Adsense

Isnin, 8 Oktober 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Review Filem : Taken 2, Cubaan Racuni Perasaan Takut Kepada Muslim

Posted: 08 Oct 2012 11:16 PM PDT

Filem pertama Taken mengisahkan tentang seorang anak bekas agen kerajaan yang diculik. Dalam Taken, situasi cemas berjaya ditunjukkan apabila si ayah lakonan Liam Neeson hanya mempunyai 96 jam untuk menyelamatkan anaknya.

Di dalam Taken 2, idea utama cerita ini kelihatan sama seperti filem sebelumnya. Jika filem pertama mengisahkan tentang penculikan si anak, dalam filem ini si ibu pula yang diculik. Tetapi siapakah yang menculik mereka? Apa motif sebenar penculikan tersebut? Adakah ini berkait rapat dengan kes penculikan Taken 2008? Yang ini anda kena tengok sendiri sebab saya tak nak 'spoil' mereka yang masih belum menonton filem ini.

Minggu lepas saya telah membuat review berkenaan filem Dredd 3D. Dalam review tersebut, jelas saya tunjukkan bukti bagaimana Dredd 3D nyata berbeza dibandingkan dengan Judge Dredd 1995. Tetapi bagaimana pula dengan Taken 2?

Memandangkan idea Taken dan Taken 2 mirip, adakah berbaloi anda menonton cerita ini?

Bagi saya, walaupun kedua-dua filem mempunyai idea utama yang sama, penulis skrip filem ini pandai melakukan inovasi dalam sekuel Taken. Apa yang paling menarik dalam filem ini, bukan sahaja si ibu yang diculik, tetapi Brian Mills turut ditangkap. Kalau hero pun ditangkap, siapa pula yang akan selamatkan mereka?

Jeng, jeng, jeng… Di sinilah si anak perempuan memainkan peranannya. Jika sebelum ini dia yang diculik, sudah sampai masanya untuk Kim menjadi heroin. Berbekalkan alat kelui yang disorok secara rahsia, Brian Mills berjaya menghubungi anaknya dan memberi tips-tips penting untuk mengesan lokasi dia ditahan. Memang 'style' habis teknik ni. Hanya perlukan jangka lukis, peta, dan beberapa biji bom untuk membawa si anak ke lokasi tahanan Brian Mills.

Selain daripada itu, terdapat adegan kejar-mengejar menggunakan kereta ala-ala Need For Speed Most Wanted dan juga Transporter. Filem Taken 2 berlatar belakangkan Istanbul. Sebuah tempat yang padat dengan bangunan dan lorong kecil. Memang best kalau tengok aksi kejar-mengejar di tempat sebegini. Tambahan pula yang memandu kereta bukanlah hero, sebaliknya hanya perempuan remaja yang tidak lepas pun ujian memandu.

Jadi bolehkah Brian dan Kim meloloskan diri daripada dikejar polis? Atau adakah mereka akan ditangkap? Opss.. mesti anda berasa musykil di sini. Kenapa Brian dan Kim pula yang dikejar polis sedangkan mereka bukan antagonis? Adakah polis-polis tersebut menerima rasuah atau terdapat insiden lain yang menyebabkan mereka dikejar polis? Yang ni tak perlu saya beritahu rasanya sebab boleh kacau mood nak tengok filem ni.

Okey, cukup dengan review filem. Sekarang saya nak masuk ke isu yang lebih pedas seperti yang tertera pada tajuk artikel ini. Benarkah Taken 2 secara senyap cuba untuk meracuni pemikiran penonton supaya takutkan Muslim? Juga dikenali sebagai Muslimfobia. Saya mempunyai beberapa alasan yang kuat untuk menyokong hipotesis yang saya telah saya buat.

Pertama, di awal filem ini terdapat babak pengkebumian jenazah. Antagonis di dalam cerita ini ialah Muslim. Jadi semasa pengkebumian tersebut memang boleh dengar bacaan surah-surah Al-Quran. Jika itu sahaja tidak mengapa. Tetapi mereka yang menghadiri pengkebumian tersebut berhasrat untuk membalas dendam ke atas pembunuhan rakan-rakan mereka.

Come on man… Ini situasi hidup dan mati. Andai Brian Wills tidak dibunuh, mungkin dia pula yang dibunuh. Tambahan, Islam tak pernah mengajar umatnya untuk membalas dendam.

Kedua, terdapat adegan memberi dan menjawab salam yang jelas dan nyata. "Assalamualaikum", tanya ketua antagonis kepada kawannya. Memang bagus orang Istanbul ni. Bagi salam betul-betul, bukannya macam sesetengah artis Malaysia yang main tibai ucapan salam. Dari "Assalamualaikum", jadi "Asamekom". Jujur saya katakan, adegan tersebut tak perlu langsung rasanya. Tak membawa sebarang impak kepada jalan cerita. Malahan boleh menanam persepsi negatif orang ramai kepada Muslim.

Ketiga, terdapat beberapa adegan yang menunjukkan suasana di rumah salah satu watak antagonis. Tersergam kalimah-kalimah Al-Quran di dinding rumah mereka.

Jadi kalau rasa nak tengok cerita ni juga, tak ada masalah rasanya. Cuma pastikan anda mempunyai persiapan rapi dari segi mental. Ingat, penjenayah sentiasa ada tidak kira agama apa sekali pun. Dan Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk membalas dendam apatah lagi melakukan jenayah.

Nota : Artikel ini yang ditulis oleh seorang blogger jemputan yang ingin dirahsiakan namanya. Terima Kasih!

Saya Tak Bogel – Nabila Huda Respon Gaun Seksi Malam Anugerah Blokbuster

Posted: 08 Oct 2012 10:05 PM PDT

Gaun seksi Nabila Huda menjadi carian tertinggi di OHBULAN semalam dengan rata-rata pembaca tak setuju dengan tindakan aktres ini yang berani mendedahkan sebahagian bahu dan perutnya di malam Anugerah Blokbuster, baru-baru ini.

Kritikan tersebut turut terkena tempiasnya kepada bapa, Amy Search, dimana beliau secara terbuka tidak bersetuju dengan penampilan anaknya dan menyifatkan akres itu sudah cukup cukup dewasa untuk menilai baju yang sesuai. (Sinar Harian).

"Seharusnya dia menjaga penampilan dan imejnya, jangan sampai memberi peluang dan ruang untuk orang mengata, menghentam atau jatuhkan dia."

Hari ini, Nabila Huda mempertahankan dirinya melalui Harian Metro dengan kenyataan bahawa dia tak berbogel di malam Anugerah Blokbuster, namun dengan segera memohon maaf kepada pihak yang tersinggung.

"Saya bukan berbogel, tetapi jika ada pihak yang tersinggung cara pemakaian saya di Anugerah Blockbuster, Sabtu lalu, saya mohon maaf."

Pelakon yang dikaitkan bercinta dengan Johan Aasari ini menjelaskan bahawa dia memilih gaun seksi itu kerana tiada pakaian yang sesuai untuknya daripada segi saiz.

Pada masa yang sama, Nabila Huda tak menyangka soal pakaian itu akan menjadi satu isu besar kerana ramai peminat sudah sedia maklum dengan sifat berani mencubanya.

Bagaimanapun, dia memohon maaf dan berjanji akan memperbaiki penampilannya pada masa akan datang.