Adsense

Jumaat, 5 Oktober 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Destinasi Cinta Bersama AirAsia & Raikan Cinta

Posted: 05 Oct 2012 01:10 PM PDT

Pada hari Selasa yang lalu, saluran Astro Ria telah melancarkan dua program khas untuk pasangan berkahwin dan yang bakal menempuh alam rumah tangga menerusi Kempen Semarak Cinta.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, program berjudul Destinasi Cinta Bersama AirAsia dan Raikan Cinta itu bertemakan cinta, perkahwinan dan destinasi bulan madu yang sesuai dijadikan rujukan bagi bakal pengantin baru.

"Secara dasarnya idea menghasilkan dua buah rancangan istimewa ini rentetan sambutan positif dua buah program berteraskan perkahwinan yang diterbitkan sebelum ini iaitu Walimatulurus Lisa dan Yusry serta Seia Sekata Schawal,"

Dalam pada itu, katanya, pengisian dua program tersebut adalah berbeza namun masih mengekalkan konsep dan tema cinta.

Ujarnya, program Raikan Cinta mengkhususkan kepada pasangan yang ingin mendapatkan idea dalam merancang hari bahagia manakala Destinasi Cinta Bersama AirAsia pula lebih kepada pasangan yang baru berkahwin.

"Mengadakan persiapan perkahwinan bukan mudah kerana pelbagai aspek yang perlu diambil kira. Menerusi program Raikan Cinta diyakini dapat membantu mereka untuk merancang hari bahagia tersebut dengan baik.

"Destinasi Cinta Bersama AirAsia pula memberi peluang kepada penonton untuk merancang perjalanan bulan madu dengan paparan destinasi terbaik di dalam dan luar negara," katanya.

Bercakap mengenai program tersebut, Raqim berkata, ia akan membawa penonton untuk menikmati perjalanan bulan madu 12 orang selebriti terkenal tanah air yang telah mengembara ke pelbagai destinasi menarik serata Asia.

Selebriti tersebut adalah Elyana dan Khairul (Laos), Irma Hasmie dan Redza (Indonesia), Carleed Khaza dan Natasha Hudson (Terengganu), Johan dan Ozlyn Wati (Thailand), Sazzy Falak dan Nash (China) dan Raja Farah dan Megat (India).

Turut terlibat Norman Hakim dan Memey Suhaiza (Indonesia), Ana Raffali dan Naim (Indonesia), Mizz Nina dan Noh Hujan (Filipina), Farish Aziz dan Zahrah (Vietnam), Nurul dan Eric (Sabah) serta Yasmin Hani dan Sha'rin (China).

Destinasi Cinta Bersama AirAsia akan menemui penonton setiap hari Rabu sebanyak 13 episod bermula 17 Oktober depan. Ia akan disarikan pada pukul 10 malam.

Manakala Raikan Cinta bakal bersiaran pada setiap Ahad, pukul 7 malam bermula 21 Oktober di saluran sama.

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Wajah Terbaru Raja Ema Yang Kurus

Posted: 05 Oct 2012 06:07 AM PDT

Pasti lepas ini majalah Nona yang menampilkan Raja Ema akan laris di pasaran. Bukan apa, Budiey tengok petang tadi, ramai sangat kawan-kawan letak gambar Raja Ema di Instagram dan Facebook. Wah, bukan main lagi kurus Raja Ema sekarang ni. Tajuknya tertera Eksklusif Raja Ema Kembali Setelah Menyepi. Ambik ko! Gebussss!

Tiba-tiba muncul dengan penampilan terbaru di usianya yang kini dah menjengah 44 tahun. 10 tahun lebih tua dari Budiey. Sekali tengok persis Krisdayanti pun ada. Eh, tengok betul pada hidung Raja Ema sekarang. Nampak lain macam je. Dipercayai dibuat oleh pakar pembedahan plastik atau sekadar kesan solekan yang berkesan. Apa-apa pun, Raja Ema memang cantik, kalahlah masa dia zaman anak dara dulu. Tapi tak tahu la kalau kita jumpa di dunia luar macamana. Nak gak jumpa dengan Raja Ema nih.

Wajah Terbaru Raja Ema

Jangan cepat buat andaian ya. Mana tahu, sekarang ni teknik solekan pun boleh buat macam-macam. Budiey ada dengar seorang juru solek ni boleh solek muka artis dengan teknik yang hebat sehingga menukarkan rupa 70% artis itu menjadi orang lain.

Tapi melihat pada gambar Raja Ema di kulit majalah Nona ni, Budiey rasa sudah tiba masanya Raja Ema nak buat comeback. Suaranya lunak merdu, ya masih. Sekurang-kurangnya, mungkin lepas ni, banyak lagi majalah kat Malaysia akan menampilkan wajah Raja Ema yang seusia dengan Ziana Zain dan Noraniza Idris.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang berita terkini anak Yusni Jaafar ni yang dulunya montel dan membulat ni, korang boleh baca majalah Nona, pasti ada rahsia dan tips bagaimana Raja Ema boleh kuruskan badannya.

Paling ketara adalah susuk tubuh Raja Ema yang kurus dan langsing. Kulitnya gebu seperti zaman dia gadis dulu-dulu.

Masih terngiang-ngiang di telinga, killer song Raja Ema…"Oh sayang, engkaulah jejaka idaman…" Haha, walaupun ada penyanyi baru buat cover lagu ini tapi tak dapat menandingi legasi dan bakat suara Raja Ema.

Siapa suami Raja Ema sekarang ya?

Wajah Terbaru Raja Ema

Ini adalah gambar Raja Ema semasa beliau berlakon dalam filem Queen Control bersama Jalil Hamid.

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: