Adsense

Jumaat, 5 Oktober 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Bila Zizie Ezette Bergurau Dengan Datuk Bung Moktar

Posted: 04 Oct 2012 10:08 AM PDT

Bila Zizie Ezette Bergurau Dengan Datuk Bung Moktar
Memang agak pelik apabila seorang Anggota Parlimen suka mengumpul anak patung teddy bear dan suka bermain dengan anak patung barbie.. Inilah yang terjadi kepada Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin apabila mengeluarkan tweet tentang hobi barunya itu.. Tweet yang dikeluarkan oleh Datuk Bung Moktar malam semalam nyata memberi seribu persoalan buat para pengikutnya..

Sekali baca memang agak pelik status yang diupdate oleh Datuk Bung Moktar ni.. Tapi update selang 8 minit selepas itu merungkai segalanya.. Rupa-rupanya ini semua kerja Zizie Ezette yang juga isteri kepada Datuk Bung Moktar.. Zizie Ezette telah berjaya tweetjack akaun Twitter suaminya..Lol.

MyGosip tak sangka kelakar juga Zizie Ezette ni kan.. terpancar kebahagian rumah tangga mereka berdua ni.. Apa-apa pun MyGosip harap kebahagian mereka berkekalan hendaknya.

Izara Aishah Mohon Maaf Tentang Isu Video Seksi

Posted: 04 Oct 2012 09:41 AM PDT

Izara Aishah Mohon Maaf Tentang Isu Video Seksi
Susulan penyebaran video tarian seksi Izara Aishah baru-baru ini, Izara dengan rendah dirinya memohon maaf kepada peminatnya yang tersinggung dengan tarian dan kostum seksi dipakainya.. Menurut Izara Aishah, video tersebut adalah video lama untuk projek khas semester akhir pengajian di sunway collage dan beliau tidak menyangka yang video tersebut dimuatnaik di laman Youtube selepas dikongsi oleh seorang rakan di Facebook.

"Apa yang Izara boleh cakap, ia adalah video lama. Ketika itu Izara belum lagi menyertai Dewi Remaja. Izara dan teman sekolej melakukan projek khas untuk semester akhir pengajian. Tak sangka pula video tersebut dimuatnaik di laman Youtube selepas dikongsi oleh seorang rakan di Facebook.

"Izara minta maaf kepada peminat yang tersinggung dengan kostum seksi yang Izara gayakan. Percayalah Izara sudahpun berubah dan tidak akan pakai lagi pakaian sedemikian. Ya, dulu Izara memang seksi tetapi seiring dengan kematangan usia, Izara sudah boleh membezakan mana yang baik dan yang buruk," (MH)

Jika anda tertanya-tanya video apakah yang dimaksudkan.. lihat la disini – Video Izara Aisyah Menari Tango Dengan Aksi Ghairah – Tapi untuk makluman anda, video itu adalah video lama dan ketika video itu dirakam, usianya belum lagi mencecah 18 tahun.. Sekarang Izara sudah jauh berubah seiring dengan kematangan usia.