Adsense

Selasa, 2 Oktober 2012

Zon Artis

Zon Artis


“Hubungan Saya Dengan Dia Bukan Lagi Sekadar Kawan Biasa” – Khairul Fahmi

Posted: 02 Oct 2012 08:20 AM PDT

GAMBAR MESRA KHAIRUL FAHMI DAN LEUNIEY

Ekoran laporan Metro Ahad lalu yang melaporkan pengakuan Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey mengenai hubungannya dengan Khairul Fahmi atau lebih popular dengan panggilan Apex, kini lebih daripada sekadar kawan biasa, Apex yang ditanya mengenai perkara itu mengakuinya.

Menurut Apex, hubungan mereka bukan lagi rahsia dan dengan gentleman Apex mengakui yang hubungannya dengan Leuniey bukan lagi sekadar kawan biasa yang kalau mengikut pemahaman kami, mereka sedang bercinta dan sudah serius untuk ke peringkat yang seterusnya.

GAMBAR MESRA KHAIRUL FAHMI DAN LEUNIEY

Apex yang rasanya anda semua sedia maklum merupakan penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan dan negeri Kelantan berkata, sudah tiba masanya dia membuat pengakuan terbuka mengenai hubungan istimewanya dengan Leuniey bagi mengelakkan disalah tafsir banyak pihak.

Berikut antara kata Apex yang kami petik daripada Sinar Harian:-

"Seperti mana tersiar dalam sebuah akhbar tempatan, saya akui kebenaran cerita tersebut. Memang tak dinafikan hubungan saya dengan dia bukan lagi sekadar kawan biasa. Dalam erti kata lain, hubungan kami ini lebih daripada itu,

"Saya kenal dia apabila digandingkan bersama sebagai model iklan minyak wangi SimplySity beberapa bulan lalu. Selepas itu, kami mula berkawan rapat sehingga mencetuskan hubungan istimewa ini.

"Mengenai perancangan untuk berkahwin, saya berserah kepada ALLAH SWT. Yang pasti, saya akan beritahu kepada semua pihak. Saya tak akan sembunyikan perkara yang baik ini. Lagi pun keluarga kedua-dua belah pihak juga merestui perhubungan ini,"

Related Posts with Thumbnails