Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Nabil dapat anak

Posted: 25 Nov 2012 03:37 PM PST

Ceria sungguh suara bekas juara program Raja Lawak musim kedua, Nabil saat dihubungi HIP, petang semalam.

Jelas terbayang keterujaan lelaki itu apabila penantian untuk bergelar bapa akhirnya menjadi kenyataan. Isterinya, Nazira Ayub atau Zira selamat melahirkan bayi sulung mereka pada jam 8.40 pagi di Klinik Umra, Shah Alam, semalam.

Tiada perasaan sehebat ini yang dirasakan apabila berpeluang menatap wajah si comel sambil melafaz azan dan qamat di kedua-dua telinga zuriatnya itu. Sebak, gembira, bangga bercampur baur dan barangkali itulah perasaan setiap lelaki apabila bergelar bapa.

"Kulitnya agak cerah macam ibunya.

Manakala bibirnya warna merah dan ada sedikit macam bibir saya. Kata ibu saya, wajahnya gabungan saya dan Zira. Cuma telinganya saja tidak capang macam saya," ujar Nabil sempat berseloroh.

Bagaimanapun, di sebalik perasaan teruja dan gembiranya itu, ada cerita menarik yang ingin Nabil dikongsi bersama.

Menurut anak kelahiran Mambau, Seremban.
Negeri Sembilan itu, kelahiran bayi comel seberat 2.67 kilogram itu memang tidak diduga kerana lebih cepat dari tempoh ditetapkan doktor.

"Doktor menjangka bayi kamiakan lahir pada 20 Disember depan.

Namun, nampaknya kelahirannya lebih awal. Disebabkan itu, proses kelahiran dibuat secara pembedahan atau caesarian. Zira mengadu sakit perut pada jam 3.30 pagi (semalam) dan kami bergegas ke klinik.

"Memandangkan kami hanya menjangka yang kelahiran hanya berlaku pada bulan Disember, jadi kami tidak beriya-iya membuat persiapan. Kelam kabut jugalah pagi tadi nak cari barang persiapan.

"Bayangkan disebabkan itu juga, kami masih belum memikirkan nama yang sesuai untuk bayi kami itu. Malah saya baru saja beli buku panduan memberikan nama kepada bayi," cerita Nabil sambil tergelak.

Memandangkan segala-galanya berlaku dengan pantas, Nabil berkata dia juga tidak sempat mengambil cuti. Ketika ini, dia masih terikat dengan penggambaran sebuah program kanak-kanak.

"Cadangan awal hanya pada bulan depan akan mengambil cuti.

Tak sangka pula bayi saya lahir cepat. Nampaknya, selepas ini saya kenalah ambil cuti untuk bersama isteri dan anak saya. Saya sudah pun memohon cuti pada Suria FM.

"Saya juga akan berbincang dengan pihak Astro Ceria mengenai hal itu. Ini kerana ketika ini, saya sedang mengendalikan sebuah program kanak-kanak untuk saluran itu. Program yang berkisar mengenai kanak-kanak mengenakan orang dewasa ini saya kendalikan bersama Aril," ujarnya yang akan mengambil cuti selama seminggu.

Meskipun bayinya itu lahir lebih awal dari jangkamasa yang ditetapkan, namun Nabil bersyukur kerana anak dan isterinya itu sihat.

"Saya bersyukur kerana keduanya sihat dan esok (hari ini) mereka sudah boleh pulang ke rumah. Dalam tempoh berpantang ini, walaupun saya ada pembantu rumah, Zira tetap akan dijaga oleh ibunya kerana itu lebih mudah.

Senang untuk urusan mengurut dan sebagainya," cerita Nabil lagi. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu.

Shila Amzah terus bertuah

Posted: 25 Nov 2012 01:42 PM PST

Shah Alam: Tuah terus menyebelahi penyanyi Shila Amzah apabila lagunya, Patah Seribu yang memenangi trofi Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-19 baru-baru ini, layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2012, Januari depan.

Lagu ciptaan Shila itu bakal bersaing dengan 11 lagu lain berdasarkan keputusan yang diumumkan pada saringan peringkat ketiga Muzik-Muzik 27 (MM27) yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Sri Pentas 2 di sini, malam tadi.

Mengiringi lagu Patah Seribu pada Anugerah Juara Lagu 2012 kelak ialah Teman Pengganti nyanyian Black & Malique (Malique); Simetri - Hazama & Amy Search (Audi Mok/Zel Firdhaus Haduan); Andaiku Bercinta Lagi - Mojo (Edry Abdul Halim); Ku Akui - Hafiz (Ajai) dan Idola - Azlan & The Typewriter (Audi Mok/Azlan).

Turut mara ke peringkat final ialah lagu Pelangi Senja - Stacy (Taja/Tun Teja); Anak Kampung - One Nation Emcees & Jimmy Palikat (Jimmy Palikat); Ombak Rindu - Hafiz & Adira (Nurzaidi Abdul Rahman); Terukir Di Bintang - Yuna (Yunalis Zarai); Lagu - Bedroom Sanctuary (Bo Amir Iqram) dan Tanpamu - Amir Jahari (Amir Jahari).

Dengan pengumuman itu, penyanyi Hafiz akan mendendangkan dua lagu pada Anugerah Juara Lagu 2012 iaitu Ku Akui dan lagu duet popularnya bersama Adira, Ombak Rindu.

Sebanyak 30 lagu dipertandingkan pada peringkat separuh akhir yang dikendalikan dalam tiga saringan.

Hanya lagu yang menduduki carta 12 lagu terbaik saja dipilih untuk bertanding di peringkat akhir.
Semua lagu dinilai oleh juri profesional iaitu Datuk Ramli MS; Helen Yap; Edrie Hashim; Cat Farish; Damien Mikail Seet dan Kamarulzaman Taib (Che Kem). Manakala Azmeer bertindak sebagai Ketua Juri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan