Adsense

Khamis, 4 Oktober 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Puteri Sarah Mengaku Cium Amar Hingga Meninggalkan Kesan

Posted: 03 Oct 2012 10:42 AM PDT

Puteri Sarah Mengaku Cium Amar
Amar Alfian yang hadir ke Pertandingan Akhir Hero Remaja bersama kekasihnya, Puteri Sarah Liyana baru-baru ini dikejutkan dengan cerita yang kurang enak kita dengar.. Pelbagai spekulasi yang dikeluarkan apabila Amar dilihat mempunyai kesan ciuman di pipinya.. Namun Pihak Media Hiburan telah berjaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Puteri Sarah sendiri mengenai isu ini..

"Saya baru terbaca di laman Twitter tentang hal ini. Kalau nak tahu, saya mencium pipi Amar ketika majlis sedang berlangsung. Ketika itu dia mengusik saya, dan terus saya menciumnya. Kerana saya menggunakan gincu merah, itu yang ada kesan.

"Masa saya cium Amar di belakang saya ada beberapa orang. Saya tidak pasti sama ada mereka perasan atau pun tidak. Bayangkan jika ketika itu Amar datang seorang diri dengan penampilan sedemikian, pasti lain lagi ceritanya.

"Tambahan pula, mustahil untuk kami lakukan sedemikian rupa di luar sebelum hadir ke majlis. Dan benda yang terjadi itu di tempat khalayak, saya tidak tahu apa lagi yang mahu dicerita fasal kami."

Jadi jelas la disini yang mereka berdua tidak melakukan sedemikian rupa sebelum hadir ke majlis tu.. Apa-apa pun MyGosip nasihatkan kepada pasangan bercinta diluar sana agar tidak meniru aksi cium ini.. Apatah lagi di khalayak ramai.

Video Izara Aisyah Menari Tango Dengan Aksi Ghairah

Posted: 03 Oct 2012 06:30 AM PDT

Video Izara Aisyah Menari Tango Dengan Aksi Ghairah
Nama Izara Aishah secara tiba-tiba menjadi bualan apabila Video tarian ghairah yang disertai oleh Izara Aishah tersebar di youtube.. Video Tarian tango yang menyaksikan 6 orang gadis termasuk Izara Aishah berpakaian seksi difahamkan sudah lama dimuat naik ke laman You Tube iaitu pada sekitar Mac 2011.. Namun setelah Izara Aishah semakin popular, Video tersebut mula menjadi bualan..

Dikatakan juga yang video tersebut adalah persembahan bagi projek semester akhir untuk pengajian Performing Arts dan Media tahun 2009 sewaktu Izara Aishah menuntut di Sunway Kolej..

Apa-apa pun buat peminat Izara Aishah, satu video tarian tango dari Izara Aishah buat anda dibawah..