Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Johan diburu

Posted: 04 Nov 2012 03:30 PM PST

Stesen radio pesaing umpan tawaran lumayan, nafi layanan istimewa daripada Era FM

Siapa boleh menafikan kehadiran Johan dalam keluarga stesen radio Era FM memberi impak besar.

Biarpun berkali-kali si empunya diri menafikan hakikat itu, jelas taruhan dibuat stesen radio popular itu 'menjadi' hingga muncul stesen No 1 di Malaysia dalam kajian Pengukuran Pendengar Radio Nielsen 2012 yang diumumkan, baru-baru ini.

Tidak hairanlah, pelakon dan pelawak yang dicungkil bakatnya melalui program realiti Raja Lawak ini sentiasa mendapat perhatian stesen lain yang cuba menyuntingnya. HIP difahamkan, Johan atau nama sebenarnya, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz 'dipancing' stesen lain untuk bertugas di konti mereka. Khabarnya, ada stesen radio cuba mengumpan Johan dengan tawaran yang cukup lumayan.

Saat diajukan pertanyaan ini kepada lelaki berusia 28 tahun ini, Johan mengakui menerima tawaran untuk berhijrah ke stesen lain. Johan juga tidak menafikan menerima bayaran yang cukup lumayan. Namun, jujur katanya, hatinya masih setia dengan radio Era dan belum terlintas meninggalkan stesen itu.

Nafi anak emas

"Memang ada stesen radio yang menawarkan saya menjadi penyampai di stesen radio mereka.
"Namun, saya lebih selesa bertugas di radio Era buat masa ini. Wang bukanlah perkara utama yang saya fikirkan kerana apa yang penting, keserasian serta keselesaan saya ketika bertugas.

"Pengurusan radio Era sangat bertolak ansur dan faham situasi saya serta tidak terlalu menekan," luah Johan ketika ditemui pada majlis kesyukuran Radio Era FM di Rumah Amal Belaian Kasih (RAKEBA) di Hulu Klang, malam Jumaat lalu.

Turut hadir di majlis itu, Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran serta barisan penyampai lain seperti Hanif, Ray, Ira, Zahid serta deejay baru, Aril. Johan bertugas untuk slot pagi iaitu JoHaRa bersama Ray dan Hanif.

Diusik apakah benar dia 'anak emas' radio Era hingga diberi layanan kelas A, Johan menafikannya.

"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kejayaan Era menduduki tempat pertama bukanlah disebabkan satu pihak semata-mata.

"Kami bekerja secara berkumpulan. Semua pihak daripada pengurus saluran, penerbit, penyusun lagu, semuanya memberi sumbangan sehingga Era berjaya mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio paling popular dua kali berturut-turut.

"Kami boleh diibarat pasukan pemain bola. Ada penyerang, bahagian pertahanan dan penjaga gol. Semuanya memainkan peranan masing-masing," ujar Johan berkias.

Jarang muncul di televisyen, filem boleh jejas populariti?

Sejak menggalas tanggungjawab sebagai penyampai radio, kelibat Johan diakui jarang dilihat dalam filem ataupun drama. Jika adapun, hanya naskhah yang dihasilkan lebih awal iaitu sebelum dia bertugas di konti.

Mengulas lanjut perkara itu, suami kepada pelakon, Ozlynn Waty ini berkata, bukan tidak ada tawaran berlakon yang diterima, tetapi tugas di konti menghalang dirinya aktif dalam bidang lakonan.

"Saya ada masalah untuk tidur, tetapi bangun pagi tiada masalah. Jika saya mengambil tawaran berlakon, saya bimbang jadual penggambaran yang tidak menentu membuatkan waktu tidur saya tidak menentu.

"Tidak mahu memberi masalah, saya terpaksa menolak beberapa tawaran filem dan drama. Banyak juga tawaran penerbit yang terpaksa saya hampakan. Nak buat macam mana?" katanya.

Ditanya tidakkah risau popularitinya merudum jika lebih menumpukan perhatian terhadap karier penyampai radio, Johan yakin ia tidak akan berlaku.

"Pada saya, radio lebih memberi publisiti yang meluas. Orang akan lebih banyak mendengar radio berbanding menonton TV. Lagipun saya ada membuat penggambaran dalaman dan aktif mengacara. Jadi peminat masih boleh melihat saya di kaca televisyen," ujarnya.

Janji dua jiwa

Posted: 04 Nov 2012 03:27 PM PST

Ketenangan tepi tasik saksi tautan cinta Farid Kamil, Diana Danielle

"Pertama kali menemui Diana, dia tampak matang berbanding usianya. Ini membuatkan saya terus tertarik untuk mengenalinya lebih dekat," luah pelakon Farid Kamil Zahari, 31, yang selamat menjadi suami Diana Danielle Danny Bensson, 21, pada majlis pernikahan dalam taman di Hotel Flamingo By The Lake di Ampang, kelmarin.

Menceritakan detik awal perkenalan, Farid mengaku, tarikan Diana cukup kuat malah jika diikutkan, mereka merancang berkahwin muda pada saat mula menjalin hubungan.

"Tapi ketika itu, Diana masih terlalu muda... Dia baru berusia 18 tahun tetapi sudah cukup matang pada fikiran saya," katanya yang ditemui pada majlis serba indah itu.

Pada majlis itu, kedua-dua mempelai yang berhias cantik, tampak ceria dikelilingi sanak-saudara dan teman-teman rapat.

Bagi Farid, tiada apa yang lebih menggembirakan selain perancangan menyatukan hubungan suci dengan ikatan sah, selesai dengan sempurna.

"Saya bersyukur kerana majlis ini lancar, walaupun ringkas tapi dengan kehadiran rakan dan saudara mara, ia menjadi meriah.

"Farid juga mengharapkan semua orang mendoakan kebahagiaan kami. Semoga jodoh kami kekal hingga ke syurga," katanya.
Simpan rahsia hingga nikah

Farid memberitahu, dia tidak meletakkan syarat kepada Diana untuk meninggalkan dunia seni selepas bernikah.

"Saya tidak letakkan syarat untuk Diana berhenti berlakon. Cuma Diana kenalah pandai menjaga diri sebagai isteri dan tidak mengabaikan rumah tangga dan diri saya.

"Selain itu, saya juga mahu Diana menjadi isteri mithali dan soleh. Kami sama-sama akan mendalami ilmu agama selepas ini," katanya yang mahu membina hidup baru bersama isteri tersayang.

Farid berkata, dia juga merancang membawa Diana menunaikan umrah tetapi terpaksa ditunda berikutan masalah visa.

Di majlis itu juga, aktor ini menjelaskan mengapa baru sekarang berbicara mengenai hubungannya dengan Diana selepas sah menjadi suami kepada bintang jelita itu.

"Sebenarnya, saya tidak suka menggembar gemburkan soal hubungan saya dengan Diana sebelum in. Saya rasa tidak selesa.

"Saya juga mahu simpan momen indah hingga sudah berkahwin. Selepas bernikah, barulah saya selesa bercakap mengenainya termasuk bergambar atau muncul di khalayak berdua," katanya.

Proses belajar jadi isteri

Diana mengakui saat dilamar Farid, hati dan mindanya sudah bersedia untuk memikul tugas sebagai isteri.

"Menjadi isteri memerlukan komitmen yang tinggi. Bagi saya, setiap hari adalah proses pembelajaran seperti yang ditempuhi wanita lain," katanya.

Diana berkata, ibunya, Norsiah Ramli enggan ditemubual kerana bersedih dirinya sudah menjadi milik orang.

"Saya tahu ibu masih bersedih sebab saya sudah menjadi isteri Farid. Tetapi ibu sebenarnya gembira dengan perkahwinan ini. Paling penting ibu merestui perkahwinan ini walaupun umur saya masih muda," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan