Adsense

Rabu, 17 Oktober 2012

Celebrity News

Celebrity News


Pelakon Kuswadinata Kritikal Dan Tiada Harapan Untuk Hidup

Posted: 16 Oct 2012 09:16 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kuswadinata, 74, berada dalam keadaan tenat di Hospital Ampang di sini akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.

Menurut anak bongsunya Rizal, 23, keadaan bapanya semakin kritikal apabila doktor mengesahkan pendarahan pada ususnya merebak dan jantung pelakon itu akan berhenti pada bila-bila masa sahaja.

 ZoOM masih ingat lagi lakonan abang Kuswadinata kita yang sering kali menghiburkan anda setiap kali berada didepan kamera semasa penggambaran. Namun empunya badan kini sedang bertarung melawan penyakit beliau dan menurut berita beliau kini dalam keadaan tenat.

Selain pendarahan usus, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal.
Sama-samalah kita berdoa semoga abang Kuswadinata kita tabah menghadapi dugaan darinya, dan semoga beliau sihat semula.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Keputusan Malaysia VS Hong kong

Posted: 16 Oct 2012 08:04 PM PDT





Semalam menyaksikan Harimau Malaya menganas lagi di Mangkok, Hong Kong. Walaupun ada beberapa tonggak utama pemain kebangsaan tidak beraksi kerana mereka kini menumpukan kepada Final Piala Malaysia (ATM vs Kelantan) sabtu ini.

3(Malaysia)-0 (Hong kong)


Perlawanan semalam pada minit-minit awal amat membosankan dan menyakitkan hati sebab kubu negara sering kali diserang dan kehilangan bola. Namun pada minit-minit akhir masa pertama, kita bangkit menampilkan permainan yang sebenar. Tetapi nasib tidak menyebelahi kerana tiada gol yang berjaya dihasilkan.

Tetapi pada separuh masa ke 2, pasukan Malaysia tampil bergaya dengan strategi yang mengelirukan dan memerangkap lawan sehingga membuahkan hasil yang didahului oleh penyeran profilik negara, Safee Sali..Well done my HERO....(Superb setelah sekian lama ketandusan gol antarabangsa). Pakar tendangan percuma Safiq juga tidak menghampakan kerana tendangan beliau menerjah jaring pihak lawan (Hong Kong).

Dan minit-minit akhir kita sekali lagi berjaya membolosi gawang lawan.

TAHNIAH MALAYSIA !!!!!!






Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gambar Seksi Dira Abu Zahar Di Mstar

Posted: 16 Oct 2012 06:50 PM PDT

Sebenarnya semalam ZoOM nak share gambar ini dekat pembaca dan pengunjung di Blog ini, namun disebabkan masa dan kerja yang perlu disiapkan terlebih dahulu, baru hari ini masa yang ZoOM luangkan untuk kita berkongsi bersama.

Tidak dapat dipastikan bila dan dimana gambar ini diambil, tetapi kalau gambar baru mungkin ada yang perlu diperbetulkan. Maklumlah kita adalah umatnya dan sama-sama kita berpesan-pesan antara kita.

Bukannya apa baju tu jarang sangat (Pendapat ZoOM la), kalau ada peminat Dira kat sini sorry ye..just nak perbaiki apa yang perlu je. Tidak hanya kepada Dira..tetapi wanita-wanita diluar sana yang perlu peka dengan apa yang ditegah dan dibenarkan dalam agama kita.

Ops...ZoOM tidak lah mempunyai pengetahuan agama tetapi cukup sekadar ingat mengingatkan sesama kita.

Apa komen anda ?

Note: Sumber Gambar
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!