Adsense

Isnin, 5 November 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Sharnaaz Ahmad Bakal Di Saman Kerana Panas Baran?

Posted: 04 Nov 2012 06:48 PM PST

Sharnaaz Ahmad Di Saman Kerana Panas Baran
Alkisah, Sharnaaz Ahmad dikatakan sanggup meninggalkan set penggambaran filem 'Darah Panas' gara-gara ingin bertemu dengan kekasihnya, Shila Amzah.. Sharnaaz Ahmad juga didakwa menolak dan mencengkam leher penolong pengarah 'Darah Panas' iaitu Mohd. Hafiz Mat Ishak kerana marah menunggu lama bagi mendapatkan pakaian penggambaran dan terpaksa menyudahkan penggambaran lewat, sedangkan dia harus bertemu Shila yang bakal ke China untuk menyertai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai sebelum ini…

Akibat daripada sikap panas baran Sharnaaz Ahmad itu, penerbit 'Darah Panas', S. Baldev telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Sharnaaz dan surat saman sudah diserahkan kepada Sharnaaz kira-kira dua minggu yang lalu… Namun sehingga ke hari ini, S. Baldev belum menerima sebarang jawapan balas terhadap tuntutanya daripada Sharnaaz..

Melalui Kosmo!, Sharnaaz Ahmad mengatakan yang dia tidak menerima sebarang surat saman mahupun surat tuntutan daripada pihak Baldev walaupun dikatakan surat sudah dihantar kira-kira dua minggu yang lalu… Tambah Sharnaaz lagi, semua dakwaan Baldev terhadap dirinya itu adalah fitnah semata-mata… jika apa yang didakwa Baldev itu benar, panggil sahaja semua kru produksi dan para pelakon untuk bercakap..

"Saya tidak terima apa-apa surat saman daripada dia (Baldev)," tegas Sharnaaz.

"Berani kerana benar. Saya tidak cakap bahawa saya 100 peratus betul tetapi dia (Baldev) juga tiada hak untuk bercakap buruk dan bercakap fitnah mengenai saya,"

Gambar Anak Perempuan Rabecca Nur Al-Islam

Posted: 04 Nov 2012 05:44 PM PST

Gambar Anak Perempuan Rabecca Nur Al-Islam
Tahniah MyGosip ucapkan buat pelakon sensasi, Rabecca Nur Al-Islam kerana telah selamat melahirkan seorang anak perempuan pada 2 november yang lalu di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur… Bayi perempuan yang dilahirkan secara pembedahan itu diberi nama Nor Anggun Raverra dan dilahirkan dengan berat 3.3kg..

MyGosip harap dengan kelahiran Nor Anggun Raverra ni akan menambah seri lagi rumah tangga Rabecca dan suami… Apa-apa pun jom kita layan beberapa keping gambar anak perempuan Rabecca Nur Al-Islam kat bawah ni… comel kan!..