Adsense

Rabu, 17 Oktober 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Pelancaran Trailer & Muzik Video Lagenda Budak Setan 2 Katerina

Posted: 16 Oct 2012 05:53 PM PDT

Pada jam 2 petang semalam (16 Oktober), Budiey telah hadir di Pelancaran Trailer & Muzik Video Lagenda Budak Setan 2 Katerina yang diadakan di Saloma Bistro. Turut hadir ialah pelakon utama filem ini iaitu Maya Karin, Farid Kamil dan juga penyanyi Ning Baizura yang merupakan cameo serta penyanyi lagu tema filem ini.

Trailer Lagenda Budak Setan 2 Katerina

Lagenda Budak Setan, sebuah judul yang cukup popular di kalangan penggemar novel-novel cinta. Kejayaannya meraih anugerah 'jualan terlaris' telah tercatat dalam 'Malaysian Book of records'. Titik kejayaan novel ini disambung dengan usaha menjadikan ianya sebauh filem cereka dan ianya tidak sia- sia. Filem yang diadaptasikan dari novel tersebut mencatat rekod sebagai filem cinta terlaris dekad ini.

Kejayaan Lagenda Budak Setan yang ditayangkan kepada umum pada Jun 2010, mendorong pihak penerbitnya menyambung kisah cinta trajis watak utamanya, Kasyah. Episod malang Kasyah bersambung dalam novel Katerina, dan sebagai menyambung versi filemnya, penerbit masih mengekalkan judul asalnya dengan menambah judul katerina di belakangnya. Lagenda Budak Setan 2- Katerina, adalah sekuel kepada Lagenda Budak Setan.

Lagenda Budak Setan 2- Katerina akan menemui penonton melalui pawagam di seluruh Negara, mulai 29hb November 2012. Susulan kepada tayangan umumnya pada tarikh tersebut, pihak penerbit merangka beberapa langkah promosi dan pemasarannya. Satu darinya adalah dengan mengetengahkan muzik video filem ini. Selain berperanan mengangkat dan mempertaruhkan lagu filemnya yang menyentuh rasa, ianya juga secara tidak langsung memberi input kepada peminat filem mengenai inti cerita filemnya melalui kapsyen yang dipaparkan.

Lagenda Budak Setan 2 – Katerina mengetengahkan 3 buah lagu yang dicipta khusus untuk filem ini. Seperti mana Lagenda Budak Setan (LBS) dulu, yang membuai perasaan penonton dengan lagu-lagu merdunya, Lagenda Budak Setan 2- Katerina (LBS2-K) juga tidak kurang hebatnya.

Majlis anjuran Tarantella Pictures Sdn Bhd ini bertujuan memperkenalkan 2 buah lagu yang dijangka akan turut membuai perasaan peminat sepertimana LBS dulu. SEJATI merupakan judul lagu nyanyian Ning Baizura yang turut dijadikan muzik video. Selain SEJATI, satu lagi lagu syahdu berjudul HAMPA, nyanyian B'Jah dari kumpulan Hujan.

Rakaman muzik video lagu SEJATI nyanyian Ning Baizura ini telah dijalankan di Pulau Perhentian dan Pulau Langkawi. Memaparkan keindahan alam dan panorama yang memukau, menambahkan 'mood' pada elemen 'membuai rasa'nya. Bagi menguatkan elemen 'membuai rasa' ini, Ning Baizura dibawa ke set penggambaran LBS2-K di Pulau perhentian dan Pulau Langkawi. Rakaman muzik video ini juga menggunakan babak lakonan sebenar dua watak utama filem LBS2-K. Satu percubaan yang diharap dapat membangkitkan elemen resah dan 'membuai rasa' para peminat.

HAMPA, sebuah lagi lagu yang menyentuh rasa, diketengahkan sebagai lagu yang melatari babak- babak sedih, hampa dan menyayat hati. Lagu berjudul HAMPA ini menjadi tunjang kepada babak- babak yang dimaksudkan. Sesuai sebagai membangkitkan rasa 'keluh kisah', lagu HAMPA ini turut dijadikan lagu latar kepada pelbagai variasi treler dan visual promo LBS2-K.

LAGENDA BUDAK SETAN 2 – KATERINA (LBS2-K) menyambung legasi Lagenda Budak Setan yang mengetengahkan aspek cerita, panorama menarik serta lagu- lagu syahdu sebagai tunjang yang mendominasi keseluruhan filem. "Adalah diharapkan nanti, lagu- lagu merdu dan syahdu ini bakal meresap kedalam jiwa peminat dan menjadi siulan ramai, sepertimana yang berlaku ke atas filem terbitan kami terdahulu, OMBAK RINDU", celah Sharad Sharan selaku pengarah dan penerbit LBS2-K.

Sekadar imbas kembali, Tarantella Pictures telah menerbitkan 5 buah filem adaptasi novel dimana 2 darinya telah mencetuskan fenomena iaitu LAGENDA BUDAK SETAN dan OMBAK RINDU. Selain kedua-dua filem tersebut, filem UNTUK TIGA HARI arahan Afdlin Shauki, LBS2-K dan sambungan bahagian terakhirnya LAGENDA BUDAK SETAN 3 yang kini berada dalam pos produksi.

Projek seterusnya, masih lagi dengan filem adaptasi novel. Sebuah novel karya Ahadiat Akashah berjudul PILOT CAFE akan memulakan penggambarannya tidak lama lagi. Semoga usaha dan langkah ini mendapat sambutan masyarakat. Besarlah harapan Tarantella Pictures sekiranya dapat menyumbang sesuatu yang bermakna ke dalam industri filem tempatan.

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Shila Amzah Dibayar RM100 Ribu Setiap Persembahan di China?

Posted: 16 Oct 2012 05:19 PM PDT

Dibayar RM100,000 Setiap Satu Persembahan di China?

Penyanyi Shila Amzah menolak dakwaan kononnya dia menerima bayaran setinggi RM100,000 untuk setiap satu persembahan nyanyian di China. Pun begitu juara Asian Wavve 2012 ini tidak menafikan bayaran yang diraih disana jauh lebih lumayan berbanding bayaran di sini. Bagaimanapun Shila berkata, untuk persembahan di Malaysia mengekalkan harga sama seperti sebelum ini.

"Saya tak mahu komen pasal tu. Tapi apa yang boleh saya katakan bayaran di sana lebih tinggi dari bayaran yang saya perolehi di sini. Sebab disana untuk harga seorang selebriti atau penyanyi, layanannya berbeza. Senang kata, kalau di Malaysia saya ikut harga Malaysia. Kalau di China saya ikut bayaran di sana", jelas Shila Amzah sekali gus menjawab mengenai perubahan harga untuk satu-satu persembahannya di masa akan datang.

Shila ditemui di majlis makan malam meraikan kejayaannya di One Hotel, Bandar Utama, baru-baru ini.

Shila Amzah

Bercerita lanjut mengenai projek di tembok besar China, Shila yang masih dalam proses berbicang mengenai kontrak dengan pihak pengurusan disana, memberitahu ada beberapa undangan persembahan yang telah diatur untuknya. Termasuk membuat penampilan di konsert penyanyi terkenal, Eric Mo. Selain dia juga dalam proses memilih satu single Mandarin dan sedang mengumpul material untuk album terbaru yang akan dirakamkan di sana nanti.

"Sepatutnya saya akan ke sana tak lama lagi. Tapi ada berapa urusan yang belum selesai di sini. Lagipun konsert Eric Moe di tunda sebab kerajaan China adakan satu konsert di Beijing kebetulan pula pada hari yang sama. Tambahan pihak kerajaan mereka tak membenarkan mereka adakan konsert lain", katanya yang akan kembali ke sana sekitar hujung November atau awal Disember ini.

Dalam pada itu sebagai persiapan, Shila kini sedang mempertingkatkan lagi penguasaannya dalam bahasa Mandarin. Malah dia baru ditawarkan oleh sebuah universiti di sana untuk mengikuti jurusan bahasa.

"Saya baru dapat tahu, sebuah universiti menawarkan dan mahu menaja saya untuk belajar dalam jurusan bahasa. Ini satu peluang yang baik dan InsyaAllah saya akan menerima tawaran itu. Walaupun tumpuan kerjaya muzik saya kini beralih ke China tapi tak bermakna saya tak balik. Saya tak boleh tinggal terlalu lama di sana. Paling lama pun sebulan. Mungkin cuti hujung minggu saya akan balik sekejap ke sini', katanya.

Dalam pada itu Shila juga bersyukur kerana kini banyak pihak yang semakin percaya dengan bakat yang dimiliki. Sungguhpun begitu, kata pelantun lagu Patah Seribu ni, apa yang diperolehi hari ini baru permulaan.

Memengang kata-kata Tun Mahathir iaitu pandang ke timur, kerana itu anak kepada penyanyi popular ND Lala ni yakin, sekiranya penghijrahan ke negeri China membuahkan hasil, siapa tahu satu hari nanti dia juga mampu menempa nama ke pasaran Hollywood pula.

"Kalau sebelum ni ada segelintir pihak yang memperkotak-katikkan bakat saya. Tapi selepas kemenangan ni, banyak yang mula buka mata. Peminat di Malaysia juga bertambah. Alhamdulillah peminat di China juga menerima saya dengan baik. Malahan sekarang ni bukan setakat ada Shilalas Malaysia (kelab peminat) tapi juga ada Shilalas cina (di Malaysia) dan Shilalas d negeri China. Dan peminat di sana juga ada wujudkan laman sosial khas untuk saya di baidu.com, kalau kat sini macam kat google lah", tambahnya lagi.

Perkembangan lain, Shila bakal merelease-kan single mandarin juga album terbarunya. Di samping dia juga telah menghantar lagu ciptaannya, Patah Seribu kepada seorang penulis lirik terkenal di sana untuk diterjemahkan dalam bahasa Mandarin. Sumber:

Tags: , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: