Adsense

Jumaat, 5 Oktober 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Itu Gambar Lama Saya – Emma Maembong Respon Foto Cium

Posted: 05 Oct 2012 04:46 PM PDT

Setelah dicop "Minah Propa", muncul pula foto-foto lama yang digembar-gemburkan untuk menjatuhkan nama baik selebriti jelita ini. Kemesraan yang terpancar melalui foto-foto bersama teman lelakinya yang bercuti di pusat peranginan diperbesarkan walhal ianya gambar lama semasa diusia muda. Namun, apa pun yang pasti Emma Maembong ada jawapannya tersendiri.

Menerusi temubual bersama Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail, 20, dia menegaskan bahawa beberapa foto tersebut merupakan percutian bersama-sama keluarga, rakan-rakan yang juga disertai teman lelakinya.

"Zaman remaja pasti akan ada "culture shock", jadi saya sebagai anak muda lagi-lagi anak ayah, apabila sekali dapat keluar semua benda nak cuba. Waktu itu saya berumur 16 tahun. Kawan-kawan, sedara-mara dan keluarga turut serta dalam percutian tersebut. Kawan-kawan pakai seluar pendek, saya pun nak pakai. Tetapi selepas meningkat dewasa dan matang, saya boleh berfikir yang mana buruk dan yang mana baik."

Selebriti yang sudah berpunya ini dihangatkan dengan kontroversi gambar seksi dimana Emma berpakaian seluar pendek denim bersama baju tali seksi sehingga menampakkan perutnya disamping teman lelakinya. Beliau turut menyatakan hanya terdapat 4 foto percutian bersama teman lelaki dan yang selebihnya diedit untuk tampak lebih banyak.

Emma turut menambah, "Foto-foto itu merupakan barangan peribadi, hanya beberapa teman rapat saya yang memilikinya. Jadi saya tidak tahu sama ada foto tersebut di hantar sendiri oleh teman rapat atau orang yang dengki dengan saya."

Tambah Emma lagi, "Masing-masing ada sejarah sendiri, benda yang dah lepas biarkan lepas, masa itu Emma budak-budak lagi apa yang penting kehidupan baru yang sekarang, kehidupan Emma bukan macam dulu lagi"

Menurut Emma, sekeping foto yang tersebar daripada beberapa foto yang dilayangkan di Internet merupakan gambar adik lelakinya yang berkaca mata dengan baju rona merah senada seperti yang di atas.

Kata Emma lagi, kini dia semakin gemar mengumpul baju berlengan panjang untuk menyerlahkan identitinya yang sopan dimana dia turut menyuarakan hasrat untuk bertudung tidak lama lagi.

Wawa Zainal & Nazim Othman Cover Media Hiburan Edisi Oktober

Posted: 05 Oct 2012 04:43 PM PDT

Wawa Zainal atau dikenali sebagai  Nur Hawa Zainal, 21, yang popular dengan drama "Bunga-Bunga Surga", slot Zehra di Tv3kini dipilih menghiasi laman hadapan majalah Media Hiburan.

Namun, beliau tidak keseorangan kerana Wawa turut digandingkan bersama Nushrul Alif bin Othman atau lebih dikenali sebagai Nazim Othman, 28, yang popular dalam drama "Kau Yang Terindah".

Antara isu-isu panas yang dikupas adalah, "Saya Bukan Remaja Liar"-Wawa Zainal, "Harap Jodoh Dengan Nabila Dally"-Nazim Othman, "Ayah Suruh Kahwin Cepat"-Diana Amir,  "Enggan Menyanyi"- Shaheizy Sam dan pelbagai lagi isu menarik. Selain itu, bagi peminat Oppa Gangnam Style, lirik lagu tersebut turut disediakan.