Adsense

Isnin, 15 Oktober 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Video : Awi Rafael & Hanez Suraya Muncul Dalam “Asalkan Aku Ok”

Posted: 15 Oct 2012 09:24 PM PDT

"Asalkan aku ok, duit dalam kocek, hidup dengan sederhana, keluarga semua ok, masa depan cantik.." Itulah lirik lagu album kedua terbaru daripada Awi Rafael. Jom saksikan video klip terbaru daripada Awi Rafael yang bertajuk 'Asalkan Aku Ok', Hanez Suraya, kekasih Awi Rafeal turut tampil dalam video klip yang berdurasi selama 3:23 minit ini.

Klip video ini adalah arahan Awi Rafael sendiri bersama Helmie Ezfar. Di bawah produksi PaintInMotion, pengambaran ini telah melibatkan beberapa lokasi sekitar Golden Palm Tree, Goldcoast Sepang.

Seluruh solekan bagi pengambaran klip video ini adalah ditaja oleh Facekraft, manakala motor yang digunakan pula adalah jenis Royal Enfield, tajaan Big Bike Shop.

Bagi menjayakan klip video ini juga, beberapa rakan artis telah dijemput khas termasuk Dimas (pemain keyboard Hujan) dan Ully (pemain gitar AWANBAND).

Video : Hamil 6 Bulan, Shakira Masih Lincah Menari

Posted: 15 Oct 2012 09:01 PM PDT

Ahad lalu, penyanyi yang terkenal menerusi lagu "Waka Waka," Shakira telah membuat persembahan di Baku Crystal Hall, Azerbaijan.

Dengan usia kandungannya yang mencecah hampir enam bulan, Shakira masih lagi kelihatan lincah dan bertenaga di atas pentas sambil mendendangkan lagu popularnya berjudul "Whenever Wherever."

Sewaktu mengadakan persembahan tersebut, Shakira sempat menyatakan bahawa, "Ini adalah kali pertama saya datang ke tempat persembahan bersama bayi. Saya dapat rasakan seolah-olah bayi ini turut menyanyi bersama saya," ujar Shakira menerusi laporan media antarabangsa, TREND.

Jom layan konsert Shakira selepas ini. Enjoys!!

Kredit Foto : TREND