Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Siti Nurhaliza Bakal Lancar Ambulans Merah Jambu Pertama Malaysia

Posted: 26 Nov 2012 11:03 PM PST

Dato' Bakal Lancar di

'Pink Jazzy Affair' Gleneagles Kuala Lumpur berjaya kumpul lebih RM100,000 untuk kempen kanser payudara

Sempena bulan kesedaran kanser payudara, Gleneagles Kuala Lumpur (GKL) bakal mengadakan majlis makan malam Pink Jazzy Affair pada 30 November ini di Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Bertujuan untuk mengumpul dana bagi pesakit kanser payudara, majlis ini juga bakal diserikan dengan persembahan Datuk Siti Nurhaliza, , () dan juga sebagai hos.

Mahu datang, jom belilah tiketnya. Tiket bermula dari harga RM 450 sehingga RM1000. Tak mahal dan tak murah.

Budiey diberitakan,'Pink Ambulance' atau Ambulans Merah Jambu Pertama Malaysia pertama di Malaysia akan dilancarkan dalam majlis makan malam amal, 'Pink Jazzy Affair 2012' sebagai kemuncak kempen kesedaran kanser payudara.

Dato Siti Nurhaliza di Sidang Media, Gleneagles Kuala Lumpur

Apa yang lebih menarik, Dato' Siti bakal mempersembahkan kesemua lagunya pada malam itu dengan rentak jazz. Bekerjasama dengan Aubrey Suwito, Siti berkemungkinan akan mempersembahkan 10 – 12 buah lagu sepanjang 45 minit masa persembahan.

"Ini pertama kali saya membuat persembahan dalam muzik jazz, jadi saya rasa teruja dan tak sabar," ujar Dato' Siti Nurhaliza.

Sebagai seorang idola, Siti melihat jemputan dari Hospital Gleneagles untuk kempen kanser payudara merupakan satu tanggungjawab terhadap dirinya.

"Saya lihat ini sebagai satu tanggunjawab kerana kanser payudara adalah satu penyakit yang paling ditakuti oleh wanita."

Tiket untuk persembahan pada makan malam 'Pink Jazzy Affair 2012′ akan dijual pada harga RM450 & RM650 (dinner & show) manakala untuk tiket berharga RM1,000, para peminat dapat bertemu secara eksklusif dengan Dato' Siti Nurhaliza beserta makan malam dan persembahan.

Hampir semua tiket bagi majlis makan malam amal ini telah habis dijual, jelas menunjukkan orang ramai tampil memberi sokongan terhadap kempen kesedaran kanser payudara.

Siti Nurhaliza
Dato' Siti Nurhaliza bersama Atilia Haron dan Donny Ray Radford dari kumpulan The Platters akan menyumbangkan suara sebagai tanda sokongan kepada kempen kesedaran kanser payudara yang telah berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.

Siti Nurhaliza Bakal Lancar Ambulans Merah Jambu Pertama Malaysia

Facebook Komen

Facebook Komen

Tags: , , , , , , ,

Album Solo Imam Muda Hizbur Berjudul Surah-Surah Pilihan Ha Mim

Posted: 26 Nov 2012 10:32 PM PST

SURAH – SURAH PILIHAN HA MIM ()

Nama Imam Muda Hizbur bukan lagi asing dalam persada dakwah tempatan sejak dinobatkan sebagai naib juara program realiti TV islamik popular, Imam Muda musim ke – 2.

Dalam pada kesibukan memenuhi undangan pelbagai ceramah, motivasi dan rakaman program TV tempatan, Imam Muda Hizbur atau nama sebenarnya Hizbur Rahman Omar Zuhdi masih mempunyai kesempatan melebarkan sayap dakwahnya dengan menghasilkan album audio solo berjudul Surah – Surah Pilihan Ha Mim hasil kolaborasi bersama dengan UNIC Records. Imam Muda Hizbur merupakan graduan lulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti Al – Azhar, Mesir yang berasal dari Baling, Kedah.

Album yang bakal dilancarkan tidak lama lagi ini menampilkan pengarah urusan syarikat IM Hizbur Management & Consultant, iaitu Imam Muda Hizbur sendiri sebagai taruhan vokal utama dalam menyampaikan bacaan rangkaian surah – surah Ha Mim yang terdiri daripada lima surah pembuka beserta bacaan al – Fatihah.

Memulakan karier dakwah sebagai guru agama di sekolah Maahad sebelum mencuba nasib dalam program realiti Imam Muda Musim ke – 2 terbitan Astro Oasis 106 dan akhirnya berjaya dinobatkan sebagai naib juara program tersebut.

Permintaan yang memberangsangkan daripada orang ramai terhadap kandungan produk islamik dewasa ini, telah mendorong pihak UNIC Records untuk menjalin kerjasama dengan Imam Muda Hizbur bagi menerbitkan album seumpama ini.

Album himpunan surah-surah Ha Mim ini merupakan album pertama usahasama Imam Muda Hizbur bersama UNIC Records dalam menggalakkan kelahiran generasi celik al – Quran dalam kalangan masyarakat tempatan.

Antara koleksi yang terdapat di dalam album ini adalah surah al – Zukhruf, al – Fussilat, Asy – Syura, ad – Dukhan dan al – Jathiyah.

Selain itu, penerbitan album ini dilihat sebagai satu medan dakwah baru kepada Imam Muda Hizbur yang diangkat sebagai ikon muda tempatan dalam memberi pendedahan awal kepada orang ramai mengenai surah-surah di dalam al-Quran yang bermula dengan huruf Ha dan Mim. Di samping itu, album ini juga sangat sesuai untuk dimiliki oleh semua lapisan masyarakat selain mudah untuk di bawa kemana – mana.

Nantikan kemunculan album bacaan Surah-Surah Pilihan Ha Mim terbitan UNIC Records oleh Imam Muda Hizbur di pasaran nanti.

Website UNIC : www.unic.my
Facebook: UNIC Records | Imam Muda Hizbur

Album Solo Imam Muda Hizbur Berjudul Surah-Surah Pilihan Ha Mim

Facebook Komen

Facebook Komen

Tags: , , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan