Adsense

Isnin, 8 Oktober 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Senarai Penuh Keputusan Anugerah Blokbuster 2011

Posted: 07 Oct 2012 03:29 PM PDT

syamsul yusof menang besar di anugerah blockbuster
Malam Kemuncak Anugerah Blockbuster 2011 sudahpun melabuhkan tirainya pada malam Sabtu yang lepas.. Anugerah yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam itu adalah satu projek anjuran PFM dengan kerjasama Astro Ria dan Radio Era. Acara ini akan menjadi acara tahunan yang bertujuan untuk memartabatkan filem-filem Malaysia serta penggiat seni tempatan..

Anugerah Blockbuster yang dikira berdasarkan 100% undian peminat ini menyaksikan kemenangan besar buat Syamsul Yusof apabila dia berjaya merangkul 5 anugerah pada malam itu.. Syamsul Yusof berjaya membawa pulang wang tunai terkumpul berjumlah RM20,000 berserta trofi untuk setiap satu kategori..

Sebanyak 42 buah filem yang diterbitkan bermula 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2011 layak mengambil bahagian dalam anugerah ini. Bagaimanapun, hanya 34 buah filem yang berjaya dicalonkan untuk setiap kategori. Pemenang dikira melalui 50% undian online dan 50% lagi undian sms..

Setiap pemenang akan membawah pulang wang tunai berjumlah RM5,000 dan sebuah trofi, dibawah adalah senarai penuh pemenang 15 kategori utama Anugerah Blokbuster 2011 untuk edisi pertama ini.. Tahniah MyGosip ucapkan buat semua pemenang :.

1) Anugerah Filem Paling Hebat : KL Gangster

2) Anugerah Tuan Direktor Terhebat : Syamsul Yusof – KL Gangster

3) Anugerah Direktor Baru Terhebat : M Suurya – Sumpahan Puaka

4) Anugerah Filem Aksi Terhebat : KL Gangster

5) Anugerah Filem Kelakar Terhebat : Hantu Bonceng

6) Anugerah Filem Takut Terhebat : Khurafat

7) Anugerah Drama Muzikal Terhebat : Nur Kasih The Movie

8.) Anugerah Hero Terhebat : Zizan Razak – Hantu Bonceng

9) Anugerah Heroin Terhebat : Yana Samsudin – Bini-Biniku Gangster

10)Anugerah Watak Penyangak Terhebat : Fikri Bakar – Klip 3GP

11) Anugerah Lagu Filem Terhebat : Ombak Rindu

12) Anugerah Hero Baru Terhebat : Shahir – Karak

13)Anugerah Heroin Baru Terhebat : Tasha Shilla – Ratu The Movie

14) Anugerah PFM : Syamsul Yusof

15) Anugerah Astro First Terhebat : Kongsi

Gambar Artis Popular Di Karpet Merah Anugerah Blockbuster

Posted: 07 Oct 2012 02:41 PM PDT

Gambar Artis Popular Di Karpet Merah Anugerah Blockbuster
Bahang kemeriahan Anugerah Blockbuster yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam, pada hari sabtu yang lalu masih lagi terasa.. Tidak lengkap lah sesebuah majlis Anugerah jika tiada acara karpet merah yang menjadi platform artis-artis popular memperagakan fashion terkini pilihan mereka..

Acara karpet merah yang bermula sekitar jam 8.30 malam itu menyaksikan barisan selebriti popular tanah air seperti Erra Fazira, Aaron Aziz, Awal Ashaari, Ziana Zain, Nabila Huda dan ramai lagi memperagakan busana yang bertemakan 'warna block'.

Tanpa membuang masa lagi jom kita layan beberapa keping gambar artis popular disekitar majlis karpet merah untuk Anugerah Blockbuster dekat bawah ni…