Adsense

Selasa, 2 Oktober 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Abby Abadi & Memey Suhaiza Cuti Bersama

Posted: 02 Oct 2012 11:41 PM PDT

Nampaknya keakraban antara pelakon penuh kontroversi Abby Abadi dan Memey Suhaiza kini dikatakan semakin menjadi-jadi. Terbaru menerusi laporan Murai.com, Memey mengaku dirinya telah pergi bercuti bersama Abby Abadi dan anak-anak ke Genting Hinglands pada hujung minggu lalu.

Menurut Memey, hubungannya dengan Abby Abadi kini menjadi semakin rapat dan mereka kerap berhubung antara satu sama lain. Selain itu, mereka juga difahamkan sering berjumpa dan menghabiskan masa bersam anak-anak.

Menerusi laporan yang sama, Memey turut melahirkan rasa bersyukur atas apa yang berlaku dan tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku.

"Selepas pertemuan pada ramadan yang lalu, hubungan kami bertambah akrab dan kami juga selalu berhubung. Insya Allah kalau tiada aral melintang saya dan Abby akan bercuti ke Beijingpula dalam masa terdekat ini," ujar Memey.

Memey dijadualkan akan bersalin pada penghujung bulan Februari tahun hadapan dan ini merupakan kandungan pertama buat Memey dan suaminya, Norman Hakim. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 24 September tahun lalu.

Berikut merupakan beberapa foto percutian Abby Abadi ke Genting Hinglands pada hujung minggu lalu :

Video : Angah Raja Lawak Miming ‘Kalau Berpacaran’, Kelakar Habis!

Posted: 02 Oct 2012 09:47 PM PDT

Penangan Cikgu Shida, ratu miming Malaysia kini menerpa Angah Raja Lawak apabila dia muncul bersahaja dengan penampilan 3 watak untuk lagu dendangan Sohaimi Meor Hassan, Ana Rafalli & Altimet.

Video berdurasi 3:06 minit ini juga mendapat respon yang positif di mana kebanyakan penonton menyifatkan Angah mirip dengan gadis Afrika dan pandai bermain dengan mimik muka.

Difahamkan, video viral ini dirakam sebagai langkah promosi untuk telemovie komedi lakonan Angah, sebagai Sohibul, yang cuba menambah pendapatan keluarganya dengan menjadi seorang penulis skrip dengan bantuan jiran sebelah rumahnya, Mansor (Aqasha). Akibat terlalu mengikut sangat tip – tip yang diberikan oleh Mansor, Sohibul akhirnya tertangkap. dalam satu kejadian rompakan di rumah Datuk Sabri (Sabri Yunus) .

Video selepas ini.