Adsense

Rabu, 3 Oktober 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Memey Suhaiza Dan Abby Abadi Cuti Bersama Di Genting

Posted: 03 Oct 2012 02:29 AM PDT

Memey Suhaiza Dan Abby Abadi Cuti Bersama Di Genting
Sejak berbuka puasa bersama pada bulan ramadhan yang lalu, hubungan Abby Abadi dan Memey Suhaiza nampaknya semakin akrab.. Persengketaan diantara mereka berdua nampaknya benar-benar sudah terlerai.. Terbaru Abby Abadi dan Memey Suhaiza dikatakan telah bercuti bersama di Genting Highland dengan ditemani Norman Hakim dan anak-anak..

Perkara ini disahkan sendiri oleh Memey di portal Murai.. Menurut Memey, mereka berdua sering berhubung antara satu sama lain seperti kawan baik.. Malah, mereka sudah bercadang untuk bercuti bersama ke Beijing pula selepas ini..

"Selepas pertemuan pada ramadan yang lalu, hubungan kami bertambah akrab dan kami juga selalu berhubung. Insya Allah kalau tiada aral melintang saya dan Abby akan bercuti ke Beijing pula dalam masa terdekat ini.

"Boleh dikatakan sekarang ini kami berkawan baik sebab memang kami sering berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak-anak. Hujung minggu lalu pun kami ada bercuti ke Genting Highlands.

"Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku sekarang dan tak sangka Allah memberikan kurniaan sebegini buat kami berdua, Alhamdulillah,"

Apa-apa pun, jom kita layan gambar Abby Abadi dan Memey Suhaiza bersama keluarga yang bercuti ke Genting Highland di bawah ni…

Mizz Nina Lebarkan Sayap Ke Australia

Posted: 02 Oct 2012 04:01 PM PDT

Mizz Nina Lebarkan Sayap Ke Australia
Mizz Nina yang sudah menjelajah ke Amerika Syarikat Januari lalu kini akan mengembangkan karier nyanyianya di Australia pula bermula hujung bulan ini.. Mizz Nina juga dikatakan akan mengadakan majlis pelancaran album terbarunya berjudul 'Take Over' di Melbourne dan berharap ia dapat diterima oleh peminat negara itu.

"Kita akan mulakan di Melbourne untuk melancarkan album Take Over sebelum menjelajah ke kawasan lain."

"Selepas Amerika Syarikat, saya berharap akan dapat di terima di Australia pula selepas ini,"

Dalam pada masa yang sama, Mizz Nina juga akan mengambil peluang untuk mengintai beberapa buah syarikat rakaman di Australia bagi menerbitkan album di negara itu..

"Seperti mana yang saya lakukan semasa menjelajah ke Amerika Syarikat, saya akan melakukan perkara sama iaitu memperkenalkan muzik saya dan mendapatkan perjanjian rakaman,"

Dalam perkembangan sama, Mizz Nina dikatakan baru sahaja melancarkan single terbarunya yang berjudul 'Summer Burning'.. Single terbaru itu tidak terdapat di dalam album 'Take Over' dan ia adalah lagu baru khas untuk para peminat..

Jadi buat peminat Mizz Nina, Jom kita layan single terbaru Mizz Nina 'Summer Burning' kat bawah ni…