Adsense

Isnin, 8 Oktober 2012

Zon Artis

Zon Artis


Amy Search Luah Rasa Kesal Terhadap Pakaian Seksi Nabila

Posted: 08 Oct 2012 10:11 PM PDT

AMY SEARCH

Anugerah Blockbuster 2011 telah beberapa hari berlalu, tapi kisah sepanjang berlangsungnya acara itu masih menjadi topik perbualan. Yang masih hangat adalah mengenai pakaian yang dipakai oleh anak Amy Search, siapa lagi kalau bukan Nabila Huda dimana pakaian yang dipakainya itu dikategorikan sebagai terlalu seksi.

Sehubungan dengan itu, Amy Search yang juga hadir ke acara tersebut dan turut membuat persembahan nyata kesal dengan penampilan Nabila Huda yang disifatkannya sebagai terlalu 'mendedahkan'. Menurut Amy, dia tidak suka Nabila tampil dengan berpakaian gaun hitam yang mendedahkan sebahagian dada dan perutnya itu.

NABILA HUDA SEKSI

Seperti kata Amy kepada Sinar Harian Online:-

"Memang saya tidak bersetuju dengan penampilannya pada malam itu. Bagi saya 'designer' pun perlu tahu jenis pakaian yang direkanya serta dia (Nabila) sendiri perlu tahu apa yang dipakainya itu.

"Banyak lagi baju rekaan cantik yang boleh dipakai dan saya percaya dia sudah cukup dewasa untuk mengetahui serta berfikir dengan lanjut mengenai perkara itu,"

Related Posts with Thumbnails