Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Rambut Pendek Rita Ora!

Posted: 22 Aug 2012 07:00 PM PDT

Rambut merupakan mahkota yang penting dan sering dititikberatkan si jelita yang ingin tampil menawan. Daripada posisi dan bentuk rambut yang digayakan sedikit sebanyak mempengaruhi perubahan personaliti seseorang.

Lebih-lebih lagi jika gaya tersebut digayakan oleh selebriti, pasti menjadi ikutan terutama bagi mereka yang obsess dengan  kecantikan. Kerinting ala-ala Hollywood pasti menjadi idaman setiap wanita tetapi tidak pula bagi fashionista Rita Sahat├žiu Ora atau dikenali sebagai Rita Ora yang merupakan penyanyi, penulis lagu serta pelakon British.

Rita Ora seorang selebriti yang cantik dan sering tampil memukau kini melakukan perubahan imej yang besar. Penyanyi berusia 22 tahun ini seolah-olah tidak peduli akan rambutnya yang cantik berkerinting 'blonde' itu dipotong menjadi pendek.

Ini kerana, baru-baru ini beliau dilihat telah melakukan perubahan baru dengan menggayakan rambut pendek yang menarik. Perubahan bentuk rambut yang pendek mampu menyerlahkan wajah mudanya disamping kelihatan beliau masih mengekalkan rona warna 'blonde'.

Si glamor fashionista ini dilihat berpakaian 'dress' berkait singkat  berwarna merah jambu dengan kerjasama sepasang 'boot' coklat Timberland di tengah London. Beliau juga memadankan gayanya dengan aksesori menarik seperti gelang dan rantai serta kaca mata hitam bagi menampilkan imej ringkas.

Seiring dengan gelaran fashionista, beliau bijak dalam penggayaan walaupun personalitinya kini berubah berambut pendek.

Guru Bertinju Demi Masa Depan Pelajar

Posted: 22 Aug 2012 06:00 PM PDT

"Here Comes the Boom" merupakan filem arahan Frank Coraci bergenre komedi dan ia banyak menceritakan tentang kehidupan di sebuah sekolah tinggi.

Filem ini mengisahkan tentang Scott Voss, watak yang dilakonkan oleh Kevin James, di mana dia merupakan seorang guru biologi di sebuah sekolah tinggi yang ingin berjuang untuk mendapatkan wang bagi menghalang pembubaran aktiviti kokurikulum di sekolah tempat dia mengajar. Dia terpaksa masuk pertandingan tinju semata-mata untuk mendapatkan wang. Berjayakah guru biologi ini berjuang untuk meneruskan aktiviti kokurikulum di sekolahnya?

Untuk mengetahui lebih lanjut, jangan lupa menonton filem Here Comes the Boom di pawagam berhampiran pada 20 Disember 2012 yang akan datang. Antara pelakon yang terlibat dalam filem ini adalah Kevin James, Salma Hayek, Charice dan Henry Winkler.

Mari layan trailer filem Here Comes the Boom!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan