dan juga mengalami iritasi.

Sebelum Ernest diberikan kotak lens dia agak juling dan mengalami kesulitan melihat kemanapun dia pergi. Sekarang kedua matanya terbuka dan dia mempunyai kehidupan baru yang lebih baik. Kotak lensanya bekerja dengan baik,kata Paula Sadler, 56 tahun, pengurus pusat perlindungan haiwan tempat Ernest berada.

Sebelum akhirnya para doktor haiwan mendapat idea untuk memakaikan Ernest dengan kotak lens, awalnya Ernest direncanakan untuk dibedah. Namun kerana faktor usia, operasi gak dilakukan. Selain itu, seperti yang dijelaskan Paula, pembedahan itu berisiko tinggi dan tak ada yang tahu apa yang bakal terjadi dengan reaksi Ernest setelah dibedah.

Lens yang dipasang ke dua mata Ernest harus dibersihkan oleh para staff setiap 3 minggu sekali. Dan khabarnya Ernest merupakan kucing pertama yang memakai soft lens di kedua matanya.

Gadis Berkelahi Sambil Telanjang Gara-Gara Rebutkan Kekasih

Posted: 03 Feb 2011 11:45 PM PST

Dua orang gadis tiba-tiba membuat kecoh di depan sebuah kafe di Darwin, Australia. Keduanya berkelahi, salah satunya dalam keadaan telanjang.

Kejadian itu menjadi tontonan  bagi puluhan orang yang sedang bersarapan.

Beberapa saksi mengatakan, perempuan yang berkelahi itu melepaskan pakaiannya dan langsung menyerang lawannya dengan sebuah pukulan seperti petinju profesional.

"Kejadian tersebut memang amat mengejutkan," ungkap seorang penduduk seperti dikutip Northern Territory News.

Tidak hanya memulakan perkelahian, perempuan yang telanjang itu kemudian dengan santai berbaring sambil merokok, di depan kafe ternama di Fannie Bay ini. Anak-anak yang berada di sekitar lokasi perkelahian pun langsung dibawa masuk oleh orang tuanya ke dalam kafe, agar tidak dapat melihat pemandangan asyik tersebut.

Tidak beberapa lama kemudian, polis pun tiba di lokasi tempat kafe itu berada. Mereka pun membawa wanita telanjang pergi dari  situ. Tidak jelas apakah perempuan tersebut dalam keadaan mabuk ketika terjadinya perkelahian tersebut. Dikatakan dua gadis cantik ini berkelahi berebutkan kekasih.


sumber : http://www.dakdem.com

Xiao Yun Sanggup Bogel Untuk Cari Sumbangan Korban Gempa

Posted: 03 Feb 2011 10:35 PM PST

Seorang gadis China membuat sensasi berpose bogel di internet. Gadis berusia 19 tahun yang berstatus masih pelajar mengaku bernama Xiao Yun ini, menggambar tubuh moleknya dengan alasan untuk mencari dana bagi korban gempa yang terjadi di daerah asalnya  di Provinsi Sichuan, China, beberapa waktu lalu.





Namun, aksi nekad Xiao Yun yang juga menyebut dirinya sebagai 'Little Cloud', menerima kecaman dari berbagai pihak di China. Dia memposting kurang lebih 100 foto dalam berbagai pose, baik mengenakan pakaian mahupun tanpa sehelai benang pun.

Dia mengatakan, dirinya berfoto bogel bukan demi mencari wangi atau popular, tapi agar boleh menarik perhatian orang-orang untuk memberikan sumbangan bagi daerahnya yang rosak teruk akibat gempa bumi.


Sumber: Detiknet.com


bk -macam dah jadi satu trend...setiap kali memerlukan sumbangan wang atau memerlukan wang..berbogel jawapannya.



Celebrity News

Celebrity News


Adakah Nash Tetap Di Saman Oleh Rita Anak Arwah Sosilawati ?

Posted: 03 Feb 2011 11:53 PM PST

Kalau ZoOm baik selesaikan cara baik je, yang baik kita simpan dan yang buruk kita buang..bak kata pepatah "Air yang Dicincang Tak Akan Putus". Tapi itu semua terpulanglah pada empunya diri nak teruskan ke tak sebab ia adalah masalah keluarga.


Dan berikut "Statement" daripada Akhbar Onlline mengenai DILEMA anak Arwah Sosilawati untuk teruskan atau tidak kes sama bekas Ayah tirinya yakni Abang Nash kita.


SHAH ALAM: Anak Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya berkemungkinan besar akan meneruskan kes tuntutan harta bernilai RM1.38 juta yang difailkan ibu mereka terhadap bekas suami, Nash atau Jamaludin Elias, 52.

Bagaimanapun, peguam ahli perniagaan itu, Datuk Zaidi Zain ketika ditemui di luar mahkamah, berkata pihaknya masih menunggu kata putus daripada anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yulian atau Rita, 26.


Beliau berkata, melalui satu pertemuan pada 9 Januari lalu, Rita memberitahunya akan mengadakan perbincangan rasmi dengan adik-beradik lain berhubung hal itu.



"Berkemungkinan besar kita akan teruskan. Tapi, belum dimuktamadkan," katanya selepas prosiding kes tuntutan harta Sosilawati terhadap Nash di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.


Pada 26 Ogos tahun lalu atau lima hari sebelum Sosilawati dilaporkan hilang, mahkamah menetapkan semalam, bagi menyambung perbicaraan kes tuntutan itu.


Zaidi yang pernah mengendalikan kes perceraian Sosilawati dan Nash berkata, Rita kini dalam dilema untuk meneruskan kes itu disebabkan hubungan baik ahli keluarganya dengan Nash.

Namun, katanya, pada masa sama ketika hayatnya bersungguh-sungguh untuk membawa perkara itu ke muka pengadilan.

"Ini menyebabkan Rita tidak boleh sewenang-wenangnya untuk melepaskan perkara ini begitu saja. Ini bukan soal wang," katanya.

Terdahulu, pada prosiding semalam, Zaidi memberitahu mahkamah, permohonan untuk meneruskan kes itu menerusi waris jutawan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 22, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) No 4, 2003.

Namun, katanya, pihaknya memohon supaya kes itu ditangguhkan dua bulan sementara menunggu pihak berkuasa mengumumkan laporan DNA mangsa pembunuhan itu.

Peguam Amli Embong yang mewakili Nash pula berkata, ada beberapa pindaan termasuk memasukkan dokumen penting salinan surat mati perlu dibuat jika permohonan itu mahu diteruskan.

Yusry KRU Nafi Bercinta Dengan Maya Tetapi Masih Mencari Wanita Lain !!

Posted: 03 Feb 2011 10:29 PM PST

Lama juga gossip mengenai kisah Maya Karin dan Yusry ni, satu persatu topic yang dibincangkan dimana-mana sumber pasti tidak akan terlepas membicarakannya. Dan yang terbaru Yusry tampil menjawap gossip mengenai beliau bercinta dengan Maya Karin. 


Yusry menafikan beliau bercinta dengan Maya Karin, dan dalam "Statement" baru-baru ini beliau tampil dengan jawapan dan luahan berikut menafikan kisah percintaannya dengan primadona Maya Karin :) 


Jika ada pun, baru-baru ini timbul kisah cintanya bersama aktres jelita, Maya Karin berikutan kelibat mereka sering dilihat bersama namun Yusry menafikan gosip tersebut.


Jelas Yusry, antara mereka berdua tidak mungkin terjalin sesuatu yang intim kerana hubungan tersebut telah pun melewati sempadan usia yang terlalu lama hinggakan tak mungkin terbit rasa sayang di hati masing-masing.
"Kami sudah berkawan terlalu lama hampir 10 tahun, jadi dia (Maya) memang kawan baik saya. Tak mungkin timbul rasa sayang atau cinta kerana kami tahu hati masing-masing. Saya selesa berkawan dengan dia dan saya yakin dia juga merasai apa yang saya rasa. Kami sudah serasi sebagai kawan sahaja," katanya membuka bicara mengenai cinta dan perasaannya terhadap wanita.

Tidak pernah menutup pintu hatinya terhadap ikatan perkahwinan, jauh sekali menjadikan kesibukkan sebagai alasan untuk hidup bersendirian, kata peminat kumpulan lagenda The Beatles ini, sepanjang bergelar duda, sudah beberapa kali dia cuba menjalinkan hubungan cinta namun semuanya putus di tengah jalan.
"Sebenarnya ramai yang tak tahu, sejak solo sudah beberapa kali bercinta tapi semuanya tak menjadi. Ramai yang tak tahu sebab ketika saya bercinta itu wanita berkenaan bukanlah selebriti jadi orang tak perasaan.

"Jadi ketika dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan apabila tak berjaya, saya menerima keadaan itu dan saya akan terus mencari wanita yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup," katanya yang tidak pernah meletakan sebarang syarat mahupun kriteria tertentu kepada wanita yang sesuai dijadikan isteri.

Berkongsi cerita jelas Yusry, dia tidak kisah wanita mana yang akan singgah di hatinya, namun mengakui wanita muda lebih berani mencuba mencari cintanya.
"Saya ini pemalu, jadi takut di reject apabila orang bagi hint pada saya baru saya berani nak mengambil langkah seterusnya. Saya tak kisah wanita itu solo ke, janda ke atau berusia asal yang dapat menerima saya sudah memadai. Tapi apa yang dapat saya lihat sekarang, ramai wanita muda yang berani mencuba 'tackle' saya. Jauh lebih muda dari saya lebih kurang macam umur 20-an. Malah bekas teman wanita saya dulu pun baru berusia 21 tahun," katanya yang baru sahaja putus cinta tahun lalu.

Uptown Kelana Jaya Kini Dibuka Isnin Hingga Ahad ( Rabu Tutup )

Posted: 03 Feb 2011 10:14 PM PST

Jika anda berminat untuk membeli belah pada waktu malam inilah masanya kerana kini satu lagi UPTOWN di buka di Kelana Jaya bersebelahan Stadium. Ada pelbagai barangan yang sudah tentu mencuit hati anda untuk melihat dan membeli disamping harga yang murah dan beraneka pilihan.

Dan "Maps" boleh ikut gambar yang ZoOm sertakan dalam "Post" hari ini..


ZoOm : Kalau pergi ke UPTOWN jangan lupa singgah dekat kedai ZoOm :)  H8 ( Mutiara Sabah )  <-- Tapak yang Telah ZoOm Sewa ... JUmpa di Sana....



Salman Khan Dibaling Batu di Jepun !!

Posted: 03 Feb 2011 09:43 PM PST

Nak buat macam mana dah engkau "Book" taman yang popular di jepun selama tiga hari buat apa, sudah tentulah penduduk dan pengunjung yang ingin melawat marah. Inilah yang berlaku kepada Salman Khan ketika penggambaran filem "Bodyguard" di Taman "Pune Okayama Friendship Garden", Jepun ini telah menimbulkan kemarahan penduduk sekitar apabila taman tersebut ditutup kerana penggambaran berlangsung.


ZoOm : Nasiblah Salman dan masuk kandang Harimau kenalah mengaum jangan mengembekkkk dah :)...Apa kata anda di ZOOmartis?

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Shila gegar pentas dunia

Posted:

Shila gegar pentas dunia

Shila gegar pentas dunia

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar MOHD. ARIF RAMELI


Bakal berkongsi pentas konsert dengan penyanyi Korea, Filipina dan China.


SATU sejarah tercipta dalam diari peribadi Nur Shahila Amir Amzah apabila berpeluang mengadakan persembahan di hadapan ribuan penonton sempena sukan Musim Sejuk Asia di Astana City, Kazakhstan.

Ketika artikel ini ditulis, anak kepada penyanyi ND Lala itu telah pun berlepas ke Kazakhstan untuk menyertai konsert Asia Star Session di Festival Voice of Astana.

Pemergian Nur Shahila atau mesra dipanggil Shila selama lapan hari ditemani kedua ibu bapanya serta Pengurus Besar Performers & Artistes Rights (M) Sdn. Bhd. (Prism), Ong Peng Chu.

Jadual penerbangan mereka adalah pada 30 Januari lalu dan berada di negara tersebut sehingga esok (6 Februari).

Sebelum berangkat ke Kazakhstan, Hits berkesempatan menemubual penyanyi muda itu di Bora Ombak, Ampang bagi menyelami perasaannya diberi peluang untuk beraksi di pentas dunia.

Terus terang penyanyi muda yang baru berusia 21 tahun itu memberitahu, perasaannya bercampur baur, antara gembira dan berdebar kerana itulah kali pertama dia berpeluang memperdengarkan suaranya di peringkat antarabangsa.

Kata Shila, biarpun dadanya rasa bergoncang kuat kerana mengenangkan keadaan cuaca yang sejuk di negara itu namun dia berjanji akan memberikan persembahan terbaik.

"Memang saya bimbang dengan keadaan cuaca sejuk yang besar kemungkinan akan menganggu kesihatan dan corak persembahan saya.

"Tetapi yang penting, sebulan sebelum berlepas iaitu sebaik sahaja dimaklumkan oleh Peng Chu tentang perkara ini, awal-awal lagi saya buat persiapan.

"Tentunya persediaan dari segi mental dan fizikal kerana apabila berada di sana, ramai lagi artis yang akan turut serta menjayakan konsert tersebut," kata Shila yang telah pun melahirkan tiga album iaitu Terima Kasih Guru (1999) Bebaskan (2009) dan Yang Teristimewa (2005).

Pernah bergelar naib juara musim kedua pertandingan nyanyian realiti One in A Million, Shila memberitahu, terdapat ramai lagi artis yang akan beraksi di konsert tersebut.

"Setahu saya, artis dari Filipina, China, Korea Selatan dan negara-negara Asia Barat juga akan mengadakan persembahan.

"Jadi, saya mahu berikan yang terbaik kerana kehadiran saya di sana juga membawa nama Malaysia," katanya yang akan menyanyikan sebuah lagu Melayu, Nirmala dan sebuah lagu Inggeris.

Menurut Shila, dia memilih untuk menyampaikan lagu Nirmala yang dipopularkan oleh Datuk Siti Nurhaliza kerana ia mencerminkan budaya Malaysia.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Memori Tercipta itu akan menyampaikan Nirmala mengikut gaya dan keselesaannya.

"Memang saya berhasrat untuk meminta pandangan Datuk Siti Nurhaliza mengenai corak persembahan lagu Nirmala tetapi kekangan masa membuatkan hasrat itu tidak kesampaian.

"Apabila membawakan lagu itu nanti, saya akan mendendangkannya sebaik mungkin," janji Shila.

Sebagai penyanyi genre moden hip hop, dari segi pakaian sepanjang beraksi di pentas konsert itu nanti, anak sulung daripada empat orang adik beradik itu memberitahu, pakaiannya ditaja.

Menganggap dirinya bertuah, pakaian Shila ditaja oleh pereka fesyen yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air iaitu Salikin Sidiq.

Jelasnya lagi, selain Salikin, turut menaja pakaian Shila ialah Faizal Asyraf dan Ariff Shukur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kritikan pedas membina atau membinasa?

Posted:

Kritikan pedas membina atau membinasa?

Kritikan pedas membina atau membinasa?

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my

MALAM Pentas Pilih Kasih (PK) minggu yang kelapan kecoh dengan komen hangat yang agak melampau daripada pengkritik tetap pertandingan itu apabila Prof. Madya Dr. Abu Hassan dilihat seakan-akan berada dalam dunianya sendiri.

Beliau seringkali mengeluarkan komen-komen yang agak keras tetapi penuh dengan ayat-ayat puitis sehingga sukar untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh beliau.

"Kamu seperti tiang lampu yang hanya tahu melakukan tiga reaksi sahaja. Anda seperti bot yang akan karam pada bila-bila masa sahaja". Itu adalah antara kritikan-kritikan yang pernah diluahkan oleh pengkritik terbabit.

Komen pedas daripada Dr. Abu Hassan itu dilihat kurang membina, dikhuatiri akan menjatuhkan lagi semangat para peserta PK yang masih mentah dan memerlukan bimbingan.

Terbaru, beliau dilihat seringkali membandingkan para peserta PK dengan peserta lain terutama sekali Jay Iswazir.

"Jay, monolog awak ini jika diberikan kepada Raffamie Karama sudah pasti beliau dapat melakukannya dengan lebih baik," komen Dr. Abu Hassan kepada Jay.

Sebelum itu, beliau juga pernah membandingkan Jay dengan Sofian Bujang, peserta PK dari musim pertama mengenai watak sebagai penagih dadah yang dibawanya dalam teater minggu lalu.

Ini sedikit sebanyak menyebabkan Rosyam Nor bangun untuk menegur Dr. Abu Hassan pada malam Sabtu lalu atas komen beliau yang agak tidak diperlukan itu.

Wajah tidak puas hati jelas terpancar di wajah Rosyam semasa menegur dan menandakan beliau tidak bersetuju sama sekali dengan pendapat Dr. Abu Hassan itu.

Namun setelah seketika, isu itu berjaya diselesaikan dan persembahan diteruskan dengan teater yang menghiburkan daripada kesemua peserta PK dengan tajuk Dilema Hantu.

Perselisihan pendapat adalah lumrah dalam mana-mana isu sekalipun tetapi diharap Dr. Abu Hassan dapat menilai mutu lakonan para peserta PK dengan lebih realistik dan diselitkan dengan unsur nasihat bagi memperbaiki lagi corak persembahan mereka.

Buat Rosyam pula, beliau melihat komen Dr. Abu Hassan itu sebagai pembakar semangat para peserta PK tetapi pada masa yang sama, tidak mahu mereka sering diperlakukan sebegitu kerana ia akan menyebabkan bakat peserta terbabit terkuncup.

Minggu demi minggu para penonton tidak pernah lekang dengan kejutan yang telah diberikan oleh Rosyam, penerbit program Pilih Kasih yang sukar untuk dijangkakan itu.

Contohnya minggu lalu, sekali lagi kita digemparkan dengan penyingkiran dua peserta PK secara serentak iaitu Bil Azali dan Kris Cempaka.

Bil,19 dan Kris, 26, kedua-duanya dilihat semakin menyinar melalui lakonan drama serta teater yang disampaikan setiap minggu.

Akan tetapi, nampaknya tidak memadai untuk memastikan mereka terus kekal berada dalam pertandingan ini apabila menjadi mangsa penyingkiran terbaru.

"Bil Azali, anda bukan pelakon yang saya cari," ujar Rosyam pada malam penyingkiran tersebut.

Sudah agak lama juga kita tidak mendengar ungkapan itu dari mulut Rosyam setelah tiada penyingkiran dilakukan minggu lepas.

"Kris Cempaka, anda juga bukan pelakon yang saya cari," sambung Rosyam sejurus selepas beliau menyingkirkan Bil.

Sudah menjadi lumrah seorang perlu disingkirkan untuk meneruskan pertandingan sesuatu program, akan tetapi ia dilihat agak kasar dan mendadak apabila dua orang sekali gus disingkirkan pada malam itu.

Apatah lagi, yang tersingkir itu adalah antara bintang yang sedang menyinar dan berkembang mekar.

Lakonan Bil dan Kris yang cukup selamba tetapi memberi impak yang besar amat sayang sekali untuk dilepaskan begitu sahaja.

Kris Cempaka dan Bil Azali sudah pasti akan dirindui bukan sahaja para peminat tetapi juga tenaga pengajar dan para peserta PK yang lain.

Mutu lakonan mereka berdua yang sangat memberi kesan diharap dapat menarik perhatian para pengarah mahupun penggiat seni untuk memberi peluang kepada mereka untuk menyinari industri hiburan tanah air pada masa depan.

Setelah dua lagi peserta tersingkir, tinggal lapan sahaja lagi peserta PK yang akan berentap mempertaruhkan lakonan mereka untuk minggu ini. Nampaknya pertandingan mencari pelakon baru itu sudah hampir ke kemuncaknya.

Tanggal 20 Februari ini sudah pastinya dinanti-nantikan buat semua peminat PK yang tidak sabar untuk mengetahui siapa yang bakal menggondol gelaran pelakon pilihan Rosyam musim kedua ini selepas Pilih Kasih musim pertama dimenangi oleh Iqbal Mazlan.

Apa pun penyingkiran tetap perlu dilakukan. Hanya selepas seketika, akhirnya Fauziah Nawi, salah seorang pengkritik pada malam itu tampil ke atas pentas untuk sama-sama menemani Rosyam dan memberi pandangan beliau tentang tiga artis yang tercorot undiannya malam itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Ameng Spring Ditahan Kerana Miliki Dadah Jenis Ganja Dan Syabu?

Posted: 04 Feb 2011 06:38 AM PST

Laporan Buletin Utama ada menyatakan seorang vokalis kumpulan rock dan isteri ditahan di sebuah hotel di Melaka kerana memiliki dadah jenis ganja dan syabu. Abang PEON terus mencari identiti vokalis rock ini kerana gambar di atas di"blur"kan. Kemudian Abang PEON terbaca sesuatu di Twitter Hazrey, seorang wartawan yang jitu.

Faizal Tahir bercerai dengan isteri ?

Posted: 04 Feb 2011 06:34 AM PST

Lagi..lagi..artis bercerai, Khabar angin tesebar luas di internet mengatakan Faizal Tahir goyah dlm hubungan rumahtangganya, tak sudah dengan itu kami terima berita pula mengatakan Faizal Tahir telah bercerai dengan isterinya..nie lagi panas..Benarkah Faizal berita nie?


Faizal Tahir atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir 30, mengulas "Perkara seperti ini tidak pernah terjadi dalam hubungan keluarganya. Ianya semata-mata cabaran dalam keriernya sebagai seorang artis yang kian meningkat naik. Perkara ini adalah gosip dan fitnah semata-mata dan mereka yg menyebarkan fitnah ini adalah mereka yang irihati dengan saya dan hanya perbuatan "orang gila".Saya Faizal Tahir dan isteri Siti Raihanim amat bahagia dengan anak-nak kami. Kami tidak nafikan dalam rumahtangga tetap ada pergaduhan tetapi tidak sampai ketahap pencerian"..

Kata orang tua2 sedangkan lidah boleh tergigit nie..kan rumahtangga Faizal Tahir ada pasti goyahnya..hu hu.

Zizie Ezette Masuk Wad Disyaki Demam Denggi

Posted: 04 Feb 2011 06:31 AM PST

Saya mula ditahan di wad sejak malam tadi (Isnin). Sebenarnya sejak semalam lagi saya sudah mula demam dan menggigil yang teruk. Memandangkan saya berada berseorangan di rumah sebab suami kini berada di Sabah, saya tidak larat untuk ke klinik sendiri. Mujurlah pada malam semalam (Isnin) ibu datang ke rumah dan menghantar saya ke hospital.

Zizie cakap dia rasa dia kena demam denggi semasa bercuti di Filipina baru-baru ini. Buat masa ini, doktor masih belum mengesahkan sama ada sakit Zizie benar-benar demam denggi. Kena tunggu 2-3 hari lagi. Tapi semua simptom sememangnya menjurus kepada demam denggi.

Kami doakan agar Zizie cepat sembuh. Bahaya tue demam denggi. Boleh membawa maut. Sila minum air 100 Plus banyak-banyak. Korang ada pengalaman tak demam denggi nie? Kalau ada cuba cerita sikit untuk dikongsi bersama.