Adsense

Jumaat, 19 Oktober 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Yuna Mendominasi Pencalonan Anugerah Shout! Awards 2012

Posted: 19 Oct 2012 09:56 PM PDT

Penyanyi Malaysia bertaraf antarabangsa, Yuna Zarai, berjaya memperoleh lima pencalonan dalam anugerah Shout! Awards 2012 iaitu kategori Popstar, Power Vocal, Music Video dan Wired Celebrity. Dia turut dicalonkan dalam kategori Fresh TV Series menerusi rancangan Yuna-Bintang Di Langit terbitan Astro Ria.

Sementara penyanyi Jazz, Najwa Mahiaddin dengan tiga pencalonan iaitu anugerah Popstar, Music video dan Breakout. Manakala Mizz Nina mendapat dua pencalonan bagi kategori Flava dan Music Video.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dicalonkan bagi kategori Popstar. Antara nama lain yang turut bertanding ialah kumpulan Bunkface, hujan, Estrange, Faizal Tahir, Aizat, Azlan the Typewriter, Black, Shila Amzah, Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz dan Maya Karin.

Selain itu, pelakon Nur Fazura, Lisa Surihani, Marion Rose Counter, Maya Karin, Nora Danish dan Scha Al Yahya dicalonkan bagi kategori Hot Chick. Barisan calon untuk kategori Hot Guy pula ialah Aaron Aziz, Hans Isaac, Henry Golding, Remy Ishak, Shaheizy Sam dan Zizan Razak.

Kembali untuk tahun ketiga, secara keseluruhan anugerah hiburan paling Hip di Malaysia ni mempertandingkan 18 kategori anugerah terdiri daripada muzik, TV & Filem serta radio. Tambah menarik turut diperkenalkan dua kategori baru menerusi kategori media sosial iaitu Wired Celebrity Award dan Shout! Aloud Awards.

Pencalonan Wired Celebrity Award dipililh berdasarkan selebriti yang aktif di laman sosial Twitter mereka. Disamping mereka turut memberikan insiprasi kepada peminat menerusi apa yanng mereka tweet. Kategori tersebut menyaksikan saingan daripada AG Coco (@agcoco), Altimet (@altimet), Celepets (@DaphCLPT, @SazzyFalakCLPT, @YasminHaniCLPT, @AtiliaCLPT, @AishahJennifer, @dynasCLPT), Fatimah Abu Bakar – @fatibee, Sofia Jane (@MemHanyut) dan Yuna (@yunamusic)

Sementara Shout! Aloud Awards pula terdiri daripada individu berbakat menerusi YouTube) yang mencalonkan Faradyable, IniAnwarHadi, JinnyoyTV, Matluthfi90, Popteevee dan The WKND

Menerusi senarai calon-calon top 6 setiap kategori, Shout! Awards memberikan 100% hak kepada penonton untuk mengundi siapakah finalis kegemaran mereak selama sebulan mulai 22 Oktober hingga 22 November 2012. Untuk mengundi finalis kegemaran anda sila layari laman sesawan www.shoutawards.com.my atau SMS ke SHOUT dan hantarkan ke 33399.

Shout! Awards akan berlangsung pada 23 November depan di Surf Beach, Sunway Lagoon, jam 8.30 malam.

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Gambar Bogel Rozita Che Wan Tersebar

Posted: 19 Oct 2012 09:04 PM PDT

Nafi Bergambar Bogel

Pelakon sensasi Rozita Che Wan begitu sinonim dengan cerita gosip dikaitkan bercinta dengan suami orang ataupun dengan lelaki yang lebih muda daripadanya. Tapi kali ini kisah yang menyebabkan nama Rozita Che Wan aka Che Tah panas, berlainan sedikit topiknya. Timbul dakwaan pelakon jelita lagi seksi ini dikatakan bergambar bogel dan gambar tersebut telah tersebar luas di internet.

Bagaimanapun menerusi laporan Kosmo! hari ini, Che Ta, 39, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar bogel yang tersebar di internet itu adalah dirinya.

Kata pelakon itu, dia tidak pernah merakamkan gambar dalam keadaan memalukan seperti mana yang tersiar, malah tidak pernah membuat panggilan video sama ada melalui komputer atau telefon.

"Saya bukan muda lagi untuk melakukan perbuatan sedemikian, malah saya juga sibuk bekerja, tiada masa untuk berbuat begitu. Mungkin itu pelanduk dua serupa sebab ramai yang cakap ada wanita dan pondan memiliki rupa seperti saya," katanya.

Che Tah mengulas mengenai isu gambar yang diambil menerusi perbualan video itu memaparkan raut wajah seiras pelakon itu dalam keadaan meniarap dan menunjukkan sebahagian daripada payu daranya.

Che Tah menafikan foto bogel yang tersebar di internet ini adalah dirinya.

Sambil tidak pelakon Kiah Pekasam itu juga menolak ada unsur sabotaj oleh pihak-pihak yang iri hati terhadapnya. Namun ibu kepada dua cahaya mata iaitu Ammar Effendy, 16, dan Aniq Ezzra, 14, itu belum bercadang mengambil tindakan undang-undang.

Budiey rasa gambar ni menggunakan teknik superimpose.

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: