Adsense

Khamis, 4 Oktober 2012

Celebrity News

Celebrity News


Teka Teki Yang Boleh Di Kongsi Bersama

Posted: 03 Oct 2012 11:00 PM PDT

Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?
Ha.Ha.Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air
terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

Banyak- banyak binatang...binatang apa keluar haid...
jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu...keluar HEAD....tak paham jugak.ala kepala le..

Dlm bnyk2 binatang..... bntg ape yg bertelur dan beranak.....kira 2 alam la
niiii..... ha jwp2.... ...siput babilaaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak....

Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?
Jawapannya ialah Sungai Besi...Ha...ha...ha...

Kereta dengan motor, mana lebih tua?
jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat...

Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin...
huruf TA dan YA laa... kan jadi TAYAR tu

kasut apa yang paling keras?
Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa...muhahaha..lawak ka?

Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?

jawapannya ialah meter bas tulah

Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin ...ahhh sape dapat jawab????
jawapannya ialah...huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antara

pasangan bercinta lerrr ..hehehehe

Kalau korang pandai math, 5 orang cina tolak 3 orang india , jadi apa?
orang india tu jatuh lah.... keh keh keh!!!

Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian..lepas tu dibagi pulak pada 3 org..baper seorang dapat ?...kes kes kes kes korang mesti lemah IQ kan ..
jawapannya sorang dapat sebiji limau ler..sbb sama gak ko potong atau
tak...hehehhe mesti dapat sorang sebiji

benda apa kalau naik tak turun dah?
jwpn dia umur la.ish...ish...

KENAPA TAYAR BELAKANG KENDERAAN SELALU BOTAK DAHULU DARIPADA TAYAR HADAPAN?
SEBABNYA IALAH DIA SELALU MEMIKIRKAN KENAPA DIA TIDAK DAPAT MEMECUT
TAYAR HADAPAN

cuba teka, mouse komputer , jantan ke betina?
jawapannye betina ler..pasal dia pakai pad.hehe

Ada sekor gajah dan sekor kancil,berjalan2 dalam hutan.Suatu ketika,mereka terjumpa sebuah titi. Semasa kancil menaiki titi tersebut, titi tersebut runtuh.Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah.........
Gajah patah apa rasanya ya???? Gajah PATAH BALIK kot!

Dalam banyak banyak lembu,lembu apa yang semua petani cari
lembu yang hilang lah . kalau tak hilang siapa lah ada masa nak kisah pasal lembu.

Hidupan apa didalam laut paling tua.
jawapannya udang sebab dia sudah bongkok dan berjanggut..ha--ha--ha--ha--

Cube teka ye benda apa apabila kita berdiri dia baring, bila kita baring dia berdiri.......?
jawapannye tapak kaki la......

Banyak2 ikan, ikan apa yang pemalu...
jawapan nyer :ikan sardin.sebab nyer dier duduk dlm tin..

ANDAIKATA ANDA TERJUMPA MAYAT MANUSIA DAN BANGKAI HAIWAN YANG MANA SATU ANDA PERLU TUTUP DAHULU?
JAWAB..JAWAB JGN TAK JAWAB..DUA-DUA..SALAHLA.. TAK TAHU..TENTULAH HIDUNG..

APAKAH BENDA YANG KITA POTONG IA TETAP AKAN PANJANG?
HA JAWAPANYA MESTILAH KACANG PANJANG KAN. TAKKANLAH DAH POTONG KITA KENA PANGGIL KACANG PENDEK TAK SESUAI TAU. hehe..
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Maya karin Sebagai Duta Institute Of Geology Malaysia

Posted: 03 Oct 2012 08:38 PM PDT

Jarang sekali kita dengar gossip panas mengenai Maya karin kan, cuma kisah beliau sebelum ini sudah menjadi sejarah artis yang bergelar Tut....Tetapi apa yang ingin ZoOM kongsi bersama anda mengenai beliau hari ini ialah populariti beliau yang boleh dikatakan sebaris dengan tokoh-tokoh di Malaysia khasnya.

Jika anda perasaan Maya Karin adalah seorang jurucakap, model-model kepada jenama terkenal seperti Celcom,Loreal, Innershine, Tag Heur dan terbaru Focus Point. Selain daripada iti beliau turut berkecimpung dalam dunia amal sehingga dilantik sebagai duta Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK)

Dan berita terbaru yang ZoOm baca, beliau telah dilantik sebagai Jurucakap Institute Of Geology Malaysia (IGM).
Maya Karin Juga Muncul dalam program Kitar Semula oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Good Luck Maya Karin....We Support u :) 

Apa Komen Anda ?
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Semasa : Pelajar Masih Dilarang Membawa Telefon Bimbit Ke Sekolah

Posted: 03 Oct 2012 08:21 PM PDT

Satu keputusan yang tepat kerana melarang pelajar membawa telefon bimbit ke Sekolah, bagi ZoOM penggunaan alat berkenaan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Pihak berkenaan perlu mencari satu alat yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai peralatan yang diperlukan sahaja.

Jika dilihat dan diperhatikan beberapa tahun kebelakangan ini, anak-anak kita sudah terdedah dengan gejala yang tidak sihat terutamanya telefon  bimbit yang boleh menyimpan data yang besar serta mempunyai akses ke internet.

Jika tidak dibendung dan dikawal sudah pasti ia akan menjadi salah satu virus yang mengakibatkan kesan yang serius kepada anak-anak kita.

ZoOM akui kemudahan telefon bimbit sebagai peralatan perhubungan, namun demikian jika disalah gunakan oleh anak-anak yang masih baru belajar mengenal dunia sebenar. Sudah pasti keputusanya anda sudah mengetahuinya, malahan zuriat yang kita didik dan asuh daripada kecil masih belum dapat membezakan 100% perkara yang dilakukan betul ataupun tidak.

Berikut adalah berita yang ZoOM baca pagi ini mengenai larangan membawa telefon bimbit ke Sekolah :

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Kementerian Pelajaran masih mengekalkan peraturan larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit oleh murid dan pelajar di seluruh sekolah di negara ini.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peraturan larangan itu dinyatakan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009.
Bagaimanapun beliau yang juga Menteri Pelajaran menegaskan, kementerian itu sedang mengkaji keperluan penggunaan gajet teknologi oleh murid dan pelajar di sekolah.


"Sehubungan itu, satu sesi perbincangan meja bulat telah diadakan pada 25 Ogos lalu melibatkan pihak-pihak berkepentingan iaitu kumpulan pengetua, guru besar, guru, ibu bapa dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


"Perbincangan meja bulat ini adalah bagi membincangkan keperluan pengguna gajet teknologi di sekolah dan cadangan berkaitan penggunaan gajet teknologi oleh murid dan pelajar di sekolah," katanya dalam jawapan bertulis kepada Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Teck Meng ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai hasrat kementerian membenarkan para pelajar membawa telefon bimbit dan alat-alat elektronik ke sekolah.


Tambah Muhyiddin, di samping penganjuran sesi meja bulat, pihaknya juga menjalankan kajian dalam kalangan murid dan guru sekolah bagi mendapatkan pandangan mengenai penggunaan gajet teknologi di sekolah.


Beliau berkata, kajian tersebut telah dilakukan di sembilan buah sekolah di daerah Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan serta masing-masing dua buah sekolah kebangsaan di kawasan bandar dan luar bandar dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.


"Kita juga melakukan kajian ke atas dua buah sekolah menengah dari kawasan bandar dan luar bandar serta sebuah sekolah menengah vokasional.
"Seramai 274 murid dan pelajar sekolah dipilih bagi tujuan tinjauan asas ini," katanya.


Beliau menambah, Kementerian Pelajaran sedang meneliti secara menyeluruh semua dapatan dan pandangan ahli masyarakat termasuk tokoh-tokoh akademik, pemimpin NGO, guru-guru, ibu bapa dan murid serta pelajar sebelum satu keputusan muktamad diumumkan.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!